Puasa di bulan Ramadan ialah menahan lapar dan dahaga serta juga hawa nafsu dari terbitnya fajar sampai terbenam matahari. Salah satu nikmat ketika menjalani ibadah berpuasa ialah ketika berbuka puasa. Walau bagaimanapun ketika berbuka puasa, bukan sekadar dapat menghilangkan lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu.
12 PERKARA YANG MENJADI KEUTAMAAN KETIKA BERBUKA PUASA
BARAKAH KEPADA MEREKA YANG BERPUASA
Mereka yang berpuasa ketika berbuka puasa akan dapat merasai betapa bersyukurnya kerana mempunyai makanan untuk dimakan berbanding mereka yang tidak berkemampuan. Menahan lapar dan dahaga sepanjang hari akan memberikan keinsafan dalam diri.
MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098)
Dalam hadis yang lain disebutkan,
“Umatku akan senantiasa berada di atas sunnahku (ajaranku) selama tidak menunggu munculnya bintang untuk berbuka puasa.” (HR. Ibnu Hibban 8/277 dan Ibnu Khuzaimah 3/275, sanad shahih). Inilah yang ditiru oleh Rafidhah (Syi’ah),
MEMBACA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah SAW bersabda,
Ads
“Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala (iaitu membaca ‘bismillah’). Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”.” (HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858, hasan shahih)
MAKAN HIDANGAN YANG RINGAN
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rothb, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud no. 2356 dan Ahmad 3/164, hasan shahih)
MEMBACA BISMILLAH SEBAGAI TANDA BERSYUKUR
Para sahabat Nabi SAW berkata,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan dan tidak merasa kenyang?” Beliau bersabda: “Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri.” Mereka menjawab, “Ya.” Beliau bersabda: “Hendaklah kalian makan secara bersama-sama, dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi berkah padanya.” (HR. Abu Daud no. 3764, hasan).
Ads
DOA BAGI YANG BERBUKA PUASA TIDAK AKAN DITOLAK
Nabi SAW bersabda,
“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Doa orang yang dizalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396, shahih).
Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya doa kerana ketika ini orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 7: 194).
SALING BERKONGSI HIDANGAN BERBUKA
Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, hasan shahih)
Ads
WAKTU BERBAHAGIA BAGI YANG BERPUASA
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang berbuka puasa mempunyai dua kebahagiaan yang boleh ia rasakan; kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-nya kerana puasa yang dilakukannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
MENUNGGU WAKTU BERBUKA DENGAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERMANFAAT
Gunakan waktu sepanjang berpuasa untuk menambah ibadah. Menunggu waktu berbuka dapat anda manfaatkan untuk melakukan perkara yang boleh mendatangkan pahala. Mengaji Al-Quran, bertadarus waima menyediakan juadah berbuka puasa pun sudah dapat memberikan pahala kepada kita. Pastinya ia akan menyempurnakan ibadah dan buka puasa anda.
JANGAN MAKAN DAN MINUM BERLEBIHAN
Berbuka puasa dalam Islam biarlah secara sederhana, usah bermewah-mewah. Bulan Ramadan mengajar kita untuk bersederhana. Jangan sampai ibadah berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata.
BUKANLAH WAKTU UNTUK BALAS DENDAM
Waktu berbuka puasa bukan merupakan waktu untuk balas dendam. Makan biarlah bersederhana dan tidak keterlaluan. Sesungguhnya apa jua perkara yang dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan kemudharatan.
JANGAN MELALAIKAN ADAB MAKAN
Ya! Memang lapar ketika berpuasa seharian namun itu bukan bermakna kita boleh mengenepikan soal adab ketika menjamu selera. Mulakan dengan doa ringkas dan makan secara perlahan-lahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]
Panduan solat sunat sebelum Subuh
Hanya dua rakaat tapi ganjarannya cukup besar, lebih baik seisi dunia. Justeru adalah amat rugi jika tidak merebut ganjaran ini.
Berikut adalah panduan untuk melaksanakan solat sunat sebelum subuh yang paling ringkas.
Niat
Niat adalah seperti yang berikut:
Usolli sunnatal fajri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku menunaikan solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
Cara solat
Pergerakan melakukan solat sunat sebelum subuh ini adalah sama seperti solat fardu subuh. Cumanya, ia tidak mempunyai bacaan doa qunut pada rakaat kedua.
Bagi bacaan surah selepas surah Al-Fatihah, dicadangkan membacakan surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
Doa selepas solat
Boleh juga membaca doa ini selepas solat sunat sebelum subuh
Boleh qadha jika terlewat
Sekiranya tidak berkesempatan melakukan solat sunat subuh kerana terlewat atau kerana imam mengerjakan solat subuh berjemaah terlalu cepat, disunatkan untuk menggantikannya (qadha solat)
Solat sunat ini dapat digantikan dalam dua waktu:
1. Sebaik sahaja selepas selesai mengerjakan solat fardu subuh.
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
Namun tak nafikan di bulan Syawal ini pastinya jemputan ke rumah terbuka pasti datang ‘mencurah-curah.’ Sukar pula untuk ditolak. Kalau boleh ramai yang mahu puasa enam hari berturutan.
Cik Man faham, Syawal ni banyak open house. Kadang-kadang tak sempat nak puasa. Tapi kena bertegas.
Walaupun tak wajib berturut-turut, tapi ikut mazhab Syafie’, lebih afdhol atau sunat berturut-turut.
Bagi yang mengadap open house, benda ni kita yang buat. So cadangan Cik Man mungkin boleh jamu waktu malam. Cadangan jewwwwwr. Ikut koranglah macamana. Rumah korang, bukan rumah Cik Man.
Kala anak masih kecil mungkin mudah untuk kita mengarahkan mereka untuk bersolat dan mengaji. Akan tetap bila masuk usia remaja mereka mula mencari cara untuk ingkar arahan.
Ada yang hanya bersolat selepas dimarah atau dileteri. Ada juga di belakang ibu bapa solat entah ke mana. Sebagai ibu bapa dah tentu sikap anak sebegini merisaukan.
Apatah lagi mengenang anak di bawah tanggungjawab ibu bapa dan takut jika kelak di akhirat kita diseksa dan diazab oleh Allah Taala kerana anak-anak tidak melaksanakan suruhan agama.
Tapi sebenarnya betulkah ibu bapa akan menanggung dosa dan diazab jika anak tidak bersolat?
Memetik artikel Irsyad Fatwa Siri ke-666 yang disiarkan pada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa supaya mendidik anak masing-masing mendirikan solat ketika usia mereka tujuh tahun.
Ibu bapa tanggung dosa anak
Seawal tujuh tahun, Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa supaya mendidik anak masing-masing mendirikan solat.
Jika tidak menunaikan solat, anak-anak tadi boleh dipukul dengan pukulan yang tidak mencederakan. Ia dengan niat untuk mendidik ketika usianya sudah 10 tahun.
Ia sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis masyhur yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Perintah anak-anak kamu agar mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakan solat) ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan amanah tersebut sebaiknya iaitu dengan mendidik mereka menjadi insan beriman dan bertakwa.
“Islam memerintahkan agar ibu bapa menjaga diri sendiri dan ahli keluarga daripada melakukan dosa dan maksiat kepada ALLAH. Sementelah, hubungan antara ayah dan anak adalah hubungan yang mempunyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
“Pengabaian kepada tanggungjawab ini akan dipersoalkan di sisi ALLAH SWT di akhirat kelak,” katanya sebagaimana dipetik dalam artikel berkenaan.
Berhubung perihal dosa pula, jelas Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan, setiap individu tidak akan menanggung kesalahan atau dosa orang lain sekalipun ahli keluarganya.
Tanggungjawab ibu bapa beri pendidikan agama
SOLAT adalah tiang agama dan ia perlu diterapkan dalam diri anak-anak walaupun mereka masih kecil.
Ia bertepatan dengan firman ALLAH SWT: “Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikit pun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri.” (Surah al-Fatir, ayat 18)
Bukan itu sahaja, ALLAH SWT juga memberi amaran jelas bahawa setiap orang akan mendapat balasan terhadap dosa-dosa yang mereka lakukan, bukannya orang lain.
“Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa seseorang itu boleh mendapat dosa gara-gara dirinya menjadi punca seseorang itu melakukan maksiat kepada ALLAH.
“Namun begitu, ibu bapa yang telah menunaikan tanggungjawab mendidik anaknya mendirikan solat, mereka tidak bertanggungjawab terhadap dosa anak masing-masing dengan sebab meninggalkan solat,” tegasnya.
Ketahuilah, seorang Muslim tidak menanggung dosa saudaranya yang lain. Begitu juga halnya dengan ibu bapa yang mana mereka tidak menanggung dosa-dosa anak-anaknya.
“Akan tetapi harus diingat bahawa ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan agama untuk menyelamatkan anak-anak mereka daripada azab api neraka.
“Apabila tanggungjawab itu disempurnakan dengan baik, maka segala perbuatan anak yang meninggalkan solat adalah ditanggung oleh diri mereka sendiri.
“Adapun bagi ibu bapa yang gagal memberi didikan agama kepada anak-anak, maka sebarang perbuatan maksiat yang dilakukan oleh anak tadi akan turut ditanggung oleh kedua orang tuanya,” jelasnya.
Baru baru ini tular kisah seorang peragawati dan pelakon Zahnita Wilson yang mendakwa menjadi mangsa keganasan dilakukan suaminya. Ia terbongkar apabila beliau mendedahkan wajahnya...