Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) Surah al-Isra’, 17:32
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berzina dan membunuh adalah dosa besar. Namun sebesar apa pun dosa yang dilakukan seorang hamba, apabila taubat dilakukannya sebelum nyawa sampai di kerongkong dan Allah meredhainya, maka dosa tersebut akan diampuni.
Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang perempuan penzina dan pembunuh. Sebagai mana diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.
“Pada suatu malam selepas salat Isyak berjamaah bersama Rasulullah SAW. Aku keluar mencari angin. Di tengah jalan aku melihat seorang wanita bercadar sedang berdiri. Ia lalu menyapaku.
Ads
“Wahai Abu Hurairah aku telah melakukan dosa besar. Apakah aku masih boleh bertaubat?”
Aku kemudian bertanya, “Dosa apa yang pernah kamu lakukan?”
Perempuan itu pun menjawab. “Aku telah berzina dan membunuh anak hasil dari perzinaanku!”
Mendengarnya Abu Hurairah sangat marah dan memekiknya “Celakalah engkau yang telah membinasakan anakmu. Demi Allah, taubatmu tidak akan diterima.”
Ads
Setelah mendengar perkataan Abu Hurairah, perempuan itu menjerit dan jatuh pengsan.
Melihat kesengsaraan perempuan itu Abu Hurairah menyesal. Abu Hurairah merasa lancang telah berfatwa sebelum bertanya kepada Rasulullah, padahal beliau ada di sekitar mereka.
Keesokan harinya, Abu Hurairah menemui Rasulullah dan melaporkan kejadian semalam.
“Ya Rasulullah, semalam ada seorang perempuan meminta fatwa kepadaku tentang masalah ini!” Kemudian Abu Hurairah menceritakan semuanya.
Mendengar cerita itu Rasulullah berkata, “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’u. Demi Allah, engkau telah celaka dan mencelakakan orang lain. Bagaimana pendapatmu tentang ayat ini,
“Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barang siapa melakukan demikian itu, niscaya dia akan mendapat hukuman yang berat, (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S Al-Furqaan: 68-70)
Kalau mahu berbicara, pakai otakmu
Setelah mendengar fatwa Rasulullah, Abu Hurairah berlari menuju kota Madinah dan mencari perempuan itu. Hingga akhirnya ia menemukan perempuan itu di suatu tempat. Segera ia mengkhabarkan fatwa Rasulullah padanya. Mendengar itu, perempuan terebut berteriak girang. Ia berjanji untuk menyedekahkan sebidang kebun miliknya sebagai petanda taubatnya.
Wanita penzina dan pembunuh itu pun bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ia beribadah dan tak henti memohon ampun atas dosa-dosanya. Hingga akhirnya ajal pun menjemput wanita tersebut.
Sumber : Dahsyatnya Tubat,Isnaeni Fuad, Gema Insani : Jakarta, 2008 / Islam Pos
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa sangka peluang menunaikan umrah bersama ibunya adalah momen terakhir mereka berdua dan pasti akan diingati sampai bila-bila.
Video pendek berdurasi 3 minit ini menceritakan bagaimana keterujaan dia sekeluarga dapat panggilan menunaikan umrah bersama abah dan mama serta seorang adik-beradiknya.
Catatan perjalanan ini amat meruntun hati kerana dilihat arwah ibunya kelihatan sihat sepanjang menunaikan umrah.
Namun, siapa sangka di hari mereka sekeluarga dijadualkan pulang ke Malaysia, Mama demam dan mengalami sesak nafas.
‘Waktu ni ingat mama akan dapat rawatan biasa dan kami sempat naik fliht Malaysia malamnya. Tapi takdir Allah, mama telah ditidurkan dan doktor cakap mama multorgan failure. Abah still terkejut dengan condition mama,’ tulisnya.
Rupanya keadaan Mamanya agak kritikal dan ketika itu doktor meminta mereka berdoa semoga ada keajaiban.
‘Akhirnya hari ke-10 di ICU, mama pergi tinggalkan kami, time ni abang dua orang dan pakcik kami baru tiba di Mekah untuk melawat mama di hospital.
‘Alhamdulillah Allah pujuk hati kami, Mama dapat disolatkan di Masjidil Haram dan dimakamkan di As-Sharaya Mekah.
‘Ujian yang berat, rasa tak tertanggung. Tapi perancangan Allah yang terbaik. Ya Allah, kami tidak tahu cara hidup tanpa Mama.
‘Tunjukkan jalan buat kami, beri ketabahan setiap hari kepada kami.’ Tambahnya.
Dalam masa yang sama, wanita ini mengucapkan terima kasih pihak Andalusia (travel agency), kerana banyak membantu keluarganya sepanjang Mama di hospital dan menguruskan jenazah dari awal hingga akhir.
SEMPENA Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, baginda menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya akan terus mengekalkan kemakmuran dan perpaduan yang telah dikecapi bersama selama ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah juga mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terbuka hati untuk bersatu memikul peranan membantu kerajaan menjayakan usaha-usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negara yang dicintai bersama.
Beliau berkata, Seri Paduka turut menyeru rakyat terus bersabar dan berdisplin dengan tatacara serta amalan kebiasaan baharu dan mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha membanteras dan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi terhadap komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para petugas keselamatan dan barisan hadapan dalam memerangi wabak ini.
“Al-Sultan Abdullah mendoakan agar Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman, dirahmati dan diberkati serta dikurniakan dengan kemakmuran dan perpaduan yang berkekalan,” katanya, dalam kenyataan hari ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Khabar gembira buat wanita haid, kejar amalan ini di 10 malam terakhir Ramadan. Biarpun datang bulan, ada caranya wanita menambah pahala di bulan puasa ini.
Allahuakbar, ramai yang sedih mengadu kerana kedatangan haid pada malam 10 Ramadan terakhir ini, adakah masih boleh meraih Lailatul Qadar? Adakah boleh lagi merebut peluang-peluang Ramadan yang ada?
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun ini dan jangan ketinggalan untuk mengejar pahala.
Sahabat, tak salah untuk sedih.. tapi jangan sampai lupa bahawa apa yang Allah SWT berikan adalah yang terbaik menurutNya untuk kita, pasti ada 10001 hikmah disebalik apa yang diciptakan. Insyallah.
Fitrah bagi seorang wanita jika kedatangan haid.
Saidatina Aisyah r.a. juga pernah menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan haji. Rasulullah SAW menenangkan hati Aisyah dengan berkata,
Maksudnya:
“Sesungguhnya ini adalah perkara yang telah Allah tetapkan bagi kaum wanita dari anak cucu Adam. Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang-orang yang haji, kecuali tawaf di Kaabah.”
[HR Bukhari]
Wanita yang berada dalam keadaan haid semasa Ramadan tidak perlu bersedih, kerana ini adalah ketetapan daripada Allah SWT. Tidak boleh berpuasa bukanlah bermaksud semua ibadah semasa Ramadan tidak dapat dilakukan. Sebenarnya, masih banyak amalan yang boleh diamalkan oleh para wanita yang didatangi haid dalam bulan Ramadan.
Amalan wanita haid semasa ramadan:
1. Memperbanyakkan doa dan zikir.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”
[Surah al-Ahzab: 41-42]
Maksudnya: Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur.
[Surah al-Baqarah: 152]
2. Mendengar alunan al-quran.
Ketika sedang didatangi haid, para wanita masih boleh mendengarkan alunan ayat-ayat suci al-Quran. Disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku saat aku sedang haid, dan ia membaca al-Quran.”
[HR Bukhari]
Bolehkah membaca zikir harian, doa amalan dan surah-surah lazim semasa haid?
– Ulama tidak melarang wanita dalam haid membaca zikir sama ada yang dipetik daripada sebahagian kecil ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad SAW seperti surah al-Fatihah, ayat kursi dan tiga Qul.
– Dibolehkan juga untuk membaca al-Quran bagi wanita yang menghafaz al-Quran sebagai kemudahan supaya tidak terlupa serta dibolehkan juga untuk tujuan belajar dan mengajar al-Quran.
Antara contoh doa yang boleh diamalkan adalah seperti:
a. Doa Kebaikan Di Dunia dan Akhirat.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:
“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, kurniakanlah juga kepada kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.”- [Surah al-Baqarah: 201]
Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, pasti kami termasuk orang-orang yang rugi.”
[Surah al-A’raf: 23]
c. Doa Agar Diri Dan Keturunan Rajin Mendirikan Solat.
Maksudnya: “Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini.”
[Surah Ibrahim: 40]
Antara contoh zikir yang boleh diamalkan adalah seperti:
a. Zikir Taubat.
Maksudnya:
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya.”
b. Zikir Fatimah.
سُبْحَانَ الله، الْحَمْدُ لِلَّه، اللهُ أَكْبَر
Maksudnya: “Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Allah Maha Besar.”
c. Zikir Pemberat Timbangan.
سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maksudnya: “Maha Suci Allah dan pujian bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”
Antara contoh surah lazim adalah:
a. Surah yang berada pada juzuk 30 bermula Surah Ad-Dhuha hingga al-Ikhlas
b. Misalnya Surah al-Insyirah, al-Kafirun, al-Kautsar, al-Masad, al-Falaq, an-Nas dan lain-lain.
3. Memperbanyakkan selawat.
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
[HR Muslim]
4. Mempelajari ilmu agama.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
[HR Muslim]
5. Melazimi sedekah.
Wanita yang haid masih boleh melakukan sedekah di bulan Ramadan.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a.:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الْاِسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّـيْ رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ
Maksudnya:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni neraka.”
[HR Muslim]
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.anhuma:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Maksudnya:
“Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda.
Jibril a.s. menemui Baginda setiap malam di bulan Ramadan sehinggalah selesai Nabi Muhammad SAW memperdengarkan al-Quran kepadanya. Ketika Jibril a.s. datang, Baginda memberikan kebaikan melebihi angin mursalah (yang bertiup atau yang dikirimkan).”
[HR Bukhari]
6. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Amalan mudah bagi seorang wanita adalah menyediakan juadah berbuka buat orang yang berpuasa.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani r.a.:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
[HR Tirmizi, hadis sahih]
Apa jua kebaikan seperti melakukan tugas harian, menguruskan rumah tangga, bekerja mencari rezeki dan sebagainya yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dianggap sebagai satu ibadah. Ibadah yang sempurna akan diberi ganjaran hikmah dan pahala. Insya-Allah.
Sesungguhnya, wanita yang didatangi haid semasa Ramadan tidak terkecuali dalam merebut pahala. Usahakan melazimi amalan-amalan yang disebutkan di atas supaya kita tidak terlepas daripada merasai kemanisan beribadah di bulan Ramadan yang mulia.
Terjaga jam 3 pagi sepatutnya menjadi nikmat berharga untuk bertahajud, namun akibat penangan filem seram, ramai yang tewas dengan imaginasi sendiri. Ketahui pandangan Islam tentang ketakutan ini, bagaimana bisikan syaitan mengambil kesempatan, serta amalan terbaik untuk mengatasi rasa takut agar kemanisan beribadah tidak dirampas oleh cerita rekaan.