Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama membantu meringankan tanggungjawab suami.
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Bertuahnya Norzie Pak Wan Chik. Begitu dihargai oleh suaminya, Aidid Marcello.
Berikut catatan ucapan hari ulang tahun perkahwinan Aidid Marcello di laman Instagramnya buat isteri tercinta.
Sedangkan lidah lagi tergigit…. itulah lumrah dalam bercinta dan hidup sekali kan? Tapi kalau dah 14 tahun dapat hidup sekali walaupun pelbagai pancaroba… maksudnya bukan setakat lidah dah tergigit… segala benda yang tergigit pun insyaAllah dah boleh handle… .
Ads
Bertuah saya dapat teman hidup yang sangat memahami, cemburu, caring dan sangat fikirkan masa depan anak-anak. Sebab apa yang penting dalam hidup kita ni… kita kena fikir lagi 20 tahun, di mana kita, siapa bersama kita dan siapa yang akan membela nasib kita.
Saya doa & minta yang baca ni terus doa untuk kebahagiaan keluarga saya semoga perjalanan hidup kami terus berada pada landasan yang betul dan diredhai, InsyaAllah. . Kepada anak-anak daddy @nailinamarcello @imanmarcello @yusufmarcello @ibrahimmarcello semoga terus sayang dan hargai pengorbanan mummy daddy
Ketagihan melihat skrin telefon pintar dalam kalangan masyarakat bukanlah suatu perkara yang baru. Gejala ketagihan ini bukan hanya melanda golongan anak muda sahaja tetapi merentasi semua lapisan umur. Lebih parah lagi apabila melibatkan pasangan suami isteri yang terlalu taksub dengan gajet yang sangat ‘berhantu’ ini.
Perasan tak?
Kita lebih banyak pegang telefon daripada pegang pasangan kita. Kita lebih banyak belai telefon dari belai anak-anak kita.
Mata kita lebih banyak fokus pada telefon berbanding fokus bila anak, pasangan atau mak ayah kita yang sedang bercakap dengan kita.
BUKAN BARAKAH TAPI MUSIBAH
Apatah lagi nak fokus pada Al-Quran. Mata kita ni, jari kita ni, sikit-sikit nak scroll tengok notification di handphone. Rasa macam 30 minit baca Al-Quran tu lama pula. Kan.
Janganlah sampai kita sibuk kumpul harta tetapi kita tak dapat keberkatan dari Allah.
Sebab kalau kita ada ciri-ciri seperti ini, ini menunjukkan telefon kita ni sebenarnya bukan 1 barakah tapi 1 musibah! Allahu.
Semoga kita semua dijauhkan dari buat perkara yang tak mendatangkan faedah. Dan banyakkanlah menyembah kepada Allah SWT.
Jom ye kita sama-sama berubah. Demi mendapat barakah dari Allah. InshaAllah.
Suami isteri adalah partner dalam kehidupan. Keberadaan masing-masing haruslah saling menguatkan, memotivasi, mengingatkan dan menjaga. Perkahwinan adalah umpama bahtera yang harus dilalui bersama. Setiap gelombang harus dilalui dan diselesaikan bersama.
Bagi menghangatkan kebahagiaan rumah tangga, komunikasi dan sentuhan amat penting antara suami isteri. Hubungan yang romantis menjadikan kasih sayang suami isteri kekal mekar bak bunga yang sedang berkembang.
Seperti pasangan Mustapha Kamal dan Susan Menon. Pasangan selebriti ini kelihatan cukup mesra dan bahagia.
Berikut perkongsian Mustapha Kamal seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Romantiskanlah diri kita bersama pasangan … tidak semestinya hanya ketika hendak bersama pasangan suami atau isteri baru kita perlu romantis, setiap masa kita memerlukan pasangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Romantiskanlah dirimu wahai suami ketika berdoa dengan doa yang indah-indah dan di dengari oleh isteri ketika berjemaah.
Ya Allah… kau permudahkanlan kehidupan kami semua, jangan dipersulitkan , dan disudahi dengan kebaikan …Aamiin..
Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja.
Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.
Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin sememangnya agak sinonim pada waktu musim cuti sekolah. Pada ketika inilah banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan saudara mara. Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Seperti perkongsian Dr Hapiz Kodiang mengapa pentingnya pengantin menjaga adab di majlis hari bersejarah mereka.
Jadilah Pengantin Beradab Pada Hari Perkahwinanmu
Pada musim cuti sekolah ini, akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin, diberkati Allah sehingga ke akhirat.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah dan bakal pengantin:
1. Hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.
2. Kepada jurugambar, jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yg keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah, terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa utk ditangkap gambar.
3. Lagi satu, pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yg terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu utk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah utk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yg boleh diulang semula. Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.
4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yg datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yg datang. Sebelah petang pula, pengantin “lesap” pergi ke tengah sawah, padang bola, pantai utk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung, amat tidak manis, pengantin hilang dari tempat kenduri.
5. Wahai pengantin, kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri, bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.
6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dgn tenang. Bukan mudah utk bertemu sekali sekala. Lagu yg dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam, tuan guru, dan alim ulama yg hadir. Perlahankan lagu.
7. Oh ya, sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua, pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yg lebih penting. Maka nasihat saya, jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!
Sumber kredit: FB: Dr Hapiz Kodiang
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?