Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah kepada setiap makhlukNya. Cara bagaimana atau bila hanya Allah yang tahu. Tugas kita sebagai hamba adalah terus memperbanyakkan amalan, amal ibadat, perbuatan yang baik dan selebihnya Allah yang menentukan.

Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama Sakinah Muhammad, @sakinah4779, wanita cekal ini berkongsi kisah sebak di sebalik pemergian suami tercinta, Zasali Ismail  yang dijemput Allah pada 13 Julai lalu akibat kanser usus.

Hanya mampu bertahan setahun setengah saja berjuang melawan kanser ganas di mana dari beratnya 78 kg, tubuh arwah menyusut ke 39 kg dan hanya tinggal tulang. Walau seorang yang kuat semangat  namun kanser dialaminya cukup ganas. Berulang alik menerima rawatan ke Institut Kanser Nasional (IKN) demi memastikan dirinya bebas, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.

Selepas mengharungi eddah lebih 40 hari, Sakinah baru mempunyai kekuatan berkongsi video kenangan tujuh hari sebelum suaminya meninggal dunia. Sakinah mengakui hubungan mereka  sangat akrab bagaikan belangkas membuatnya dia hampir rebah bila suami tiada di sisi. Namun sebagai hambanya dirinya redha biarpun masih perit. Namun apa yang lebih menyedihkan suaminya siap meninggalkan pesan akhir buatnya ketika mereka di dalam kereta selepas balik dari IKN. Malah arwah bagaikan tahu ajalnya sudah mendekat sebelum menitipkan pesanan akhir ini.

Kata arwah, ajal maut itu di tangan Allah.

IKLAN

“Kullu nafsin zaikatal maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.

Di saat dirinya menangis, suaminya menyatakan sudah bersedia dengan takdir hidupnya.

“Abang dah bersedia dah. Sambil menambah ajal maut, jodoh, rezeki bukan di tangan kita. Rezeki bukan di tangan kita. Kerja kita, kita buat. Kerja Allah, jangan fikirkan,”katanya yang terus mengucapkan perkataan syukur..syukur.

IKLAN

Apa yang lebih sebak, di saat isteri memaklumkan sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik di saat suaminya diuji sakit, arwah suami menambah kata-kata yang cukup meninggalkan kesan dan diharapkan oleh semua isteri iaitu redha seorang suami.

“Segala dosa-dosa Ina, sebesar zarah abang dah ampunkan. Tak ada dendam. Abang dah redhakan semuanya,”katanya yang kedengaran sebak.

IKLAN

Beruntung isteri ini, mendapat redha sang suami kerana itulah diperlukan oleh seorang suami untuk memasuki syurga Allah. Al Fatihah buat arwah Zasali Ismail dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

https://www.tiktok.com/@sakinah4779/video/7006179174830329114?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI