Selagi masih ada, berkepitlah. ‘Bila suami meninggal, isteri nak ikut pergi kubur pun tak boleh dalam tempoh iddah.’ Oleh itu selagi pasangan di depan mata, hargailah sebaiknya.

Luangkan masa berdua jika masih punya waktu dan kesempatan. Bimbang bila salah seorang sudah tiada, menyesal tak berguna. Bayangkan keadaan isteri bila suaminya meninggal, bermulalah iddah. Hendak ke kubur pun tak boleh.

Artikel Berkaitan:

Tempoh Iddah Orang Lelaki, Selepas Bercerai Berapa Lama Kena Tunggu Sebelum Kahwin Baru?

Selagi Masih Ada, Berkepitlah

Hukum tetap hukum, jangan menidakkannya. Jika suami meninggal memanglah sedih, namun seorang isteri seharusnya tinggal di rumah dan tidak perlu ke sana, sini termasuklah ke masjid menguruskan jenazah suami.

Apa lagi menghantar suami ke kubur, tak perlu iya. Oleh sebab itu ketika masih hidup berkepitlah selagi boleh kerana bila tibanya nanti segalanya terbatas.

Selagi Masih Ada, Berkepitlah. ‘Bila Suami Meninggal, Isteri Nak Ikut Pergi Kubur Pun Tak Boleh Dalam Tempoh Iddah.’
Bila Suami Meninggal

Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

Soalan:
Saya cuma ingin mendapat pandangan terbaik Datuk Mufti. Apakah seeloknya isteri tidak ikut ke masjid untuk urusan jenazah suami dan solat jenazah, juga untuk ke kubur mengiringi jenazah ?

Jawapan:

Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan.

Isteri Nak Ikut

Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الخُدُودَ، وَشَقَّ الجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kematian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.

Hadis riwayat al-Bukhari (1297)

Daripada Umm Atiyyah R.Anha bahawa dia berkata:

نُهِينَا عَنْ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenazah-jenazah (ke kekuburan) dan Baginda (SAW) tidak melarang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.
Hadis riwayat al-Bukhari (1278)

Pergi Kubur Pun Tak Boleh

Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) larangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda.

Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenazah itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.

Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenazah ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenazah:

ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ

Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berdosa dan tidak mendapat pahala.

Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.

Dalam Tempoh Iddah

Selagi Masih Ada, Berkepitlah. ‘Bila Suami Meninggal, Isteri Nak Ikut Pergi Kubur Pun Tak Boleh Dalam Tempoh Iddah.’
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi. Al-Fatihah.

Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan.

Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.

Komen Warganet:

Benarlah hanya mereka yang pernah kehilangan pasangan ini memahami situasi yang berlaku. Kongsi mereka:

Azira Hamazirah

Saya sudah laluinya, jenazah suami diuruskan di hospital. Ustaz yang uruskan mandi jenazah benarkan saya untuk mandikan arwah buat kali terakhir hingga selesai.
Sampai hari ini dan saat ini tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Yang masih ada pasangan yang baik hargailah….

Nur Nur
Suami sya meninggal 25/11/22. Meninggal di hospital tapi saya minta dekat yang nak urus mandikan arwah suami untuk saya nak mandikan arwah. Alhamdulillah… walaupun tak dapat dari yang mula, dapat yang akhir pun bersyukur. Akhir sekali saya diberi pluang untuk letak minyak athar.

Saya hantar ke masjid sampai ke liang lahad. Itu permintaan terakhir arwah suami untuk hantar dia ke rumah barunya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT. Kehilangan yang amat besar untuk diri sya.

Sebab sebelum ini saya dengan arwah sentiasa ke mana pun bersama, berpimpin tangan. Walau sedih kehilangan insan tercinta namun saya redha. Rindu saya yang tak berpenghujung.

Al-fatihah buat arwah suami tersayang Abd. Rasid bin Jais..moga abang tenang di sana bersama para solihin. Moga satu saat nanti kita akan bersatu kembali di syurga Allah nanti. Amin.

Syarifah Aisyah Syed Muid
Arwah abah meninggal di rumah. Masa bawa ke masjid untuk mandi, kafan dan solat jenazah, mak saya tak ikut. Masa kebumikan pun mak tak ikut. Alhamdulillah habis iddah, mak ziarah kubur abah.

Baca Di Sini:

Wanita Dalam Iddah Lebih Elok Tinggal Di Rumah Dari Iringi Jenazah Suami Ke Kubur. Ini Penjelasan Mufti!

Kashoorga: Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi. Al-Fatihah.

Sumber: Muhammad Hassan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI