Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas Al-Quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

Namun bukan semua lelaki atau perempuan ada niat baik pada ikatan perkahwinan iaitu sama-sama ingin menuju ke syurga Allah sebaliknya menyimpan tujuan tertentu.

Dikongsi dari akaun Tik Tok @jiwaalhadid, wanita ini berkongsi pengalaman perkahwinannya yang cukup menakutkan. Bermula dari kenal bekas suami, hinggalah ke hari akad nikah, pelbagai masalah timbul termasuk wajahnya kelihatan seperti mayat hidup. Ribut petir sambar menyambar di hari perkahwinannya hingga semua lauk pauk bercampur air serta banyak masalah lain timbul gara-gara bekas suaminya menggunakan sihir untuk memikatnya.

Baca perkongsiannya, moga menjadi manfaat kepada gadis dan wanita yang ingin berkahwin agar berhati-hati memilih calon suami di masa depan.

Berdasarkan pengakuannya, @jiwaalhadid, keluarganya merupakan orang berpengaruh dan bapanya sendiri berpangkat Dato namun dirinya tidak pernah menunjuk semua kesenangan itu kepada umum. Sebaliknya, bapa mereka mendidik anak-anak dengan ilmu agama termasuk setiap kali Subuh mewajibkan anak-anak lelaki mengikutnya ke masjid untuk solat berjemaah.

Namun peristiwa hitam ini bermula apabila dia bertemu bekas suaminya.

“Perkenalan aku dan bekas suami bermula dari anak seorang Ustazah. Silapnya di awal perkenalan, aku dah beri gambar penuh. Masa yang sama, ada tiga orang lelaki masuk meminang termasuk dirinya. Awal masa tengok muka dia, dah ada rasa gerun. Mukanya menggerutu, pakai rantai tapi semua perasaan tu berubah bila dia jumpa keluarga aku dan bawakan makanan iaitu nasi beriyani.

“Lauknya banyak. Ada udang, daging dan ikan tenggiri. Semua family aku makan kecuali dua orang adik aku (mereka selamat dari terkena sihir). Sebenarnya keluarga aku memang susah nak terima orang tapi dia mulakan langkah dengan beri makanan tu. Sejak dari bab makan itulah, aku jadi tunang dia lalu berkahwin. Dia ada cakap pernah kahwin sebelum ini. Ingatkan sekali tapi  rupanya tiga kali. Bekas isteri dia cakap, isteri dia banyak, aku mungkin bini dia ke empat atau lima.

“Masa yang sama, aku sebenarnya pernah dipinang oleh seorang soleh untuk dijadikan isteri nombor dua. Kami jumpa di majlis ilmu agama seorang Ustaz terkenal tapi aku tolak sebab tak nak ada masalah. Peliknya lepas makan nasi beriyani tu, muka dia yang menggerutu aku pandang kacak. Dia hanya ada sebuah kereta buruk tapi aku nampak sempurna. Dia tak ada kerja, harap keluarga bagi makan, bagi modal bisnes tapi aku tak kisah. Kata orang nampak sempurna sangat di mata aku. Masa yang sama, dia kerap burukkan bekas isteri dia. Curang la, tak hiraukan anak tapi sebenarnya dia yang pisahkan anak dari ibunya. Semuanya sebab sihir juga.

“Rumah dia beli bersama bekas isteri dia bolot semua. Pulak tu, dia jenis lelaki yang pendendam. Anak dia rebut untuk kepuasan hati dia. Pada hal dia bukan ambil berat sangat pun. Masa yang sama, dia hasut anak dia sampai anak dia benci ibu sendiri. Tuduh bekas isteri curang. Bekas isterinya itu sampai sekarang tak kahwin tapi dia dah bertukar-tukar perempuan.

IKLAN
Terkena Sihir Pemikat, Wanita Kongsi Pengalaman Rumahtangga Hancur Sendiri Selepas 4 Bulan Berkat Amal Surah Yassin & Al Hadid
Impian nak nampak cantik di majlis bertukar hodoh. Sampai jurugambar tak tangkap sebab muka aku hodoh sangat

Majlis kahwin jadi hari ngeri

Tiba masa, kami disatukan dalam majlis akad nikah. Dalam sibuk-sibuk itu, nak jadikan sebab, bapa aku terlupa ajak bapa pengantin berbual dengan tok imam dan saksi nikah. Habis majlis, keluarga dia terburu-buru balik dan simpan dendam hingga ke majlis reception.

