
Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
https://www.facebook.com/TazkirahUAi/videos/1256804151159344/
KRITERIA TUDUNG YANG MENGIKUT SYARIAT:

*Tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher.
*Menutup bahagian leher dan juga dada.
*Memakai tudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga menyebabkan rambut masij kelihatan.
*Tidak berlebih-lebihan. Tudung yang sederhana itu lebih baik.
https://www.youtube.com/watch?v=faZnS8NXT3E
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Enam Cara Bagaimana Pahala Sedekah Sentiasa Mengalir Laju

Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam sememangnya akan mendapat ganjaran pahala yang besar.
Sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah.
Hukum bersedekah itu adalah sunat. Ketika melakukan amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas kerana Allah bukan disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja.
Supaya perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia dan sentiasa ‘mengalir’ ada sedekah-sedekah yang boleh dijadikan saham akhirat.
Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berterusan melalui bersedekah.
Ada seseorang hantarkan nasihat ini di grup WhatsApp kami. Jadi aku terjemahkan ke bahasa Melayu mengikut kesesuaian masyarakat kita.
Katanya ada ENAM cara untuk memastikan pahala sentiasa mengalir masuk walaupun setelah kita meninggal dunia nanti:
1. Wakafkan mushaf al-Quran di mana-mana surau, masjid, sekolah tahfiz dan agama.
2. Dermakan kerusi roda untuk kegunaan di rumah kebajikan atau rumah sakit.
3. Ambil bahagian dalam pembinaan masjid walaupun sekadar infak RM10.
4. Sediakan air mineral di tempat awam seperti taman, pantai dan lain-lain kawasan orang berkumpul. Mudah jika mereka dahaga, dapat melegakan kering tekak.

Di Arab Saudi, mereka mengagihkan air mineral ketika kereta berhenti di lampu isyarat. Letakkan di depan pintu masjid, kedai-kedai dan juga di jalanan.
5. Tanam pokok untuk kemudahan orang ramai mengambil manfaat daripadanya seperti berteduh dan memetik buah. Bahkan haiwan pun dapat merasa tempiasnya juga dengan membuat sarang di atasnya.
Dan yang paling senang lagi adalah, kongsi dan sebarkan kepada rakan kalian semua. Mereka baca dan amalkan hasil perkongsian kita. Mudah-mudahan dikira sebagai amalan baik oleh Tuhan yang Maha Berkuasa.
Sumber Kredit: FB: Najmi Farisham
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Hilang Rezeki 2 Biji Burger, Tapi Allah Ganti Dengan Rezeki Tak Disangka. Dapat Jadi TetamuNya!

Isi Kandungan
ToggleTuhan menyuruh setiap umatnya bekerja kuat demi mencari rezeki yang halal. Jika masih boleh menggunakan kudrat anggota tubuh yang diberi tidak ada sebab malas mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Namun, ada juga orang lain tidak tahu bagaimana untuk menghargai susah payah kita mencari rezeki. Kalau sudah bukan Allah kata itu rezeki kita, benda dekan mata pun boleh hilang sekelip mata.
Seperti perkongsian wanita ini Maryam Elyas atau lebih dikenali dengan nama Cik Yam sedih apabila suaminya yang OKU mencari rezeki dengan meniaga makanan menjual burger.
Dia yang mendapat tempahan pelanggan untuk membeli dua bungkus burger, tetapi kemudiannya senang-senang membatalkan tempahan walaupun makanan yang ditempah sudah dibuat.
Biarpun jumlahnya tidak besar, tetapi sebagai isteri dia cukup sayu dan terkesan dengan sikap pelanggan yang membatalkan tempahan dibuat.
Menurut Cik Yam, setiap hari suaminya yang OKU itu tidak pernah gagal memberikan duit nafkah walaupun hanya RM5. Baginya pemberian nafkah itu sangat dihargai walaupun nilanya untuk perjalanan pergi ke pejabat pun tidak lepas.
Namun Tuhan itu Maha Adil, Maha Melihat dan Maha mengetahui. Siapa sangka sehari selepas terlepas rezeki dua burger berkenaan, Allah telah membalas dengan rezeki yang lebih besar dan sangat berharga.
Setelah Cik Yam muat naik status mengenai pembatalan tempahan berkenaan, dia telah dihubungi oleh bekas majikannya dan telah memaklumkan untuk menaja suaminya pergi menunaikan umrah di tanah suci.
Menurut Cik Yam bekas majikannya itu memang sedang mencari OKU untuk dibawa menunaikan umrah dan alhamdulillah rezeki berpihak pada suami Cik Yam.
Biarpun suaminya ada bertanya kenapa dia sering muat naik status mengenai dirinya, tetapi bagi Cik Yam tidak ada apa untuk dimalukan.
Malah tujuan dia berbuat demikian hanya satu, mahu orang tahu suami yang bagus itu bukan suami yang kayan, tetapi yang bertanggung jawab.
Jom baca perkongsiannya yang sangat menyentuh hati di laman sosial Facebook.
Sedih tak uols?
Bagi orang lain, mungkin cancel order tu biasa. Kalau cikyam yang kena orang cancel beli lipcream, cikyam ok je. Tapi bila encik suami yang kena, cikyam rasa sayu. Kena cancel lak sebab CikYam balik lambat tadi.
Dia dahlah OKU. Kalau keje ngan orang, upah yang dia dapat alahai… RM2.50 sejam pun pernah orang offer dia.
Dia cari duit dengan cara niaga kecik-kecik kat apartment ni jual burger. Dia amik upah buat servis angkut sampah penduduk apartment ni.

Korang faham tak perasaannya bila tiap hari dia bagi cikyam duit saku nak gi keje? Duit itulah nafkah cikyam. Kalau banyak, dapatlah rm15. Kalau takde sangat, rm5 pun dia bagi. Seboleh-boleh nak bagi.
Orang yang dapat nafkah riban-riban tiap bulan sebab suami mampu may be tak kan faham perasaan CikYam yang dapat nafkah dengan cara suami kerja bersungguh nak bagi nafkah seadanya dia.
Sorry la uols. Emo sikit malam ni bab cancel order.
Ini pula posting yang dimuat naik sehari selepas itu. Ternyata rezeki Allah itu datang tepat pada masanya dan pada insan yang terpilih.
KENA CANCEL 2 BIJI BURGER, ALLAH GANTI DENGAN SESUATU YANG TAK DISANGKA
Asbab status CANCEL ORDER malam tadi. Ramai yang komen dan mendoakan kami murah rezeki. Mendoakan ada hikmah di sebaliknya dan ada rezeki lain nak datang. . Terima kasih atas doa semua. Terima kasih tak terhingga. . Doa korang nampaknya dimakbulkan Allah. Kalau Allah nak bagi, macam tu je Allah bagi. .
Malam tadi asbab status tu, ex-bos CikYam hubungi CikYam dan tawarkan sesuatu untuk suami. . Allahu, dapat jadi tetamu Allah. Alhamdulillah. Tak tau nak kata apa, sujud syukur kami berdua. Besarnya nikmat Allah. . Ex-bos Cik Yam ni selalu bawak jemaah gi umrah. Tak sangka beliau tengah cari OKU yang belum pernah jadi tetamu Allah untuk dibawa ke sana. Ditaja sepenuhnya. .
Asbab status tu jugak, beliau dapat tahu suami Cik Yam OKU. Now nak siapkan segala dokumen secara berperingkat sebelum berangkat hujung tahun nanti. Insya-Allah semoga dipermudahkan. .
Suami pernah gak tanya kenapa CikYam selalu up status pasal dia. Pasal Mr Mama la, pasal OKU la. Dia kata tak segan ke orang tahu CikYam ni ada suami yang macam dia. . Sebenarnya niat Cik Yam satu je. Cik Yam nak orang tahu, suami yang bagus tu bukan suami yang kaya. Bukan suami yang gagah atau sempurna. Tapi suami yang bagus adalah suami yang tahu tanggungjawab.
Tak kiralah dia banyak kelemahan lain. . Dia Mr Mama, tak banyak duit. Tapi effort dia nak bagi Cik Yam semampunya dia tu yang Cik Yam nak tunjuk kat ramai lelaki di luar sana yang selalunya culas nak bagi nafkah pada isteri yang ada gaji macam Cik Yam ni. Nafkah tu wajib kot! .
Bukan nak kata suami Cik Yam ni bagus, tapi mana yang elok boleh la dijadikan teladan. Dia bukan siapa-siapa. Hanya lelaki biasa, kurang upaya, tapi ensem. Hahahahaha. . Apa-apa pun, TQ ex-bos CikYam. Lebiu hanya Allah yang membalasnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Buat Masa Ni Kota Makkah Belum Dibuka Pada Orang Luar” – Wanita Menetap Di Makkah Kongsi ‘Lockdown’ Di Tanah Suci

Penularan wabak COVID-19 ini menyebabkan banyak negara melakukan lockdown bagi memutuskan jaringan rantaian virus sangat merbahaya ini, termasuklah negara kita Malaysia.
Bukan itu sahaja, malah paling menyedihkan apabila Masjid Haram juga tidak terkecuali ditutup kepada semua jemaah untuk satu jangka masa yang tidak diketahui.
Melalui satu perkongsian di laman sosial Facebook, wanita ini Masnira Ramli yang menetap di sana menceritakan pengalamannya menjalani perintah lockdown di Tanah Suci Mekah.
Menurutnya sebelum ini dia boleh pergi ke kedai yang dibuka 24 jam berdekatan untuk membeli barangan keperluan. Malah pekerja di kedai berkenaan juga sudah mengenali keluarganya.
Sebutlah apa sahaja buahan yang manis boleh dibeli di kedai berkenaan, begitu juga suasananya jika di bulan puasa dapat merasai air yang menjadi kegemaran masyarakat setempat dan antara kebaikannya untuk menguatkan antibodi.
Tetapi kini, keadaannya berbeza apabila kerajaan mengenakan perintah kawalan dan hanya membenarkan waktu tertentu sahaja untuk membeli barangan keperluan harian.
Namun sebagai penduduk yang bermastautin di sini, dia turut menjelaskan bahawa Kota Mekah masih belum dibuka kepada orang luar.
Malah mereka yang tinggal berdekatan juga tidak dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram. Dia juga tidak pasti bila larangan itu akan berakhir.
Sekitar 5 tahun lepas, ketika pertama kali abah datang ke Makkah, ini lah kedai runcit yang abah pergi sendiri ketika balik dari solat jemaah di masjid kecil berdekatan rumahku.
Kedai ini juga sangat dekat dengan rumah. Berjalan kaki sahaja.
“Angah, telur ayam tak ada. Hanya ada telur itik sahaja.” Kata abah ketika saya minta abah singgah kedai untuk membeli telur.
Saya ketawa kecil.
“Telur ayam kat sini memang warna putih lah abah. Bukan telur itik tu.”
Terkebil-kebil abah seolah tidak percaya. Barangkali sedang memikirkan ayam baka apakah ini yang mengeluarkan telur bewarna putih seperti telur itik.
Kedai runcit ini yang menjadi tempat tumpuan kami untuk membeli barang keperluan yang tiba-tiba tidak cukup atau habis. Lebih lagi apabila masa-masa kecemasan. Sarung sahaja abaya dan terus ke kedai.
Cuma kalau belacan dan rempah kari adabi yang sudah habis, jangan lah cari di sini..
Dibuka pula 24jam! Sangat membantu.
Sayur-sayuran dan buah-buahan nya segar. Di musim panas lebih kurang bulan Jun, akan ada buah kurma segar yang masih bertangkai di jual di sini. Rasanya manis kelat-kelat sedikit. Rangup sekali. Ah, tidak sabar rasanya untuk menunggu musim itu.
Pekerja kedai sudah mengenali kami. Jika suami ke kedai, ketika memilih buahan pasti orang kedai tidak lokek memberitahu buahan mana yang manis, yang baru sampai atau dari mana buah itu datang. Mangga yang sedap dari Yemen. Sizenya kecil dan rasanya manis sekali.
Begitu juga dengan buah delima. Dari Yemen juga yang sedap! Warnanya tidak terlalu kemerahan. Size besar, rasa manis dan sangat kecil biji nya berbanding dengan delima dari tempat lain.

Setiap pagi ada pastry segar dibuat dan dibakar di sini. Panas-panas. Bau roti yang sedang dibakar menusuk ke rongga hidung membantu membangkitkan selera. Pasti cepat sahaja habis roti-rotinya. Kadangkala sebelum ke sekolah anak-anak gemar membeli roti sosej dan roti pizza kegemaran mereka.
Ada juga dijual buah zaitun yang diperam sendiri di dalam air cuka. Sedap bagi penggemarnya.
Di bulan puasa, air laban (yougurt) cepat sahaja habis. Perisa mango pilihan kami pasti laris. Jika lepas asar baru mahu membeli, kebarangkalian untuk dapat adalah sangat rendah. Itu lah air minuman kegemaran orang tempatan. Untuk menyejukkan badan, menguatkan perut serta meningkatkan antibodi tubuh.
Kini, ketika sedang dalam serangan wabak, kerajaan menasihatkan penduduk untuk membeli barang keperluan di kedai runcit sahaja. Melainkan jika mahu membeli dalam jumlah yang banyak baru lah ke supermarket.
Ketika saya ke kedai pagi tadi, barangan banyak di tambah setiap hari.. sayur sayuran dan buahan sentiasa ada walaupun boleh beroperasi dari jam 6 pagi sehingga ke 3 petang sahaja..
Ada banyak mesej yang saya terima hari ini berkenaan dengan ‘adakah kota Makkah sudah dibuka untuk jemaah. Khabarnya ada video jemaah tawaf sedang tular.’
Buat masa ini kota Makkah masih belum dibuka kepada orang luar. Hatta kami di sini juga belum boleh ke Masjidilharam.. Tidak pasti sehingga bila..
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI