Samada anda pemilik tanah pusaka atau tuan tanah yang baharu dibeli, itu adalah rezeki yang dikurniakan Allah. Namun pemilikan tanah ini adakalanya hadir dengan pakej ujian apabila ia terletak jauh dari jalan utama.

Tak ada pilihan lain, terpaksa melalui tanah pemilik lain untuk sampai ke tanah milik sendiri.

Sekali sekala melaluinya mungkin tak jadi masalah, namun timbul pertikaian apabila pemilik tanah yang berhampiran jalan utama mula ‘bising’ dan tidak puas hati apabila tanah miliknya menjadi laluan pihak lain.

Artikel berkaitan: Berkali-kali Tanah Ditambah, Kubur Imam Bukhari Tetap Berbau Harum Semerbak

Artikel berkaitan: Jangan Disebabkan Najis Kucing Kita Tak Masuk Syurga!

Sesiapa pun pasti berasa tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Namun apa pun isunya, berbincanglah untuk mencapai kata sepakat. Cuba mudahkan urusan orang lain dan sebaliknya.

Di sini Allah sedang menguji keimanan dan ketakwaan kita apabila perlunya ada konsep mempermudahkan urusan orang lain dan sesungguhnya itu semua adalah ujian kecil daripada Allah.

bawa berbincang bagaimana hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan menang-menang

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah)

Walaupun sedikit kebaikan yang kita lakukan tetapi ALLAH memberikan ganjaran sehingga ke akhirat.

IKLAN

Namun begitu, kita baca perkongsian menarik daripada peguam Salkukhairi Abd Sukor , Timbalan Presiden, Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia tentang konflik laluan ke tanah milik kita terhalang oleh tanah milik orang lain.

Ramai pulak yang tanya saya soalan tentang masalah ini.
Biasa terjadi, seorang memiliki sebidang tanah yang mana kedudukannya 2 atau 3 lapis dari jalan.

Ini menyebabkan tuan tanah tersebut terpaksa membuat satu laluan yang mungkin melalui tanah milik orang lain untuk pergi ke tanahnya dan laluan itu digunakan oleh orang awam untuk keluar masuk dari jalan utama ke tanah masing masing.

Yang menjadi masalah nya kadang kala ada pemilik tanah lapisan hadapan tak membenarkan penduduk-penduduk lain melalui laluan tersebut atas alasan ia melalui tanah miliknya.

Bahkan ada pemilik tanah lapisan hadapan yang sanggup membuat halangan di atas laluan tersebut sehingga menyebabkan kesukaran kepada orang lain untuk lalu ke tanah masing- masing.

IKLAN

Jika berlaku situasi di atas, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh penduduk-penduduk yang lain?

  1. Sebaiknya elok penduduk-penduduk tersebut membuat semakan di pejabat tanah sama ada kawasan yang tuan tanah hadapan buat halangan itu adakah termasuk dalam kawasan tanah beliau atau tidak.

Jika bukan dalam kawasan tanah beliau, penduduk boleh buat laporan polis dan laporan kepada pihak berkuasa tempatan atas alasan halangan tersebut menyebabkan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam.

Walau bagaimanapun, jika benar jalan tersebut dalam kawasan tanah beliau, boleh follow item no 4 dan 5 di bawah.

  1. Semak juga dengan juru ukur berlesen untuk sahkan ukuran dan keluasan sebenar tanah beliau. Jika kawasan yang beliau buat halangan itu bukanlah termasuk dalam tanah beliau, tindakan dalam item 1 di atas boleh diambil.
  1. Semak juga dengan pejabat tanah sama ada jalan itu telah digazetkan sebagai jalan kerajaan atau tidak.

Jika sudah digazetkan sebagai jalan kerajaan, tuan tanah tersebut tidak berhak buat halangan di atas jalan tersebut.

Jika buat halangan juga, penduduk boleh ambil tindakan seperti dalam item 1 di atas.

IKLAN
  1. Jika jalan tersebut tidak digazetkan sebagai jalan kerajaan dan disahkan termasuk dalam tanah tuan tanah tersebut, penduduk boleh berbincang dengan tuan tanah itu untuk dapatkan hak ismen (hak lalu lalang) terhadap laluan tersebut di bawah peruntukan Seksyen 282 Kanun Tanah Negara.

Biasanya hak ismen ini memerlukan pemilik tanah bersebelahan membayar sedikit bayaran sama ada secara bulanan atau tahunan kepada tuan tanah tersebut atas persetujuan bersama kesemua pihak.

Dan setelah dipersetujui bersama, ismen tersebut hendaklah didaftarkan di pejabat tanah.

  1. Jika tuan tanah tersebut tidak bersetuju untuk memberikan hak ismen kepada penduduk lain, penduduk boleh failkan permohonan di pejabat tanah untuk dapatkan hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) di bawah peruntukan Seksyen 387 Kanun Tanah Negara.

Pejabat tanah akan panggil tuan tanah tersebut dan wakil penduduk untuk perbincangan/ inkuiri.

Pentadbir tanah berhak keluarkan perintah hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) melalui tanah tersebut demi kepentingan penduduk awam.

  1. Jika perintah LAROW dikeluarkan oleh pejabat tanah, penduduk tanah bersebelahan atau pihak kerajaan tidak perlu bayar sebarang pampasan kepada tuan tanah tersebut.

Ini kerana tanah tersebut masih kekal milik beliau. Ianya hanyalah arahan pejabat tanah kepada tuan tanah untuk membenarkan jalan tersebut digunakan sebagai laluan awam.

Melainkan kerajaan bersetuju untuk ambil tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah, maka kerajaan perlu bayar pampasan kepada tuan tanah tersebut.

  1. Sekiranya tuan tanah tersebut tidak berpuas hati dengan perintah LAROW yang dikeluarkan oleh pejabat tanah, beliau boleh cabar di mahkamah tinggi. Dan mahkamah akan putuskan kedudukan sebenar.

Di harap panduan dan nasihat ini dapat serba sedikit memberi pencerahan tentang tindakan yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sekian, Terima kasih.