Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) Surah al-Isra’, 17:32
Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Kenapa Allah meminta kita menjauhi zina?
Dalam satu hadis sahih riwayat Thobarani, Rasulullah SAW memberitahu bahawa individu yang melakukan zina akan menerima balasan dari Allah ketika penzina masih hidup lagi di dunia.
Sabda Rasulullah SAW: Wahai kaum Muslimin! Jauhilah perbuatan zina karena padanya ada enam macam bahaya akan menimpa mereka yang melakukan zina. Tiga akan berlaku di dunia dan tiga lagi akan diadili di akhirat.
Ada pun bahaya yang akan menimpa penzina di dunia ialah:- 1. Lenyapnya cahaya dari mukanya, 2. Memendekkan umur, dan 3. Mengekalkan kemiskinan
Ads
Ada pun bahaya yang bakal menimpa di akhirat kelak ialah: 1. Kemurkaan Allah Ta’ala, 2. Hisab (perhitungan) yang buruk, dan 3. Siksaan di neraka (HR. Baihaqi)
Hal zina ini diperjelaskan lagi Baginda Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW, “Berhati-hatilah kamu tentang zina. Sesungguhnya pada zina itu ada enam. Di dunia, mereka yang melakukan zina, rezekinya akan berkurangan, dirinya hilang keberkatan dalam hidup dan terakhir, rohnya akan keluar dari badan dalam keadaan terlindung dari Allah Ta’ala. Allah tidak akan melihat kepada ruhnya.
Adapun nasib yang akan menimpanya di akhirat ialah:
Ads
1. Allah akan melihat kepadanya dengan pandangan kemurkaan, yang menyebabkan mukanya akan menjadi hitam. 2. Dia akan ditarik mukanya dengan rantai ke neraka (api) yang paling besar. 3. Kiraan amalannya akan dilakukan dengan teliti dan ketat.
Selain dari balasan dunia dan juga siksaan di akhirat, ada juga hukuman azab ketika berada didalam kubur bagi mereka yang berzina ketika di dunia.
Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa yang memenuhkan (menggunakan) matanya kepada yang haram, Allah akan memenuhkan matanya dengan bara api neraka Jahanam. Barang siapa yang berzina dengan wanita yang haram baginya, Allah akan meletakkannya di dalam kubur dengan penuh kehausan menangis dan sedih.
Bukan itu saja, wajahnya akan dihitamkan seperti gelap gulita, di tengkuknya akan digantung dengan ikatan rantai dari neraka. Penzina juga akan dipakaikan dengan baju dari api neraka pada tubuhnya.
Lebih teruk, Allah tidak akan berbicara dengannya pada hari kiamat. Dia juga tidak akan disucikan (dimuliakan) dan bagi mereka azab yang amat pedih.
Maka, jauhilah zina kerana ia lebih banyak membawa keburukan dan kejahatan. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat selagi berpeluang melakukannya. Jangan ulangi perbuatan ini lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak ada lagi pakaian seksi mendedahkan bentuk tubuh, sebaliknya Mulan Jameela kini lebih selesa menggayakan busana yang menutup aurat.
Dia kini memilih pakaian yang lebih longgar dan sedap mata memandang serta berstoking. Malah isteri kesayangan Ahmad Dhani ini turut menutupi seluruh rambutnya dengan hijab labuh dan sangat menyelesakan.
Ternyata Mulan Jameela kelihatan sangat manis dengan gaya Muslimah sejati.
Hampir setahun yang lalu Mulan Jameela diberi hidayah oleh Allah dan sejak itu dia lebih senang memilih gaya yang sopan dan santun sesuai dengan dirinya sebagai wanita Muslimah.
Jika berpeluang ke Tanah Suci Makkah, antara suara paling ditunggu-tunggu ialah suara imam solat. Namun tidak semua berpeluang menatap wajah mereka dari dekat kerana dikawal rapi oleh polis, dikatakan dalam 10 orang.
Biasanya Imam Masjidilharam ini akan turun apabila hampir masuk waktu dan jangan pernah sesekali mahu bersalaman dengan mereka kerana ia dilarang sama sekali. Bagi yang teringin sangat melihat wajah imam-iman masjid suci di dunia ini, lelaki ini berkongsi laluannya adalah melalui Ismail Gate.
Berikut adalah perkongsiannya :-
Sekadar perkongsian…
Bagi jemaah yang ingin melihat Imam Masjidilharam secara lebih dekat. Imam akan keluar masuk melalui Ismail Gate, Masjidilharam dan akan melalui pintu kebal yang dikawal ketat oleh pengawal.
Boleh tunggu sini, selepas solat jenazah imam akan terus balik melalui pintu ini atau pun selepas azan imam akan keluar dari sini masuk ke masjid.
Pesanan, lihat sahaja jangan hulur tangan untuk bersalam. Faktor keselamatan. Kalau ada jemaah yang hulur tangan nak salam dengan imam sepantas pengawal akan halang. Tapi kalau Allah izinkan tak mustahil.
Memadai memberi salam dari jauh. Kalau imam jawab itu satu doa. Untuk kita, Imam Al- Haram, insan hati suci dan bersih yang Allah pilih untuk imam solat di masjid paling suci di muka bumi ini. Maha suci Allah. Sungguh kerdil kita di sisi Allah.
Imam Masjidlilharam… Dalam hatinya ada Al-Quran… Dalam hatinya ada hadis nabi… Waris kerja buat nabi. Rasulullah rahmat sekalian alam… Insan pilihan Allah mengimamkan solat dengan jutaaan umat di Masjidilharam…
Berikut nama-nama para Imam Masjidil Haram Makkah Al Mukarromah:-
Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais (Arabic:عبد الرحمن السديس). Kepala Imam Masjid Al Haram.
Sheikh Dr. Saud Al-Shuraim (Arabic:سعود بن إبراهيم الشريم)- Hakim pada Mahkamah tinggi di Makkah ; Wakil dari kepala Imam Masjidil Haram.
Sheikh Abdullah Awad Al Juhany (Arabic:عبدالله عواد الجهني) (Sejak tahun 2005 mulai memimpin shalat tarawih di Masjidil Haram, dan diangkat menjadi imam Masjidil Haram secara penuh pada Juli 2007. Sebelumnya beliau menjadi imam di Masjid Nabawi Madinah). Sheikh Maher Al Mueaqly (Arabic:ماهر المعيقلي) Mulai diangkat menjadi imam pada tahun 2007 (Sebelumnya beliau memimpin shalat tarawih di Masjid Nabawi Madinah pada bulan Ramadhan 2005 and 2006).
Sheikh Khaled Al Ghamdi (Arabic:خالد الغامدي) (Diangkat setelah pelaksanaan ibadah haji pada tahun 2008).
Sheikh Dr. Salih bin Abdullah al Humaid (Arabic:صالح بن حميد)-Pimpinan Majlis al Shura Saudi Arabia.
Sheikh Dr. Usaama bin Abdullah al Khayyat (Arabic:أسامة بن عبدالله خياط).
Sheikh Dr.Salih Al-Talib (Arabic:صالح ال طالب) (Hakim pada Mahkamah tinggi di Makkah) diangkat pada tahun 2003.
Sheikh Faisal Al Ghazzawi (Arabic:فيصل غزاوي) (Diangkat setelah pelaksanaan ibadah haji pada tahun 2008).
Seluruh umat islam diperintah untuk memalingkan wajahnya/hatinya ke arahMasjidil Haram dimanapun berada, hal ini di perkuat dengan surah Al-Baqarah ayat 149 dan 150.
“149. Dan dari mana saja kamu keluar (datang), Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.
“150. Dan dari mana saja kamu (keluar), Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu (sekalian) berada, Maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.
