Eja tak halang anak berlakon, tapi belajar dulu. ‘Sebagai ibu saya nak dia berjaya dunia, akhirat.’ Begitulah harapan seorang ibu. Apatah lagi dialah satu-satunya anak Eja.
Sudah tentu tinggi harapan seorang ibu pada anak tunggalnya. Dialah intan, dialah juga permata. Luah Eja yang kini lebih banyak memberi tumpuan kepada keluarga berbanding dunia lakonan.
Memetik laporan Kosmo, dirinya bukan merajuk, sebaliknya aktres ini berlapang dada dengan peluang terbuka kepada bakat-bakat baharu yang mewarnai dunia hiburan tanah air sepanjang tempoh rehatnya selama ini.
Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin sedar populariti dan kemasyhuran bukan bersifat selama-lamanya dan akan sampai waktu, dia perlu meletakkan noktah daripada terus berlakon.
Ads
Tapi Belajar Dulu
“Masih lagi ada tawaran berlakon filem dan drama tetapi keutamaan saya sekarang adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.
“Berilah peluang kepada orang-orang baharu. Kita dah tua. Berilah ruang kepada generasi sekarang mewarnai dunia hiburan kita dengan idea-idea yang lebih baik.
“Kita ni dah nak reput (ketawa). Anak saya sekarang pun dah 13 tahun. Anak saya ada bakat lakonan tapi dia sendiri tak berminat nak ceburkan diri (dalam bidang lakonan),” katanya.
Sebagai Ibu Saya Nak
Seperti mana ibu-ibu lain, Eja juga memilih untuk meletakkan soal pendidikan sebagai perkara utama yang akan diberikan kepada satu-satunya anaknya itu.
“Kita tahu tahu qada dan qadar seseorang. Saya tak nak kata tidak (untuk anak berkecimpung dalam dunia lakonan).
Ads
“Tapi, keutamaan saya untuk lepaskan Eishal belajar setinggi yang mungkin. Belajar dahulu dan selepas itu nanti, mana jalan yang Allah kurniakan, dia pilih sendiri dan saya beri restu.
“Umur sekarang, anak dah tahu apa dia nak jadi. Tetapi saya perlu, kita hanya perlu merancang, Allah menentukan. Sebagai ibu, saya nak dia berjaya dunia akhirat sebab dialah satu-satunya anak saya,” ujarnya kini seronok berniaga produk sambal, eishals_by_eja.
Dia Berjaya Dunia, Akhirat
Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.
Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal.
Bercakap kepada media, Puteri Sarah tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
“Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jengok, sinar apa?
“Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Saya terkejut sebab dia pun sudah setahun block nombor saya, dan saya pun sudah setahun tak berjumpa dia. Baru hari ini kami berjumpa semula di sini.
“Just let me go. Dia pun sudah kahwin lain, saya tidak marah malah saya mendoakan kebahagiaan mereka,” katanya.
Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.
Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian pada 16 Januari lalu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Rentetan daripada apa yang berlaku kepada pasangan ini, sebenarnya di mahkamah syariah, banyak lagi pilihan perceraian yang jauh lebih efektif, efisien dan menjimatkan masa serta kos guaman selain daripada menuntut fasakh.
Perceraian sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak, mestilah berlaku dalam sebaik-baik keadaan dan tidak mendatangkan dharar kepada mana-mana pihak.
Maka, perceraian di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) adalah kaedah perceraian yang paling efektif dan dapat memelihara aib kedua belah pihak (suami dan isteri).
Dari segi prosedur, permohonan perceraian di bawah seksyen ini tidak melibatkan surat cara yang banyak mahupun saksi.
Sebaik sahaja saman berjaya disampaikan kepada suami dan suami bersetuju untuk bercerai, maka mahkamah syariah akan mengarahkan suami melafazkan cerai di dalam mahkamah setelah mendapati perkahwinan tersebut pecah-belah.
Mudah, cepat dan efisien jika kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik.
Suami Tidak Bersetuju
Sekiranya suami tidak bersetuju dengan perceraian tersebut dan suami hadir ke mahkamah syariah, maka mahkamah boleh mengarahkan suatu jawatankuasa pendamai dilantik untuk mewakili pihak-pihak.
Jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada seorang pegawai agama di pejabat agama Islam daerah sebagai pengerusi, seorang wakil suami dan seorang wakil isteri.
Di peringkat jawatankuasa pendamai ini, mahkamah akan memberikan keutamaan kepada saudara dan ahli keluarga terdekat.
Wakil-wakil mereka hendaklah berusaha berbincang dan berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh jawatankuasa ini dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut arahan mahkamah.
Jawatankuasa pendamai ini hendaklah memanggil dan memberi peluang kepada suami dan isteri menyatakan pendapat dan memanggil wakil untuk siasatan dan pandangan.
Di peringkat ini tiada kelibat peguam syarie dibenarkan bertindak atau menghadiri sesi tersebut dan perbincangan adalah eksklusif di antara pihak-pihak, wakil pihak-pihak dan pengerusi sahaja.
Sekiranya pihak-pihak berjaya didamaikan, maka permohonan perceraian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan kebebasan pihak-pihak untuk memfailkan semula permohonan yang sama.
Bagaimanapun sekiranya pasangan gagal didamaikan atau suami enggan melafazkan cerai, maka mahkamah hendaklah merujuk kes tersebut kepada hakam.
Mahkamah juga boleh melantik jawatankuasa pendamai yang baru jika mahkamah tidak berpuas hati dengan pengendalian jawatankuasa yang sedia ada.
Hakam diperuntukkan dengan jelas di bawah Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 di bawah akta yang sama. Hakam juga terdiri daripada kalangan saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak-pihak untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri tersebut.
Pelantikan hakam dibuat setelah mahkamah berpuas hati perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak dalam tempoh perkahwinan tersebut selepas selesai urusan perdamaian di peringkat jawatankuasa pendamai gagal atau menemui jalan buntu.
Hakam hendaklah berusaha mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipalnya (hakam suami daripada suami dan hakam isteri daripada isteri). Malah hakam suami boleh diberi kuasa melafazkan talak bagi pihak suami.
Sesi perbincangan menerusi hakam ini juga tertakluk kepada arahan mahkamah dan hendaklah mengikut hukum syarak.
Jika Hakam berpendapat pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan perceraian kerana sebab lain, Mahkamah boleh melantik hakam yang lain untuk proses yang sama.
Jika hakam di pihak suami enggan melafazkan cerai tetapi meminta perceraian dibuat secara tebus talak dan hakam isteri bersetuju, mahkamah juga boleh mengarahkan perceraian tersebut dilakukan secara tebus talak.
Kesemua prosiding ini termasuk hakam akan mengambil masa lebih kurang enam bulan hingga setahun untuk selesai sekiranya pihak-pihak memberikan kerjasama yang baik dan suami hadir ke mahkamah.
Namun demikian, sekiranya pihak suami gagal menghadirkan diri dan tidak melantik sebarang hakam, maka prosiding ini tidak boleh diteruskan. Ketika itulah pilihan atau talian hayat yang lain boleh diteruskan sama ada melalui proses fasakh atau taklik.
Uniknya, prosiding di bawah Seksyen 47 ini juga tidak memerlukan pihak-pihak untuk membuat pelantikan Peguam Syarie atau diwakili oleh peguam syarie melainkan pihak-pihak merasakan ia suatu keperluan.
Malah tiada saksi yang akan dikemukakan di peringkat prosiding ini berbanding dengan tuntutan fasakh dan taklik yang bergantung kepada keterangan saksi untuk menguatkan kes.
Apa yang penting adalah pelantikan serta pemilihan wakil baik di pihak jawatankuasa pendamai mahupun hakam mestilah mereka yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan keluarga atau kerabat terdekat tetapi juga mereka yang memahami hukum syarak dan bersedia menerima arahan Mahkamah.
Urusan ke mahkamah syariah adalah sebahagian daripada urusan memperbaiki agama, maka eloklah dipersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya.
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan segala urusan Puteri Sarah dan anak-anaknya.
Allah bagi pinjam seketika, reda dengan ketentuan Allah. ‘9 tahun saya tunggu kelahirannya, tapi dia ‘pergi’ dulu.’ Memang berat ujian ini, namun sebagai hamba-Nya dirinya reda dengan takdir Ilahi.
Lebih menyayat hati, dia bukan hanya kehilangan satu-satunya anak tunggalnya tetapi turut kehilangan ayahanda tercinta. Allahuakbar sungguh menyayat hati. Ternyata Allah lebih menyayangi kedua-duanya.
Demikian luahan Zarina Azmi, 34, yang merupakan ibu kepada kanak-kanak setahun tujuh bulan yang lemas bersama datuknya di sebuah kolam terbiar dekat Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah.
Menurut Zarina, dia dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35, bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah yang meminjamkan anak tunggal kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kelahiran cahaya mata.
Dalam kejadian itu, Zarina turut kehilangan bapa tersayang, Azmi Abdullah, 77, yang ditemukan terapung dalam sebuah kolam bersama Muhammad Ziyaad selepas kedua-kedua beredar dari kedai makan di mana tempatnya bekerja dengan menaiki motosikal untuk keluar bersama.
“Sepanjang hari (Isnin), Muhammad Ziyaad asyik peluk saja, seolah-olah tak puas bermanja sebelum datuknya datang ambil kira-kira jam 5 petang.
“Namun, tak lama kemudian saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak ditemukan lemas di kolam berhampiran,” jelasnya sebak.
Kejadian disedari apabila kedua-dua beranak itu tidak pulang ke rumah sehingga jam 7 petang, menyebabkan mereka keluar mencari di sekitar kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, luluh hatinya apabila menemukan jasad datuk dan cucu itu lemas dan terapung dalam kolam tersebut.
Sementara itu, adik kepada Azmi, Yusof Abdullah, 61, menjelaskan kali terakhir dia bertemu arwah abangnya bulan lalu dan terkejut apabila menerima panggilan berhubung kejadian.
“Arwah dah lama pencen sebagai tukang kebun sekolah dan sejak itu dia banyak menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal,” katanya.
Menurut Yusof, dia difahamkan bahawa kejadian kemungkinan berlaku apabila kanak-kanak itu turun dari motosikal dan berlari ke arah kolam sebelum terjatuh.
Tambah Yusof, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Menurut Yusof, Azmi mempunyai lima anak serta 10 cucu dan Muhammad Ziyaad Mikhail serta ibu bapanya tinggal bersama.
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Siapa tidak gembira untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Dan sudah pastinya segala persiapan telah dilakukan untuk menerima kehadiran si cilik itu nanti.
Namun kita hanya merancang, tapi Tuhan juga yang menentukan. Perkongsian di laman sosial twitter ini sangat menyentuh hati apabila wanita ini memberitahu adik bongsunya meninggal dunia setelah dua hari melihat dunia.
Apa yang menyedihkan apabila dia turut memberitahu ibunya nanti berpantang tanpa kehadiran babynya di sisi.
Sebagai anak dan juga seorang ibu, dia tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan ibunya itu nanti setelah segala persiapan menyambut orang baru ini telah dibuat.
Dia yang berumur 28 tahun dan ibunya pula berusia 48 tahun. Adik bongsunya yang juga seorang bayi lelaki ini meninggal dunia akibat Hernia Diafragma.
Ayuh baca thread Hidayah yang menggunakan akaun @yayaabdullah yang sangat menyentuh hati.
Dan perkongsian ini juga turut mendapat simpati warganet yang sama-sama mengucapkan takziah pada dia serta ahli keluarga lain.
Bila bersalin caeser dapat dengar tangisan dapat cium untuk kali pertama dan terus di ambil di bawa ke nicu. The whole day my mom tak dapat pegang baby tak dapat susukan baby.
Dah tertulis di luth mahfuz yang adik hidup di dunia untuk dua hari sahaja.
Bayangkan nurse datang cakap puan nanti petang saya tolak puan tengok anak ye puan. My mom so excited. Gila tak excited satu hari tak dapat jumpa anak.
Tapi tak sampai berapa jam nurse datang balik nurse bawa my mom ke bilik urusan jenazah dan nurse serahkan adik dalam keadaan tak bernyawa.
My mom just can hold and cry… Semua benda dah prepare carseat, stroller everything cukup semua. Sampaikan my mom service aircond taknak adik panas kalau naik kereta.
Tak boleh bayangkan kalau mama balik rumah mama tengok semua barang2 adik tapi adik dah takda.
My dad sempat azankan tengok adik I dalam keadaan sihat. Tapi Allah lebih sayangkan adik I.. Satu family malam tu buat solat hajat baca yassin sebab doktor dah cakap adik dah 50/50 lepasni kena redha. Esok pagi adik dah takda. Kami redha Allah Maha Mengetahui Maha Penyayang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.