Kilat, petir atau disebut juga halilintar biasanya akan muncul pada musim hujan. Sebelum hujan turun, petir terlebih dahulu akan keluar. Cahayanya adakalanya sangat menakutkan.

Allah ‘Azza wa Jalla menjelaskan fenomena alam ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan ia sebagai salah satu tanda kebesaran-Nya yang patut direnungi manusia. Muncul pertanyaan, mengapa Allah memperlihatkan kilat?

Dalam Bahasa Arab, Ar-Ra’du digunakan untuk menyebut bunyi guruh. Sementara Ash-Shawa’iq dan Al-Barq digunakan untuk menyebut pancaran petir. Firman Allah SWT adalah surah Ar-Rum ayat 24 menyatakan mengapa kilat dihadirkan.

وَمِنۡ اٰيٰتِهٖ يُرِيۡكُمُ الۡبَرۡقَ خَوۡفًا وَّطَمَعًا وَّيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَيُحۡىٖ بِهِ الۡاَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَا ‌ؕ اِنَّ فِىۡ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوۡمٍ يَّعۡقِلُوۡنَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti.” (QS Ar-Rum Ayat 24)

Menurut kitab tafsir dikeluarkan oleh Kementerian Agama Republik Indonesia, Allah memperlihatkan kilat kepada manusia untuk menimbulkan ketakutan khususnya di saat manusia dalam perjalanan selain harapan hujan akan turun untuk membasahi bumi yang kering.

Ayat ini menerangkan tanda-tanda kekuasaan Allah iaitu kilat. Ini merupakan fenomena alam yang dapat disaksikan oleh pancaindera kita dan dapat pula diterangkan secara ilmiah menurut sains.

Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.

IKLAN

Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 30,000 darjah Celsius, tiga kali lebih panas daripada permukaan mataahari.
Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Akibatnya, udara tersebut terbias melebihi kelajuan suara (bunyi) walaupun rencatan gelombang kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikut udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya.

Itulah penjelasan proses kejadian petir dan guruh terjadi susul menyusul menurut pemerhatian sains.

Dari sudut agama

Al-Qur’an hanya menyebutkan hal itu sebagai alat untuk menghubungkan hati manusia dengan alam dan Penciptanya. Perasaan takut muncul di kala melihat kilat kerana ia biasanya diikuti oleh petir yang apabila menyambar sesuatu, biasanya akan berlaku kemusnahan.

Bila manusia disambarnya, maka ia akan mati terbakar. Bila metal (logam) yang disambar, maka benda itu akan mencair dan melebur. Bila batu dan bangunan yang disambarnya, maka akan hancur.

IKLAN

Sesudah kata-kata takut dan harapan, ayat ini dilanjutkan dengan “Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering).” Apabila menyirami tanah, dia akan menyuburkannya. Kemudian tumbuhlah tumbuh-tumbuhan dan daun-daunnya berkembang. Begitu pula halnya dengan haiwan dan manusia.

Dalam riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang Ar-Ro’du (guruh), lalu Baginda menjawab: “Ar-Ro’du adalah Malaikat yang diberi tugas mengurus awan.

Doa ketika mendengar bunyi Petir

1. Dari Ibnu Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ini ketika mendengar petir.

IKLAN

اّللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِغَضَبِكَ وَلاَ تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

Allahumma Laa Taqtulna Bighadhobika wala Tuhlikna bi a’dzabika wa a’fina Qobla Dzalik

“Ya Allah, jangan matikan kami dengan murka-Mu, dan jangan binasakan kami dengan azab-Mu, dan maafkanlah kami sebelum itu.” (HR at-Tirmidzi)

2. Abdullah bin Az-Zubair ketika mendengar bunyi petir, beliau menghentikan kata-katanya lalu mengucapkan:

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

Subhanalladzi Yusabbihur Ra’du Bihamdihi wal Malaa-ikatu min Khiifatih

“Maha Suci Allah yang halilintar bertasbih dengan memuji-Nya, begitu juga para Malaikat, kerana takut kepada-Nya.”Wallahu A’lam. Sumber : Kalam Sindownews