Tak semua perkara perlu diluah, lebih baik diam dan mengadulah pada Allah SWT. Ini saranan pendakwah bebas Ustazah Norhafizah Musa.
Tidak dinafikan bila kita dilanda ujian, kita pasti hendak meluah. Sama ada pada sahabat atau keluarga, dalam erti kata lain untuk proses “healing”. Biar tenang bila meluahkan.
Tetapi sebenarnya tidak semua perkara boleh diluahkan kerana orang yang mendengar tidak tahu jalan cerita keseluruhannya dan kita saja yang mengalaminya.
Pendengar hanya mendengar cerita daripada persepsi kita dan kemudian membuat andaian. Jika ditemukan dengan pendengar, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, mungkin masalah yang kecil bertambah besar.
Ikuti perkongsian Ustazah Norhafizah Musa ini dan hayati setiap kata-kata yang disampaikan.
Tidak semua perkara mampu dijelaskan.
Tidak semua perkara juga mampu difahami oleh setiap orang.
Lebih Baik Diam
Kerana ‘mengalami ‘ dan ‘ tidak mengalami’ itu bezanya amat besar.
Belajarlah Tawakkal kepada Allah. Menguruskan ikhtiar hidup sesuai dengan dengan ujian atau persoalannya , dengan memohon pertolongan Allah SWT.
Tidak semua yang kita mahukan akan berlaku. Allah Yang Maha Besar.
Bertawakkal lah.
Mengadulah Pada Allah
Kadang-kadang lebih mudah menerima kita diaibkan… Kerana kita sudah siap memberikan kemaafan dan doa yang tulus untuk mereka, daripada kita yang mengaibkan kerana tidak mudah untuk mendapatkan kemaafan orang lain.
Ads
Banyak prinsip hidup yang ustazah pelajari daripada pengalaman .
Banyak yang mahu diluahkan di hadapan makhluk.. tetapi memilih untuk meluahkannya di hadapan Khaliq kerana yakin segalanya dalam genggaman-NYA.
Pesan Ustazah Norhafizah
Bertenanglah, nikmati hidup pada sisi yang mendamaikan hati kita. Adapun , ribut-ribut kecil yang Allah hadapkan , laluilah sementara ia berlalu pergi.
Tidak ada taufan yang berkekalan. Banyak tamadun yang bangkit lebih gagah selepas keruntuhan.
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Kashoorga: Tak semua perkara yang kita mahu, Allah makbulkan kerana Allah kurniakan sesuatu yang kita perlu, bukannya apa yang kita mahu. Renung-renungkan.
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya menjadi rahsia Allah. Tiada siapa yang dapat mengetahui bila kita akan ‘dijemput’ olehNYA. Selagi ada peluang dan kesempatan, hargai dan limpahkanlah kasih sayang pada insan yang dicintai biar pun hanya seketika cuma.
Setiap yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti. Bagaimana keadaan dan bila akan dijemput pergi hanya DIA sahaja yang tahu. Begitu juga dengan jodoh. Dengan siapa dengan kita akan dijodohkan dan bila kita akan dijodohkan semuanya telah ditetapkan oleh DIA. Semuanya telah tertulis sejak dari azali lagi.
Kisah Fatin Nursyahirah Yusuf ini benar-benar meruntun jiwa. Inilah bukti cinta hingga ke syurga.
Kanser? Malas ambil pusing sebab tak kena batang hidung sendiri. Tahun 2017, di PPUM adikku yang kami panggil Kakak disahkan menghidap Kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) pada tahap ke-3!
Sekeluarga tergamam. Mama terus menangis. Abah kelu tak terkata. Seakan tidak percaya akan diuji sehebat ini. Tetapi Kakak yang kami sayangi nampak cukup kuat. Kami sekeluarga terus positif yang mengatakan Kakak boleh sembuh. Hidup bertukar 360 darjah. Segala aktiviti dan perhatian kami dikhususkan untuk Kakak.
September 2017, selesai pembedahan membuang kanser tersebut. Doktor memberi jaminan yang pembedahan berjaya dan insyaAllah kanser tidak akan menyerang lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Cuma follow up seperti biasa. Leganya perasaan kami sekeluarga. Difikirkan berakhir disitu, tetapi tidak.
