Hubungan sesama manusia memang pelik. Ada waktu tengah gelak ketawa ria, sekelip mata boleh bermasam muka semata-mata kita tegur dan berterus terang.
Tak kiralah sama ada dengan pasangan, kawan hatta anak sekali pun. Itu yang ada ketikanya kita sanggup tidak tegur seseorang walaupun nampak dia telah lakukan kesilapan kerana ingin jaga hati punya hal.
Kalau berterusan begini, jawabnya boleh makan hati juga pada kita yang asyik nak jaga hati orang. Boleh mengundang stress. Bagi atasi dilema ini, pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, ada menghuraikan perihal ini dalam buku tulisannya; Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?
Pilih Yang Lebih Ringan Kesannya
Menurut beliau, berterus terang dan menjaga hati, kedua-duanya mempunyai kesan positif dan negatif.
Dalam kaedah fekah, ada menyebut bahawa, di antara dua mudarat, pilih yang lebih ringan. Ini bermakna, kita sendiri boleh fikir tindak balas orang yang kita nak tegur itu.
Mungkin boleh guna kaedah ini dalam menegur seseorang. Situasi ini memang buat kita serba salah. Kalau berterus-terang kepada kita, dia akan kecil hati. Tapi kalau ingin menjaga hati dan tidak berterus-terang, maka kita akan membiarkan dia terus hanyut dalam dosa. Sanggup kah?
Artikel berkaitan:Apabila Pasangan Kita Memberi Teguran, Terimalah Walaupun Pahit, Jangan Melenting Apa Lagi Berdendam
Artikel berkaitan: Dosa 80 Tahun Diampunkan & Pahala 80 Tahun Diberikan Jika Amalkan Ini Setiap Jumaat!
Takut-takut, kita pun terpalit dosa
Kalau ikut keutamaan, maka berterus-terang adalah jalan paling baik. Ini kerana kalau dosa kecil pun diulang-ulang dan beterusan, ia boleh jadi kesalahan besar.
Takut-takut, kita pun ikut sama berdosa sebab tak mahu tegur sebab takut hubungan keruh! Kalau boleh jangan lah jadi seperti ini ya.
Lebih gerun lagi, andai salah seorang daripada kita meninggal dunia, maka kita akan rugi kerana tidak sempat untuk membetulkan sahabat atau pasangan kita itu dan tidak sempat berubah menjadi orang yang lebih baik.
Lagi pilu kalau orang itu adalah anak kita sendiri. Menangis tepi bucu katil 10 tahun pun tidak akan boleh ubah keadaan.
Tegur Secara Hikmah
Satu pesanan penting, masa nak buat teguran, kita kena berhikmah, ya lah, takut-takut situasi akan menjadi lebih buruk dan teruk. Berhikmah dalam teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran. Kita mahu yang ditegur dapat menerima teguran dan berubah menjadi baik. Dia happy kita pun lega.
Hal ini ada di nyatakan dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:
“Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang baik…” (Surah al-Nahl:125)
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suami Minta Izin Kahwin Lain, Ini Hukumnya Isteri Halang Keinginan Suami Tambah Cawangan
Suami minta izin kahwin lain, ini hukumnya isteri halang keinginan suami tambah cawangan. Sebelum berpoligami, sebaiknya suami berbincang terlebih dahulu agar tidak mendatangkan mudarat kepada hubungan suami, isteri.
Benarlah tidak semua wanita menolak poligami dan perlu diingat tidak semua wanita mampu berkongsi. Islam sendiri menganjurkan cara yang betul sebelum suami berkahwin lain, bukannya diam-diam tambah cawangan.
Artikel Berkaitan:
‘Pernah Usaha Selamatkan Rumah Tangga.’ Puteri Sarah Hubungi Ustazah Asma’ Harun Minta Nasihat
Ikuti kemusykilan berkaitan poligami ini:
Soalan:
Apakah hukumnya jika isteri melarang suami untuk berpoligami?
