Rindu yang paling sakit ialah rindu pada orang yang kita sayang. Sama ada pada suami, isteri, mak ayah dan orang terdekat yang sudah dijemput Allah lebih awal dari kita. Kadang kita rindu momen bersama mereka, rindu nak berbual-bual, rindu nak katakan kita sayang pada mereka serta lain lagi.

Jika rindu, apakah cara terbaik dan paling afdal kita boleh lakukan pada mereka yang sudah meninggal ini?

Pendakwah terkenal dari seberang, Ustaz Abdul Somad berkongsi enam amalan ringkas yang boleh dilakukan oleh anak-anak yang berasa rindu pada mak ayah.

IKLAN

Pertamanya apa yang boleh dilakukan ialah BERDOA. Dalam setiap solat kita doakan ibu bapa kita agar roh mereka ditempatkan ke dalam syurga, dijauhkan mereka dari neraka jahanam, jangan jadikan lubang kubur mereka satu dari lubang neraka jahanam, berikan mereka ketenangan Ya Allah, ampunkan silap salah dosa mereka ya Allahdijauhkan dari seksaan api neraka dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Keduanya ialah, BACA QURAN, khatamkan Al-Quran dan disedekahkan kepada orang tua kita untuk kesejahteraan mereka di alam kubur. Kalau tak mampu khatam Quran kata Ustaz Abdul Somad bacalah surah Yassin iaitu jantung Al-Quran. Kalau tak mampu hafal Yassin, bacalah surah Al-Fatihah.
“Kalau Al-Fatihah tak boleh juga, mati sajalah,”katanya.

IKLAN

Dalam pada itu jelas Ustaz Abdul Somad, ialah BERSEDEKAH. Sebutlah sedekah itu kita berikan kepada arwah ibu bapa kita. Sedekah paling afdal ialah sedekahkan air minum kerana ia sedekah berpanjangan.

“Yang keempat ialah lakukan ibadah QURBAN, Lakukan untuk ibu kita kerana pahala itu boleh sampai kepadanya.

IKLAN

Tambahnya lagi, ke lima ialah HAJI. “Jika semasa hidup ibu bapa kita tak berkesempatan tunaikan haji, buatkan badal haji untuk mereka sebagai tanda kasih sayang kita kepada orang yang jaga kita semasa kecil dan besarkan kita sampai kita berjaya.

Terakhir kata Ustaz Abdul Somad ialah BERPUASA. “Kalau mak ayah kita pernah tertinggal puasa, kita boleh gantikan puasa buat mereka agar ia tidak disoal di akhirat kelak.
Jadi kalau rindu dan sayang mak ayah yang sudah meninggal, inilah boleh kita lakukan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI