Sebelum tidur, kita mungkin biasa membaca doa agar dilindungi oleh Allah azza wa jalla. Selain itu tidur dengan membaca doa akan membuat tidur malam. Namun tahukah dua tindakan atau amalan sebelum tidur boleh membawa kita ke syurga.

Untuk memperoleh kesemua itu, lakukan dua amalan ini.

Pertamanya memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita.

Terkadang kita pernah tersinggung dengan orang lain tanpa kita sedari. Dan orang yang menyakiti kita tidak meminta maaf atas perbuatan dan tingkahlakunya yang telah menyakiti hati kita.

Jujurnya bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain namun jika “rasa” itu dibiarkan memenuhi hati kita ia akan dipenuhi dengan dendam dan kebencian. Namun dengan memaafkan kesalahan orang lain, boleh membuatkan hati kita tenang dan berlapang dada dalam membuat apa saja aktiviti.

Dari satu riwayat disebut bahawa suatu hari Rasulullah SAW berkumpul dengan para sahabat di masjid. Saat itu Rasulullah mengatakan bahawa akan ada ahli syurga yang datang. Tidak lama kemudian, datanglah seorang Arab Badwi yang masuk ke dalam masjid. Keesokan harinya Rasulullah berkata demikian dan orang Badwi itu datang selepas Rasulullah SAW berucap.

IKLAN

Sahabat-sahabat Nabi yang hadir merasa bingung mengapa orang Badwi tersebut dikatakan sebagai ahli syurga. Kerana mahu tahu, salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Amr bin Amru bin Ash berusaha mencari apa amalan yang dilakukan oleh orang Badwi tersebut hingga namanya ada di syurga.

Setelah mengetahui rumahnya, Amr pun meminta izin untuk menginap selama beberapa hari di rumah orang Badwi tersebut. Setelah tinggal selama tiga hari, Amr tidak dapat menemuka apa amalan istimewa yang sehingga orang Badwi tersebut tergolong golongan ahli syurga. Kerana masih ingin tahu, Amr bertanya kepada orang Badwi tersebut mengapa dirinya disebut sebagai ahli syurga oleh Rasulullah.

Mendengar kata Amr itu, akhirnya orang Badwi tu menjawabnya dengan mengingati apa yang ia lakukan. Katanya, “Sebenarnya setiap malam sebelum aku tidur, aku selalu mendoakan orang-orang dan memaafkan semua kesalahan (mereka) dan mengikhlaskan semua, lalu aku berdoa untuk mereka.

IKLAN

Mendengar jawapan dari orang Badwi itu, Amr pun yakin dengan ucapan Rasulullah dan berkata“sekarang aku percaya bahawa kau calon penghuni syurga. Dengan amalan itu kau akan dimasukan ke dalam syurga.”

Memaafkan kesalahan orang lain tak hanya bermanfaat bagi jiwa kita tapi juga boleh menjadi amalan yang menghantar kita ke syurga.

Dua Amalan Sebelum Tidur Yang Boleh Bawa Kita Ke Syurga

Keduanya, bersyukur atas nikmat Allah

IKLAN

Sementara itu, amalan kedua ialah mensyukuri nikmat Allah yang mana ia merupakan sebuah pengakuan yang Allah berikan kepada kita dan menambah keimaman kepada Allah. Semakin kerap kita bersyukur, banyak penyakit hati seperti iri hati akan hilang.

Dalam surah Al Hasyr ayat 10,

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Ertinya: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hasyr: 10)

Nah lakukan dua amalan ini sebelum tidur yang akan membawa kita masuk ke syurga Allah. Sumber : Kabar Makkah/ Islam Pos

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI