Hakikat dalam sebuah perkahwinan seperti nas Ilahi:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum: 21).

Suami seharusnya menyediakan rumah untuk isteri berteduh dan mengasingkan dari ipar duai.

Ini kerana apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ

Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).(Surah al-Talaq: 6)


Peguam Syarie Kongsi Bahana Adik Ipar Tinggal Serumah, Isteri Baru Bersalin Mengaku Anak Bukan Dari Benih Suami

Bagaimana pun perkongsian dari seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra di fbnya, mengenai kisah seorang isteri yang baru 12 hari melahirkan bayi cukup mengejutkan kerana isteri mendakwa anak itu bukan dari benih suaminya sebaliknya adik ipar yang duduk serumah. Malah perkongsian ini dibuat untuk masyarakat memahami betapa bahananya jika tinggal serumah dan masa yang sama tidak menjaga iman.

Lagi kes Mahkamah Syariah. Bahana ipar duai tinggal sebumbung. Dapat panggilan seorang suami bertanyakan hukum Li'an di Mahkamah Syariah (suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya).

IKLAN

Isteri baru sahaja bersalin 12 hari, dan hari ini buat pengakuan ini bukan anak suami, tapi anak adik kandung suami (adik ipar). Si suami minta penjelasan si adik tentang apa yang berlaku, si adik pun mengaku memang kerap lakukan hubungan atas dasar suka sama suka.
Kelahiran pertama cahaya mata mereka, tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih. Sepatutnya dalam tempoh ni masing-masing sedang seronok layan baby.

Kisahnya mereka ipar duai kedua-duanya sudah berumahtangga dan atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Disebabkan PKP, suami lama terkandas di Perak tak boleh rentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras bertiga.

Entah bila dan bagaimana, isteri hari ini mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras. Sehinggalah apabila diketahui dia mengandung, beriya-riya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamilan).

Peguam Syarie Kongsi Bahana Adik Ipar Tinggal Serumah, Isteri Baru Bersalin Mengaku Anak Bukan Dari Benih Suami

Apabila anak lahir, isteri sedar sifat dan raut wajah anak memang ikut muka adik ipar. Tak sanggup lagi menipu suami dan menyesal dengan dosa tersebut, dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukan benih hasil perkahwinan dengan suami.

Separuh gila si suami, berada di Perak dan dimaklumkan isteri dengan berita ‘malang' sebegini. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui di samping kesan Li'an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti.

IKLAN

Dia bertanya bagaimana status anak tersebut jika dia setuju tu bukan anak benih dia sendiri? Saya jelaskan Li'an ada tempoh tertentu dan antara pandangan muktabar di sisi mazhab Syafie hendaklah dilakukan ketika anak masih dalam kandungan hingga sejurus sahaja lahir. Kena rujuk Hakim, saya tiada authority.

Cuma, ada saya bertanya..

“Tuan yakin atau tidak nak li'ankan anak tersebut?", Dia sudah menangis di hujung talian.
“Bagi saya tu anak saya, Puan."

Aduhai ujian.

Sabda Nabi SAW:-

IKLAN

إيَّاكُمْ والدخول على النساءِ فقالَ رجلٌ منَ الأنصار يا رسولَ الله أفرأيتَ الْحَمُو قالَ الْحَمُو الموت
Bermaksud:- “Janganlah kamu memasuki tempat para wanita. Maka berkata seorang lelaki dari kaum Ansar: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan ipar?", Baginda berkata: “Ipar adalah kematian.”Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

“Kematian" menurut Imam al-Thobari adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang buruk dan tidak disukai, yang mana mereka menyamakan sifat itu dengan berdua-duaannya seorang lelaki dengan isteri saudaranya sendiri. (Kitab Fathul Bari).

Wanita, isteri, jagalah maruah dan harga diri sendiri.

Kita adalah golongan yang paling ramai mengikut Dajjal. Perbanyakkanlah ilmu agama dan hindari kelalaian. (17:32)

Naudzubillah.

Mohon jangan tinggalkan komen tidak Syar'ie. Suami beri izin saya kongsi kisah sebagai iktibar. Doakan beliau.

#MahkamahSyariah
#PeguamSyarie
#Lian

Jawapan :-

Maaf tak boleh pm sorang² beri jawapan. Perbualan kami panjang, beliau minta pandangan asalnya kerana isteri desak beliau nafikan nasab anak perempuan mereka, saya sekadar beri nasihat menurut kapasiti saya sebagai peguam Syar'ie.

  1. Li'an tidak sesuai dalam hal ni kerana isu tempoh kelahiran dan isteri sendiri mengaku anak bukan anak suami mengikut perkiraan.
  2. Qazaf (suami tuduh isteri berzina tanpa saksi) juga tidak sesuai kerana isteri sendiri mengaku sudah berzina.
  3. DNA tidak mengikat keputusan Mahkamah Syariah atas faktor yang lebih maslahah, namun tidak bermakna Mahkamah tidak ada cara lain. Kaedah kiraan tempoh kehamilan dan qiyafah boleh digunapakai.
  4. Pengesahan taraf nasab anak mungkin boleh dilakukan oleh pihak suami dan isteri. Cukuplah berbalah dan mengutuk. Dari awal penulisan juga sudah saya niatkan sebagai iktibar. Wallahu'alam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI