Menurut beliau hukum menerima pemberian angpau rakan kaum Cina dibolehkan asalkan ia tidak berkait dengan perkara haram.
Ads
“Angpau ini duit raya dari budaya Cina dan bukan dari agama seperti berhala dan sebagainya. Hukumnya boleh.
“Tapi kalau duit angpau berkait dengan perkara yang haram seperti dari tempat sembahyang mereka, hasil judi atau hasil dari jual Arak, yang ini tak boleh.
Hutang dan harta peninggalan adalah dua perkara besar yang sepatutnya kita uruskan sebaik mungkin semasa masih hidup lagi, apatah lagi pasangan suami isteri.
Sebagai contoh, semasa arwah suami masih hidup, hubungan isteri dengan ahli keluarga kekal baik, namun ia berubah sekelip mata apabila tiba masa urusan pembahagian harta dan hutang arwah.
Salah satu isu yang sering timbul ialah apabila isteri ingin gunakan wang KWSP untuk membayar segala hutang yang ditinggalkan arwah dan menganggap harta yang telah dilunaskan hutangnya itu, akan menjadi miliknya.
Pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi permasalahan yang diajukan oleh seorang balu tentang isu ini.
Soalan Suami saya baru meninggal. Kami ada dua buah kereta. Sebuah daripadanya sudah selesai hutang manakala sebuah lagi masih berhutang.
Bolehkah saya membayar semua hutang arwah dengan duit KWSP arwah yang akan saya terima, beranggapan dengan pembayaran tersebut kereta arwah boleh menjadi milik saya? Mohon penjelasan.
Jawapan Situasi di atas berkait dengan permasalahan isu faraid kerana melibatkan harta yang ditinggalkan si mati. Harta faraid atau harta peninggalan seperti yang ditetapkan oleh pihak Baitulmal MAIWP[1] ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya.
Berdasarkan harta-harta yang disenaraikan di atas, kedua-dua kereta arwah termasuk dalam kategori harta peninggalan yang perlu dibahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak.
Seterusnya, jika arwah mempunyai hutang, maka hutang itu perlu diselesaikan terlebih dahulu menggunakan harta arwah yang sedia ada.
Ini kerana apabila seseorang meninggal dunia, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan berhubung harta peninggalan arwah sebelum ia difaraidkan kepada ahli-ahli waris yang ada.
Harta tersebut digunakan untuk membiayai kos pengurusan jenazah, hutang-piutang, wasiat dan akhir sekali difaraidkan kepada ahli waris.
Berdasarkan situasi di atas, perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa duit KWSP yang diterima oleh isteri arwah sebenarnya masih di bawah hak milik arwah suaminya. Kedudukan duit KWSP yang diterima oleh isteri hanyalah sebagai penama sahaja.
Penama bermaksud mereka bertindak selaku pentadbir bagi menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang – Undang Islam. Oleh yang demikian, penama bukanlah pemilik harta, lebih tepat disebut sebagai pengurus harta.
Selain itu, hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Memandangkan duit KWSP dianggap sebagai harta arwah, maka tidak menjadi masalah kepada ahli waris khususnya penama untuk menggunakan duit tersebut bagi menyelesaikan segala hutang-piutang arwah termasuklah hutang kereta.
Namun begitu, sekiranya isteri arwah beranggapan kereta akan menjadi miliknya kerana menyelesaikan hutang kereta suami melalui duit KWSP tersebut, maka kami berpandangan kefahaman ini kurang tepat dan perlu diperbetulkan.
Alasannya, penerimaan duit KWSP tersebut hanya sebagai penama bukan bertukar hak pemilikan.
Lantaran itu, jika arwah masih mempunyai ibu bapa dan anak-anak, maka mereka semua mempunyai bahagian dan hak terhadap harta arwah termasuk dua biji kereta yang ditinggalkan.
Kereta itu tidak terhad kepada isteri arwah semata-mata melainkan kereta tersebut sudah dihadiahkan dan ditukar geran kepada nama isteri semasa suaminya masih hidup.
Sebagai ilustrasi bahagian faraid bagi ahli waris sekiranya si mati masih mempunyai seorang anak lelaki, ibu dan bapanya.
Harga semasa kereta: RM 24,000 Ibu: 1/6 (RM 4,000) Bapa: 1/6 (RM 4,000) Isteri: 1/8 (RM 3,000) Anak Lelaki: Baki harta (RM 13,000)
Berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan bahawa kereta tersebut tidak menjadi milik penuh isterinya walaupun dia sendiri menawarkan diri untuk melangsaikan hutang arwah, sebaliknya kereta tersebut tetap perlu dibahagikan mengikut pecahan faraid seperti contoh di atas.
Pemilikan penuh hanya boleh berlaku sekiranya ahli-ahli waris yang lain menggugurkan hak masing-masing sama ada diberikan secara percuma ataupun mereka menuntut bayaran bahagian masing-masing sebelum dilepaskan.
Memilih untuk mendirikan rumahtangga adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah yang sangat dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang telah cukup syarat dan berkemampuan daripada pelbagai aspek.
Ada 5 rukun nikah wajib diketahui iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi serta ijab dan kabul.
Antara perkara paling penting dalam urusan pernikahan ialah kehadiran wali. Jika ayah masih ada, maka ayahlah menjadi walinya dan jika ayah sudah meninggal dunia maka tanggungjawab itu jatuh kepada datuk (iaitu bapa kepada ayah) dan selepas itu barulah adik lelaki seibu seayah yang sudah baligh.
Dalam satu perkongsian dari Muzakarah Jawatankuasa MKI Kali Ke-111 yang bersidang pada 8-10 November 2017 berdasarkan kajian dan kertas yang dibentangkan, mendapati bahawa:
i. Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap susunan wali pernikahan yang diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat tiga isu perbezaan pada susunan sesetengah wali, istilah yang digunakan, dan penetapan sesetengah wali dalam senarai.
ii. Isu pertama ialah perbezaan dalam penetapan cucu saudara (anak lelaki kepada anak saudara lelaki) dalam senarai wali, di mana sesetengah pihak menyenaraikannya dalam satu kategori khas, manakala sesetengahnya pula tidak menyenaraikannya dalam satu kategori khas. Setelah membuat penelitian terhadap perbezaan tersebut, didapati bahawa perbezaan hanya timbul dari sudut perincian susunan wali sahaja dan tidak mengubah susunan wali sebagaimana yang sebenarnya.
iii. Isu kedua ialah perbezaan antara negeri-negeri pada susunan antara datuk saudara dan sepupu. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung turutan susunan antara sepupu dan datuk saudara,didapati bahawa sepupu sepatutnya didahulukan daripada datuk saudara.
iv. Isu ketiga ialah perbezaan antara negeri-negeri berkenaan kedudukan moyang saudara dalam susunan wali. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung kedudukan moyang saudara didapati bahawa susunan yang tepat ialah moyang saudara diletakkan selepas ketiadaan anak dan cucu kepadadatuk saudara.
4.1.4 Sehubungan dengan itu, Muzakarah bersetuju menerima cadangan susunan wali seperti berikut :-
(1) Bapa الأب (2) Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas الجد أبو الأب (3) Saudara lelaki seibu sebapa الأخ للأب والأم (4) Saudara lelaki sebapa الأخ للأب (5) Anak saudara lelaki seibu sebapa ابن الأخ للأب والأم (6) Anak saudara lelaki sebapa ابن الأخ للأب (7) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب والأم (8) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب (9) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa العم للأب والأم (10) Bapa saudara sebelah bapa sebapa العم للأب (11) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu) ابن العم للأب والأم (12) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu) ابن العم للأب (13) Anak sepupu seibu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب والأم (14) Anak sepupu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب (15) Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب والأم (16) Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب (17) Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ابن عم الأب للأب والأم (18) Anak lelaki datuk saudara sebapa ابن عم الأب للأب (19) Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب والأم (20) Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب (21) Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب والأم (22) Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب (23) Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن عم الجد للأب والأم (24) Anak lelaki moyang saudara sebapa ابن عم الجد للأب (25) Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن ابن عم الجد للأب والأم (26) Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa ابن ابن عم الجد للأب
4.1.4 Muzakarah juga berpandangan cadangan susunan wali ini harus dirujuk dan tertakluk kepada enakmen pentadbiran undang-undang keluarga di negeri masing-masing . Sumber : Portal Rasmi JAKIM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bertaubat selepas melakukan dosa adalah amalan sangat mulia. Sesungguhnya pintu taubat memang sentiasa terbuka luas.
Namun begitu, ramai juga di kalangan kita yang dah bertaubat tapi mengulangi dosa serupa. Seolah-olah mempersendakan taubat itu sendiri.
Dalam hal ini, jika masih mengulagi dosa yang sama adakah taubat sebelum itu diterima? Persoalan ini dijawab oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.
Siapa yang telah melakukan satu dosa kemudian dia telah bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu jika taubatnya itu nasuha ertinya yang ikhlas kerana Allah.
Terbit dari hatinya dan ada serta taubatnya itu rasa penyesalan atas apa yang telah lalu dan berazam ia bersungguh-sungguh tidak akan kembali kepada maksiat.
Firman Allah Taala :
يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواتُوبُواإِلَىاللَّهِتَوْبَةًنَّصُوحًاعَسَىٰرَبُّكُمْأَنيُكَفِّرَعَنكُمْسَيِّئَاتِكُمْوَيُدْخِلَكُمْجَنَّاتٍتَجْرِيمِنتَحْتِهَاالْأَنْهَارُ Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu semua kepada Allah dengan taubat nasuha semoga Tuhan kamu menghapuskan daripada kamu sekalian segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu sekalian ke dalam taman-taman syurga yang berlari di bawahnya mata air.” (At-Tahrim : 8)
Dan firman Allah : وَإِنِّىلَغَفَّارٌلِّمَنتَابَوَءَامَنَوَعَمِلَصَٰلِحًاثُمَّٱهْتَدَىٰ Ertinya: “Dan sesungguhnya Aku maha Pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman dan melakukan amal yang soleh kemudian mengikut petunjuk.” (Taha : 82)
Ada pun taubat hanya dengan lisan sedangkan hati masih ingin kembali kepada maksiat maka taubat ini ditolak bahkan ia dikira sebagai satu maksiat pula.
Maka jika telah benarlah taubat yang nasuha kemudian syaitan memperdayakannya sehingga dia terjatuh melakukan maksiat lagi dalam keadaan tidak ada dia berniat untuk melakukan maksiat dan tidak berazam melakukannya kemudian dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya. Wallahua’lam
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.