Jawapan:
Tidak berdosa hukum ke atas seorang isteri untuk melarang suaminya untuk berpoligami apabila terdapat keperluan untuk membantahnya.
Hanya sanya perkara yang dilarang oleh Hukum Syarak adalah mengharamkan apa yang Allah Taala telah halalkan dan menghalang suami daripada berkahwin lain dengan tindak tanduk yang tidak mematuhi Syarak seperti mengugut mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Adapun jika melarang dengan menjustifikasikan dengan perkara-perkara yang disyariatkan maka adalah dibenarkan dan dianjurkan.
Suami Minta Izin Kahwin Lain
Misalnya, jika berpoligami akan menyebabkan kezaliman pada nafkah dan qismah (pembahagian hari antara isteri) isteri-isteri, atau nafkah anak-anak dan ibu bapa, maka perbuatan melarang serta menghalang itu adalah adalah suatu nasihat yang terpuji dalam agama.
Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu.
Suami Minta Izin Kahwin Lain
Ini berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:
إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ المُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُوا فِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، فَلاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ، فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي، يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا، وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka!
Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sagaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.” – Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)
Ini Hukumnya
Jika kita melihat daripada sudut fiqh, ternyata poligami pada hukum asalnya adalah diharuskan sahaja. Namun begitu dalam beberapa hal yang mendatang, hukumnya boleh berubah kepada tiga. (
Disunatkan: Ini sekiranya lelaki itu mempunyai keperluan untuk berkahwin lain jika beristeri satu tidak dapat menjadikan dirinya afif (menjaga syahwatnya daripada zina dan maksiat), atau isteri itu sakit, atau mandul tidak dapat mengandung, sedangkan suami itu inginkan anak, dalam keadaan suami itu memiliki keyakinan untuk berlaku adil antara isteri-isterinya.
Ini kerana terdapat keperluan yang diraikan Syarak seperti meramaikan anak, dan inilah yang menjadi pedoman ramai Sahabat Rasulullah ﷺ, Para Tabi’ie dan generasi selepas mereka.
Dimakruhkan: Jika semata-mata untuk berlazat-lazat dan berhibur, atau syak terhadap kemampuannya untuk berlaku adil antara isteri-isteri. Ini kerana tidak ada keperluan untuknya.
Isteri Halang Keinginan
Diharamkan: Jika diyakini bahawa lelaki tidak mampu berlaku adil lantaran kelemahannya, atau kerana hilangnya kepercayaan terhadap dirinya daripada bertindak bias dan pilih kasih, atau kerana keadaannya yang fakir. Ini kerana poligami itu akan mengakibatkan mudarat kepada orang lain.
Kembali kepada perbincangan asal, apabila hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi mubah, sunat dan haram, maka tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.
Justeru, ia bukan sahaja masuk dalam bab nasihat yang baik antara Muslim, tetapi juga adalah sebahagian perlaksanaan konsep Syura yang dituntut oleh Syarak.
Ini kerana seorang wanita apabila mengetahui suaminya ingin memadukannya, perlu memastikan hak-hak dirinya seperti nafkah yang telah ditentukan mengikut uruf dan persetujuan bersama, tidak dilanggar atau ditindas apabila berlakunya poligami.
Dalam erti kata lain, seorang isteri ada hak menyuara pendapat yang berbeza dalam sesi syura bersama suami untuk berkahwin lain.
Suami Tambah Cawangan
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa hukum isteri melarang suaminya untuk berpoligami tidak berdosa, sekiranya dibuat atas dasar nasihat, Syura demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap haknya.
Kami mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan masyarakat agar sentiasa mendidik wanita dengan keperibadian Muslimah dan menjaga hak-hak mereka daripada ditindas atau dilanggar.
