Bakat seni adalah satu anugerah tidak ternilai dari Yang Maha Esa. Ada orang dikurniakan suara yang sedap, pandai melukis da tidak kurang juga yang berbakat dalam seni tulisan tangan.
Seperti yang viral di media sosial baru-vbaru ini, seorang pengguna Twitter Ahsanul Fikri berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran tahun 2017/2018.
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Ads
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Ads
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Tenyata sebaik di muat naik, posting ini mendapat perhatian di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan memuji tulisan tangan berkenaan.
Sebelum majlis nikah bermula, pasangan itu perlu buat beberapa persediaan. Tip yang dikongsikan ini mungkin nampak remeh.
Namun awas! Perkara yang remeh inilah yang selalu mendatangkan masalah ‘besar’ dan perlu kita ambil peduli.
Tak nafikan perkara seperti kad pengenalanlah dan duit mas kahwin. nampak ‘simple’ sahaja. Tetapi ‘perkara-perkara’ begini kalau tidak ada pada hari pernikahan, pasti majlis akad nikah itu akan bermasalah.
Ada lima perkara penting untuk anda ambil berat pada hari nikah berlangsung. Jangan sampai terlupa ya!
1) Kad Pengenalan Diri
Jangan lupa bawa kad pengenalan anda dan pasangan. Kad ini perlu diserahkan kepada jurunikah yang mengetuai majlis akad nikah anda nanti. Tanpa kad pengenalan, urusan akan jadi susah kerana dokumen itu sememangnya diperlukan.
Walaupun ada yang fotokopi, kad pengenalan sebenar perlu ada. Jadi, elakkan daripada kehilangan kad pengenalan. Jika hilang, misalnya diragut, sila buat laporan polis dan dapatkan salinan laporan itu untuk ditunjukkan kepada jurunikah.
2) Mas Kahwin
Mas kahwin perlu ditunjukkan kepada jurunikah sebelum akad nikah dimulakan. Mas kahwin ialah pemberian wajib kepada pengantin perempuan dan termasuk dalam rukun nikah.
Mas kahwin minimum telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam negeri tertentu. Jika anda mahu beri mas kahwin lebih daripada yang ditetapkan dan jumlahnya beribu-ribu, sila buatkan cek untuk memudahkan urusan. Tak perlu bawa wang tunai kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
3) Kehadiran
Pastikan kehadiran individu yang penting dalam urusan akad nikah. Misalnya kehadiran pasangan pengantin, jurunikah, saksi dan wali. Telefon untuk mengingatkan mereka ini sehari sebelum majlis berlangsung. Ingatkan hal penting terutamanya mengenai waktu perlu berada di lokasi pernikahan.
4) Tepati Masa
Sila tepati masa yang telah diberikan oleh jurunikah. Ini kerana jurunikah bukan hanya mengetuai majlis akad nikah anda sahaja. Dia perlu ke lokasi lain untuk urusan akad nikah orang lain pula.
Jadi, sila hadir ke lokasi anda bernikah pada masa yang telah ditetapkan supaya urusan lebih mudah.
5) Jangan Gugup
Pengantin lelaki dinasihatkan supaya banyak bertenang. Jangan kelam-kabut pada hari pernikahan. Minum air masak secukupnya. Bertenang dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafal. Jika tidak bertenang, akan mudah gugup apatah lagi ketika akad nikah nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebaik berkahwin, tugas dan tanggungjawab menguruskan rumahtangga bukanlah terletak di tangan isteri. Sebaliknya tugas ini perlu dipikul oleh suami yang berperanan sebagai ketua keluarga.
Jangan sesekali suami bebankan isteri dengan tanggungjawab berkenaan. Tugas isteri itu hanyalah perlu melayan kehendak zahir dan batin suami sahaja.
Para isteri juga boleh menolak sekiranya suami arahkan isteri melakukan kerja berkenaan. Seperti perkongsian di laman sosial Facebook oleh Farizal Radzali yang memberitahu dia pernah mendapat pesanan bermakna ini daripada seorang warga emas.
Katanya orang wanita tidak digalakkan mengambil alih tugas suami dalam rumahtangga atas sebab tertentu.
Walau bagaimanapun dia hanya memahami apa yang dimaksudkan oleh individu berkenaan setelah dirinya melalui sendiri alam perkahwinan.
Ayuh ikuti perkongsian yang sangat bermakna ini.
Kejam bunyinya kan?
Lepas kahwin, saya faham. Betul apa yg makcik tu cakapkan.
