Begini caranya nak elak riba bagi pembelian rumah. ‘Semua boleh asal disiplin.’ Memang tak mudah hendak menabung dalam jumlah yang banyak untuk membeli sebuah umah.
Apatah lagi setiap tahun harga rumah makin hari makin naik. Mungkin yang miliki tanah sendiri bernasib baik apabila mempunyai peluang kumpul duit sikit-sikit dan bina sendiri.
Puan Faridzal Radzali hanya berkongsi pandangan bagi mereka yang ingin elak riba bagi pembelian rumah. Mungkin cara wanita ini mampu membantu mereka mengumpul duit sedikit demi sedikit dalam memiliki rumah idaman tanpa riba.
Cara nak elak riba bagi pembelian rumah. Target nak beli rumah harga berapa. Contohnya RM100, 000.
Kita boleh simpan berapa sebulan? Katakan RM1,000.00 sebulan. Jadi, kena simpan secara istiqamah selama 100 bulan iaitu 8 tahun 4 bulan.
Nak Elak Riba
Selepas 8 tahun 4 bulan, agak-agak harga rumah yang kita target RM100K itu, masih berharga RM100K ke?
Tidak. Harga rumah meningkat sebanyak 15 peratus sehingga 20 peratus setiap tahun bergantung kepada peningkatan kos bahan mentah.
Bermakna selepas 8 tahun, harga rumah yang kita target tu mungkin dah RM200K katakan.
Jadi, kita kena simpan lagi 8 tahun. Selepas 8 tahun, harga rumah itu sudah mencapai harga RM300K. Begitulah seterusnya.
Ads
Bagi Pembelian Rumah
Jika keadaan ini berterusan, bila dan macam mana kita hendak buat pembiayaan perumahan.
Kita beli rumah RM100K. Bayar selama 16 tahun. Lepas 16 tahun barulah rumah itu menjadi hak kita. Kita bayar RM1k setiap bulan. Tapi kita sudah dapat rumah itu, geran sudah tukar nama kita.
Selepas 16 tahun (192 bulan), bayaran kita kepada bank ialah RM192K. Padahal harga rumah kita cuma RM100K.
Adakah RM92k tu riba?
Kalau ikut kiraan di atas, nampaknya ia seperti harga peningkatan harga hartanah mengikut tahun.
Saya tak sokong riba. Ianya haram. Itu jelas.
Semua Boleh Asal Disiplin
Sebab itulah pihak berwajib mengeluarkan produk Pembiayaan Secara Islamic di mana ada aqad waktu bank beli dari peminjam dan kemudian peminjam beli dari bank setelah habis bayaran ansuran.
Atau cara paling selamat, kita sewa rumah. Sudah tentu tidak akan ada riba. Tapi sewa rumah pun boleh naik, mengikut kadar nilai hartanah.
Ada seorang klien, dia datang mengamuk. Katanya tuan rumah yang dia sewa itu bagi notis suruh dia kosongkan rumah dalam tempoh 3 bulan sebab anak tuan rumah hendak tinggal di situ.
Ads
Sewa Rumah Pun Ada Risikonya
Penyewa ini marah-marah, katanya tuan rumah tak boleh halau dia macam itu saja. Dia bayar sewa tidak pernah gagal, naikkan sewa pun dia masih bayar. Dia sudah duduk di rumah itu selama 15 tahun, dari mula berkahwin sampai sekarang sudah ada 4 orang anak.
Lagipun katanya rumah itu dia jaga elok. Dia cat, rumah itu jadi cantik sebab mereka sekeluarga jaga rumah itu baik-baik. Tiba-tiba tuan rumah suruh keluar, tidak adil. Katanya.
Lalu saya jawab, “Tapi rumah itu tetap milik tuan rumah walau 100 tahun sekalipun. Dia tetap berhak menentukan siapa yang boleh tinggal di situ,”
“Kalau macam itu, saya hendak minta bayaran untuk semua kos yang saya sudah buat untuk jaga rumah tu sepanjang saya menyewa,” katanya.
“Semua itu dibuat atas arahan tuan rumah atau encik sendiri yang hendak buat?” Saya tanya.
Penyewa Tetap Penyewa
“Memanglah saya yang buat sebab saya yang nak tinggal di situ,” katanya.
“Tuan rumah ada janji bahawa dia akan bayar balik semua kos ke? Kalau ada, boleh bagi saya surat hitam putihnya?” Saya tanya.
“Memang tak adalah. Sebab saya buat sendiri. Tuan rumah pun tak tahu,” katanya.
Ads
“Jadi, encik hendak macam mana sekarang? Itu rumah dia,” saya tanya dia.
Dia diam.
Dan pada saya, tuan rumah itu bertolak ansur. Sebab ikut perjanjian, notis sepatutnya hanya sebulan, tapi tuan rumah bagi tempoh 3 bulan untuk penyewa cari rumah lain.
Masih lagi tuan rumah tak adil katanya.
Bukan saya kata sewa rumah tak elok. Bukan juga saya minta anda semua amalkan riba. Habis itu, macam mana? Fikirlah yang mana baik untuk kita.
Petang ini tekak terasa untuk menikmati pencuci mulut yang sejuk dan sedap. Maklumlah untuk melegakan tékák yang seharian berpuasa waktu berbuka nanti.
Apa kata kita sediakan sendiri Mango Cheesecake. Rupanya ada resipi senang untuk membuatnya tanpa dibakar, sebaliknya hanya letakkan saja dalam peti sejuk dan boleh terus dimakan.
Malah bahan-bahan juga senang untuk diperoleh di rumah. Jadi apa kata untuk juadah pencuci mulut petang nanti kita sajikan Mango Cheesecake ini untuk seisi keluarga.
Beruntung kita jika masih ada ibu dan ayah yang duduk sebumbung dengan kita. Orang tua yang sudah semakin dimamah usia, kudrat semakin susut dan hanya mengharapkan prihatin dan kasih sayang anak-anak sepanjang sisa usia berbaki.
Mereka adalah insan yang perlu terus bertahkta di hati lantaran mereka telah banyak berkorban harta dan nyawa buat kita; anak yang dikasihi selama ini.
Dan apabila sudah bekerja dan kecapi hidup senang, sudah kah kita lihat pada diri kita apa yang telah kita lakukan terhadap mereka?
Tiada buih di lautan mampu menyaingi kasih sayang mereka. Oleh itu selayaknya mereka disantuni laksana raja dan permaisuri. Bagaimanapun kehidupan hari ini menyaksikan anak-anak kurang menyantuni ibu dan ayah.
Ada sahaja yang tidak kena di mata dan di hati apatah lagi apabila duduk sebumbung dalam sebuah mahligai. Kasihan nasib sang ibu dan ayah andai memiliki anak seumpama ini.
Perkongsian ustaz Suhaimi dalam satu majlis agama yang dicatat semula oleh Mohd Ibrahim dalam entri facebooknya tentang hak ibu ayah terhadap anaknya cukup memberi tamparan buat kita yang lalai dan lupa, bahawa kita ini anak, bukan siapa-siapa pun. Kita selami coretannya.
Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim (majlis ilmu) Suatu saat pada sesi tanya jawab.
Penanya: Wahai Syeikh, ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku dan terjadi masalah antara beliau dengan isteriku.
Syeikh: Ulangi pertanyaanmu!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.
Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu!
Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.
Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu.
Penanya: Ya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya.
Syeikh: Jangan derhaka wahai anak, jangan derhaka wahai menantu! Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.
RasululLah SAW bersabda:
“Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu” [HR. Ibnu Majah no. 2291]
Sedih kan?
Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa.
Anak- anak boleh bebas dalam rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran televisyen ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka.
Tapi, meganpa ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak? Tak boleh masak sesuka hati, makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa.
Begitu juga, kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung.
Tapi, tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun, akan pastikan minyak penuh semula.Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak, tapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa. Untuk hidup sebumbung pun boleh menjadi masalah besar.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada.Tapi, anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta.
Inilah diantara isi kandungan kuliahUstaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman ini.Mudahan kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti
Ibu sudah tua. Minta sahaja dia berehat tumpukan ibadat.
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
Pesanan untuk kita yang bergelar anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramadan semakin ke penghujungnya dan pasti ramai yang akan merindui bulan penuh keberkatan ini. Dalam pada itu, ada sebahagiannya sudah berkira-kira keseronokan meraikan hari raya yang bakal disambut seminggu lagi.
Disaat kegembiraan itu mula muncul, pasti ada yang bersedih terutama diuji dengan kehilangan orang tersayang. Pasti sunyi kerana ia kali pertama meraikannya tanpa kehadiran insan kita sayangi ini.
Diuji dengan kehilangan ibu tersayang yang dijemput Allah akibat kanser pancreas semalam, pelawak Mohd Nasir Hamzah atau Achey berkongsi momen sedih. Masa yang sama cemburu kerana impian ibunya yang mahu dikebumikan sebelah ayahnya tercapai.
“Cemburu pun ada kat dua orang ni,”kongsinya di Instagram sambil memaparkan kubur mak dan arwah bapanya yang sudah meninggal setahun lebih diletakkan bersebelahan di Tanah Perkuburan Kampung Usaha Jaya, Labis, Johor.
Memetik Harian Metro, Achey berkata, dirinya tidak menyangka pusara ibunya, Ngaisah Hassan, 74 terletak bersebelahan kubur arwah bapanya.
“Sebulan selepas arwah abah pergi mak memang pernah beritahu kalau boleh nak kuburnya bersebelahan dengan arwah abah.
“Jika diikutkan dalam tempoh setahun sebulan arwah abah pergi terdapat tiga kematian, tapi tak tahu kenapa ketiga-ketiga jenazah tidak dikebumikan bersebelahan kubur abah sehinggalah ke akhir hayat mak.
“Memang rezeki mak dapat bersebelahan dengan kubur abah. Kami semua cemburu waktu dia dikebumikan. Walaupun kami semua tak nampak wajahnya ketika proses pengebumian dilakukan, tapi kita dapat rasakan dia ibarat sedang duduk ‘dating’. Harapnya mereka bertemu di syurga.
“Kami adik-beradik bersyukur kerana segala urusan sehingga proses pengebumian berjalan dengan mudah. Orang nak datang melawat pun senang,” kata anggota kumpulan Bochey itu.
Menurut Achey, meskipun tidak berada di sisi arwah pada saat akhir, namun dia dan seluruh adik-beradik berpuas hati apabila dapat menjaga ibunya dengan baik selama ini.
“Pada mulanya memang rasa tak seronok apabila tak dapat bersama arwah. Tapi bila saya kenang semula, saya sudah cuba sehabis baik berbakti dengannya. Malah adik-beradik lain juga berpuas hati dapat menjaga arwah dengan baik.
“Alhamdulillah walaupun tak dapat berada di sebelahnya, namun kami memberi ruang kepada kakak dan adik-beradik perempuan yang lain menjaga mak. Memang mak sendiri nak anak perempuan yang menjaganya.
“Saya berasa bangga dikurniakan seorang ibu yang sangat hebat. Saya puas kerana dapat berbakti kepadanya walaupun apa yang sudah dia lakukan tidak mampu dibalas. Namun sekurang-kurangnya kita dapat balas jasa baiknya,” katanya.
Dalam pada itu, semasa berkongsi berita menimpa ibunya, Achey memaklumkan dirinya masih di atas motor baru balik dari kerja.
YA Allah, permudahkan perjalanan mak di sana. Kami redha ya Allah. Achey atas moto lagi mak, baru balik kerja. Mak baik, mak pergi bulan yang baik. Moga mak jalani waktu yang indah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...