Saya sedang mengambil wuduk, tiba-tiba saya disapa oleh seseorang dari belakang. Bolehkah saya bercakap? Batal atau tidak wuduk saya?
Ads
JAWAPAN:
Ads
Ads
Bercakap semasa berwuduk tidak membatalkan wuduk, sekalipun sah wuduknya ia adalah makruh. Meninggalkan bercakap semasa mengambil wuduk adalah lebih disukai (mustahab) kerana seseorang itu dapat menumpukan perhatiannya pada wuduk kerana ia dikira sebagai ibadah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita semua sedia maklum bahawa negara kini sedang dilanda masalah jerebu yang mana menyebakan kebanyakan sekolah di sekitar Klang, Putrajaya dan beberapa lagi kawasan di Selangor telah ditutup. Ini adalah kerana kualiti udara yang tidak sihat.
Malah orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang aktiviti luar bagi mengelakkkan rasa kurang sihat disebabkan masalah jerebu ini.
Sebagai umat Islam, kita percaya itu adalah salah satu ujian yang Tuhan berikan pada hambaNya bagi membolehkan kita untuk sentiasa beringat kepadaNya.
Dan kita juga sebenarnya boleh terus muhasabah diri ini dengan sentiasa mengingati setiap dugaan yang diberikan oleh Allah.
Menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin, ada doa tertentu boleh diamalkan bagi meminta perlindungan dari masalah/bala yang berat.
Menurutnya juga doa yang diajar ini juga adalah doa yang sahih dari Nabi. Amalkan dan sebarkan doa ini juga sudah cukup besar ganjarannya.
DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih]
“Paling kurang pun dapat pahala kerana mengamalkan sunnah dari Nabi. Dan yang keduanya bila doa itu sahih dari Nabi pasti Allah tidak akan menolak doa yang dipohon itu dengan syarat ikhlas kerana Allah,” tambahnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Buat pasangan yang berkahwin, masing-masing akan memanggil pasangan dengan gelaran yang mereka sukai. Namun ada pasangan yang gemar memanggil pasangan masing-masing dengan panggilan mama, baba, abah dan ibu. Persoalannya bolehkah panggilan itu digunakan untuk pasangan masing-masing. Ini penjelasannya.
SOALAN:
Saya baru melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu, di sini saya ingin bertanya adakah benar haram hukumnya jika suami isteri memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba. Jika benar haram hukumnya, bagaimanakah caranya untuk bertaubat bagi membetulkan kembali kesalahan ini.
JAWAPAN:
Tidak berdosa memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba. Ini adalah kerana Islam tidak meletakkan satu panggilan khusus bagi pasangan suami dan isteri ketika berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun Islam menggalakkan suami isteri memanggil dengan panggilan yang paling disukai oleh pasangan masing-masing. Dengan cara yang demikian, hubungan antara suami isteri akan menjadi mesra dan kehidupan akan bertambah harmonis.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Banyak persoalan tentang keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak perlu berpuasa. Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, ini penjelasannya.
Soalan: Seseorang yang boleh berbuka kerana musafir, bolehkah dia teruskan makan apabila sudah sampai ke tempat yang dituju ataupun kena tahan diri sehingga waktu berbuka. Macam itu juga bagi yang sakit pada awal hari tapi sembuh sebelum waktu berbuka, bolehkah dia terus makan atau kena tunggu sehingga masuk waktu berbuka?
Jawapan:
1. Para ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa. Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian.
Kata Abdullah bin Masud r.a:
مَنْ أَكَلَ أَوَّلَ النَّهَارِ فَلْيَأْكُلْ آخِرَهُ “Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra).
Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan.
2. Namun hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, namun orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan. Islam agama yang berusaha mengelakkan fitnah dan salah sangka dalam kalangan manusia.
3. Maka seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor musafir ini –seperti perbahasan di atas-, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.
Sumber: Dr Maza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?