Kena masuk Islam dulu, kalau tidak perkahwinan itu tidak sah.
Mahkamah dilarang memberi kebenaran untuk mengesahkan pernikahan pasangan berbeza agama di Jakarta, Indonesia seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini.
Secara umumnya, dalam Islam, sekiranya seorang Muslim mahu berkahwin dengan pasangan dari agama lain, pasangan mereka wajib memeluk agama Islam.
Mahkamah Agung Indonesia melarang mahkamah rendah daripada memberikan kebenaran untuk mengesahkan perkahwinan antara pasangan berlainan agama sebagai syarat pendaftaran di pejabat pendaftaran sivil.
Jakarta Post melaporkan larangan itu termaktub dalam pekeliling yang dikeluarkan pada Isnin, 17 Julai lalu.
Surat pekeliling itu yang ditandatangani Ketua Hakim Negara Muhammad Syarifuddin, memerintahkan hakim untuk mengekalkan Perkara 2 Undang-undang Perkahwinan 1974.
Memberi Kebenaran Untuk Mengesahkan Pernikahan
Undang-undang mewajibkan perkahwinan hanya boleh dianggap sah, jika dilakukan mengikut agama yang dianuti oleh pasangan pengantin.
IKLAN
“Mahkamah tidak boleh memberikan sebarang permintaan untuk pendaftaran perkahwinan antara orang yang berbeza agama dan kepercayaan,” tulis mahkamah dalam pekeliling itu.
Mahkamah Agung mengeluarkan pekeliling beberapa bulan selepas mahkamah daerah di Jakarta menjadi tajuk utama kerana membenarkan permohonan pendaftaran perkahwinan daripada seorang lelaki Kristian dan wanita Islam.
Panel hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat membuat keputusan pada Jun, dan membenarkan permohonan pasangan itu untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.
Ketua Hakim Bintang AL kemudian berhujah bahawa perkahwinan antara pasangan berlainan agama adalah munasabah dan berkemungkinan berlaku memandangkan keadaan geografi negara dan kepelbagaian penduduk, seperti yang tertulis dalam keputusan itu.
Pasangan Berbeza Agama
Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyambut baik perintah Mahkamah Agung itu dalam memberikan kepastian undang-undang dan menutup kelemahan undang-undang untuk perkahwinan antara pasangan berlainan agama.
IKLAN
“Semua pihak wajib mematuhi surat pekeliling itu terutama hakim yang tidak faham atau berpura-pura tidak memahami Hukum Perkahwinan,” kata ketua fatwa MUI, Asrorun Ni’am dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tetapi pekeliling Mahkamah Agung adalah halangan untuk sebarang jaminan pasangan antara agama boleh mendapat pengakuan perkahwinan mereka oleh kerajaan, menurut kumpulan hak asasi, Institut Setara.
“Pekeliling itu menutup sebarang kemajuan yang dicapai oleh institusi kehakiman negeri dalam menjamin hak rakyat daripada pelbagai latar belakang,” kata pengarah eksekutif Institut Setara Halili Hasan pada Rabu.
“Mahkamah Agung tidak perlu mengeluarkan pekeliling seperti itu,” kata pensyarah Universiti Nahdlatul Ulama Indonesia di Jakarta, Ahmad Suaedy.
Mengikut Undang-undang Pentadbiran Sivil 2006, suami isteri boleh mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat hal ehwal agama bagi orang Islam dan pejabat pendaftaran sivil bagi orang bukan Islam.
IKLAN
Undang-undang itu menetapkan bahawa pasangan berlainan agama juga boleh mendaftarkan perkahwinan mereka dengan pejabat pendaftaran selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah.
Kisah para nabi, rasul dan Islam yang diajar di sekolah dahulu merupakan permulaan perjalanan yang menguatkan tauhid kita. Hanya Allah tempat kita bermula dan berakhir.
Sebenarnya kalau disenaraikan semula memang banyak dan ada yang kita tak tahu dan tak ingat pun. Kepala ini terlalu sarat dengan hal-hal dunia yang meyesakkan.
Tetapi apabila dibaca semula catatan ringkas imbasan semula oleh Mohd Ibrahim bertajuk tahu Tak? ini, kita seakan kembali mengingati kisah yang disampaikan secara ringkas dan berbekas di hati.
Tahu Tak? Pemuda al-Kahfi yang ada 7 org tertidur selama 309 tahun. Bersama mereka ada seekor anjing. Surah Al-kahf ayat 17.
Tahu tak? Allah membolak balikan badan mereka untuk tidak berkulat, Allah hentikan segala macam bulu di tubuh mereka, Allah kukuhkan pakaian mereka supaya tidak reput.
