Seringkali kita mendengar, lelaki yang baik takkan bertanyakan kisah silam wanita. Bagi sesetengah perkara, jika dilihat dari sudut positif, ia baik demi menjaga kehormonian perhubungan dan kita bersedia menerima baik dan buruknya pasangan.

Namun dari sudut agama, ayat ini salah dari konsepnya kerana adalah wajar lelaki mengambil tahu khususnya demi menjaga nasab keturunan kerana ia melibatkan nasab keturunan keluarga yang penting dijaga.

Dikongsikan oleh seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra dari Tetuan Wali Azli & Associates di fbnya, peguam ini berkongsi betapa pentingnya pasangan mengetahui hal silam wanita demi nasab. Baca perkongsiannya.

“Lelaki Yang Baik Takkan Tanya Kisah Silam Wanita”, Peguam Syarie Dedahkan Penting Pasangan Tahu Demi Jaga Nasab
Peguam syarie, Fatihah Azzahra berkongsi pentingnya pasangan tahu kisah silam demi menjaga nasab keturunan

Lelaki yang baik takkan tanya kisah silam wanita.

Salah.

Lelaki dan perempuan kedua-duanya perlu ambil tahu sejarah hidup kedua-dua belah pihak apabila wujud kisah-kisah hubungan terlanjur atau zina, terutamanya dalam kes calon isteri telah mengandung.

Isu nanti dia nak terima kita ataupun tidak,adalah isu selepas. Dia tak terima kita move on dan cari orang yang bersedia sama-sama hendak jadi lebih baik.

Banyak kes di Mahkamah Syariah melibatkan Pengesahan Nasab Anak berpunca daripada wanita merahsiakan janin / bayi yang sedang dia kandungkan ketika akad nikah dengan suami.

Antara senario yang selalu berlaku dalam kes-kes sebegini dalam masyarakat adalah:-

– Berzina dengan tunang sendiri kemudian mengandung, alasan tarikh nikah dah dekat.
– Berzina dengan orang lain kemudian mengandung; atau
– Diperkosa

IKLAN

Isu yang paling banyak timbul adalah selepas berkahwin, baru si suami diberitahu oleh isterinya bahawa anak sulung pihak-pihak bukan daripada air mani suami tetapi orang lain.

Isteri buat pengakuan ada melakukan hubungan kelamin (zina) dengan individu lain sebelum akad nikah. Kini atas sebab menyesal dan bertaubat, dia tidak mahu berterusan menipu suami sampai mati.

Dalam kes yang lain, sebab ingin bercerai ataupun sudah bercerai dengan suami, baru dia beritahu yang anak sulung adalah bukan hasil hubungan kelamin dengan suami tetapi orang lain. Dari segi prosedur undang-undang, isu ini melibatkan hak jagaan anak tidak sah taraf yang mana mereka diletakkan bawah jagaan si ibu dan pertikaiannya panjang.

Dalam kes yang lain pula, suami sendiri dapat tahu daripada pihak-pihak yang lain berkenaan hubungan isteri dengan lelaki-lelaki lain menyebabkan dia pula meragui nasab anak kandungnya sendiri. Daripada tidak bercerai jadi bercerai-berai apabila terjadi begini.

Menurut pandangan muktabar, nasab seorang individu adalah kepada pemilik air mani tetapi hanya melalui akad pernikahan yang sah. (الولد للفراش).

Secara undang-undang dan Hukum Syarak pula

IKLAN

Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasab (bin/bintikan) kepada lelaki lain ataupun kepada lelaki yang menjadi punca ia dikandungkan oleh ibunya apabila usia kandungan kurang 6 bulan 2 lahzoh (qamariah).

Selain itu, anak tidak sah taraf juga tidak boleh mewarisi harta bapa biologinya tetapi mewarisi harta si ibu dalam isu faraid. Jika ia masih dipelihara dan dijaga oleh bapa biologinya, hibah ataupun wasiat boleh dilakukan oleh si bapa sebagai pemberian sebelum mati.

Paling utama, anak perempuan tidak sah taraf tidak boleh diwalikan oleh bapa biologinya, namun akan diwalikan oleh Sultan / Hakim. Boleh lakukan Permohonan Wali Hakim di Mahkamah Rendah Syariah.

Daripada Abi Bakrah dan Sa’d bin Abi Waqas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ، وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ، فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ

IKLAN

Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, sedangkan dia mengetahui bahawa orang itu bukan ayahnya, maka haram ke atasnya untuk menghuni syurga. _ Muslim (63), Abu Daud (5113).

Rasulullah SAW juga bersabda:

مَن ادَّعى إلى غيرِ أبيهِ، أو انتَمَى إلى غيرِ مواليه، فعلَيه لعنَةُ اللهِ المتتابعةُ إلى يومِ القِيَامَةِ

Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, atau menisbahkan kepada bukan maulanya, maka ke atasnya dilaknat oleh Allah secara berterusan hingga hari kiamat.”_ Riwayat Abu Daud (5155)

Perlu ambil tahu perkara yang berkaitan nasab

Pertikaian nanti orang mengambil kesempatan adalah isu kecil, wanita hendaklah menjaga maruah dan harga diri sendiri.

Bertahun hidup bersama, baru nak timbul isu sebegini sebab anak-anak hendak dirikan rumahtangga ataupun berlaku kematian si bapa, susah.

Perlu kepada suatu pengesahan daripada Mahkamah Tinggi Syariah bagi menentukan nasab anak-anak sendiri yang berkait dengan Sijil Kelahiran mereka. Wallahu’alam.
Peguam Syarie : Wali Azri & Associates
#Nasab
#MahkamahSyariah

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI