Surah Al-Jinn (Bahasa Arab: سورة الجن) ialah surah ke-72 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Dinamakan "al-Jinn" yang bererti "Jin" diambil dari kata "al-Jinn" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut.

Memandangkan jin wujud, gangguan dari jin itu wujud. Ia boleh terjadi pada siapa sahaja sama ada sihir yang dihantar oleh orang yang dengkikan kita atau dari kenakalan jin itu sendiri. Untuk ikhtiar penyembuhan, kita boleh melakukan ruqyah syar’riyyah. Dan sebelum kita lakukan ruqyah sendiri, analisa diri kita. Adakah memang terdapat gangguan jin pada tubuh kita atau ia penyakit berkaitan perubatan.

Berikut adalah 50 ciri-ciri seseorang itu terkena gangguan jin dan sihir. Jika ada 7 ciri ini, boleh lakukan ruqyah sendiri atau minta ustaz ruqyahkan kita seperti dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan islam iaitu Ustaz Muhammad Faizar.

Ciri-ciri gangguan jin

  1. Emosi yang tidak terkawal. Misalannya seorang isteri sering membantah cakap suaminya atau anak membantah cakap ibunya. Sorot pandangan matanya agak aneh. Boleh jadi juga sami yan sering memaki isteri hanya disebabkan hal kecil.
  2. Sering ragu-ragu, ada rasa was-was selain ketakutan tanpa sebab pada semua aktiviti diceburi.
  3. Ada dorongan kuat untuk melakukan maksiat dan mengulang-gulang dosa itu. Selain itu ia disertai rasa malas untuk melakukan solat dan ibadah lain.
  4. Tidak mampu khusyuk dalam solat dan jika solat pun adakalanya terlupa jumlah rakaatnya.
  5. Sesak nafas dan rasa mengantuk saat mengaji al Quran. Bahkan ada kalanya sampai tertidur.
  6. Suka berkhayal, hati rapuh, kuat mengelamun, menyediri dan mengurung diri di bilik seorang diri selain suka mengasingkan diri dari kehidupan sosial.
  7. Cepat lesu dan rasa mengantuk dalam aktviti kerja
  8. Sukar untuk memberi tumpuan dan fokus pada tujuan, dan kalau lakukan akan gagal. Fikiran rasa terganggu.
  9. Sakit berulang-ulang dan sukar sembuh. Contohnya sakit kepala, rasa dengung di telinga, sakit bahu, belikat dan paha. Atau boleh jadi sakit gigi, mata, kepala selain sesak nafas tanpa sebab yang jelas.
  10. Memandang remeh kegiatan ibadah dan tidak mahu melakukan selain malas berzikir
  11. Rasa depresi dan fikiran melayang-layang.
  12. Sering rasa sedih secara tiba-tiba. Menangis tanpa sebab selain jantung berdebar-debar.
  13. Sering berkhayal baik separuh ingatan atau sepenuhnya
  14. Sering mendengat bisikan memanggil nama sendiri, ada yang ajak berbicara, mendengar bisikan suruh lakukan kejahatan seperti membunuh, memperkosa, memukul, terjun dari bangunan tinggi, sungai atau cerun tinggi, mencederakan diri sendiri dan lain lagi.
  15. Rasa paranoid dsan cemas. Terus rasa bersalah, berasa ada yang mengikut, mengejar dan mengancam untuk membunuh kita
  16. Sering tercium bau-bauan wangi, bau bunga kembang, bau busuk bangkai walau tidak tahu di mana puncanya
  17. Kepala rasa berpusing (vertigo) dan melihat semua benda bergerak-gerak, terbalik, bengkok dan sebagainya
  18. Sering melakukan tindakan-tindakan aneh tanpa disedari atau di luar kendalian kita seperti ada yang mengendalikan dan tidak boleh menahan dalam keadaan sedar sekalipun.
  19. Memiliki kemampuan luar biasa (supernatural) misalnya tiba-tiba dapat meramal, menerawang, membaca fikiran orah lain atau mengetahui peristiwa yang akan terjadi.
  20. Melihat dan merasaa keberadaan makhluk halus sekilas atau jelas.
  21. Rasa sakit di salah satu anggota badan yang tidak mampu dirawat oleh doktor atau kalau ujian xray dilakukan, tiada sakit apa-apa.
  22. Sering ketawa sendiri, misalannya terlihat makhluk lucu tapi tidak dapat dilihat oleh orang lain
  23. Susah tidur (insomnia), gelisah, rasa cemas dan sering terbangun di malam hri. Dalam keadaan biasa, baru rasa hendak tidur pada jam 3 pagi atau tidak tidur berhari-hari.
  24. Susah bangun dan banyak tidur sehingga tidak boleh melakukan ibadah dan aktiviti yang diinginkan.
  25. Rasa ditindih (mimpi ditindh benda berat dan sulit untuk lepaskan diri dari himpitan tersebut) atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan seperti ingin berteriak minta tolong namun mulut seperti terkunci.
  26. Mimpi melihat sesuatu yang menggerikan atau melihat berbagai binatang menyeramkan seperti ular, serigala, tikus besar, harimau dan lain-lain
  27. Sering menggigau, ketawa, menangis, menjerit, mengomel, merintih bahkan berjalan dalam tidur (dengan keadaan mata tertutup).
  28. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi dan semua yang berkaitan dengan tempat tinggi seperti mendaki tempat yang tinggi
  29. Semua mimpi tentang tanah perkuburan, melihat kubur, proses mengubur, menguburkan, dikuburkan atau duduk di kubur, tempat sampag atau jalan yang menyeramkan.
  30. Mimpi melihat orang aneh seperti sangat tinggi, sangat pendek, putih sangat atau hitam sangat
  31. Berdengkur dengan keras (seperti harimau dan sebagainya) dan gigi yang berbunyi waktu tidur
  32. Mimpi bertemu orang yang sama (lelaki/ perempuan) berkali-kali dan ingin bertemu dengan orang yang kita mimpikan itu
  33. Mimpikan keluarga yang sudah meninggal, melihat mayat, mimpi mati, mimpi bercakap dengan orang sudah meninggal dan semua mimpi yang berhubung dengan kematian
  34. Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya, mimpi itu seakan menjadi kenyataan
  35. Badan rasa panas seperti dipanggang namun suhu badan bila di check menunjukkan bacaan normal
  36. Sering mengalami peristiwa kemalangan kecil kenderaan, rasa mengantuk di jalan atau gerakan tangan yang sukar dikawal. Atau ada saja kemalangan kecil ketika mahu pergi berdakwah atau pergi ke jalan kebaikan.
  37. Mati pucuk tiba-tiba terutama bagi yang mempraktiskan ilmu hitam seperti dukun dan lain lagi
  38. Mandul di mana jin menghalang kehamilan terjadi kerana arahan dukun hitam yang tidak mahu pewaris wujud
  39. Seolah ada cyst. Bila di lakukan pemeriksaan ia tidak nampak tapi perut membusung. Bila sudah peringkat ini, biasanya pesakit akan di rukyah di tangan dan meletakkan di perut. Jika terasa panas maka ia berpindah-pindah.
  40. Fikiran kotor, jika jin bersarang di mata lelaki, biasanya mereka ini akan memandang perempuan tanpa berkedip matanya. Kalau jin bersarang di kemaluannya, fikiran kotornya mula menerawang untuk melakukan sesuatu yang jahat
  41. Alami strok ringan di mana tidak boleh berdiri untuk solat atau tidak boleh melakukan gerakan tertentu dalam solat.
  42. Hypertensi, batuk bertahun, masalah jantung, paru-paru berair, sakit urat dan lain lagi yang tak sembuh-sembuh walau sudah ke doktor. Untuk mengujinya, bacalah Al-Fatihah lalu dihembuskan ke tangan sebelum letak di tempat yang sakit. Jika rasa panas atau bertambah sakit, maka itu adalah sihir.
  43. Membujang lama. Sulit bernikah, sulit jumpa jodoh. Tidak mahu berkahwin atau kalau bertemu calonnya (lelaki/ perempuan) perasaan itu tidak suka dan akhirnya nikah tak jadi.
  44. Badan tiba-tiba alami kedutan/ kegatalan melampau di seluruh tubuh
  45. Alami eczema secara tiba-tiba dan tidak sembuh-sembuh
  46. Anak yang hyperaktiv dan sangat nakal, memilih banyak tenaga saat marah, susah dibangunkan saat solat dan tak mahu belajar mengaji dan memandang ibu bapanya dengan pandangan agak aneh
  47. Sering berbual sendiri dan mengaku ada kawan yang tidak nampak di mata kita tapi jelas di matanya. Mampu lihat makhluk halus.
  48. Sedikit ghaib
  49. Mimpi diperkosa jin. Mimpi didatangi lelaki dalam bentuk bayangan hitam dan aneh menyerupai makhluk asing dan lain-lain lagi.
  50. Bayi hilang dalam kandungan secara tiba-tiba.

Keadah rukyah diri sendiri, jika tidak mampu carilah pengamal perubatan Islam untuk membantu kita.

Di bawah ini amalkan ayat-ayat al-Quran sebagai terapi dan pengubatan diri.

Al-Baqarah 1-5, 102-103, 163-164, 255-256, 284-286
Ali Imran 1-10, 18-19, 26-27
An-Nisa 56
Al-Araf 117-122
Yunus 79-80
Thaha 65-70
Al-Muminum 115-118
As-Sajdah 12-14
As-Shaffat 1-10
Ad-Dukhan 43-46
Qaf 16-35
Ar-Rahman 33-45
Al-Waqiah 41-46
Al-Hasyr 21-24
Al-Jin 1-28
Al-Kafirun
3 Qul (Tiga surat terakhir juz ‘Amma)

Sumber: Ustadz Muhammad Faizar.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI