Apabila sudah berkahwin, kita sebagai isteri perlu patuh pada setiap arahan suami.
Menjadi tanggunjawab kita untuk mendengar cakap mereka yang dianggap sebagai Imam membimbing kita hingga ke jannah.
Kita memang tidak boleh menderhakan pada suami, tetapi ada yang bertanya bagaimana jika suami derhaka pada isteri.
Perkongsian di laman sosial Facebook oleh Aini Eiyra ini boleh dijadikan panduan dalam menjawan persoalan ini.
Gambar sekadar hiasan.
SUAMI DERHAKA PADA ISTERI
======================•
Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka kat suami, tapi hukum kalau suami menyakiti hati isteri? Jeng jeng jeng!
Ustaz gitau :
Berdosa jugak lah, cuma takde istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan di mark oleh malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.
– Kerana isteri, rezeki suami bertambah melimpah ruah.
Ads
– Kerana isteri, maka lahirlah team soccer suami.
– Kerana isteri, makan pakai tido suami di jaga.
– Kerana isteri, peace tenang ajer hati suami.
– Kerana isteri, lembut kuyu ajer pandangan mata suami.
– Kerana isteri ni sajer orang yang boleh melihat kudis panau suami yang tersembunyi dari pandangan mata suami dan masih still poreber laf suami seadanya.
Ads
Janganlah sakiti hati isteri, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil di mata suami tapi cukup besar untuk dirinya.
Bagi isteri, Biar keluar peluh jantan pun, Biar tak tidur malam pun, Biar diri tak makan pun, Janji suami dan anak-anak cukup segalanya.
Kenapa kaum hawa selalu menangis?
Gambar sekadar hiasan.
Allah berfirman :
Kerana kaum hawa itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang sangat istimewa.
Ads
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.
Wanita ni makhluk yang tabah dan kuat. Tapi saat dia mengalir air mata ia mampu membaiki duka lara, juga kekuatan untuk buka buku baru.
Wanita itu tersangatlah istimewa.
Dan agar suami tahu bahawa wanita itu adalah ciptaan Allah yang paling istimewa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Pernah puasa 360 hari, sampai sakit.’ Kisah hijrah, lelaki muka gangster ini buat ramai sebak. Bagaimana dia mencari-cari jawapan dan akhirnya agama Islam membuatkan kekosongan di hatinya mula terisi.
Disebabkan terlalu memikirkan dosa-dosa lalu, lelaki ini nekad berpuasa 360 hari dalam tempoh setahun hingga dia jatuh sakit. Dari situ dia tahu mengapa Islam melarang umatnya berpuasa tanpa henti.
Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah hidupnya apabila ditanya soal agama telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ berkongsi kisahnya ketika ditanyakan soalan adakah dia orang Islam.
Jelas Muhammad Mikhael Sathayah, dia berasal daripada agama Hindu dan satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.
Apa yang membuatkan ramai sebak apabila sang ibu masih lagi menerima anaknya walaupun berbeza agama. Ibunya beragama Hindu tetapi dia tidak pernah sekali pun mengahalang anaknya untuk memeluk agama Islam.
Malahan ibu tua ini juga pernah menghadiahkan sejadah buat anaknya. Bertambah kagum, bila dua beranak ini keluar berdua, ibunya akan menemani anaknya solat di masjid. Walaupun terpaksa tunggu di dalam kereta dan berpanas, dia langsung tak kisah.
Tambah Muhammad Mikhael Sathayah, sepanjang hidupnya semenjak kecil, dia merasa kekosongan di hati dan jiwanya meronta mencari apakah erti kehidupan.
“Kenapa saya bukan macam orang lain. Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi.
“Di luar nampak berjaya, bekerjaya tapi tapi saya dalam kesakitan. Apa yang kurang. Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
‘Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta hingga subuh di suatu pagi terdengar suara yang indah mengatakan, “Aku Yang Cipta Kamu tapi ini yang aku berikan kepada kamu. Maka terima sajalah.’ luahnya.
Persoalan ini bermain-main di fikiran dan apakah maksudnya yang sebenar, lelaki ini jadi tertanya-tanya. Hingga satu saat, dia mendapat jawapan dan beritahu perkara sebenar pada emaknya.
‘Emak, saya nak masuk Islam.’
‘Tapi mak hanya terdiam, terkejut. Selepas itu mak senyum dan bagi kebenaran. terima kasih mak kerana menerima saya dalam apa keadaan sekali pun.
‘Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak sudah tidak ada anak. Anak mak dah mati. Ada juga yang kata hidup saya jadi begini sebab mak terlalu manjakan saya.