Tahu tak? Nabi Uzair tidur 100 tahun, bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yang tulangnya pun sudah hancur menjadi debu. Selepas 100 tahun, Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jadi tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jadi keldai.
Tahu tak? Amalan yang dilakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.
Tahu tak? Malam sebelum Isra’ Mikraj dada Rasulullah SAW dibelah untuk kali kedua. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda SAW dibasuh dgn air zam zam.
Tahu tak? Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.
Peristiwa Isra’ Dan Mikraj banyak mengajar kita akan kekuasaan Allah
Tahu tak? Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah SAW solat 2 rakaat dan Baginda SAW menjadi imam kepada para-para nabi. Sesuai dengan pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.
Tahu tak? Selesai solat Rasulullah didatangi dua bekas. Sebekas berisi susu dan sebekas berisi arak. Rasulullah memilih susu.
Tahu tak? Rasulullah SAW dan Jibril a.s menaiki langit yang padanya belum ada manusia selain nabi pernah sampai. Jibril memberi salam lalu dijawab malaikat penjaga langit dan bertanya siapa dia. Kemudian Jibril menjawab,”Aku jibril”. Kemudian ditanya lagi “Siapa bersama engkau dan adakah dia telah diutuskan?” Jibril menjawab, “Dia Muhammad dan dia telah diutuskan (berlaku pada setiap pintu langit)
Tahu tak? Di langit pertama ada nabi adam as Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as Di langit ketiga ada nabi yusuf as Di langit keempat ada nabi idris as Di langit kelima ada nabi harun as Di langit keenam ada nabi musa as Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha Di atas syurga ada air Di atas air ada arasyh Di atas arasyh ada kursi Di kanan arasyh ada Luh Mahfuz Semua nabi mengucapkan salam Selamat datang nabi yang soleh dan rasul yang soleh Kecuali nabi Adam mengucapkan anak yang soleh dan rasul yang soleh
Tahu tak? Ketika Rasulullah saw sampai di langit ke 7 Beliau mendapati lelaki yang mukanya sama seperti baginda sedang duduk bersandar manakala malaikat yang lain sedang sibuk bertawaf.
Rupa-rupanya amalan ibadah ini ketika hidup di alam dunia sahaja. Yang memakan masa 50- 60- 70 tahun bergantung kepada usia masing2. Kemudian tak ada dah.
Tahu tak? Rasulullah pergi ke syurga dan dia dapati kebanyakan ahli syurga itu adalah di kalangan mereka yang miskin.
Tahu tak? Rasulullah saw melihat kebanyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.
Tahu tak? Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat
Tahu tak? Selepas semua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan Jibril menunjukan rupa sebenar beliau untuk sekali lagi. Surah an-Najm ayat 13.
Dan bila Rasulullah ingin mengambil perintah solat. Berpisah lah dia dengan Jibril. Jibril yang semulia-mulia makhluk pun tak dapat maju ke depan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah keseorangan ketika itu.
Tahu tak? Umat Islam semakin tidak mempercayai Rasulullah SAW selepas peristiwa Isra’ mikraj. Tetapi Abu Bakar r.a tetap membenarkan kata-kata Rasulullah SAW.
Tahu tak? Ayat pertama surat nabi Sulaiman kepada balqis ialah Bismillah’irahmannilrahim Surah al-naml ayat 30.
Buatlah apa pun, Bismillah. Ambil kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Buka pintu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Akan rasa kemanisan Basmallah tadi, Percayalah.
Tahu tak? Masa nak pindahkan istana Balqis, Ifrit boleh bawa istana itu sebelum nabi Sulaiman bangun dari tempat duduk. Surah al-naml ayat 39.
Tahu tak? Mulianya manusia ini, ada yang boleh angkat istana itu dalam sekelip mata. Surah al-naml ayat 40. Mulia lagi kita ini daripada jin.
Tahu tak? Air dicincang tidak akan putus. Ketika laut merah di belah oleh nabi Musa, Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.
Tahu tak? Abu Jahal adalah manusia yang minta Rasulullah SAW membelah bulan. Apabila bulan terbelah kemudian bercantum, dia herdik Rasulullah SAW adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.
Makna kata ketika peristiwa itu ada musafir datang untuk berjumpa Abu Jahal, konon mereka akan jadi saksi. Esoknya apabila mereka sampai mereka bercerita. Itu yang dia herdik Rasulullah kononnya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat-dekat jauh pun boleh.
Tahu tak? Antara perkara yang paling menggembirakan Rasulullah SAW ialah apabila seseorg itu ingin memeluk Islam.
Tahu tak? Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah. Allah abadikan surah khas untuk dia iaitu surah al-Lahab.