Pada hari pertama kita berkahwin, kita dah meterai satu perjanjian utk sehidup semati, bersusah senang dgn pasangan kita, berkongsi segalanya bersama. Pada masa itu, kita bersedia berkorban segalanya utk pasangan kita.
Buat suami, tanggungjawabnya utk memberi nafkah kpd keluarganya. Bagaimana dan melalui apa, itu adalah tanggungjawabnya. Itu adalah amanahnya.
Kebanyakan isteri skrg, dari mula perkahwinan dah bertindak mengambil alih tugas suami. Kononnya atas dasar berdikari. Bangga menceritakan kpd semua org bahawa dia adalah isteri yg tak menyusahkan suami. Dan suami juga bangga mempunyai isteri yg berdikari, pandai itu ini, tak susahkan suami. Bagi isteri yg bekerja, taknak minta duit suami kerana ada duit sdiri.
Bangga bila boleh pergi ke mana² sendiri, boleh tukar tayar kereta sendiri, boleh berbelanja sendiri, boleh angkat tong gas sendiri, boleh panjat tangga tukar bateri jam sendiri, boleh kurangkan bebankan suami, boleh pergi check up mengandung sendiri. Malah ada yg hingga memperlekehkan isteri² lain yg tak berdikari hingga menyusahkan suami.
Isteri zaman skrg, bila suami tak buat, dia akan buat sendiri. Atas alasan taknak menyusahkan suami. Malas nak bising² benda kecil je. Mula² memang semuanya masih manis. Usia pun masih muda, anak² belum ada.
Tapi lama kelamaan, perkara yg pada mulanya dibuat kerana taknak menyusahkan suami, akhirnya menjadi satu beban bila suami mula lepas tangan. Kerana lelaki ni dia akan bertindak mengikut kebiasaan.
Dan pada masa ini, sudah terlambat utk seorang isteri nak merungut atau nak betulkan keadaan yg dah jadi kebiasaan dlm rumahtangga.
Suami tu, bukan nak lepas tangan. Tapi padanya bila isterinya buat itu ini, maknanya dia tak perlu campur tangan. Padanya mungkin itu kebiasaan isterinya. Jadi dia taknak ganggu.
Andai sampai satu ketika, kamu tahu suami kamu dah tak mampu, bantulah dia utk dia bangun semula. Setelah dia bangun semula, serahkan semula tanggungjawab tersebut kepada suami. Jangan terus ambil alih tugas itu. Ingat, kamu bantu ketika dia tak mampu sahaja, hanya sementara, bukan selamanya.
Biarlah org kata isteri tu tak bantu suami, isteri tu begitu begini, biarlah. Kerana tanggungjawab mencari nafkah dlm keluarga adalah dibahu suami. Andai dia taknak pikul tanggungjawab, jangan ambil anak org utk dijaga.
Tanah Suci Makkah adalah tempat yang memperlihatkan peribadi yang sebenar. Sebelum menjadi tetamu Allah, hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat dihati.
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, panas baran, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia.
Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
Melalui satu perkongsian di Facebooknya, Hairolnizam Mat Erol berkongsi persediaan-persediaan rohani yang perlu dilakukan sebelum menjadi tetamu Allah.
Di sini saya ingin kongsikan persediaan-persediaan rohani untuk bakal-bakal tetamu Allah. Mungkin anda juga seperti saya yang masih merasakan diri dan jiwa masih jauh dari Allah dan Rasulullah SAW beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Apa yang saya dapat dan praktikkan ini adalah daripada tips-tip daripada sahabat-sahabat yang telah menjadi tetamu di Baitullah.
Insya Allah… semoga bermanfaat.
1. Perbaiki Kualiti Solat & Mencintai Masjid
Mulai dengan jaga solat 5 waktu dan kerap hadir ke masjid. Latih diri solat awal waktu, berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau. Boleh berlatih dengan mulakan dengan berjemaah Maghrib dan Isyak dahulu (balik kerja) kemudian upgrade kepada Zohor dan Asar berjemaah (jika ada peluang) serta Subuh berjemaah (ini yang paling mencabar).
2. Biasakan Solat-solat Sunat & Berdoa
Mulakan berlatih perbanyakkan solat-solat sunat Qobliyah dan Baa’diyah. Juga biasakan solat Taubat, Dhuha, solat hajat dan solat Tahajjud jika mampu. Juga biasakan diri banyak berdoa dengan yakin di antara azan dan iqamah serta selepas solat.
Apabila kita berada di Madinah dan Mekah nanti, perkara utama dan yang paling banyak untuk kita lakukan ialah berulang-alik ke masjid untuk solat 5 waktu. Di sanalah nanti peluang untuk kita merebut ganjaran pahala 1,000 kali ganda solat di Masjidil Nabawi dan 100,000 kali ganda di Masjidil Haram.
Apabila sudah biasa dengan amalan solat awal waktu dan solat-solat sunat, insyaAllah, ia menjadi perkara yang paling dekat dan paling dicintai di hati kita untuk bangun awal sebelum Subuh, dan diikuti datang awal ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat dan melakukan solat-solat sunat serta berdoa mohon kebaikan daripada Allah.
3. Belajar Bersabar Dan Reda
Mulakan berlatih bersabar dan reda dengan setiap apa yang berlaku dalam aktiviti harian kita. Didik hati bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, merupakan ujian dari Allah dan Rasulullah SAW pun menyuruh kita menjadi orang yang sabar dan menahan kemarahan.
Apabila hati dah mula biasa bersabar, insyaAllah, bila sampai di Tanah Suci nanti, segala macam dugaan seperti kelewatan imigresen, masalah hotel, masalah makanan, masalah bas atau sikap-sikap jemaah lain serta kerenah pasangan pun dapat kita hadapi dengan baik.
4. Belajar Jaga Tutur Kata
Mulakan latih diri bercakap perkara yang baik-baik sahaja sama ada dalam perbualan atau media sosial. Elakkan bercakap hal-hal buruk, hal orang lain atau bergurau menyebut seolah-olah akan jadi perkara tidak elok seperti “Jauh berjalan macam ni, boleh patah kaki…!”
Setiap tutur kita adalah doa. Dan di Tanah Haram, insyaAllah… akan dimakbulkan segera apa yang kita tuturkan atau detikkan dalam hati sama ada yang baik atau yang buruk.
Apabila sudah biasa mendidik lidah kita, insyaAllah, hanya perkataaan-perkataan baik sahaja yang akan keluar dalam bicara kita di sana.
Didik hati untuk berbaik sangka dengan orang lain terutamanya dengan orang minta derma, minta sedekah atau mohon bantuan.
Di Tanah Haram nanti kita akan bertemu dengan macam-macam peminta sedekah. Bila hati sudah dididik berbaik sangka, jika kita menolak untuk tidak memberi sedekah pun, kita akan tolak dengan baik dan dengan senyuman.
6. Banyakkan Membaca Sirah Nabi dan Berselawat
Timbulkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah nabi, kisah-kisah pengorbanan nabi berdakwah menyebarkan agama Islam.
Di Masjidil Nabawi nanti, itulah peluang terbaik kita untuk berziarah makam Rasulullah SAW setiap hari selepas solat dan memberi salam kepada baginda Rasulullah SAW.
Apabila hati sudah ditanam dengan kecintaan yang tinggi kepada baginda, insyaAllah…akan menitis air mata bila berziarah ke makam baginda.
7. Rendahkan Hati, Rasa Diri Banyak Dosa
Kedatangan kita ke Baitullah adalah atas jemputan Allah. Kita ini hamba yang banyak berdosa. Namun atas kasih sayang Allah, kita masih dijemputnya untuk ke sana.
Inilah peluang terbaik kita bertawaf depan Kaabah, solat taubat, solat sunat dan mohon keampunan kepada Allah, banyakkan berdoa, membersihkan diri menjadi hambaNya dan umat nabi Muhammad yang lebih baik.
Semoga persiapan rohani kita dari awal sebelum berangkat ke Tanah Suci akan menjadikan kita benar-benar hamba-Nya yang berserah sepenuhnya kepada Allah sepanjang berada di Tanah Suci.
Tiada lain yang kita harapkan, hanyalah umrah yang mabrur serta dapat kita istiqamah dalam perkara ibadah-ibadah dan akhlak baik kita apabila kembali ke tanah air, insyaAllah…
Dan kepada sahabat-sahabat yang masih belum berpeluang ke sana, lakukanlah juga persiapan rohani seperti di atas.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, amalan dan istiqamah kita boleh menjadi asbab untuk kita dijemput ke Baitullah. Sesungguhnya Allah itu maha kaya. Dia boleh jemput kita dengan pelbagai cara dan jalan yang tidak disangka-sangka.
Sumber Kredit: FB: Hairolnizam Mat Erol via Kenangan Haji & Umrah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?