Anak adalah satu anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya. Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT berikut:-
يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ
Maksudnya: “… dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.” (Surah al-Syura : 49)
Demikian juga seterusnya
أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Maksudnya: “Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki Nya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”(Surah al-Syura: 50).
Namun bukan semua pasangan dikurniakan anak dalam perkahwinan walau sudah berusaha dengan pelbagai cara baik secara tradisional mahu pun moden. Namun tidak salah untuk terus mencuba kerana semuanya atas aturan Allah SWT.
Dikongsi dari akaun Tik Tok @dr.zaidul_akbar yang juga seorang doktor perubatan serta pendakwah islam yang mempraktiskan pengubatan sunnah serta mengasaskan Jurus Sehat Rasulullah SAW di Indonesia ada berkongsi resepi minuman sunnah khusus bagi isteri-isteri yang susah hamil.
Dari perkongsiannya, Dr Zaidul menjelaskan dirinya ingin mengajar resepi menghasilkan sejenis minuman yang luar biasa yang kalau minum air ini bagi yang mengalami masalah period tak teratur, haidnya akan kembali normal.
“Bahan-bahannya ialah kunyit, serai, limau nipis, madu dan air suam-suam (panas). Campur kesemuanya sekali dan minum sehari sekali,” katanya.
Dari perkongsian pengikutnya, ada memaklumkan mereka meminum minuman ini dan dalam tempoh sebulan dirinya direzekikan mengandung. Katanya, dia mengamalkannya minum sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum masuk tidur dan turut berselawat sebelum minum dengan niat agar dipermudahkan urusan mengandung.
Ada turut memaklumkan, selepas amalkan minuman sihat ini dalam tempoh enam bulan, akhirnya Allah memberinya peluang hamil dan perasaan ini sangat sukar diungkap selepas lama berjuang mendapatkan anak.
Cubalah, insya Allah atas izinnya, mereka yang sekian lama menjadi pejuang dua garisan akan memperoleh zuriat.
https://www.tiktok.com/@dr.zaidul_akbar/video/7059976410701614363?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI