Umat islam itu bersaudara. Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (surah Al-Hujurat; ayat 10).
Dalam satu hadis diriwayatkan dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:-
“Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Di saat negara kita diuji dengan pengumuman total lock down bagi tempoh dua minggu untuk membendung penularan wabak COVID-19, pastinya ujian yang sama telah ditempuh bertahun-tahun oleh rakyat Syria yang terperangkap dalam kancah perang di negara mereka sendiri.
Jika ada antara kita begitu bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, jangan dilupa saudara seislam kita yang turut diuji termasuk kebuluran dan kemiskinan ekstrim.
Ads
Dipetik dari fb Cinta Syria Malaysia, diberitakan 5.6 juta rakyat Syria berada di kem pelarian selepas rumah mereka musnah dibedil.
.
.
.
Ads
Sejak dari tahun 2011 seramai 387,000 menjadi korban dalam pertempuran tentera di negara ini. Bukan itu saja, 2.4 juta anak-anak Syria tiada akses kepada pendidikan tidak seperti kanak-kanak dan remaja di negara kita cintai ini.
.
.
Lebih menyedihkan, lebih 60 peratus anak-anak Syria berhadapan dengan krisis kelaparan. Harga makanan meningat kepada 33 kali ganda di mana nilai mata wang Syria jatuh terlalu rendah.
Masa yang sama, 2 juta warga Syria hidup dalam kemiskinan ekstrim sementara 6.7 juta warga Syria masih terperangkap di dalam Syria. Lebih menyedihkan senjata pengunaan kimia yang dilarang digunakan dalam negara ini.
Semoga kita tidak melupakan saudara kita di Syria ini. Bagi yang ingin menyumbang Misi Qurban CSM, selain korban dan akikah, boleh juga sedekah daging dengan hanya RM40. Infaq buat medikal, makanan dan pendidikan juga ada. Klik sahaja link korban4syria.com. Sumber : FB Cinta Syria Malaysia
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sama ada solat fardhu atau sunat, selepas membaca ummul kitab al-Fatihah kita akan susuli dengan bacaan surah pendek. Namun adakala juga kita ulang baca surah yang sama berturut dalam rakaat berikutnya.
Ada juga imam yang membaca surah yang sama pada rakaat pertama dan kedua berturut. Adakah batal solat? Kita ikuti penjelasan Mufti dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa hukum membaca surah yang sama selepas al-Fatihah di kedua-dua rakaat yang awal dalam solat?
Jawapan
Pada asasnya, membaca surah selepas bacaan al-Fatihah adalah sunat walaupun pendek. Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang awal. Sama ada solat secara jahriyyah atau sirriyah.
Adapun makmum tidak disunatkan membaca surah bahkan digalakkan untuk mendengar bacaan surah yang dibaca oleh imam.
Menjawab persoalan di atas, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Abdillah al-Juhaniy, bahawa seorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan kepadanya:
Maksudnya:Bahawa dia mendengar Nabi SAW membaca di dalam solat Subuh ‘Iza Zulzilat Ardh’ pada kedua-dua rakaat. Aku tidak tahu sama ada Nabi terlupa ataupun sengaja membacanya di dalam kedua-dua rakaat. Riwayat Abu Daud (816)
Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim al-Abadi menjelaskan: “Sahabat ragu berkenaan pengulangan Nabi SAW terhadap surah, adakah kerana lupa kerana kebiasaan dari bacaan Baginda SAW adalah membaca (surah) pada rakaat kedua dengan bacaan (surah) yang selain pada rakaat pertama.
(Jika demikian), maka tidak disyariatkan kepada umatnya. Atau perbuatan Baginda sengaja untuk menjelaskan akan dibolehkan (hal itu)? Maka, kejadian pengulangan tersebut menimbulkan keraguan, sama ada perkara itu disyariatkan ataupun tidak.
Apabila sesuatu perkara berkisar antara disyariatkan atau tidak disyariatkan, maka perbuatan Baginda SAW lebih utama difahami sebagai sesuatu yang disyariatkan.
Kerana asal dari perbuatan Baginda SAW adalah untuk pensyariatan, manakala lupa adalah keluar dari perkara asal.
Ibn Qudamah menyatakan: Sekiranya seseorang membaca pada rakaat (pertama) sesuatu surah, kemudian mengulanginya pada rakaat kedua, maka tidak mengapa.
Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya daripada lelaki dari Juhainah, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW membaca dalam Solat Subuh dengan surah “إذازلزلت” (Surah al-Zalzalah) pada kedua-dua rakaat.
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ “Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW.
Lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” Mereka pun bertanya kepada sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.” Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.” Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)
Ibn al-‘Arabi berkata: “Hal ini menjadi dalil bahawa dibolehkan mengulangi surah pada setiap rakaat.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan: Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang solat untuk mengulangi surah daripada surah-surah dalam al-Quran yang dibacanya pada rakaat yang pertama.
Harus bagi seseorang untuk membaca surah tertentu selepas al-Fatihah pada rakaat yang pertama, kemudian dia membaca surah yang sama pada rakaat yang kedua.
Walaupun begitu, kami berpendapat adalah afdhal membaca surah yang berlainan atau ayat yang berlainan berdasarkan kebanyakan amalan Nabi SAW ketika membaca selepas Fatihah dalam solat.
Justeru, keharusan bukan bermakna menjadi adat yang diulang pada setiap kali solat, tetapi perbuatan yang ghalib hendaklah dilakukan oleh para imam ketika solat.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika seseorang itu sudah taubat tetapi setelah beberapa lama masa berlalu dia telah lakukan lagi dosa itu. Adakah taubatnya dulu tidak diterima?
JAWAPAN :
Siapa yang telah melakukan satu dosa kemudian dia telah bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu jika taubatnya itu nasuha artinya yang ikhlas kerana Allah yang terbit dari hatinya dan ada serta taubatnya itu rasa penyesalan atas apa yang telah lalu dan berazam ia sungguh-sungguh tidak akan kembali kepada maksiat.
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu semua kepada Allah dengan taubat nasuha semoga Tuhan kamu menghapuskan daripada kamu sekelian segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu sekelian kedalam taman-taman syurga yang berlari di bawahnya mata air.” (At-Tahrim : 8)
Ertinya : “Dan sungguhnya Aku maha pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman dan melakukan amal yang soleh kemdian mengikut pertunjuk.” (Taha : 82)
Ada pun taubat hanya dengan lisan sedangkan hati masih ingin kembali kepada maksiat maka taubat ini ditolak bahkan ia dikira sebagai satu maksiat pula.
Maka jika telah benarlah taubat yang nasuha kemudian syaitan memperdayakannya sehingga dia terjatuh melakukan maksiat lagi dalam keadaan tidak ada dia berniat untuk melakukan maksiat dan tidak berazam melakukannya kemudian dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
Kata orang soal jodoh, rezeki dan maut itu urusan Allah. Siapalah kita untuk menolak takdir Allah jika memang sudah tersurat jodoh antara insan tersayang sudah tiada.
Namun tiada salahnya sebelum membawa haluan masing-masing saling memohon maaf dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Itulah yang berlaku pada pelakon dan pelawak Opie Zamie atau nama sebenarnya Mohd Saufi Zami dan pasangan Zamzarina Mohamed yang sah bercerai talak satu pada jam 10.47 pagi ini di Mahkamah rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Lafaz cerai itu dibuat Mohd Saufi atau lebih dikenali sebagai Opie Zami, 46, terhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.
Hakim Ahmad Mahir mendengar lafaz cerai itu, kemudian mensabitkan perceraian dengan talak satu terhadap pasangan itu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh idah selama tiga bulan, termasuk Opie perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Zamzarina selaku plaintif memfailkan penceraian terhadap Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac lalu.
Terdahulu, suasana dalam mahkamah bertukar hiba apabila pasangan itu menangis ketika bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Opie melafazkan cerai.
Zamzarina yang berjubah hitam dilihat hanya tunduk ketika bersalaman dengan Opie yang berbaju T putih serta berseluar jeans biru.
Ketika ditanya di luar mahkamah, Opis menjelaskan masalah rumah tangga mereka sudah lama berlaku dan perceraian dalah keputusan terbaik.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8.
Solat Jamak Takdim: Ketahui hukum bercakap antara dua solat jamak takdim menurut Mazhab Syafie, syarat muwalah serta situasi yang boleh menyebabkan jamak tidak dapat diteruskan.