Perkahwinan menjadikan seseorang itu lebih matang dalam menjalani kehidupan. Berbeza dengan orang zaman dulu yang lebih memilih untuk berkahwin pada usia muda.

Masyarakat moden saat ini sudah lebih mementingkan karier untuk meningkatkan kekayaan dari segi material dibandingkan dengan kekayaan berumah tangga.

Namun sebenarnya ada beberapa alasan mengapa berkahwin dalam usia muda digalakkan menurut Islam yang sangat baik dilakukan dan perlu anda ketahui.

MEMELIHARA PANDANGAN
Perkahwinan dalam usia yang muda mampu mengawal pandangan dan seterusnya mengawal nafsu. Secara tidak langsung ia mampu mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif dan di luar kawalan.

LEBIH MENIKMATI ALAM PERKAHWINAN
Berkahwin dalam usia yang muda menjadikan pasangan suami isteri lebih menikmati hubungan suami isteri. Selain itu, rahim seorang wanita muda masih sangat kuat dan subur sehingga mampu menghasilkan keturunan yang berkualiti.

IKLAN

MENYUBURKAN HUBUNGAN ROMANTIS
Perkahwinan merupakan bukti cinta sejati dan menjadi lambang dari keromantisan.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada romantisme yang lebih indah bagi dua orang yang saling mencintai selain menikah.” [Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan dishahihkah oleh Albani].

LEBIH BAHAGIA
Berkahwin dalam usia muda juga adalah untuk mencari puncak kehidupan yang lebih bahagia menurut Islam.

IKLAN

Allah SWT berfirman, “Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Ia menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [ar-Rum : 21].

BERJAYA DALAM USIA MUDA
Allah SWT juga akan memberikan limpahan rezeki pada pasangan yang telah berkahwin.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui.” [Q.S : An-nur : 23].

IKLAN

BANYAK WAKTU UNTUK MENGURUSKAN ANAK-ANAK
Keuntungan yang boleh didapati jika berkahwin dalam usia yang muda ialah kesempatan mendidik anak-anak dengan baik. Ketika usia masih muda, fikiran masih fresh dan tubuh pun masih bertenaga.

Happy family with several members in education process

MENIKIMATI MASA TUA DENGAN ANAK-ANAK
Berpeluang menikmati hari tua dengan anak-anak yang sudah berganjak dewasa.  Ini tentunya berbeza jika anda berkahwin antara umur 40 tahun dan ke atas sebab masih harus bekerja dengan giat untuk membiayai segala keperluan anak-anak yang masih kecil.

MATANG DARI SEGI EMOSI
Lebih mendewasakan pasangan dan menjadi cara untuk mengendalikan emosi menurut Islam. Ia mengajar anda untuk mengawal emosi yang dipengaruhi juga dengan keperluan batin yang dipenuhi daripada pasangan masing-masing.

STAMINA TUBUH
Ketika usia masih muda, masing-masing punya stamina tubuh yang tinggi. Faktor ini menjadi perkara penting  untuk memperoleh hubungan suami isteri yang terbaik sekali gus memperoleh keturunan sebanyak banyaknya dalam Islam.

MENJAUHKAN DIRI DARI ZINA
Perkara utama daripada sebuah perkahwinan ialah menyalurkan hawa nafsu  mengikut saluran yang betul. Fitrah seorang lelaki dan wanita untuk hidup berpasangan. Untuk menghindari perbuatan zina maka digalakkan untuk berkahwin dalam usia yang muda.