Tahu tak? Surah al-Lahab tadi turun 6 bulan sebelum Abu Lahab mati. Makna kata confirm masuk neraka.
Tahu tak? Antara pakcik kesayangan Rasulullah ialah Abu Talib. Walaupun tak beriman dengan Rasulullah SAW, dia tetap sokong dakwah Rasulullah SAW.
Tahu tak? Abu Talib ini beriman dengan Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad SAW sebagai utusan. Ni nak kata hidayah milik Allah.
Tahu tak? Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.
“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” QS Al Qashash: 56
Tahu tak antara nikmat-nikmat besar Allah bagi? Islam! Islam adalah nikmat besar. Sehingga orang terakhir yang keluar dari neraka itu org Islam yang dalam hatinya ada “Tiada Tuhan selain Allah”
Tahu tak imam Mahdi? Imam Mahdi atau nama sebenar beliau Muhammad bin Abdullah. Keturunan Rasulullah SAW, lelaki fasih berbahasa arab, tampan, akhlak baik macam Rasulullah SAW.
Tahu tak pasal imam Mahdi ni? Rasulullah SAW pesan, apabila kamu mendengar imam Mahdi sedang di lantik, pergi dapat kan bai’ah daripada beliau. Walau terpaksa merangkak dalam salji.
Tahu tak kenapa ramai mengaku imam Mahdi? Dia orang tak mampu nak tiru Nabi Isa as sebab ketika nabi Isa turun, dia masih memegang sayap malaikat di tangan kiri dan kanan beliau.
Tahu tak nabi Isa? Antara manusia yang tidak dijadikan daripada air mani. Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa.
Tahu tak Nabi Isa akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw. Beruntung anak cucu yang dapat jumpa nabi.
Bayangkan kepantasan nabi SAW untuk ke lapisan langit ke tujuh.
SubahanaAllah!
Tapi! Sebelum turun the last man standing ini Dunia kena hadapi fitnah dajjal ini selama 40 hari. 1 hari bersamaan 1 tahun. 1 hari bersamaan 1 bulan. 1 hari bersamaan 1 minggu. Hari ke empat macam biasa.
Apa pun jangan lupa solat! Sebab solat adalah satu-satunya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah.
Solat tak turun wahyu, Rasulullah pergi amil di atas langit sana. Ingat ya solat! Baru hidup berkat. Sekadar renungan buat diri sendiri
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.
Dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah.
My #Qurantime 2.0
Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Mula Bersiaran
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Kredit Foto Sinar Harian.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Kredit Foto Sinar Harian.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Kredit Foto Sinar Harian.
14 Disember 2022
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Kredit Foto Sinar Harian.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Kredit Foto Sinar Harian
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Doa ialah satu situasi seorang manusia itu meminta-minta kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH SWT menurunkan ujian kepada hamba-NYA kerana mahu mendengar rintihannya. Mintalah kepada ALLAH, mintalah apa-apa sahaja.
Justeru, misalnya anda mempunyai masalah dalam soal jodoh mahupun rumahtangga, berdoalah kepada ALLAH supaya segalanya dipermudahkan. Usahlah pernah jemu untuk berdoa kerana doa mempunyai kuasanya yang tersendiri.
PENGABDIAN
Tidaklah kita dicipta di muka bumi ini selain daripada untuk menyembah ALLAH. Justeru sebagai hamba yang lemah, apa lagi yang hendak kita lakukan selain berdoa dan berusaha memperbaiki keadaan demi kehidupan yang lebih baik.
ALLAH mendengar doa yang kita mohonkan. Terserah kepada ALLAH untuk memakbulkannya atau tidak. Jika doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini, percayalah pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari kemudian.
MENGUBAH HIDUP
Percaya kepada doa yang dipohonkan membuatkan seseorang itu menjadi lebih positif. Berdoalah dengan kepercayaan yang utuh bahawa ALLAH mendengar apa yang kita minta. Usah sesekali berpaling dan kecewa kepada doa.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ubah corak pemikiran anda menjadi lebih positif dan lihatlah kesannya. Memanglah tatkala sedang bersedih, kita terarah untuk menjadi seorang yang negatif. Namun, doa yang tulus ikhlas kepada ALLAH, pasti akan dapat membantu anda menjadi lebih positif.
WAKTU MUJARAB BERDOA
1)Ketika sahur atau sepertiga malam.
2)Ketika berbuka puasa.
3)Ketika malam lailatul qadar.
4)Ketika azan berkumandang.
5)Ketika sedang sujud dalam solat.
6)Sebelum memberi salam pada solat fardu.
7)Pada hari Jumaat (penghulu segala hari).
8)Ketika waktu hujan.
9)Pada Hari Arafah.
10)Sewaktu minum air zamzam.