Sebenarnya pemakaian braces atau pendakap gigi adalah dibenarkan jika memenuhi keperluan seperti sukar mengunyah makanan dan hilangnya keyakinan bila berkomunikasi.
Namun begitu, tak dinafikan dalam masyarakat kita ramai yang suka memberatkan isu memakai braces ini. Apa lagi bila si pemakai braces meninggal dunia. Begitulah juga isunya dengan wanita yang mewarnakan kuku, warnakan rambut serta yang bergigi emas.
Bagi yang kurang pengetahuan agama selalunya meminta pengurus jenazah tanggalkan braces atau potong rambut yang diwarnakan. Sedangkan tiada saranan dalam agama untuk berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan dan hadam baik-baik apa yang dijelaskan,
Soalan:
“Saya ada soalan, kalau orang Muslim memakai braces (pendakap gigi). Kemudian, katakanlah tiba-tiba dia meninggal dunia dan ada braces ni.
Ads
‘Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ya? Mereka kena panggil doktor gigi untuk buka (tanggalkan) braces orang meninggal itu atau macam mana ya?”
Begini Caranya
Sebenarnya, hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.
Nak Uruskan Jenazah Muslim
Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.
Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”
Ads
Pakai Pendakap Gigi
Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia ketika masih memakai braces.
Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.
Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.
Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji. Hari ini juga sangat istimewa dan mempunyai banyak kelebihan. Hari di mana doa mustajab dan puasa pada hari tersebut ibarat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepasnya.
Namun begitu semua tahu akan hari Arafah antara Arab Saudi dan juga di negara kita berbeza sehari. Menjadi persoalan ramai jika ingin berpuasa sunat dan melakukan ibadah bagi memperoleh ganjaran hari Arafah ini adakah perlu mengikut hari wukuf di Arab Saudi atau pun tarikh setempat?
Persoalan ini dijawab boleh Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam Maktabah Al Bakri.
Sebagaimana diketahui beza hari Arafah di Malaysia dan Saudi sehari lebih lewat. Bagi yang ingin berpuasa hari Arafah hendaklah mengikut tempat masing-masing berdasarkan anak bulan dan hisab.
Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الْفِطْرُ يَوْمَ يُفْطِرُ النَّاسُ وَالأَضْحَى يَوْمَ يُضَحِّي النَّاسُ
Maksudnya: “Hari Raya, maka berayalah juga manusia (mengikut ketetapan di tempat tersebut), dan apabila Raya Korban jatuh pada suatu hari, manusia turutilah berkorban pada hari terbabit.” (Riwayat al-Tirmizi (802)
Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebahagian isteri Nabi SAW, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berpuasa pada Sembilan Zulhijjah, hari Asyura’ dan tiga hari setiap bulan.” Riwayat Abu Daud (2437) dan al-Nasa’ie (2416)
Nas ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari 9 Zulhijjah ganti kepada menyebut hari Arafah.
Mengambil contoh Aidiladha tahun 2023 oleh kerana di Malaysia hari 9 jatuh pada hari Rabu iaitu 28 Jun 2023 maka hadith di atas adalah jawapannya dan menjadi hujah bahawa kita berpuasa pada hari tersebut.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW, daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu.”
Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (2082) dan Ibn Majah (1717)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kurang dari sebulan, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Ia bulan penuh keberkahan dan dinantikan oleh ramai umat Islam. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa.
Masa yang sama, Program Imuninasasi COVID-19 Kebangsaan yang sudah mula memasuki peringkat kedua bagi penerima suntikan pertama dijangka akan terus berlangsung sepanjang Ramadan ini.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya pada Ramadan akan datang.
Ini kerana jelasnya, ia tidak membatalkan puasa kerana bukan membabitkan rongga terbuka.
Memetik laporan Berita Harian, Mufti Kelantan ini berkata, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.
"Mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan, namun ingin diingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa.
"Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal," katanya ketika dihubungi di sini.
Lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi fasa pertama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, dilaporkan berkata, mereka adalah petugas pasukan barisan hadapan dan proses vaksinasi masih berlanjutan bagi kumpulan itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam sejarah Islam, kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa. Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan.
Layaknya seperti menyayangi keluarga sendiri. Sesungguhnya kucing adalah makhluk yang manja dengan manusia.
Tak rugi pun jika kita berkongsi sedikit makanan dengan haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini malah si bulus akan mendoakan rezeki kita.
Apa lah salahnya mengasingkan sedikit makanan yang kita makan untuk diberikan kepada makhluk comel ini.
Ikuti perkongsian seorang jemaah haji yang memberikan makanan kepada kucing-kucing jalanan ketika berada di tanah suci Makkah.
Apa yang dialaminya begitu menginsafkan, betapa besar ganjaran Allah kepada HambaNya yang berbuat sesama makhluk ciptaanNya.
KISAH KUCING-KUCING JALANAN DI MEKAH DAN MADINAH
Sejujurnya selain daripada excited untuk datang mengerjakan haji di Baitullah, untuk melihat Kaabah, menziarah tempat-tempat sejarah peninggalan para-para Rasul & Nabi, Cikgu Molly juga amat teruja utk menziarah ke Masjid Jin dan Masjid Kuching di Mekah..
Dan Cikgu Molly still berpuas hati walaupun hanya dpt melihat Masjid Jin hanya dari tingkap bas tapi Cikgu Molly merasa kecewa kerana tidak brkesempatan menziarah ke Masjid Kuching kerana tanpa pengetahuan i, Masjid Kuching itu telah lama dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembesaran dataran Masjidil Haram dan pembangunan di sekitar kawasan Masjid..
Di bawah ialah foto Mesjid Kucing (sebelum dirobohkan ) atau Mesjid Royah@mesjid Ar-Rayah dan mesjid ini juga merupakan rumah sahabat Rasullullah yaitu Abu Hurairah (yg jg dikenali sbgai Bapak Kucing ). Letaknya 750 m sebelah utara Masjidil Haram diujung Pasar Seng Mekkah..
MENGAPA DINAMAKAN MASJID KUCHING?
Kerana mengikut Sejarah, dulu Rasullullah pernah bersholat bersama sahabat”nya di mesjid itu, disaat Rasul sujud kucing menaiki punggung beliau dan beliau menunggu hingga kucing itu turun, barulah beliau bangkit dari sujudnya..
Dan after that, disitu juga dulunya banyak sekali kucing kerana kawasan mesjid itu dikelilingi oleh banyak restauran yg cukup terkenal di kalangan para jemaah haji dan umrah. Amat malang i rasa kerana masjid yg begitu bersejarah telah dirobohkan atas sebab2 mekah dilanda arus pembangunan dan kemodenan..
KURUS DAN TAK CUKUP MAKAN
Ok lah, berbalik pada cerita asal, mula-mula tiba di Mekah dan melihat kucing-kucing yg berkeliaran di kawasan hotel, terdetik juga dihati, kenapa kucing kucing di sini kelihatan sangat KURUS, berkepala besar tapi bahagian badan jadi kurus dan memanjang, kelihatan lemah kotor sakit dan kelaparan, tidak mcm digambar gambar yg i lihat sebelum ini, dari album my friends yg pergi haji dan umrah, kucing2 mekah/madinah yg comel, berbulu cantik dan gebu, walaupun mereka hanya kucing2 jalanan.
Then bila i dpt tahu Masjid Kuching itu telah dirobohkan, baru i realize, kucing2 itu semua dah jadi mangsa keadaan.. Dulu masa Masjid Kuching masih ada, ianya menjadi tumpuan semua kucing kucing jalanan yg ada sbb tahu di situ pusat makanan dan mereka juga tahu, mereka tidak akn kelaparan sepanjang mereka tinggal di sana. Sbb bukan saja Masjid Kuching malah mereka sendiri menjadi tarikan semua jemaah utk ke sana selain drpd bersolat dan menziarah adalah juga utk memberi makan kepada semua kucing2 yg ada..
MASJID DIROBOHKAN
But since Masjid itu telah di robohkan, kesemua kucing kucing itu hilang ‘SYURGA” @tempat yg menjadi sumber makanan mereka dan mereka mula berkeliaran di jalanan.. Sedih sungguh hati melihat haiwan haiwan kesayangan Nabi Muhamad ini berkeliaran dan nampak kelaparan dikaki lima jalanan sepanjang di Mekah dan Madinah..
Peniaga peniaga makanan pun semuanya nampak kedekut dan berkira utk memberi makanan pd kucing2 ni semua.. Ada peniaga2 yg menyimbah air dan menyepak kucing2 ini jika kucing2 jalanan ini menghampiri gerai gerai makan mereka.
Selain dripd Jemaah jemaah yg baik hati yg dtg mengerjakan Haji, hanya segelintir sahaja masyarakat Arab yg baik hati dan sanggup berkOngsi makanan mereka dgn kucing2 yg menunggu meminta habuan makanan..
JEMAAH HATI KERING
Saya pernah melihat perangai buruk Jemaah M’sia yg ‘lebam hati’ boleh tu memakan makanan yg ditangan mereka sehingga habis dan langsung tidak memperdulikan si ibu dan anak kucing yg melangut ditepi kaki mereka lebih dari 15min, mengharapkan secebis daging ayam dari tangan jemaah itu. I yg melihat kejadian itu terasa airmata mengalir ditubir mata dan ‘hilang perasaan malu’ i terus mengutip sisa ayam yg jemaah tu buang dlm tong sampah dan memberi anak dan ibu kucing itu makan..
Kedua dua kucing yg lapar itu makan dgn lahapnya dan seorg jemaah lelaki itu mmberi pandangan yg sinis pd i.. mungkin termalu dgn kejadian itu atau menyindir i yg sanggup mengutip sisa makanan dia utk diberi pd 2 ekor kucing tersebut..
Sejujurnya juga i nak berkongsi cerita di sini, malam selepas i selesai buat tawaf haji dan saei dgn jiran sebilik i itu, selepas solat sunat, kami meraikan kegembiraan kami dengan membeli 2 ekor ayam panggang Al Bait dan meminta pekedai memotong halus halus ayam tersebut dan kami berdua mnghabiskan masa hampir 3 jam mencari dan memberi makan kucing kucing jalanan di Mekah malam itu..
Bukan tak sayang duit rm45 rial tu tapi tak tahu kenapa, i just want to do that instead mmbelanjakan duit i itu bersama makan2 dan meraikan bersama rakan rakan sebilik..Tahu kenapa i buat mcm tu, sbb since i tengok jemaah haji yg ‘lebam hati’ itu dan pekedai2 yg berkira dlm mmberi kucing makan, since that, i selalu kumpul lauk pauk yg tak habis yg rakan2 sebilik i dan yg i tak lalu makan, bungkus dan every time i pegi solat di masjidil haram, i akan singgah sepanjang2 jalan memberi kucing2 jalanan yg kelaparan ni makan..
HIKMAH BERI KUCING MAKAN
This is another thing why my jiran sebilik tu marah, sbb katanya i suka melengah lengahkan masa but i dont care, i just do what i felt good n i ckp ke dia, if tak nak tunggu i tak apa, awak jalan ja dulu, nnti kita jumpa di masjid. Fadhilat yg i dapat selepas itu mmg i tak sangka. Mungkin kerana i selalu bagi kucing2 yg kelaparan tu makan, lambat mcmana pun, i akn selalu dapat tempat solat yg berhampiran dgn Kaabah, brdepan pancur emas, berdepan pintu Kaabah dan selalu dapat saf solat yg selesa. Tapi jiran sebilik i tu pula, walaupun jalan dulu dari i but still terlepas masuk ke mesjidil haram dan terpaksa solat di dataran mesjid jaa. Dan sbb tu bila i kata i nak bagi Kucing makan malam selepas kami selesai saei Haji, my jiran bilik sebelah tu said Ok n tak banyak complain dah.. hehehe..
Inilah diantara salah satu cerita keajaiban Tanah Haramain yg i alami dan banyak lagi keajaiban yg i tempuhi sepanjang mengerjakan Haji disana.. Pengalaman suka duka, ujian dan kebesaran Allah swt yg i tak boleh nafikan dan i masih lagi hidup untuk mnjadi bukti dan bercerita tentang peristiwa yg i alami disana..
Allah Ya Allah, rindunya pada Kaabah, rindunya pada bumi Mekah, rindunya pd Masjid Nabawi dan wangian Kasturi di Kelambu Kaabah, Raudah & Makam Rasulullah..
Allah Ya Allah, ada rezeki, jemputlah lagi aku ke sana..
Sumber Kredit: FB: Molly Azalli
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Jumaat wanita musafir adalah sah di sisi Islam walaupun tidak diwajibkan. Ketahui hukum, cara jamak dengan Asar serta adab wanita ketika menunaikan solat Jumaat di masjid.