Baca Di Sini:
Bukan Semua Tolak Poligami, Wanita Ini Akui Rasa Gembira Suami Kahwin Lain Kerana Ada Kawan Berbual
Kashoorga : Isu poligami ini cukup sensitif bagi golongan wanita, ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa. Oleh sebab itu konflik yang melanda Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai wanita.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ucapkanlah “ALHAMDULILLAH ‘ALA KULLI HAAL” Saat Diuji, Saksikan Keajaiban Akan Berlaku Dalam Kehidupan Kita
Kita sering mendengar ucapan Alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah yang mana kita menzahirkan rasa syukur pada Allah. Masa yang sama, perkataan Alhamdulillah termasuk dalam ayat dari surah Al-Fatihah yang menjadi rukun dalam solat kita.
Jika Alhamdulillah bermaksud segala puji bagi Allah, apa pula maksud Alhamdulillah ‘Ala Kulli Haal?
Alhamdulillah ‘Ala Kulli Haal bermaksud SEGALA PUJI BAGI ALLAH DALAM SEGALA SITUASI.
Erti kata-kata di atas sangat luar biasa. Islam mengajarkan kita bahawa rasa syukur dan terima kasih itu harus ucapkan dalam apa juga keadaan kita lalui. Malah saat terlepas dari beban atau kesakitan itu juga, adalah atas izin-Nya. Ia puncak tertinggi kita mengucapkan rasa syukur pada Allah.
Bila masa kita perlu mengucapkan Alhamdulillah Allah Kulli Haal?
1) Saat diuji dengan kecelakaan
Tidak ada manusia terlepas dari musibah atau kecelakaan sama ada besar atau kecil. Kesakitan atau kecelakaan adalah ujian dari Allah untuk hambanya. Ia bukan saja untuk menguji keimanan tetapi juga menghapuskan dosa-dosa kecil.
Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."Hadith riwayat al-Bukhari no 5641).
Namun saat diuji ini, sebutlah Alhamdulillah ‘ala kulli haal di mana kita mungkin tidak menyukai bencana yang berlaku itu.
Selain bencana, ketika menerima berita buruk, disarankan untuk mengucapkan kata-kata “Alhamdulillah” ‘ala kulli haal. Semua orang menyukai perkara baik tetapi kadang kala dalam kehidupan sehari-hari kita juga mungkin mendapat khabar buruk. Misalnya, diuji dengan kehilangan motosikal tempatnya mencari rezeki.
Dalam situasi seperti di atas, Islam melarang kita untuk mengeluh, apalagi mengutuk keadaan yang terjadi. Tetapi kita digalakkan untuk terus bersabar dengan ujian yang berlaku ini. Ucapkanlah perkataan Alhamdulillah ‘ala kulli haal (segala puji bagi Allah dalam segala situasi).
Lihatlah perkara ini yang berlaku ke atas dua beradik yatim di mana mereka kehilangan motor sehari selepas ibu mereka meninggal. Di sebalik ujian itu, timbul rezeki lain apabila Ustaz Ebit Lew menghadiahkan adik ini sebuah motosikal baru sebagai ganti. Nah! Lihatlah keajaiban yang berlaku atas musibah menimpa kita.
3) Bersin
Alhamdulillah ‘ala kulli haal juga diucapkan saat bersin. Menurut Th Reading dan Bukhari dalam hadits mereka, yang berbunyi:
“Jika seorang di antara kalian bersin hendaklah membaca “Alhamdulillah ‘ala kulli haal dan hendaklah orang di sekitarnya menyebut “Yahdikumullah wa yuslih baalakum” (HR Tharani dan Bukhari).
4) Dalam kesakitan, kesedihan atau kesedihan
Dalam keadaan diuji dengan sakit, kesedihan atau kesusahan, ucapkanlah Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Menzahirkan rasa syukur ini tidak hanya untuk saat rasa bahagia sebaliknya saat diuji dengan semua situasi.
Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi “ Sesungghnya balasan terbesar ada;ah dari ujian terberat. Jika Allah mencintai satu kaum, maka Alkah akan memberikan cubaan kepada mereka. Barang siapa redha, maka Allah pun redha. Dan barang siapa murka, maka baginya murka Allah” (HR Tirmidzi)
Amalkanlah ucapan “Alhamdulillah ‘ala kulli haal, Allah akan menggantikan semua kesakitan, keperitan dengan kesenangan.
KISAH SEEKOR BURUNG SAKIT
KASHOORGA kongsikan kisah seekor burung yang sakit dan diberitakan tak akan sembuh namun selepas mengucapkan perkataan “Alhamdulillah ‘ala kulli haal dalam apa jua keadaannya, burung ini terlepas dari semua kesakitannya seperti dikongsikan oleh Ustazah Nur Afifah Syahab. Ia penuh dengan hikmah dan menjadi pengajaran buat kita semua.
Teringat pesanan salah sorang ustaz kursus Haji di Masjid Besi Putrajaya..ucapkan ALHAMDULILLAH in every situation we faced in life..
Ada seekor burung yang hidup di padang pasir, sedang sangat sakit, tidak ada bulu, tidak ada makan dan minum, tidak ada tempat tinggal.
Suatu hari seekor burung merpati lewat (lalu), jadi burung yang tidak bahagia itu menghentikan burung merpati dan bertanya " Mau pergi kemana?"
Merpati itu menjawab "Aku akan pergi ke syurga".
Maka burung yang sakit itu berkata, "Tolong cari tahu, bila penderitaanku akan berakhir?"
Burung merpati itu berkata, "Tentu, aku akan melakukannya." Dengan mengucapkan selamat tinggal kepada burung yang sakit. Burung merpati melanjutkan perjalanannya mencapai syurga dan menyampaikan pesan burung yang sakit itu kepada malaikat di pintu syurga.
Malaikat itu berkata, "Selama tujuh tahun ke depan hidup burung tersebut harus menderita seperti itu, tidak ada kebahagiaan sampai saat itu."
Burung merpati berkata, "Ketika burung yang sakit mendengar ini, dia pasti berkecil hati. Bisakah kamu menyarankan solusi apa pun untuk ini."
Sang Malaikat menjawab, “Katakan padanya untuk selalu mendoakan ini, "Alhamdulillah alla kulli haal"
Burung merpati itu bertemu dengan burung yang sakit lagi & menyampaikan pesan malaikat itu kepadanya.
Saat tujuh hari merpati itu lewat(lalu) lagi, dia melihat burung yang sakit itu sangat senang, bulunya tumbuh di tubuhnya, tanaman kecil tumbuh di daerah gurun, kolam kecil air juga ada di sana, burung itu bernyanyi dan menari riang. Merpati itu tercengang. Malaikat telah mengatakan bahwa tidak akan ada kebahagiaan bagi burung itu selama tujuh tahun ke depan.
Melihat keadaan ini, burung merpati pergi mengunjungi malaikat di gerbang syurga.
Burung merpati itu mengajukan pertanyaannya kepada Malaikat.
Sang Malaikat menjawab, "Ya memang benar tidak ada kebahagiaan untuk burung itu selama tujuh tahun, tetapi kerana burung itu selalu mengucapkan, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL" dalam setiap situasi, hidupnya berubah.
Ketika burung itu jatuh di atas pasir panas dia berkata, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL"
Ketika tidak bisa terbang dia berkata, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL."
Ketika haus dan tidak ada air di sekitar, dia berkata, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL"
Apapun situasinya, burung itu terus mengulang, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL" dan kerana itu tujuh tahun dibubarkan dalam tujuh hari.
Ketika saya mendengar cerita ini, saya merasakan perubahan besar dalam cara saya merasakan, berfikir, menerima & melihat kehidupan.
Saya amalkan kalimat ini dalam hidup saya. APA pun situasi yang saya hadapi, saya mulai mengucapkan ini "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL"
Ini membantu saya mengubah pandangan saya dari apa yang saya tidak punyai, apa yang saya miliki dalam hidup saya.
Contohnya: jika sakit kepala, saya ucapkan "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL" TERIMA KASIH atas tubuh saya lain yang baik-baik saja, yang sihat; dan saya perhatikan bahawa sakit kepala itu tidak mengganggu saya sama sekali.
Dengan cara yang sama saya mulai gunakan kalimat ini dalam hubungan saya (baik keluarga, teman, tetangga) kewangan, kehidupan sosial, perniagaan dan semua hal yang dapat saya ceritakan. Saya berbagi cerita ini dengan semua orang yang saya hubungi, dan itu membawa perubahan besar dalam perilaku mereka juga.
Kalimat sederhana ini benar-benar memiliki impak yg mendalam pada hidup saya, saya mulai merasakan betapa beruntungnya saya, betapa bahagianya saya, betapa hidup adalah baik.
Mari kita ulangi kalimat ini secara terus menerus untuk mengalami pergeseran dalam hidup kita.
Jadi bersyukurlah dalam segala hal dan lihatlah perubahan mulai terjadi dalam diri Anda.
Ada KUASA dlm bersyukur.
INGAT! ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL
Terimakasih Ya Allah atas segalanya.
_Perkongsian dari Guru tercinta Ustazah Nur Afifah Syahab.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bolehkah Isteri Solat Di Sebelah Kiri Suami Sebab Rumah Sempit
Mendirikan solat tidak semestinya di kawasan atau ruang yang luas sahaja. Selagi ada ruang yang sesuai dan bersih, maka solatlah di situ. Kediaman besar merupakan bonus untuk membolehkan satu keluarga sembahyang berjemaah dengan selesa, namun untuk kediaman sempit, ruang solat yang terhad bukan penghalang.
Susunan saf dilakukan secara kreatif dan optimum. Bagaimanapun timbul persoalan, bolehkah isteri sembahyang di sebelah kiri suami apabila keadaan ruang sempit yang kurang mengizinkan?
Kita baca penjelasan lanjut oleh Unit Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan kemusykilan ini.
Artikel berkaitan: Suami Isteri Rajin-rajinlah Solat Tahajud, Rasai Keajaiban Yang Akan Berlaku
Artikel berkaitan: Solat Berjemaah, Rahsia Kekal Bahagia Ustaz Don Dr Husna Sepanjang 8 Tahun Berkahwin
Soalan:
Assalamualaikum wrm. wbt.,
Sekarang tersebar di media sosial infografik yang menunjukkan isteri tidak boleh sembahyang di sebelah kiri suami, tetapi tempatnya adalah di belakang imam.
Soalan saya, bagaimana jika rumah itu sempit dan ruang solat yang ada tidak memungkinkan untuk isteri solat di belakang suami?
Jawapan:
Susunan saf lelaki dan perempuan ketika sembahyang
Ringkasannya ialah terdapat hadis riwayat daripada Anas bin Malik r.a yang menyatakan:
أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَالَ قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ ، وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا ، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ انْصَرَفَ
Maksudnya: “Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah SAW memakan makanan yang telah dimasaknya. Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda: “Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua.”
“Kemudian Rasulullah SAW berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.”
Riwayat Al-Bukhari (380)
Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah:
“Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan.”
Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/293)
Kemudian beliau menyebut hukum hakam berkaitan posisi makmum dan berkata:
“Konklusinya, sesungguhnya posisi-posisi yang disebutkan semuanya adalah berdasarkan perintah istihbab (galakan atau sunat). Jika para makmum menyelisihinya maka hukumnya makruh tetapi solat itu sah, seperti mana yang disebutkan oleh penyusun kitab (iaitu Imam al-Syirazi).
Begitu juga jika imam solat di posisi lebih tinggi daripada makmum, atau makmum tinggi daripada imam, tanpa ada keperluan.
Begitu juga jika makmum wanita terkehadapan berbanding saf lelaki selagi mana tidak terkehadapan mengatasi imam, atau makmum wanita solat bersebelahan imam atau sebelah makmum lelaki, maka sah solat wanita itu, dan juga solat orang lelaki, tanpa ada khilaf di sisi kami.” Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzzab (4/297)
Perbuatan yang dimakruhkan ketika solat hilang kemakruhan apabila wujud keperluan
Dalam artikel Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-480 : Susunan Saf Solat Jenazah Semasa Berlakunya Wabak, kami ada membahaskan kaedah fiqh:
الكَرَاهَة تَزُولُ بالحَاجَة
Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan” Rujuk Ma`lamah Zayed (no.267)
Perkara-perkara yang dimakruhkan di dalam solat tidak menjadi makruh apabila terdapat keperluan untuk melakukannya.
Berkata Imam Abu Ishak al-Syirazi dalam al-Muhadzzab:
“Dimakruhkan untuk meninggalkan perkara sunat dalam solat dan dimakruhkan untuk memalingkan muka tanpa ada keperluan, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Dzar RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لَا يَزَالُ اللَّهُ تَعَالَى مُقْبِلًا عَلَى عَبْدِهِ فِي الصَّلَاةِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ فَإِذَا الْتَفَتْ صَرَفَ عَنْهُ وَجْهُهُ
“Allah sentiasa menghadap hambaNya semasa solat selama mana hamba itu tidak memalingkan muka, maka jika hambaNya memalingkan muka, maka Dia juga memalingkan MukaNya darinya.” Riwayat Abu Daud (no.909)
[maksudnya Allah sentiasa menurunkan rahmat dan keredhaanNya selama mana orang yang solat itu menjaga pandangan di dalam solat. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (2/161)oleh Ibn Hajar al-Haitami.]
Adapun jika terdapat keperluan maka tidak dimakruhkan berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn `Abbas R.Anhuma bahawa Nabi ﷺ:
كَانَ يَلْتَفِتُ فِي صَلَاتِهِ يَمِينًا وَشِمَالًا وَلَا يَلْوِي عُنُقَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ
“Pernah memalingkan mukanya ke kiri dan ke kanan ketika solat tetapi tidak memusingkan tengkoknya memandang belakangnya.” Riwayat al-Tirmidzi (no.587)
[Disebut dalam Tuhfah al-Ahwadzi (3/159) oleh Syeikh Abu al-`Ala al-Mubarakfuri, Ibn Malak berkata: dikatakan bahawa Rasulullah ﷺ memalingkan wajah sekali atau beberapa kali yang sedikit bagi tujuan menerangkan bahawa perbuatan itu tidak membatalkan sembahyang, atau boleh dilakukan atas suatu keperluan mendesak.] Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (4/95)
Contoh lain, dalam hadis riwayat Abu Qatadah, bahawa Rasulullah ﷺ:
كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلِأَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ، فَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا وَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا
“Pernah bersolat dalam keadaan mendokong Umamah bin Zainab binti Rasulullah ﷺ, anak Abu al-Aas bin al-Rabi`. Apabila baginda berdiri, baginda mendokongnya, dan apabila baginda sujud, baginda meletakkannya.”
Riwayat Muslim (543)
Berkata Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Muslim (5/34):
“Diharuskan untuk melakukan perbuatan yang sedikit di dalam solat, maka jika langkah dua kali itu tidak membatalkan solat tetapi lebih utama tinggalkan melainkan ada keperluan, sesungguhnya pergerakan kerana keperluan itu tidak dimakruhkan seperti mana yang dilakukan oleh Nabi ﷺ.
Hadis ini juga menunjukkan bahawa dibenarkan untuk imam sembahyang di atas tempat yang lebih tinggi daripada tempat makmum-makmum, tetapi hukumnya adalah dimakruhkan apabila tempat imam lebih tinggi atau tempat makmum lebih tinggi, melainkan kerana hajat.
Maka jika ada hajat keperluan seperti tujuannya untuk mengajar perbuatan-perbuatan sembahyang maka tidak dimakruhkan bahkan sunat berdasarkan hadis ini. Begitu juga apabila seorang makmum bertujuan mengajar makmum lain perbuatan solat imam yang memerlukan tempat yang tinggi.”
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung kepada pendapat tidak batal solat, tidak diharamkan bahkan tidak dimakruhkan seorang isteri bersembahyang di sebelah kiri suami sekiranya ruang di rumah itu sempit kerana ada keperluan.
Wallahua`lam.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI