Memang banyak kelebihan membaca Surah Yasin. Bacaan Surah Yasin tidak hanya terhad untuk dibaca setiap malam Jumaat, majlis tahlil, kenduri doa selamat, majlis mohon restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM sahaja tetapi lebih daripada itu.
Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap sesuatu ada jantungnya dan jantung Al-Quran ialah Yasin. Barangsiapa membaca Yasin, Allah tuliskan untuknya pahala membaca Al-Quran sepuluh kali ganda” (Riwayat Al-Tirmizi)
Ads
Ibni Abbas r.a berkata:
“Sesiapa membaca Yasin di waktu pagi diberikan untuknya kemudahan hari itu sampai ke petang dan sesiapa membacanya di awal malam, diberikan untuknya kemudahan malam itu sampai ke pagi” (Riwayat Al-Darimi)
Ads
Buat mereka yang masih mencari jodoh, boleh amalkan Surah Yasin, ayat 36. Ayat ini juga turut dikenali sebagai doa pengasih.
Fitrah manusia memiliki perasaan rindu. Tentu saja manusia yang memahami perasaannya akan memahami bahawa rindu adalah perkara normal yang alami oleh semua orang. Perasaan rindu tentunya adalah perasaan yang harus diuruskan dengan baik sebagaimana menguruskan perasaan bahagia.
Ketika perasaan rindu sudah sangat membuak dan sukar dibendung, janganlah kita menuruti bisikan-bisikan syaitan untuk menuruti hawa nafsu. Jika rindu itu hadir untuk sang pujaan hati, maka titipkanlah doa di setiap selesai solat, di sepertiga malam terakhir, serta waktu dipertengahan iqomah dan azan. InsyaAllah doa-doa tersebut akan dimustajabah oleh Yang Maha Kuasa.
Nah, berikut ini enam doa yang boleh diamalkan ketika rindu seseorang berdasarkan dalil-dalil Islam.
Surah Yusuf ayat 4
Nabi Yusuf ‘Alaihi Salam adalah salah satu nabi yang dikenal memiliki ketampanan luar biasa. Disebutkan dalam suatu ayat al-quran bahawa paras nabi Yusuf boleh membuatkan wanita yang melihatnya menjadi terpesona. Bahkan salah satu kisah menyebutkan tentang sekumpulan wanita yang melukai tangannya sendiri dengan pisau kerana terpukau dengan ketampanan Nabi Yusuf. Namun demikian, Nabi Yusuf tetap menjaga pandangannya. Hingga pada akhirnya ditakdirkan untuk menjadi pendamping hidup bagi Siti Zulaikha.
Dalam surat Yusuf di Al-Quran, terdapat suatu ayat yang dipercayai sebagai doa pelepas rindu. Doa ini sering diucapkan oleh Nabi Yusuf tatkala merindukan isterinya, Siti Zulaikha.
Maksud ayat tersebut:
“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku.”
Surah Thahaa ayat 39
Selain surah Yusuf diatas, doa lanjutan untuk mengubat rindu kepada seseorang ialah dengan membaca surah Thaahaa, ayat 39. Apabila seseorang berdoa dengan surah Yusuf dan Surat Thaahaa dengan perasaan ikhlas setiap kali selesai solat, rasa rindu akan terubat dengan cara yang benar. Namun demikian tidak ada hadis yang menjelaskan akan keabsahan surat Thaahaa untuk dijadikan wirid saat merindukan seseorang.
Maksud ayat tersebut:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Surah Al Fatihah
Surah Al fatihah tidak sekadar menjadi surat pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al Fatihah juga dapat membantu memperluaskan rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.
Maksud ayat:
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugrahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”
Surah Al-Baqarah ayat 165
Potongan ayat surah Al-Baqarah ayat 165 boleh menjadi doa dikala perasaan rindu. Namun demikian, tidak ada dalil ataupun hadis yang menjelaskan akan hal tersebut bahwa ayat ini dapat menyampaikan rasa rindu untuk seseorang yang dicintai.
Maksud ayat:
“Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.”
Surah Ali-Imran ayat 14
Umumnya masyarakat menggabungkan potongan surah Al-Baqarah ayat 165 di atas dengan surah Ali-Imran ayat 14 sebagai wirid doa agar dirindukan oleh orang yang kita juga rindukan. Namun skeali lagi, tidak ada hadis atau ayat yang memperkuatkan pendapat tersebut.
Maksud ayat:
“Dihiasikan (dan dijadikan indah) bagi manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini, yaitu perempuan-perempuan dan anak-anak; harta-benda yang banyak dari emas dan perak.”
Doa rindu kepada ibu bapa
Perasaan rindu tentunya tidak hanya ditujukan untuk kekasih hati atau pasangan hidup sahaja. Terkadang rasa rindu juga muncul ketika kita berada jauh daripada ibu bapa. Selain menelefon atau mungkin video call, kita juga boleh berdoa kepada Allah SWT untuk mewujudkan rasa rindu kita terhadap ibu bapa.
Maksud ayat tersebut:
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku (Ibu dan Bapakku), sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil”.
Sebenarnya doa ini tidak hanya dibaca saat jauh daripada ibu bapa sahaja. Sebaiknya baca doa tersebut setiap kali selesai solat sebagai bentuk kasih sayang si anak kepada ayah dan ibunya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap orang. Selain tempat untuk berteduh, rumah juga menjadi satu tempat untuk mendapatkan ketenangan. Sayangnya, memiliki rumah tidak semudah memetik jari. Harganya yang mahal menjadikan rumah satu ‘barang mewah’ bagi generasi masa kini. Harganya semakin mahal dan selalu naik saban tahun.
Jika ada pun rumah dengan harga terjangkau, pilihannya jauh dari lokasi kerja. Selain bekerja keras dan berusaha untuk mendapatkan rumah sendiri, ada baiknya jika kita juga berdoa kepada Allah agar dipermudahkan usaha memiliki rumah sendiri.
Berikut doa yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan memiliki rumah sendiri.
Allahhumma robbal bait. As aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta laa naquul yaa laiit.
Maksudnya:
“Ya Allah, Engkau pemilik Baitullah. Aku memohon dengan wasilah ahlil bait Rasulullah agar Engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap hari jangan lupa selit doa ini, agar hati kita reda dengan ujian Allah. Hidup kita tidak lari daripada ujian, tapi percayalah setiap ujian yang mendatang pasti ada sebabnya.
Sama ada Allah ingin menghapuskan dosa-dosa atau Dia mahu mengangkat darjat kita. Tidak semestinya ujian yang datang adalah musibah, kerana kadang-kadang Allah datangkan pelangi selepas ujian.
Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor tentang doa ringkas yang mampu kita tenang dan reda dengan setiap Ketentuan Allah SWT. Jangan lupa amalkan.
Ada satu doa yang Abah pernah ajar agar kita reda dan terima apa juga yang Allah sudah atur untuk kita. Simple saja doanya,
“Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Bila kita berpegang pada doa ini kita akan faham dan reda bahawa tak semua yang kita nak itu terbaik pada pandangan Allah. Baik untuk orang lain, tak semestinya baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.
Ada satu peristiwa yang saya yakin dalam hidup saya ada hikmahnya yang tersendiri. Saya pernah minta untuk menjadi guru melalui program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Bayangkan 3 kali minta tak lepas. Semasa mengandungkan si kembar saya usung perut bawa mereka untuk ujian bertulis, selepas mereka sudah dilahirkan pun saya usaha lagi tapi ternyata peluang menjadi guru bukan rezeki saya.
Tapi…
Di sebalik itu sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Tak dapat jadi guru saya memilih untuk menjadi surirumah dan menjadi guru kepada anak- anak. Saya sentiasa ada bersama mereka di waktu mereka memerlukan.
Hidup dengan gaji suami seorang banyak mengajar saya untuk berjimat cermat. Taklah mewah tapi cukup. Ada tempat tinggal, ada makan minum dan pakaian itu sudah buat saya bersyukur.
Dan perkara paling mengembirakan saya adalah apabila saya dapat menjaga kedua orang tua sampailah sekarang walaupun yang tinggal hanyalah Abah seorang setelah Mak meninggal pada tahun 2019.
Kena yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak nampak. Tak semesti yang kita nak itu terbaik untuk diri kita dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu jangan lupa selitkan setiap hari dengan doa ini.
“ Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.