Dalam zaman di mana kos sara hidup makin tinggi yang menuntut kita suami isteri perlu bekerja untuk mengukuhkan kewangan keluarga.
Namun begitu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak pastinya berdepan cabaran untuk meninggalkan mereka sama ada di rumah bersama orang gaji atau di pusat asuhan untuk mencari rezeki.
Bimbang sekiranya anak-anak ini akan terdedah dengan pelbagai ancaman terutama dari segi keselamatan diri.
Walau bagaimanapun dalam Islam ada diajar beberapa doa tertentu sebagai perlindungan buat anak-anak sebagaimana yang diajar oleh Nabi sendiri.
Ads
Dalam perkongsian Imam Muda Asyraf turut berkongsi doa yang boleh diamalkan untuk menjaga keselamatan ana-anak apabila ditinggalkan bersama orang lain.
Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh. Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur. .
Ads
Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak. إن أباكم كان يعود بها اسماعيل واسحاق: “Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة A’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lelaki diciptakan oleh Allah S.W.t sebagai pemimpin. Dibahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar. Malah di bahu mereka juga dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul iaitu diperintahkan menjaga wanita sepertimana firman Allah dalam Surah An Nisa’ ayat 34 yang bermaksud ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita. Oleh itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan) dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari hartanya (surah An Nisa’ ayat 34).
Ternyata, dari usia sekecil 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan sudah memikul tanggungjawab memikul sebagai ketua keluarga biarpun kanak-kanak lain seusianya bebas bermain.
Hal ini berlaku selepas bapanya, Nik Razuan Nik Par didapati lumpuh manakala ibunya Zaleha Manaf pula masih dalam berpantang hari ke 20 selepas melahirkan anak keempat. Dalam laporan Sinar Harian, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak kekok memberikan susu buat ayahnya selain membersihkan bapanya yang terlantar selain menjaga tiga lagi adik-adiknya iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 20 hari.
Menurut Zaleha yang berusia 36 tahun itu lagi, nasib mereka sekeluarga berubah selepas kilang tempat suaminya bekerja di Kemaman mengecilkan bilangan pekerja mereka sebelum mereka sekeluarga pulang ke kampung halamana iaitu di Kelantan bagi meneruskan kehidupan.
“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.
Malah dirinya sangat bersyukur kerana anak sulungnya itu banyak membantunya termasuk sanggup tidur di sebelah katil bapanya yang terlantar sakit akibat masalah jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ogos tahun lalu.
Bagi yang ingin meringkan bebanan keluarga ini, boleh salurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tak sah kerana tiada keredaan penjual & pembeli.’ Tapi adakah wujud elemen paksaan dalam isu Kieda Crepe? Adakah dia memaksa setiap pembeli untuk berbuat demikian.
Sekali lagi, nama Kieda Crepe meniti di bibir netizen apabila dia dikatakan memaksa pelanggannya untuk produk lain sedangkan mereka hanya ingin membei crepe saja.
Adakah perniagaan sebegini dibenarkan dalam Islam, adakah apa yang dilakukan pihak Kieda Crepe bertentangan dengan hukum mualamat. Ikuti perkongsian panjang lebar Ustaz Lariba berkaitan isu ini.
Kami telah menerima beberapa soalan mengenai isu Kieda Crepe di mana ada orang mendakwa dirinya telah “memaksa” pelanggannya membeli barang-barang yang pelanggannya tidak mahu beli.
Ini adalah kerana dia menjual crepe dengan digabungkan dengan produk lain. Telah menjadi viral pula kerana agak ramai yang mendakwa dia memaksa pembeli beli barang pada asalnya tidak mahu beli.
Ada juga dikongsi suatu sedutan video Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyatakan bahawa jual-beli sebegitu adalah tidak sah sebab tiada keredaan penjual dan pembeli kerana pembeli “dipaksa” beli benda yang dia tidak mahu beli.
So adakah elemen paksaan dalam jual-beli ini?
Antara syarat jual-beli adalah التراضي بين الطرفين (saling meredai antara kedua belah pihak). Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut.
Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau tiada pihak yang dipaksa membeli apa yang beliau enggan beli.
Tapi apakah jual-beli secara paksa itu?
Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat keredaan dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan.
Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa transaksi yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
i. Orang yang memaksa hendaklah mampu melaksanakan ugutan atau ancaman yang dibuat;
ii. Orang yang dipaksa ada sangkaan tinggi bahawa orang yang memaksa tersebut mampu melaksanakan ancaman atau ugutannya sekiranya dia enggan menurut perintahnya dan dia pula tidak mampu menghalangnya daripada melaksanakan ugutan atau ancaman tersebut;
iii. Ancaman atau ugutan yang dibuat oleh orang yang memaksa itu melibatkan keselamatan ke atas nyawa, anggota dan harta; dan
iv. Orang yang dipaksa telah menunjukkan keengganannya untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum ugutan atau ancaman dibuat lagi.
Contoh jual-beli paksa ialah:
1. Kita bayar tunai RM100 untuk isi minyak. Setelah isian penuh, jumlah harga minyak ialah RM90 maka kita minta daripada pekerja stesen minyak baki RM10.
Namun pekerja stesen minyak itu berkata polisi mereka ialah baki tidak dikembalikan. Sebaliknya, baki itu hendaklah digunakan untuk beli barang yang senilai di stesen minyak mereka.
2. Abang kita jual produk MLM sebanyak RM200. Dia berkata kepada adiknya jika adiknya tak beli barang RM200, mereka bukan adik-beradik lagi.
Dalam isu Keida Crepe, kami difahamkan seperti berikut:
1. Beliau pernah pada asalnya menjual crepe sahaja dan tidak digabungkan (secara kombo) dengan produk lain. Pendek kata beliau menjual crepe sahaja.
2. Dia kini tidak menjual crepe secara berasingan dan menjual crepenya dengan digabungkan dengan produk orang lain. Dirinya memberi alasan bahasa beliau ingin “membantu vendor lain”.
Adakah syarat-syarat baru ini merupakan satu paksaan dalam jual-beli?
Walau apa pun niatnya menukar syarat-syarat pembelian, pendapat kami adalah seperti berikut:
1. Jual-beli dengan syarat-syarat baru Keida Crepe bukanlah jual-beli paksaan. Sebab pembeli ada pilihan sama ada untuk beli atau tidak serta boleh beli di tempat lain jika tidak setuju dengan syarat-syarat baru tersebut.
2. Syarat-syarat baru Kieda adalah jelas dan tidak disembunyikan atau hanya diberitahu selepas pembeli bayar. Beliau dengan jelas pamerkan maklumat harga baru di luar dan di dalam kedai. Dia telah mengubah produk dia jadi combo dan telah jelas diberitahu kepada semua pelanggan.
3. Mungkin ada elemen paksaan jika orang yang sudah beli crepe dan dah bayar tetapi dia belum hantar, dia tukar syarat mesti tambah wang sebab mesti beli choco jar, jika tidak wang tidak dikembalikan.
Itu barulah paksaan. Tapi jika dia refund sebab pelanggan tak mahu beli, itu bukan paksaan.
4. Mengenai pendapat UAI, kami kurang bersetuju sebab jual-beli Kieda Crepe ini tidak memenuhi kriteria “paksaan” dalam jual beli sebab dia telah pamer maklumat produk baru dan pelanggan masih ada pilihan samada ingin meneruskan pembelian atau tidak.
Walaupun mungkin soalan itu tidak ditujukan kepada isu Kieda Crepe. Mungkin soalan kepada UAI itu boleh dibaiki untuk pencerahan beliau yang lebih baik.
Tapi kita tidak alami “paksaan” bila sebaliknya kita bayar serta sudah dapat produk. Tiada elemen “saya terpaksa beli” atau “dipaksa beli” lagi.
Dalam industri runcit, jual kombo adalah perkara biasa. Pengalaman kami di stesen minyak ialah kami sentiasa ambil cakna melalui sistem runcit produk-produk yang “bergerak perlahan” atau tidak laku (slow moving product).
Produk “bergerak perlahan” akan digabungkan sebagai jualan kombo dengan produk yang selalunya “bergerak laju” (fast moving product). Kombo juga adalah satu produk.
Oleh itu, nasihat kami kepada pelanggan-pelanggan Kieda agar berhenti daripada menuduh beliau memaksa pelanggan beli benda yang pelanggan tidak mahu atau tidak perlukan. Pilihan adalah di tangan pelanggan untuk meneruskan pembelian atau tidak.
Jom belajar muamalat! Semoga bermanfaat. Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan. Insyallah…
‘Biar macam makcik, asal aurat terjaga.’ Mia Ahmad kuatkan hati, berpakaian kerana Allah. Benarlah berubah ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi dirinya merupakan seorang selebriti pasti setiap apa yang dilakukan mendapat perhatian ramai.
Tidak dinafikan bertudung labuh, antara salah satu cara menutup aurat dengan sempurna. Pun begitu, ada yang memandang sinis dan melabelkan imej sedemikian tidak moden.
Itulah situasi yang dialami pelakon Mia Ahmad apabila dirinya mengambil keputusan untuk berubah.
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, ini jawapan saya. ‘Maaf, saya berpakaian kerana Allah.’
“Ada juga yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang kata, suami saya tidak akan sokong.
‘Pun begitu, saya kuatkan hati kerana saya tahu, saya buat benda yang betul. Semuanya kerana ALLAH, ” ujar Mia lagi.
Malah, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, alasan utama yang membuatkan dia mengubah cara berpakaian adalah untuk menjadi yang lebih baik, bukan untuk nampak baik.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang sepanjang penghijrahan ini. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin,” ungkapnya.
Luahan hati pelakon drama Hati Perempuan itu dimuat naik menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya.
Turut disertakan satu rakaman video yang memaparkan gambar Mia Ahmad berpakaian sopan dengan bertudung labuh.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan kini sedang menanti kehadiran zuriat yang ketiga.
Reaksi warganet terhadap perubahan Mia:
“Biar macam mak cik, asalkan aurat terjaga.”
“Alhamdulillah, kita berubah bukan kerana makhluk, kita berubah kerana Allah SWT. Kita mahu dapat reda ilahi. Semoga Mia terus istiqamah.”
“Sweet apa pakai tudung labuh. Cantik dan sopan.”
“Semoga kita sama-sama istiqamah setelah kita diuji. Tanda Allah sayang buat hamba terpilih.”
“Tudung labuh lagi cantik dan sopan. Betul, kita berpakaian kerana Allah.”
“Cantik tengok Mia macam ini. Abaikan kata-kata orang, yang menuju akhirat nanti kita. Tiada siapa yang tolong, kalau bukan diri kita sendiri.”