“Habis hancur majlis aku sebab banyak kejadian aneh berlaku di majlis persandingan tu. Pendek kata, Allah tak restu sebab majlis ini bercampur dengan jin syaitan.

“Aku kenal dia hujung bulan 12. Bulan dua kita orang bertunang dan bulan lapan nikah. Kenal kejap konon cinta islamik. Sebabnya aku mana pernah bercinta, couple pun tak pernah sebab aku jaga batas aku. Tiada ruang untuk lelaki lain cuit hati aku. Sekali berkahwin dengan lelaki menduda banyak kali. Masa akad nikah, dia sibuk kelek anak dia. Keluarga dia semua tak bertudung, free hair. Ramai yang hairan kenapa aku pilih lelaki dari keluarga begini sedangkan keluarga aku jenis solat di masjid dan tak tinggal solat.

“Bayangkan, masa nak nikah tu banyak ujian. Ibu bapa aku bergaduh sakan, hampir nak batalkan majlis. Kemudian dia tuduh makcik aku bomohkan kami. Dia siap cakap kita batalkan saja. Nak jadi cerita, dia ajak jumpa. Tapi masa jumpa tu dia asyik tatap mata aku. Kemudian dia ajak aku ke klinik dan nak ambil drip. Doktor siap tanya kenapa mata dia, ambil dadah ke merokok tapi aku pertahankan dia. Cakap dia dah tak merokok.

“Bila hari sanding, semua jadi hancur. Memang Allah nak tunjuk bahawa perkahwinan ini diatur oleh jin, bukan cinta atau keikhlasannya nak memperisterikan aku untuk sama-sama ke syurga Allah.

“Bayar mak andam RM2500 tapi muka hancur disolek. Dah macam pocong. Pelamin tema putih aku nak pun nampak buruk. Pintu gerbang macam tema safari. Reception jam 2 tapi aku turun jam 3.50 petang sebab mak andam tak boleh siapkan make up dia seolah-olah ada halangan pada hal dia dah lama dalam kerjayanya. Bapa aku pun dah call banyak kali, dah la anak sulung dia kahwin tapi semuanya hancur. Patut sanding jam dua  petang tapi aku turun 3.50 petang, bayangkan apa perasaan keluarga aku.

IKLAN

“Masa deejay umumkan aku turun ke dewan, hati aku dah tak sedap. Masa yang sama berlaku ribut petir. Khemah hampir terbang, macam nak berlaku taufan. Tetamu tak jumpa jalan sebab hujan terlalu lebat. Makanan masuk air hujan. RM20 ribu yang family habiskan untuk majlis ini semuanya hancur. Kereta di sponsor Dato pun tak naik. Muka aku pula macam pocong di sebalik gaun putih aku, pipi langsung tak ada daging. Baju aku mak andam letak besi nak bagi kembang. Dari luar nampak persis nenek lama tidur dalam kubur.

“Masa yang sama, anak tiri aku berlari-lari atas pelamin dan bila aku turun, suami aku tak nak lepaskan tangan anak dia, seolah-olah seperti menyimpan sesuatu. Masa aku turun, abang ipar aku tunjuk isyarat jari tengah pada keluarga aku kerana tak siapkan meja VVIP untuk keluarga dia. Angkuh tak? Keluarga aku memang dah siapkan tapi sebab hujan lebat, ramai tetamu lari ke dalam dan duduk di meja VVIP itu.

“Bayangkan keluarga aku orang berpengaruh, pangkat Dato dan keluarga dia biasa-biasa saja, niaga tepi jalan. Tapi cara mereka, sangat berbeza dengan didikan keluarga aku. Bila habis majlis, keluarga kami ke rumahnya. Dia siap tengking bagai, ungkit semua yang berlaku sampaikan bapa aku yang tua minta maaf pada keluarganya. Egois tak?

Suami simpan darah haid untuk kenangan

Banyak masalah sepanjang perkahwinan kami. Hubungan keluarga dua belah pihak tak harmonis. Tapi aku pelik sebab suami ada simpan darah haid aku, katanya nak buat kenangan (sampai ke hari ini aku masih ada rasa kesal dan tertanya-tanya). Masa yang sama, masa majlis tu, ramai kenalan terdiri dari orang beragama aku tak jemput sebab lupa. Masa yang sama Allah nak selamatkan mereka. Sebabnya kesemua yang datang sakit kaki dan betis. Bila hadir majlis tamar, automatic sakit kaki tu hilang.

IKLAN

“Paling seram, ramai yang nampak kelibat nenek tua lalu lintas di majlis sanding tu. Dah la banyak masalah, pelamin buruk, air minuman bercampur hujan, pekerja catering tak tambah lauk dan paling pelik, dalam kek kahwin dijumpai segumpal rambut selain jurugambar tak boleh tangkap gambar aku sebab terlalu buruk. Di majlis itu muka aku hodoh dan DJ juga lupa skrip.

“Bila pergi bulan madu, ada kelibat lembaga hitam ikut sama. Bila tengok muka suami dalam cermin time dia dukung aku tu, berubah ngeri. Mukanya macam bertaring. Honeymoon  pun gaduh memanjang, beberapa saat je baik. Tapi satu pesanan dari bapa buat aku menangis. Katanya, jagalah rumahtangga baik-baik, awak berhak bahagia walau pun dia ditengking. Itu semua buat aku menangis,”katanya lagi.

Terkena Sihir Pemikat, Wanita Kongsi Pengalaman Rumahtangga Hancur Sendiri Selepas 4 Bulan Berkat Amal Surah Yassin & Al Hadid
Suami terperanjat bila tangkal besi dia suruh aku pakai terlerai sendiri. Dan malam itu suami diganggu hantunya sendiri.

Suka bawa jumpa bomoh

Bila tinggal dengan dia, satu persatu kejahatan mula terbongkar. Dia suka bawa aku jumpa bomoh untuk berubat. Dan aku teringat kata seorang Ustaz dalam satu majlis ilmu aku hadir. Kata Ustaz tu, buruk baik isteri dicorak oleh suaminya. Sebab itu jodoh kami tak panjang dan Allah masih sayangkan aku.

“Aku tak nak terus hidup dengan orang fasiq, munafik. Ada sekali dia bawa aku ke rumah seorang lelaki. Pakcik tu bagi aku rantai tangkal. Katanya kalau pakai rantai nie tak kena sihir. Suami kata aku kena sihir pada hal dia yang Dajjal. Lepas aku pulih, aku bertaubat, takut Allah tak ampun dosa syirik.

“Dia juga tak serasi duduk dengan keluarga aku. Macam cacing kepanasan. Bapa aku biasa kejutkan anak lelaki dia untuk sama-sama berjemaah di masjid. Mula-mula dia ok tapi selepas itu dia cuba larikan diri selepas azan Subuh. Macam kena kejar hantu, solat pun tak nak. Beri alasan macam-macam. Dalam bilik kami, aku sering kena ganggu, ada lembaga hitam menakutkan.

Lawan syaitan dengan surah Yassin dan Al Hadid

Bayangkan, dalam tempoh 4 bulan lebih itu bermacam ujian dan dugaan. Tapi Allah masih sayangkan aku. Bila aku baca surah Yassin dan Al Hadid, baru aku boleh tidur. Bayangkan betapa Allah sayang, tangkal diperbuat dari besi boleh putus. Suami pun terkejut tengok, rantai tu tiba-tiba putus.

“Suami aku cari jalan, seolah-olah ada orang nak sihir aku. Malam itu suami seperti cacing kepanasan kerana diganggu sementara aku tidur lena. Esoknya dia cerita dia dialog dengan hantu. Badan aku jadi panas tapi aku sejukkan dengan membaca surah Yassin dan Al Hadid. Dan Allah dah tunjuk, kalau jodoh diatur jin memang tak bawa berkat pun,” kongsinya mengenai kisah perkahwinannya yang menyeramkan.  Jadi hati-hati memilih calon suami. Carilah orang beragama agar dapat membimbing kita ke jannah. Sumber :Tik Tok @jiwaalhadid

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI