Hadis daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ
Yang bermaksud: “Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menekankan betapa pentingnya tanggungjawab membayar hutang hingga dosa hutang ini tidak akan terampun walaupun mati syahid.
Bagaimana bila membabitkan hutang ahli keluarga termasuklah ibu bapa yang meninggal dunia agak malang bila ramai yang lebih menekankan tentang pembahagian harta pusaka berbanding membayar hutang.
Lebih-lebih lagi bila hutang orang tua mencecah ratusan ribu. Bila ini berlaku dalam keluarga persoalannya siapa yang patut membayar hutang yang banyak ini. Perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad boleh dijadikan sebagai panduan.
Hutang arwah mak ayah ratusan ribu ringgit siapa perlu bayar
Masyarakat kini lebih mementingkan pembahagian harta pusaka namun kurang peka terhadap hutang yang ditinggalkan oleh arwah yang baru meninggal dunia.
Ads
Siapa Bayar Hutang Selepas Meninggal Dunia?
Sekiranya seseorangh meninggal dunia dan tidak sempat melunaskan hutangnya, maka hutang tersebut mestilah dilunaskan oleh waris dan ahli keluarganya.
Hutang tersebut wajib ditanggung oleh ahli keluarga arwah.
Arwah tidak akan terlepas daripada belenggu hutang melainkan pihak yang memberikan hutang itu menghalalkannya.
Ads
Selain daripada itu, hutang juga melibatkan dengan tuntutan agama seperti hutang zakat, hutang haji, hutang kifarah, hutang nazar dan sebagainya.
Contohnya, sekiranya arwah tidak membayar zakat harta sepanjang hayatnya, maka wajib dikeluarkan zakat sebelum harta arwah tersebut dibahagikan kepada waris yang berhak mendapatkannya.
Buat Apa Dengan Hutang Yang Ditinggalkan?
Setelah meninggal dunia, aset peninggalan arwah akan digunakan untuk membayar hutang terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada waris.
Ads
Bagi mengira kesemua aset pusaka itu, kita harus menjumlahkan semua harta benda seperti nilai rumah dan wang di dalam bank (aset).
Kemudian, tolak pula dengan jumlah hutang yang ada seperti gadai janji, hutang kereta dan sebagainya. Aset – Hutang = Nilai bersih harta
Sekiranya jumlah hutang melebihi jumlah aset, peninggalan tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan hutang dan waris tidak akan mendapat sedikit pun harta tersebut.
Sekiranya arwah tidak meninggalkan harta atau harta yang dimilikinya tidak cukup untuk membayar hutang tersebut, maka waris tidak harus membayar hutang si mati
Sekiranya waris menolong membayar hutang yang tertinggal, maka perbuatan itu termasuk dalam bab kebaikan (ihsan) kepada arwah dan mendapat ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.
Hidup itu pasti. Tidak mengira usia, tua atau muda, setiap manusia pasti akan melalui alam kematian yang memutuskan semua perhubungan dengan orang-orang dikasihinya di dunia ini.
Bahkan selepas melalui kematian, manusia akan melalui alam kubur yang disebut juga sebagai alam barzakh yang sangat panjang masanya sehingga tibanya hari kiamat di mana manusia akan dibangkitkan semula.
Namun di alam barzakh ada tujuh golongan yang terselamat dari di soal oleh Malaikat Munkar dan Nakir. Doakan agar kita termasuk dalam tujuh golongan ini.
1) Golongan pertama yang beroleh kelebihan itu ialah mereka yang berjaga-jaga terhadap musuh.
Riwayat daripada Salman, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang hidupnya berjaga-jaga terhadap musuh di barisan hadapan (perbatasan) iaitu mereka yang berjuang di jalan Allah (askar-askar). Mereka yang berjaga sepanjang malam itu, orang ini lebih baik daripada dia berpuasa sebulan”.
Pekerjaan sebagai polis, pegawai keselamatan, tentera dan lain-lain yang menjaga keselamatan orang lain daripada pihak musuh atau bahaya dengan niat kerana Allah, amat beruntung kerana berpeluang untuk beroleh keistimewaan ini. Rasulullah juga berkata, jika mereka ini meninggal dunia, segala amalan-amalan dan pahalanya akan datang padanya, dan Allah akan memberinya rezeki terselamat daripada fitnah kubur.
2) Mati syahid di jalan Allah.
Menurut Rasulullah mereka yang mati syahid ini ada enam keistimewaan yang dikurniakan Allah kepadanya iaitu dosanya diampuni bermula daripada saat darahnya menitis ke bumi. Orang yang mati syahid ketika berjuang di jalan Allah ialah syahid dunia dan akhirat.
Kini kita berpeluang untuk beroleh syahid akhirat iaitu bagi mereka yang mati di dalam perjalanan untuk menuntut ilmu, ibu-ibu yang mati ketika dalam proses melahirkan, mereka yang mati lemas di dalam air atau mereka yang mati ketika sedang mencari rezeki yang halal.
Keistimewaan kedua yang dikurniakan kepada mereka yang mati syahid ialah diperlihatkan kepadanya tempatnya disyurga. Seterusnya mereka akan diselamatkan daripada azab kubur, terselamat daripada gelombang yang dahsyat ketika tiba hari kiamat, diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari serta dapat memberi syafaat kepada 70 orang di kalangan ahli keluarganya yang berada di dalam neraka untuk dimasukkan ke dalam syurga.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Selepas melalui alam dunia, manusia akan melalui alam kubur yang amat panjang masanya.
3) Meninggal sakit tenat.
Kata Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani lagi berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang meninggal dunia di dalam keadaan sakit tenat, bererti dia meninggal di dalam keadaan mati syahid.
Dia akan terselamat daripada fitnah kubur serta dibawakan rezeki daripada syurga pada pagi dan petang.” Imam Qurtubi menyifatkan hadis ini bersifat umum, tetapi ia kemudian dikhususkan kepada mereka meninggal dunia akibat sakit tenat yang di akibat penyakit di dalam perut (seperti kanser) (Riwayat Ibn Majah & Al-Baihaqi).
4) Sudah membaca Al-Mulk.
Ibn Abbas RA menceritakan ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang sedang berjalan, tiba-tiba dia melihat tanah yang lapang dan mendirikan khemah di situ. Rupa-rupanya khemahnya itu terletak di atas tanah kubur. Ketika berada di situ, dia terdengar seseorang sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.
Lalu dia bertanya kepada Rasulullah tentang peristiwa yang telah dialaminya. Baginda menjawab: “Itulah surah yang menghalang dan menyelamatkan dia daripada azab kubur”. Barang siapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka ia akan membela orang yang membacanya daripada siksa kubur (Riwayat Imam Tarmizi).
Ada riwayat yang menyatakan bukan hanya surah Al-Mulk yang wajar dijadikan amalan, begitu juga dengan surah Al-Kahfi dan surah Al-Baqarah.
5) Rajin amalkan surah As-Sajdah.
Melalui riwayat Siwar Ibn Saad, Abu Ishaq yang diterima daripada al-Barraq, sesiapa yang membaca alif lam mim dan taba rakallazi biya dihil mulk di dalam surah as-Sajdah sebelum tidur, dia akan terselamat daripada azab kubur dan terlindung daripada dua penguji kubur (Mungkar & Nakir).
6) Meninggal dunia pada malam Jumaat atau hari Jumaat.
Ibn Umar menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat ataupun malam Jumaat, melainkan Allah akan melindunginya daripada fitnah kubur padanya”.
Secara lebih lanjut, Al Hakim juga menuturkan, sesiapa sahaja yang meninggal pada hari Jumaat akan tersingkap tabir yang menutupi apa yang menjadi miliknya di sisi Allah, kerana pada hari Jumaat neraka Jahannam tidak dinyalakan untuk orang mukmin.
Semua pintu neraka ditutup kepada orang muslim dan para penguasa di neraka tidak bekerja sebagaimana pada hari-hari lain. Jika Allah mencabut nyawa seorang hamba yang taat mengabdikan diri pada hari Jumaat, yang demikian itu merupakan tanda kebahagiaan dan kebaikan tempat kembali pada dirinya.
7) Para siddiqun atau siddiqin iaitu para sahabat Rasulullah dan mereka yang benar-benar beriman kepada ajaran agama walaupun tidak pernah bertemu dengan Baginda.
Al-Hakim menegaskan bahawa para siddiqin tidak akan disoal di dalam kubur kerana di dalam doa yang dijadikan amalan membuktikan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dikalangan nabi, para siddiqin, para syuhada dan mereka yang salih.
Mudah-mudahan kita tergolong di antara ketujuh-tujuh kalangan mereka yang terselamat di alam kubur kelak.
Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki/ IKIM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seperti yang kita ketahui, antara suami dan isteri, memang tiada langsung aurat antara satu sama lain. Sama ada suami atau isteri, masing-masing bebas menyentuh dan menerokai tubuh masing-masing.
Walau bagaimanapun apabila suami atau isteri yang ada wuduk bersentuhan dengan pasangan masing-masing maka batallah wuduk.
Batal wuduk bukan kerana aurat tetapi disebabkan oleh ada perasaan lain pada suami atau isteri apabila bersentuhan.
Ini penjelasan lengkap daripada Ustaz Azhar Idrus.
https://www.youtube.com/watch?v=WIhxD9BQnLY
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita digalakkan meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walau bagaimana pun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepadaNya.
Seelok-eloknya doa disertakan dengan kesungguhan serta keikhlasan orang yang mengucapkannya. Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon kepadaNya. Ia membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Doa juga boleh menjadi kekuatan seterusnya mendatangkan kemudahan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Doa itu senjata orang mukmin.”
Sebelum memulakan sebarang pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang hendak dilakukan. Amalkan doa dari Surah Al-Kahfi, ayat 10. Mohonlah kepada Allah moga-moga segala urusan kita dilancarkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...