Disember 2017, Kakak diuji lagi. Kanser datang kali ini dengan lebih agresif. Doktor juga tidak dapat mengenalpasti mengapa kanser ini begitu cepat membesar. Kami sekeluarga terus memberi semangat. Terus yakin. Terus berusaha. Terus bertawakal. Hanya kami dapat memberikan kekuatan psikologi yang amat diperlukan Kakak.
Februari 2018, Mama dan Abah terus setia menunggu di luar bilik bedah. Pembedahan kedua yang memakan masa lebih 15 jam selesai jam 2 pagi. Usai solat Subuh, Mama, Abah dan saya dah terjegat di Cardiacthoracic Intensive Care Unit (CICU) menunggu ulasan doktor mengenai pembedahan tadi. Doktor memaklumkan bahawa pembedahan tidak 100% berjaya. Sel kanser tak dapat dikeluarkan sepenuhnya disebabkan keadaan sudah terlalu rumit dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selesai mendengar ulasan doktor, kami keluar. Masing-masing diam membisu namun akhirnya kami sama-sama menangis. Tak kuat kami menahan air mata. Ya Allah! Sungguh hebat ujianMu kali ini…
Bermula daripada saat itu, kami sekeluarga mula menjadi doktor sendiri. Habis segala macam artikel berkaitan kanser kami baca. Habis segala petua kami cuba. Segala ceruk pelusuk negara kami teroka. Dengan hasrat mencari penawar buat Kakak tercinta. Kakak seperti biasa senyum tanpa luahkan sakit yang terseksa.
Hujung April 2018, kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor untuk Kakak menjalani sesi radioterapi. Maka berulang-aliklah kami setiap hari membawa Kakak ke PPUM. Selesai 30 sesi pada awal Jun 2018, hasil scan terbaru yang dijalankan, doktor memaklumkan yang tumor kanser sudah mengecut. Alhamdulillah. Leganya hati kami.
Namun, tiba-tiba doktor berkata lagi dalam nada yang cukup lembut.. “Tapi…., kanser tu dah merebak ke kawasan yang lain”. Saya dan kakak terbungkam! Pada ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini. Tidak lagi peduli pandangan orang disekitar ruang menunggu PPUM. Hanya kami merasai peritnya dugaan ini. Allah….
17 Jun 2018, Kakak dipinang seorang anak muda yang cukup ikhlas menerima Kakak seadanya. Keluarga pihak lelaki juga banyak membantu dalam proses mencari penawar buat Kakak daripada awal hingga sekarang. Mama dan Abah sangat bersyukur disebabkan keluarga pihak lelaki yang begitu bersungguh menerima Kakak walaupun dalam keadaan Kanser sekarang sudahpun di tahap 4.
Julai 2018. Kakak lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. Sekeluarga terkejut. Tidak kami sangka akan secepat ini. Kakak seperti biasa lebih banyak berdiam diri tentang sakitnya. Namun segala yang Kakak pinta, kami akan cuba usaha untuk jadikan kenyataan. Selang seminggu kemudian, kesihatan Kakak semakin merosot. Kakak mula sesak nafas. Kanser sudah menyerang paru-paru Kakak. Pihak hospital telah memberitahu tiada rawatan lagi untuk tahap ini. Yang ada hanyalah “Comfort Patient”. Fahamlah kami dengan maksud Doktor itu. Lantas Mama terus menangis. Abah cuba memendam rasa biarpun air mata sudah berlinang. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami…
Ogos 2018. Semangat baru buat Kakak. Azzam bersungguh untuk menerima Kakak sebagai isteri. Ikhlas hati Azzam hanya Allah yang tahu. Dalam keadaan Kakak seperti ini, tetap menerima Kakak seadanya. Keluarga Azzam juga begitu. Menyokong penuh hasrat Azzam. Telah menganggap Kakak seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah. Allah hantarkan sebuah keluarga yang cukup bersih hatinya yang sedia menerima Kakak dan berusaha bersama-sama mencari penawar dan memberi semangat.
Pagi 3 Ogos 2018, Kakak dan Azzam selamat diijabkabulkan. Tiada majlis warna warni, tiada baju pengantin menambah seri. Tiada pelamin tanda raja sehari. Yang ada hanyalah pihak keluarga perempuan, pihak keluarga lelaki, tok kadi bersama saksi. Ketika akad sedang dilafaz, esakan tangisan keluarga menjadi muzik latar, menyaksikan penyatuan dua hati murni ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Semoga atas pernikahan ini, Allah kurniakan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat Kakak dan Azzam.
Namun, saat gembira itu tidak lama. Petangnya selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Disamping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.
Namun Allah lebih sayangkan Kakak dan Saat itu tiba juga.
Kakak pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, suaminya, Mak Besah serta saya.
Disaat ini, keluarga reda dengan ketentuan. Buat Azzam dan keluarganya, terima kasih atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan untuk Kakak, serta menunaikan impian Kakak biarpun cuma untuk seketika. Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya budi baik Azzam dan keluarganya.
Semoga Kakak di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Fatin Nursyahirah Binti Yusuf (1994-2018)
Sumber: Facebook Shukor Yusuf
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perkahwinan itu memanglah dikatakan penyatuan dua jiwa. Berkongsi apa saja dengan yang tersayang termasuklah harta benda. Namun tidak bermakna sang suami boleh berhutang nafkah dengan isteri.
Pemberian nafkah itu wajib buat isteri. Walaupun nilainya sedikit tetapi apa yang penting dapat melunaskan tanggungjawab kepada isteri.
Jangan nanti rezeki asyik tak cukup disebabkan berhutang nafkah dengan isteri.
Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati. Kedua sebab nak elakkan pergaduhan. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga. Bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU. Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Sumber : Khairul Johari
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berhibur tidak salah malah garis panduan mengenainya sudah lama dikeluarkan. Namun islam turut mengajar ada batasan yang perlu diikuti agar tidak melanggar hukum syarak.
Ini kerana matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Bahkan kita diminta menjauhi senikata, lagu dan nyanyian, lakonan yang disampaikan mempunyai unsur maksiat, lagha (sia-sia), meransang keghairahan nafsu dan sebagainya menerusi tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut :-
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya, ( Al Qasas : 55)
إن اهللكتب على ابن آدم حظّو من الزنا أدرك ذلك ال حمالة. فزنا العني النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمىن وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبو.
“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya”. (HR Bukhari dan Muslim).
Dan ternyata drama Perempuan Itu yang bakal ditayangkan mendapat perhatian dari pendakwah Pu Syed sejurus selepas pelakon Zul Arifin memuat naik teaser drama tersebut yang bersifat soft porn.
Dilihat tidak kena dan seolah cuba menormalisasikan dosa di media sosial, pendakwah ini membuat teguran secara terbuka buat semua pihak yang terlibat.
Baca perkongsiannya:-
Sampaikan ini kepada saudara @zul_ariffin.
Jika masih ada iman dalam diri saudara, mohon delete apa yang berani saudara share kepadae khalayak!!
Maklumat ini disampaikan kepada ambe, maka ambe ingin menegur saudara dan seluruh pengikut saudara agar takutlah kepada Allah Azzawajalla!
Kita umat islam telah berimana bahawa di dunia ini ada halal dan haramnya, sesuatu perbuatan, ada catatan amal baik dan jahat dan di akhirat ada syurga dan neraka.
Ambe tahu, pekerjaan saudara sebagai seorang pelakon. Namun biarlah berlakon dengan watak yang berlandaskan keizinan hukum syarak.
Jika saudara Semakin hilang malu kepada Allah!!
Jika saudara Semakin berani mencabar hukum agama!!
Maka ambe juga berani menegur dan membanteras kedurjanaan ini, agar anak cucu kita tidak hanyut dengan gaya hidup yang kalian tonjolkan walaupun sekadar lakonan!!
Wahai Kerajaan dan pihak yang berkuasa!! Jika kalian bacul dengan membiarkan maksiat Bermaharajalela dalam negara!! kalian pasti Akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.[Surah Al-Hajj: 41]
Haramkan terus cerita ini dari muncul di mana-mana stesen tv atau apa sahaja medium. Jangan mulakan sunnah (jalan) yang buruk, dibimbangi ianya akan menjadi titik tolak permulaan kebebasan dalam berkarya sehingga menunggang habis halal dan haram!!
@skmm_mcmc @myjakim @yadimofficial @pdrmsia_official @ustaz.idrisahmad @marzuk_shaary
Ambe PU Syed
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?