Hari kiamat itu pasti terjadi. Banyak surah menyebut tentang perkara ghaib ini. Antaranya surah At-Tuur ayat 9-11 yang menyebut, “Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya. Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa. Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran.
Dalam surah Al-Qaariah ayat 5 menyebut pada hari kiamat nanti, dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
Hari kiamat digambarkan sebagai kemusnahan dunia lalu digantikan dengan alam akhirat. Ia alam yang menentukan sama ada kita akan memasuki syurga Allah atau neraka atas semua dosa dan kesyirikan yang kita lakukan atas dunia.
Walau tidak dinyatakan secara spesifik bila kiamat akan terjadi, nampaknya ilmuan sains turut mengkaji Al-Quran di sebalik teknologi yang mereka ciptakan.
Ini dibuktikan pada IEEE Aerospace Conference pada 7 Mac lalu di mana para ilmuan sains bercadang membina kapal seakan Kapal Nabi Nuh di mana seandainya bumi Kiamat, mereka dapat “menyelamatkan” 6.7 juta spesis makhluk bumi termasuk di dalamnya ada sperma, telur serta benih dari jutaan spesis penghuni bumi.
Dipetik dari Live Science pada 15 Mac (semalam), para ilmuan ini terus mencari-cari apa yang mampu menyelamatkan kehidupan di muka bumi ini jika perkara buruk menimpa bumi. Dan antara yang dicadangkan ia membina Kapal Nabi Nuh di bulan. Tindakan diambil ini sebagai langkah berjaga-jaga jika “kiamat” itu tiba.
Bahtera itu nanti akan menyimpan 6.7 juta bahan bahan genetik yang dipelihara secara kriogenik seandainya terjadi apa-apa pada bumi. Para saintis berpendapat, langkah itu diambil berikutan planet Bumi terdedah kepada bahaya bencana alam, hentaman asteroid dan potensi perang nuklear yang akan mencetuskan kemusnahan sejagat.
Bahtera atau bank gen tersebut akan ditempatkan dengan selamat di permukaan Bulan sedalam antara 80 meter hingga 100 meter mempunyai ukuran sempurna untuk penyimpanan sel. Bahkan kedudukan lubang itu dapat menahan perubahan suhu serta ancaman meteorit dan radiasi.
Menurut Jekan Thanga yang juga penulis kajian tersebut, secara semulajadi persekitaran bumi sentiasa berubah. Namun menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga agar kesinambungan itu tetap terpelihara,” katanya yang mengetuai Eksplorasi Robot Angkasa dan Terestrial (SpaceTREx) di University of Arizona, Amerika Syarikat.
Pun begitu, menurutnya dengan semua teknologi yang ada berpendapat secara realitinya ia akan dapat direalisasikan dalam tempoh 30 tahun ke hadapan.
“Saya suka menggunakan analogi data. Peristiwa Bahtera Kapal Nabi Nuh umpama menyalin gambar dan dokumen dari komputer ke hard disk terpisah pada masa akan datang,” katanya lagi.
Malah pembinaan bahtera ini umpama menekan butang reset jika terjadi sesuatu kepada bumi.
Jelas Thanga lagi, The Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Lingkaran Arktik di Norway juga telah menyimpan sampel genetik spesies tanaman dari seluruh dunia dan telah digunakan untuk memperkenalkan kembali tanaman tertentu ke alam luar. Namun, tempat tersebut masih berisiko hancur jika paras air naik mendadak dari laut atau berlaku hentaman astroid.
Saintis berpendapat hanya dengan menyimpan maklumat genetik di tempat lain khususnya di bulan ia akan mampu bertahan dari segala ancaman di Bumi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Nafkah tempat tinggal adalah antara kewajipan bagi seorang suami. Bersyukurlah jika suami mampu menyediakan sebuah rumah selesa untuk di duduki isteri dan anak-anak.Tapi bagaimana...