Salah satu tanda bahawa Allah sayang kita ialah apabila Dia ‘menegur’dan ‘menasihati’ kita untuk kembali ke pangkal jalan. Teguran ini boleh jadi juga datang dalam bentuk baik dan tidak. Salah satu teguran baik ialah Dia akan menghantar seseorang untuk menasihati kita secara baik.
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Ada juga teguran itu datang dalam bentuk menyakitkan seperti ditimpa musibah. Dalam erti kata lain, kita jangan terlalu ego sehingga enggan menerima teguran atau nasihat orang lain kerana segala apa yang berniatkan untuk memperbaiki diri kita, datangnya adalah dari dorongan Allah SWT menerusi hambaNya.
Contoh terdekat dalam kehidupan suami isteri adalah apabila isteri menegur dan menasihat suami untuk berubah. Teguran supaya mendirikan solat dan mengikut ajaran Islam.
Hal ini telah dikupas oleh pendakwah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid mengenai kegusaran seorang isteri yang sudah puas menasihati suaminya agar bersolat dan mengikut ajaran Islam.
Ads
“Dah banyak kali mengajak bersolat dan menegur suami tetapi saya pula sering dimarahi dan suami meminta saya untuk tidak menegur lagi”
Menurut Habib Ali Zaenal, hak orang Islam dengan orang Islam yang lain adalah memberi nasihat. Nasihat ini ertinya menginginkan kebaikan dengan orang lain dengan cara terbaik atau menginginkan perubahan pada orang lain kepada lebih baik dengan cara yang terbaik.
Ads
Adalah merupakan satu kekeliruan bilamana cara menegur dan menasihati dengan cara yang tidak sopan atau dengan cara yang kasar. Atau dengan cara menengking . Atau dengan cara menyakitkan perasaan orang yang ingin dinasihati.
Tetapi bilamana ingin menasihati orang, nasihatilah umpama kita ingin memberi madu yang sudah bersih, yang tidak bercampur dengan sarangnya.
Ads
“Jadi kalau menasihati pun dengan cara yang terbaik, bilamana dengan semua cara yang lemah lembut dengan nasihat segala-galanya sudah dilaksanakan oleh si isteri dalam menegur suami, namun suami enggan untuk mendengar, sampai kepada peringkat si isteri ini putus asa kerana keenganan suami tadi mendengar nasihat dan teguran, maka dalam hal ini gugurlah tanggungjawab si isteri untuk menegur disebabkan oleh keana semua cara sudah digunakan untuk mengingatkan suaminya”
Dengan kata lebih mudah, sekiranya sudah dinasihat dengan semua cara yang lemah lembut namun suami enggan mendengar dan isteri sudah putus asa maka gugurlah tanggungjawab isteri untuk menegur suami kerana dia sudah berusaha sedaya upayanya.
Ramai berkongsi amalan yang baik untuk menghindari masalar virus COVID-19 ini. Salah satunya dalam perkongsian di media sosial melalui talian WhatsApp kita digalakkan untuk membaca Surah Yasin.
Surah Yasin ini dibaca malam ini secara serentak bermula jam 9 malam di rumah masing-masing.
Ini adalah sebagai salah satu langkah berusaha dan berdoa kepada Allah agar wabak ini akan segera hilang dan terhapus.
Assalamualaikum Mohon jasa baik semua sahabat2 dlm Group ni dapat minta bantuan rakan2 lain agar dapat bersama2 membaca Yassin serentak pada jam 9.00 (MALAM JUMAAT) 19/03/2020 DI RUMAH masing2.
Kita sama2 berusaha dan berdoa pada Allah moga wabak ini akan segera hilang dan terhapus. Insyaallah. Aamiin…
Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yg dihormati..
Marilah kita membaca : Salaamun Qaulam mir Rabbir Rahiim… 21x
Semoga negara kita tercinta selamat dan sejahtera dari wabak covid 19.
Saya mohon dipanjangkan wasap ini ke seluruh negara Malaysia supaya dapat di baca sebanyak 5 juta kali.
Semoga berkat zikir ini dan doa kalian semua.. Allah menghapuskan virus ini dalam masa 3 hari … Insya allah. Aamiin… Ya Rabbal Aalamiin.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan soalan di atas, membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.[Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]
Hadith berkaitan kelebihan membaca Yasin
Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akandiampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282]
Hukum hadith
Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini gharib.[Lihat: Sunan al-Tirmizi, no. hadith 2812]
Imam al-Mizzi dan Imam al-Zaila’iy menaqalkan pendapat al-Tirmizi yang menyatakan salah seorang daripada perawi di dalam hadith ini adalah majhul iaitu Harun Abu Muhammad. Selain itu, al-Hafiz Ibn Hajar juga berpendapat sedemikian.
Imam Ibn Kathir menyatakan tidak sahih disebabkan sanadnya dhaif (lemah).
Daripada Ubaiy bin Ka’ab, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin kerana Allah SWT akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosanya, akan diberi ganjaran pahala seperti membaca al-Quran sebanyak 12 kali. Begitu juga, apabila dibacakan surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya. Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahnyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katil maka dia pun meninggal dalam keadaan tenang dan orang tersebut tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tenang (bahagia)”.
Hukum hadith
Syeikh al-Albani menghukum hadith tersebut adalah palsu.[Lihat: al-Silsilah al-Dhaifah, no. hadith 4636]
Dikatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua surah al-Mulk. Allah SWT jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima buku amalannya di tangan kanannya dan diberi kesempatan untuk membela 70 orang daripada ahli keluarganya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”.
Hukum hadith
Kami tidak menjumpai asalnya. Ini kerana, asal di dalam ibadat adalah tawaqquf (terhenti) sehingga adanya dalil yang menceritakan akan hal tersebut.
Tarjih
Setelah kami melihat terhadap hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa kebanyakan hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.
Penutup
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan al-Quran serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jangan putus kirimkan doa menjemput rezeki. Rezeki itu hak mutlak Allah SWT. Hanya Dia sahaja berhak menentukan sikit atau banyaknya rezeki yang akan diterima oleh hambaNya. Walau apa pun rezeki yang diberi, kita harus mensyukurinya.
Ada banyak pintu rezeki yang selalu kita harapkan berkatnya. Antara pintu rezeki itu adalah rezeki yang telah terjamin, kerana usaha, kerana bersyukur, rezeki tidak terduga, banyak beristighfar, bernikah, kerana anak, bersedekah, bersilaturrahim, beriman dan bertakwa, rezeki kerana banyak melakukan solat dan ibadah lain.
Jika sudah banyak usaha dilakukan, kita susuli lah dengan doa-doa pembuka rezeki. Lakukan secara istiqomah.
Allah sangat suka mendengar doa yang diminta oleh hambaNya dan InsyaAllah akan termakbul. Yang membezakan rezeki itu adalah cepat atau lambat, sedikit atau banyak.
Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk; material seperti gaji, harta dan anak dan bukan material seperti kebahagiaan, kesihatan, keselamatan dan banyak lagi.
Konsep rezeki ialah apa sahaja pemberian dan anugerah Allah kepada hambaNya yang berhak. Allah memang telah menjamin rezeki setiap hambaNya. Apa yang penting cara rezeki itu diperoleh haruslah menerusi jalan yang berkat.
Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki
Sebaiknya, kita mulai membiasakan diri dengan solat tahajud dan witir di waktu sepertiga malam. Ini merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa. Setelah solat, bacalah zikir dan selawat, kemudian berdoalah
“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu surga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.
Doa Memohon Rezeki yang Halal dan Berkat
Selain memohon untuk dibukakan pintu rezeki, kita berdoa lah jga agar rezeki yang diperoleh itu adalah rezeki yang halal dan berkat.
Untuk memohon rezeki yang halal dan berkah, bacalah doa berikut: “Ya Allah, aku minta pada Engkau akan pemberian rezeki yang halal, luas, baik tidak tanpa sulit dan juga tanpa kemelaratan dan tanpa keberatan, sesungguhnya Engkau kuasa atas segala sesuatu”.
Doa memohon rezeki yang melimpah
Amalkan juga doa yang diamalkan oleh Nabi Sulaiman kerana Baginda sentiasa dikarniakan rezeki yang berlimpah ruah seperti harta kekayaan yang luar biasa banyak dan kerajaan yang besar serta agung.
Doa tersebut seperti berikut: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi”.
Doa untuk menarik rezeki dari segala penjuru
Sebaik selesai solat, jangan terus beredar. Berzikirlah kita terlebih dahulu dan disusuli dengan doa bagi memohon hajat dipenuhi dan dikurniakan rezeki daripada pelbagai penjuru.
“Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskanlah dan banyakkanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau”.
Baca doa ini sebanyak 7 kali setiap selesai sholat fardhu.
Rajin tunaikan solat dhuha 4 rakaat dengan 2 kali salam. Allah berjanji akan mencukupkan rezeki kita yang mendirikan solat sunat dhuha pada hari itu. Mengamalkan amalan sunat, berzikir dan beristighfar akan memperbanyakkan lagi timbangan pahala seterusnya akan menggugurkan dosa-dosa. Dosa-dosa yang masih bersisa merupakan penghalang datangnya rezeki kepada kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kepenatan Yang Disukai Allah
============
1. Kesungguhan ibubapa yang bekerja pagi dan petang bagi menyara kehidupan keluarga adalah satu kepenatan yang disukai oleh Allah dan RasulNya. Rasulullah pernah bersabda bahawa setiap suap yang diberikan suami kepada isteri akan diberi pahala.
“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).
2. Manakala isteri yang bersungguh mendapatkan makanan buat anak-anaknya akan turut diberikan ganjaran yang besar oleh Allah. al-Imam Muslim meriwayatkan satu insiden yang menyayat hati. Menurut Saidatina Aisyah, seorang Ibu telah datang ke rumahnya bersama dengan dgn dua orang anak perempuannya. Ibu tersebut meminta sumbangan daripada Aisyah. Namun, ketika itu tiada apa yang boleh disumbangkan melainkan sebiji tamar lalu diberikan kepada si ibu tersebut.
Apa yang berlaku dihadapan Aisyah sangat menyentuh hatinya. Si ibu tersebut membelah tamar tersebut kepada dua bahagian lalu diberikan kepada kedua orang anak perempuan yang bersama dengannya sedangkan dia sendiri tidak mendapat sebarang makanan. Peristiwa ini diberitakan kepada Nabi.
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas ibu tadi syurga (iaitu ibu tersebut pasti akan masuk ke syurga) atau (dengan amalan tersebut) Allah akan membebaskannya dari neraka.” (HR Muslim).
3. Bahkan Rasulullah turut menegaskan bahawa duit yang ibu dan ayah sumbangkan untuk keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah.
“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya.” (HR al-Bukhari).
4. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:
تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة
“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah.” (HR Abu Ya’la).
Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...