Berketurunan cucu Rasulullah SAW, seorang ulama hadith ternama Mesir Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwisempat meluangkan masa bertemu sahabatnya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sebalik kesibukan masanya semalam.
Hal gembira ini dikongsikan oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini di fbnya semalam dan meraih lebih 6.2 k tanda suka akan berita gembira ini.
Kongsinya :-
“Tengahari ini saya ke Nasyrul Quran Putrajaya bagi meraikan ketibaan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi, sahabat saya yang juga ulama’ besar hadith di Mesir.
Malaysia adalah umpama rumah kedua Syeikh kerana ramai anak muridnya berada di sini. Semoga Allah SWT memanjangkan umur Syeikh untuk terus menyumbang bakti kepada ummah,” tulis Datuk Dr Zulkifli semalam.
IKLAN
Dipetik dari perkongsian Utusan Online, dimaklumkan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi atau nama sebenarnya Abdul Karim as-Sayyid al-Badawi Ahmad Sulayman, dilahirkan di perkampungan Sanbakht Aga, wilayah Mansurah, Mesir pada 19 Mei 1955.
Bapa beliau merupakan ulama qiraat dan syeikh tarekat al-Qahwajiah al-Syazuliah dengan nasab keturunan yang bersambung terus kepada Husain Ali, iaitu cucu Nabi Muhammad SAW.
IKLAN
Syeikh Mustafa ialah anak bongsu daripada empat adik-beradik dan beliau pernah memasuki sebuah sekolah sains di Mesir dengan cemerlang dalam fizik, kimia, biologi dan matematik.
Meskipun asalnya mahu menjadi doktor perubatan, namun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) di Darul Nadwah, Mesir.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan Selasa lalu.
Dan tahun ini menyaksikan peningkatan peratusan untuk keseluruhan bagi keputusan penuh.
Ramai yang berkongsi momen kegembiraan ini bersama keluarga dan berkongsi tip bagaimana mendapat keputusan cemerlang.
Selain belajar bersungguh-sungguh sokongan keluarga juga penting dalam memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang.
Dalam satu posting di laman sosial Facebook Program Tahfiz Intergrasi An Nur berkongsi rahsia salah seorang pelajar cemerlang, Adik Darwish Mokhtar yang memasang impian bergelar Huffaz.
Menurut Darwsih yang memperolehi keputusan 11A+ berkata kejayaan di dunia hanya sementara sahaja, tetapi jika menjadi Huffaz kejayaan dunia dan akhirat.
Tambah anak bongsu dari empat beradik ini juga apabila bergelar Huffaz boleh menjaga diri sendiri dan pelindung dari maksiat.
Biarpun terlewat menyertai Program Tahfiz Integrasi An Nur tapi Darwish berjaya buktikan, sudah berjaya menghafal 25 juzuk hanya dalam 48 hari sahaja. Dan insya-Allah dengan izinNya nanti dia akan berjaya hafal 30 juzuk dalam masa 55 hari.
Darwih yang bercita-cita menguasai bidang perniagaan dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan turut memberikan tip atas kejayaaanya dalam peperiksaan SPM lalu.
Mahu kejar dunia dan akhirat
Keputusan SPM 11A+ baru-baru ini, tapi mengapa adik Darwish Moktar, 18, nak jadi Huffaz?
“11A+ kejayaan dunia je, bersifat sementara. Kalau jadi Huffaz, kejayaan Dunia Akhirat. ” Huffaz ni juga boleh menjaga diri dan In Sha Allah, sebagai pelindung dari maksiat, “ujar Darwish yang bersekolah di sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Gombak. . Anak bongsu dari 4 beradik ini juga menjelaskan, dia sebenarnya dicabar oleh ibunya, Salawati Mohd Baki untuk hafal 30 juzuk Al-Quran.
Ibunya rasa, Darwish tak mampu kerana lewat menyertai Program Tahfiz Integrasi An Nur tapi dia berjaya buktikan, hanya dalam 48 hari sahaja, dia sudah menghafal 25 juzuk.
Program itu berlangsung dalam tempoh 3 bulan anjuranMyFundAction yang dulu dikenali sebagai Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), Manjung, Perak.
Darwish yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, berkata dia di jangka menghafal 30 juzuk pada 13 Mac ini iaitu hari ke 55 selepas menyertai program itu.
Bagaimanapun, Darwish berita-cita menguasai bidang perniagaan dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan.
Tip kejayaan Darwish: – Mulakan sesuatu dengan niat yang baik, In Sha Allah, Allah akan permudahkan segala urusan. – Fokus dalam kelas. – Isi masa dengan cara berfaedah dan jangan biarkan masa terbuang tanpa pengisian. – Darwish juga Ketua Fasi Addmath dan Modul Keseluruhan, ajar kawan/ junior, supaya teknik tu lebih mudah difahami.
Kejayaan: – Ikon Research & Development peringkat Kebangsaan dan memperoleh pingat Gangsa.
Tidak dinafikan dalam kita melayari kehidupan seharian, pasti tidak akan terlepas dari bahaya fitnah. Malah dikatakan bahaya fitnah itu sebenarnya lebih bahaya dari membunuh.
Namun sebagai hambaNya kita boleh menghindari bahaya fitnah ini dengan mengamalkan doa-doa yang turut diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Marilah kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Kami tegaskan di sini yang fitnah itu adalah bersifat tidur sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Fitnah itu bersifat tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.
Riwayat al-Rafi’e dalam al-Amali. Hadis ini bertaraf dha’if tetapi makna nas sahih. Inilah pendapat sebahagian ulama’ hadis.
Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/461)
Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi ujian fitnah, antaranya:
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat daripada Anas R.A:
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.
Riwayat al-Tirmizi (3233)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abi Burdah bin Abdillah, daripada bapanya:
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1864)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abu Bakrah R.A:
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.
Riwayat Abu Daud (5090)
Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.
Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]
Viral minggu ini apabila seorang rider penghantar makanan yang maut dilanggar pemandu mabuk.
Dalam kejadian pada 1.30 pagi kelmarin, mangsa Mohamed Zaili, 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah di kepala, selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Dalam pada itu, isteri kepada Allahyarham, Zahlawati Zahlan sangat terkesan dengan peristiwa itu. Bukan sahaja dia kehilangan suami, tetapi juga kehilangan dahan tempat bergantung.
Malah dalam satu laporan, dikatakan arwah suaminya melakukan pelbagai kerja untuk menampung keperluan keluarga sejak perlaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Ramai turut bersimpati dengan nasib dialami isteri mangsa dan salah seorang adalah penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza meluahkan rasa simpati ini dalam instastorynya dan beliau sangat bersedih dengan nasib yang menimpa keluarga Zahlawati atau dipanggil Yatie.
Menurutnya juga, Yatie adalah seorang pengusaha makanan dan beliau sempat membuat review makanan semasa Ramadan lalu.
Dalam posting berkenaan juga, Siti atau mesra dipanggil Tok Ti turut mengajak orang ramai supaya tampil membantu Zahlawati dengan memberikan sumbangan terus ke akaun banknya.
Semalam kita dikejutkan dengan berita dua helikopter jatuh terhempas di Lumut, Perak. Nahas tersebut meragut nyawa 10 perajurit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ramai yang...