‘Ternyata semua itu salah, mak seorang yang baik. Terima kasih mak. Makin hari mak Nampak saya semakin tenang, mak juga sentiasa bersama saya,’ ceritanya sebak.
Luah lelaki ini, terima kasih mak sebab tak hiraukan cakap saudara-mara atau sesiapa. Malah mak sentiasa menerimanya.
Dalam video yang sama, Muhammad Mikhael Sathayah kongsikan bahawa dia telah membeli sebuah rumah bersebelahan rumah ibunya kerana tidak mahu tinggalkan emaknya.
Sebelum ini Muhammad Mikhael Sathayah pernah puasa sepanjang tahun sepanjang tahun bila memikirkan dosa-dosanya yang lalu walaupun Islam larang.
“Islam memang larang, tapi saya puasa 360 hari. Hari raya aidilfitri dan hari raya haji saja saya tak puasa.
‘Hari lain saya puasa untuk hilangkan dosa sampai saya sakit. Rupanya sebab itu Islam larang kita paksa diri untuk berpuasa.
‘Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi membimbing dan mendoakan saya agar terus kekal istiqamah,’ ujarnya lagi.
Kashoorga: Semoga Muhammad Mikhael Sathayah kekal istiqamah dan bahagia di samping ibunya.
Subhanallah Alhamdulillah, kedatangan Ramadan membawa rahmat dan keampunan yang tidak terhingga oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Betapa cepatnya masa berlalu, sedar atau tidak, kita telah memasuki fasa terakhir di bulan Ramadan.
Antara ganjaran yang Allah SWT janjikan ialah keampunan, dibukakan pintu-pintu Syurga, dibebaskan daripada Neraka, dimakbulkan doa dan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.
Terjemahannya: “Sesungguhnya berjayalah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih supaya bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih tetapi susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams: 9 dan 10)
Walau bagaimanapun, sungguh masih ramai yang tidak merasakan apa-apa dengan keberadaannya di bulan Ramadan ini.
Amatlah rugi bagi mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak memperoleh keampunan daripada Allah SWT.
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin (sebanyak 3 kali).” Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Jibril berkata: Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.” (HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Sahih)
Antara golongan yang dikategorikan sebagai orang yang rugi dalam bulan Ramadan:
Daripada Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ Maksudnya: “Makan sahur itu berkat, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.” (HR Ahmad. Status Hadis: Sahih)
Seterusnya, daripada Amru bin al-‘As, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Terjemahannya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Manakala hadis daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan qiam (mendirikan) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Selain itu, hadis daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
4. MELAKUKAN PEMBAZIRAN KETIKA BERBUKA PUASA
Firman Allah SWT: إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوْٓا إِخْوَانَ الشَّيٰطِينِ ۗوَكَانَ الشَّيْطٰنُ لِرَبِّهٖ كَفُورًا Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’: 27)
5. MENUNGGU WAKTU BERBUKA PUASA TANPA BERDOA
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka, doa yang tidak akan ditolak.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan) Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan)
6. TIDAK MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA SETELAH MASUK WAKTUNYA
Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Sahl bin Sa’ad r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Dalam sebuah hadis yang lain ada menyebut, Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuk diri mereka kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk Ku dan Aku yang akan membalasnya. Puasa itu perisai. Seandainya seseorang berpuasa pada suatu hari, janganlah dia berkata perkataan yang kotor dan meninggikan suara. Seandainya seseorang mencelanya atau mengajaknya bergaduh, katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Hasan)
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata, “Duhai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Dan al-Quran juga berkata, “Aku telah menahannya daripada tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Baginda melanjutkan sabdanya: “Maka mereka berdua (puasa dan al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.” (HR Ahmad. Status Hadis: Hasan)
Begitu juga dengan hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca (bertadarus) al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
10. MENINGGALKAN SOLAT SUNAT WITIR
Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah r.a. untuk melazimi solat sunat witir sebelum beliau melelapkan mata. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah r.a.:
Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Tidak dinafikan setiap dari kita pastinya tidak terlepas dari diuji dengan pelbagai masalah. Dugaan yang hadir ini menguji sejauh mana keimanan kita pada Allah SWT.
Namun sebagai hambaNya kita perlu reda dan terima segala yang berlaku dengan tabah. Anggapalah segala ujian yang berlaku ada hikmahnya.
Sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan ketika menghadapi musibah ini.
Dan ini doanya untuk kita bebas dari masalah. Amalkan selalu dan insya-Allah akan memberi sedikit kelegaan pada kita.
Cara dekatkan diri dengan Allah SWT boleh dilakukan dengan mencontohi amalan Rasulullah seperti khalwah, iktikaf, qiyamulail dan zikir terutama pada bulan Ramadan untuk ketenangan jiwa.