‘Reda Allah ambil saya anak serentak, masa hidup mereka rapat, ‘pergi’ pun bersama.’ 3 beradik meninggal terkena renjatan elektrik. Allahuakbar beratnya ujian keluarga ini. Anaknya meninggal tiga orang sekaligus.
Tiada kata yang terungkap melainkan reda dengan takdirnya kerana setiap yang berlaku sudahpun terjadi. Semoga keluarga ini kuat menempuh dugaan ini.
Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, Kelantan.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jiran, sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.
Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Ads
Masa Hidup Mereka Rapat
Jiran keluarga terbabit, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, dia melihat tiga beradik itu berjalan melintasi rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka ingin pergi sebelum dijawab Nor Syazwani yang mereka ingin melihat air di dalam tali air di hadapan rumah.
“Nor Syazwani berpegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.
“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah balik untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.
“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
‘Pergi’ Pun Bersama
Che Zahiyah berkata, penduduk kampung segera menghubungi bomba dan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata ketiga-tiga anak perempuannya itu masih belum berumahtangga dan sangat rapat.
Ads
Katanya lagi, pagi tadi, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang mana kedua-duanya adalah guru tadika agama di dua premis berasingan sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.
3 Beradik Meninggal Terkena Renjatan Elektrik
“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa sahaja.
“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik.
“Saya reda Allah ambil anak saya serentak sebab masa hidup pun mereka memang rapat. Allah nak mereka pergi pun bertiga. Sedih memang sedih, tapi itu kerja Allah, saya reda,” katanya sambil menahan sebak.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.
Kashoorga : Salam takziah buat keluarga mangsa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa allahyarham serta menempatkan mereka di kalangan orang beriman. Amin.
Bapa bukan islam dapat hak penjagaan, anak meraung terpaksa berpisah dengan ibu. Sungguh menyayat hati apabila seorang anak perempuan yang tentunya rapat dengan ibu terpaksa tinggal berjauhan dengan ibu yang sangat dia sayangi.
Tular satu rakaman memaparkan seorang ibu dan anak yang berusia sembilan tahun terpaksa berpisah setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya.
Perkongsian rakaman berdurasi 49 saat oleh pengguna di Facebook, pada Sabtu sangat menyayat hati apabila kanak-kanak tersebut merangkul erat tubuh ibunya sambil menangis teresak-esak kerana hari terakhir dia bersama ibu sebelum berada dalam jagaan ayahnya.
Difahamkan, anak perempuan berkenaan merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang tidak lagi hidup bersama.
Setelah membawa haluan masing-masing, wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah memeluk agama Islam.
Dapat Hak Penjagaan
Bagaimanapun, hak penjagaan anak mulai menjadi tuntutan apabila bekas suami ada memfailkan permohonan untuk menjaga kanak-kanak itu.
Perkongsian itu turut mendakwa terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu lelaki berkenaan untuk mendapatkan hak penjagaan dengan cara menyediakan peguam dari firma guaman.
Bagaimanapun, sebaliknya berlaku kepada ibu kanak-kanak tersebut apabila tiada pihak menghulurkan bantuan untuk memperjuangkan hak penjagaan anak dan hanya berharap dengan Biro Bantuan Guaman.
Anak Meraung
Dalam pada itu, bapa kepada kanak-kanak ini dikatakan tidak memeluk Islam telah didakwa menzalimi kanak-kanak itu.
Termasuklah dengan memaksa anak ini minum arak, mengabaikan anak ini sehingga dia didera dan dibuli selain dia bersedudukan dengan wanita lain tanpa menghiraukan anaknya.
Susulan itu, Aisyah bertindak membawa lari anaknya ke Kuala Terengganu, namun bekas suaminya pula memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan selain meminta bantuan daripada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyediakan peguam dari firma terkemuka.
Terpaksa Berpisah Dengan Ibu
Sementara Aisyah pula memohon bantuan pada Biro Bantuan Guaman untuk membantunya di mahkamah.
Mahkamah enggan mendengar pemohonan peguam Aisyah
Namun menurut laporan sama, nasib tidak menyebelahi Aisyah apabila mahkamah pada Khamis lalu (25 Mei) enggan mendengar permohonan dari peguamnya dan memerintahkan kanak-kanak terbabit untuk diserahkan kepada bapanya semula.
Terkini, Aisyah akan diwakili peguam dari Tetuan Messrs Amin Chambers dari YYCC Legal Team untuk membuat rayuan ke mahkamah bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuantan.
Ramadhan bulan penuh keberkatan. Juga bulan penuh kerahmatan dan keampunan. Rugi jika beranggapan Ramadhan hanya untuk berehat kerana Allah memberikan ganjaran pahala bagi yang mengerti keindahan Ramadhan itu dan mengamalkannya.
Di sebalik perlu berbuat amal, sebenarnya para suami boleh meraih pahala besar dengan membantu isteri dengan membantu isteri menyediakan juadah berbuka atau sahur.
Dalam satu perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit Lew turut menitipkan pesanan buat para suami bagi meraih pahala besar di bulan penuh keberkatan ini.
Baca perkongsiannya.
Terasa sejuk indahnya Ramadan. Selamat berpuasa Ramadan ya. Allah memang nak beri kita apa sahaja yang kita hajati.. Doa semuanya jadi pahala dan ibadah. Pintu syurga dibuka seluasnya.
Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Doa makbul sangat. Doalah panjang-panjang. Beri masa menangis pada Allah. Doa sebelum buka puasa. Sejam sebelum buka puasa. Doa minta pada Allah. Setiap siang dan malam Ramadhan doa dikabulkan Allah. Doa hidayah dan keampunan untuk umat. Doa buat mak ayah kita dan orang yang kita sayang.
Beri makan orang berpuasa. Selalu tolong isteri atau bergilir dengan isteri menyiapkan sahur dan berbuka puasa. Supaya kita dapat pahala besar disisi Allah. Jangan menyusahkan pasangan atau keluarga. Bantu masak, bantu hidangkan, bantu basuh pinggan.
Kejut keluarga Sahur yang berkat. Sebelum Sahur boleh Tahajud dan baca Al-Quran. Solat Subuh berjemaah dapat pahala ibadah sepanjang malam. Solat Fardhu awal waktu. Bawa keluarga solat sama-sama. Jangan kerana 1 Fardhu kita tinggalkan 5 waktu solat. Solat Tarawih setiap hari walau 8 rakaat.
Hidupkan amalan Ta'lim dalam rumahtangga.
Baca Al-Quran dan Hadis bersama keluarga. Selalu berdakwah kerana hati jadi lembut mudah cenderung kepada kebaikan.
Teruskan khidmat dan mencari orang susah dan memerlukan. Inilah bulan kita mencari orang kelaparan dan dalam kesusahan. Bulan simpati dan mengasihi orang miskin. Bulan kasih sayang dan kesabaran. Jangan marah-marah. Bulan membentuk akhlak dan sifat yang mulia. Sumber : FB Ebit Lew
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Lama abang rancang, sambut ulang tahun ummi. ‘Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.’ – Uyaina. Sebak sungguh hati Uyaina bila abangnya pergi buat selamanya secara mengejut.
Benarlah bila tiba ajalnya tidak akan terlambat walaupun sesaat. Salam takziah buat Uyaina dan seluruh keluarga allahyarham.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, memaklumkan, dia baru sahaja kehilangan abangnya, Mohd Attaful Uzair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut Uyaina, arwah abangnya menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan aktiviti berbasikal, malam tadi.
Sambut Ulang Tahun Ummi
“Rasa terlalu perit dan sakit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya kehilangan seorang insan yang terlalu baik.
“Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa bersama-sama . Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya yang akan bersalin. Rupa-rupanya, dia yang pergi dulu.
“Rasa tidak percaya dia sudah tiada. Terlalu awal dia pergi. Sama usia dengan arwah baba (bapa) ketika meninggal dunia,” katanya.
Akhirnya, Hari Lahir Ummi
Jelas Uyaina dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pagi tadi.
Tambah Uyaina, dia terkilan kerana hasrat arwah abangnya untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran ibu mereka tidak kesampaian.
“Saya kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang. Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi ummi.
“Lama dia rancang nak sambut ulang tahun ummi. Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar,” katanya.
Diiringi Dengan Pemergian Anak Sulungnya.’ – Uyaina
Tambah Uyaina lagi, arwah abangnya yang juga doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, adalah insan berhati mulia dan selalu menjadi contoh terbaik buat mereka.
“Orang baik selalu pergi dulu. Dia sangat baik, terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Selepas arwah baba meninggal dunia, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi, dia sudah tunjukkan contoh yang baik untuk kami adik-beradik. Dia masuk asrama, kami semua pun nak masuk asrama.
“Abang berjaya dalam pelajaran, kami juga mahu berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan ummi. Kami adik-beradik berebut nak berbakti kepada ummi. Dia juga pemurah dan penyayang.
“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair Arshad. Doakan juga kesejahteraan dan kekuatan buat isteri dan anak-anaknya,” katanya.
Kashoorga : Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan arwak di kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah.
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...