Situasi biasa di restoren, melihat ramai beratur di kaunter pembayaran kita pun terus duduk dan makan dulu. Nanti kita bayarlah…
Tapi timbul kemusykilan adalah perkara ini dibolehkan kerana kita tidak mengetahui harga sebenar yang memungkinkan kita tidak bersetuju dengan nilai harga yang diberikan kelak?
Lebih lebih lagi rukun jual beli dalam Islam jual beli di dalam Islam juga mestilah berdasarkan keredhaan antara kedua belah pihak.
Dato Seri Dr Zulkifli menjawab persoalan ini menerusi laman web Maktahbah Al Bakri mengenai persoalan ini.
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ
Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”
(Surah al-Baqarah: 275)
Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz jual beli ini adalah dalam bentuk umum namun pada masa yang sama ia juga khusus, iaitu terkecuali daripada riba dan selainnya yang dilarang dan ditegah syarak. (Lihat al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, 3/356)
Rukun jual beli
Urusan jual beli di dalam Islam melibatkan 3 rukun yang utama:
Pihak yang melakukan akad, iaitu penjual dan pembeli.
Barang yang diakadkan, iaitu barang jualan dan wang yang dijadikan tukaran.
Lafaz akad, iaitu lafaz jual dan beli. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 2/323)
Jual beli di dalam Islam juga mestilah berdasarkan keredhaan antara kedua belah pihak. Ini berdasarkan nas syara‘ yang jelas seperti firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara rela hati di antara kamu.”
Ads
(Surah al-Nisa’: 29)
Begitu juga dalam hal ini telah dinyatakan melalui hadith yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri bahwa Rasulullah SAW bersabda:
إنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ
Maksudnya: Sesungguhnya jual beli itu apa yang diredhai oleh pembeli dan penjual.
Riwayat Ibn Hibban (4967)
Harga mesti diketahui semasa transaksi
Berdasarkan persoalan di atas, para ulama menegaskan bahawa antara rukun yang perlu dipenuhi dalam setiap transaksi ialah harga mesti diketahui oleh pihak-pihak pada masa perjanjian atau perjanjian atau ijab qabul.
Hal ini dengan tujuan untuk memberi perlindungan kepada pihak-pihak supaya hak-hak mereka dipenuhi sebagai pembeli atau penjual, dan supaya tidak ada kecewa dan tidak berpuas hati.
Sebagai contoh, apabila seseorang itu membeli-belah di sesuatu tempat, tetapi harganya tidak diketahui dan menganggap harganya sebagai RM 100, tetapi apabila ijab qabul dilakukan, ternyata ia berharga RM 150, maka pembeli berpotensi akan terkejut dan merasa terkilan.
Atas dasar itu, harga mesti diketahui pada masa transaksi. Atas dasar itulah, harga mesti diketahui pada masa transaksi.
Ads
Dalam sesetengah urus niaga ia boleh diterima atau dibenarkan untuk membeli atau menjual pada harga yang tidak diketahui seperti penggunaan Bai’ al-Istijrar.
Istilah ini ialah istilah urus niaga dalam perundangan mengenai kontrak yang disebut oleh pakar hukum salaf dan khalaf. Ringkasnya, apa yang dimaksudkan dengan bai’ al-istijrar ialah transaksi yang mana pembeli berurus niaga dengan penjual, membeli barang atau mengambil barang tanpa mengetahui harganya.
Harga dimaklumkan dan dipersetujui kemudian, walaupun selepas item itu dipakai atau digunakan atau dimakan (jika makanan).
Kalau dah biasa dan tahu harga, dibenarkan
Dalam menjawab persoalan di atas, sekiranya pembeli mengetahui harga makanan yang dia makan seperti gerai makanan dan restoran tempatan di Malaysia, maka ia dibenarkan.
Hal ini kerana jika dia sering makan di gerai dan dia tahu harganya berada dalam julat tertentu, dan dia makan tanpa ada perjanjian harga, maka dia bayar, ia dibenarkan dan tidak termasuk gharar walaupun tidak diketahui atau harga belum dipersetujui terlebih dahulu.
Justeru, makan dahulu tanpa mengetahui harga dibenarkan dan tidak termasuk gharar selagi dia sedar bahawa harga makanan yang dia makan berada dalam julat harga yang diketahuinya dan diredhai olehnya. Pengamalan muamalat sebegini adalah berdasarkan dalam kaedah Fiqhiyyah menyebut:
الْعَادَةُ مُحَكَمَةٌ
Maksudnya: “Adat itu boleh dijadikan hukum. “ (Lihat Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 1/388)
Syeikh Ahmad al-Zarqa’ menjelaskan: “Adat yang umum atau khusus boleh menjadi hukum bagi mensabitkan hukum syar’ie yang tiada nas atas khilaf dengan khususnya itu.” (Lihat Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, hlm. 219)
Ads
Hal ini kerana kebiasaan dan budaya di Malaysia ini apabila seseorang itu makan di Restoran, maka kebanyakan pihak restoran akan menyajikan pelanggannya dengan makanan dahulu sebelum bayaran dilakukan.
Hal ini berbeza di sesetengan tempat seperti di negara Arab atau ditempat lain yang mana kebanyakannya mendahulukan bayaran dahulu sebelum disajikan makanan.
Namun begitu, kami katakan bahawa sebaik-baiknya dalam hal ini adalah dengan meraikan kedua-dua belah pihak bagi pihak penjual dan juga pihak pembeli, iaitu dengan mendahulukan bayaran sebelum makan.
Hal ini akan mewujudkan rasa ketenangan antara dua pihak yang mana pihak penjual tidak perlu risau yang pelanggannya akan lari, manakala pihak pembeli pula tidak perlu risau daripada dikenakan harga yang tinggi. Dalam masa yang sama, ia juga boleh mengelakkan rasa tak puas hati antara dua pihak. Inilah syor kami.
Nak makan dulu bayar kemudian ada syarat
Tetapi, sekiranya kedua-duanya bersetuju untuk menggunakan kaedah makan dahulu sebelum bayar, maka bolehlah untuk kembali kepada adat ini namun perlu diikat dengan beberapa syarat:
Pihak penjual mestilah mempamerkan dan memaklumkan harga makanan tersebut jelas dan tiada sebarang unsur keraguan padanya.Harga makanan itu mestilah diketahui dengan jelas oleh pelanggan sebelum memakan makanan tersebut. Pihak penjual dan pelanggan mestilah berpuas hati dan meredhai kaedah ini.
Justeru, dalam hal ini, kami lebih cenderung dan mengesyorkan kepada Konsep “bayar dulu sebelum makan” kerana ia dapat mengelakkan rasa tidak puas hati daripada pihak pembeli dan penjual. Junjunglah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Allah mengasihi hamba yang bermurah hati jika menjual, bermurah hati jika membeli, bermurah hati jika menagih hutang.
Riwayat al-Bukhari (2076), al-Tirmizi (1320), Ibn Majah (2203) dan Ahmad (14699)
Badr al-Din al-‘Aini dalam syarahnya menyebutkan: Pada hadith ini mengajak kita supaya berlapang dada serta melakukan muamalah dengan baik dan juga dengan akhlak yang baik, serta meninggalkan sifat kedekut di dalam jual beli. Hal ini kerana terdapatnya barakah dalam jual beli.
Nabi SAW tidak akan mengajak umatnya kecuali pada perkara yang ada manfaat bagi umatnya untuk urusan agama dan keduniaan. Manakala kelebihan di akhirat, Nabi SAW mendoakan kerahmatan dan keampunan bagi mereka yang melakukan kebaikan pada jual beli tersebut.
Maka sesiapa yang ingin mendapatkan doa yang didoakan oleh Nabi SAW, maka hendaklah dia mengikuti saranan Nabi SAW dan beramal dengannya. (Lihat ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/189).
Mengerjakan fardhu haji adalah salah satu rukum Islam yang wajib ke atas kita dilakukan jika berkemampuan.
Jadi kita digalakkaan untuk menyimpan sedikit demi sedikit wang simpanan di Tabung Haji dan bila sampai masanya nanti pasti akan dijemput menjadi tetamu Allah.
Ada cara tertentu yang membolehkan kita pastikan ada simpanan dalam Tabung Haji setiap bulan.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook Nuraliah Mohd Nor cara pindahkan wang ke tabung haji secara berjadual supaya tidak hilang.
Ni Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji. Wajib Buat Kalau Taknak Hilang RM6000 Duit Simpanan Untuk Masa Depan.
Alhamdulillah. Lia nampak sekarang ni ramai usahawan semua sibuk cipta duit setiap hari dan setiap masa. Bagus dah tu, tapi ada satu yang membuatkan Lia risau dan tertanya-tanya, Lia jadi takut sangat kalau ada usahawan yang abaikan untuk menyimpan duit dalam akaun tabung haji!
Paling mudah Lia bagi contoh di sini simpan di Tabung Haji. Tanya balik pada diri kita sendiri, setiap bulan ada tak kita asingkan duit simpanan ke tabung haji? Sedangkan sebenarnya, setiap kali kita dapat je gaji, perkara pertama kita kena buat adalah dengan membuat simpanan.
Sekarang nak menyimpan ni mudah, semua melalui transfer online je. Tak perlu nak keluarkan duit minyak, tak perlu nak beratur ambil nombor giliran dan tak perlu nak menunggu lama di kaunter. Cuma perlu keluarkan handphone canggih anda itu saja dan mulakan transfer duit ke tabung haji dengan menggunakan CIMBclicks.
Di sini Lia nak ajar step by step cara yang sangat mudah untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji secara automatik dan ditolak terus dari akaun bank kita pada setiap bulan. InshaaAllah jika kita consistent menyimpan dengan cara macam ini, yakin dan percayalah suatu hari nanti anda tidak akan menyesal dengan apa yang anda lakukan hari ini.
Bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM100, kalau setahun dah jadi RM1,200. Kalau 5 tahun dah naik jadi RM6,000! Ini belum termasuk dividen dan bonus Tabung Haji lagi. Anda sebenarnya akan dapat lebih dari itu. Bestkan. Paling penting juga duit anda selamat. It’s now or never!
Jom ikuti langkah-langkah untuk set pemindahan secara berjadual di bawah ini.
Wajib Login CIMBclicks. Takyah ajar dah ni. Semua mesti tahukan. Kalau tak tahu juga langkah seterusnya mesti blur nanti. Kan.
Untuk awal ni Lia nak ajar cara kita SET FAVOURITE TRANSFER.
1. Pergi ke Pay Bills
2. Type “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.
3. Akan keluar macam di gambar ini. Type je okay mesti keluar punya Lembaga Tabung Haji.
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji 5. Masukkan nombor kad pengenalan 6. Letak berapa amount yang anda nak transfer 7. Tick “add this biller to My favourites”.
Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.
8. Tunggu nombor TAC dari handphone anda 9. Tekan “Confirm” lepas dah masukkan nombor TAC
Dan siap! Nampaknya dah berjaya set favourite akaun Tabung Haji di CIMB clicks.
*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 untuk CIMBclicks. Kalau Maybank cajnya lain, iaitu RM1.06 saja. Anda nilai sendiri mana yang lebih murah.
Seterusnya ni kita nak setkan autotransfer secara consistent setiap bulan.
11. Pergi ke Settings
12. Click Scheduled Transactions
12. Tekan Select a service 13. Tekan Pay Bills.
Sofar boleh follow? Teruskan. Sikit je lagi ni.
14. Pilih Savings Account anda 15. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi 16. Lepas itu boleh Click Submit dengan bahagia
Mudah ke mudah?
17. Masukkan nombor akaun Tabung Haji 18. Masukkan nombor IC 19. Masukkan no telefon anda 20. Letak jumlah yang anda ingin simpan 21. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih recur every month, dan pilih berapa bulan nak tolak secara automatik 22. Siap dah? Click je Update!
Wah nampaknya dah sampai ke step yang terakhir ni.
Well done! Tahniah!
Selepas ini, duit anda akan ditolak setiap bulan ke akaun bank Tabung Haji anda.
Masih ingat lagikan kompas kewangan? 30% darinya adalah UNTUNG. Jadi, dah selamat satu simpanan anda ke Tabung Haji.
InshaaAllah selepas ini Lia akan ajar simpan di ASB pula.
Terima kasih kepada semua yang follow step by step ini hingga tamat. Alhamdulillah
Tolong #SHARE dan #SAVE post Lia ini agar lebih ramai orang dapat gunakannya sama-sama. Tag sekali family dan rakan rakan anda ajak mereka simpan duit di Tabung Haji juga yaa.
Nur Aliah Mohd Nor,
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37).
Tapi dalam kehidupan manusia, ada kalanya kita mengeluh tentang rezeki yang “agak berat” tidak seperti mana orang lain yang mungkin hidup mewah. Satu yang harus kita yakin dan beriman kepada Allah ialah, setiap rezeki itu datang dari-Nya.
Dalam pada makna rezeki itu juga luas, bukan hanya pada wang dan harta yang dimiliki. Disebut dalam al-Quran sebenarnya ada lapan jenis rezeki yang perlu kita tahu yang mana semuanya sudah tertulis buat kita di dunia ini.
“Barang siapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).
Rezeki Kerana Anak
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
Semoga Allah sentiasa melimpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memberi nama anak yang elok kepada anak adalah sangat dituntut dalam Islam. Oleh itu ramai juga yang memberi nama untuk anak dengan nama-nama nabi. Tapi apa pula hukumnya jika kita menamakan anak dengam nama para malaikat contohnya Jibril, Mikail dan sebagainya. Adakah ia dibolehkan?
Mungkin ramai tidak tahu bahawa terdapat ulamak yang memakruhkan penggunaan nama Jibril, perkara ini diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Berikut adalah penjelasan tentang perkara tersebut.
Imam Malik memakruhkan penggunaaan nama Jibril
Menurut Imam al-Nawawi, mazhab Syafi’e dan jumhur ulama mengharuskan memberi nama anak dengan nama-nama para anbiya’ dan malaikat, dan tiada larangan yang tsabit daripada Nabi SAW berkenaan perkara ini. Imam al-Buhuti daripada mazhab Hanbali juga sependapat dengan mazhab Syafi’e yang menafikan kemakruhan menamakan anak dengan nama malaikat.
Namun terdapat juga para ulama yang memakruhkannya, antaranya ialah Imam Malik yang memakruhkan penggunaan nama Jibril. Imam Ibn al-Qayyim pula memakruhkan penggunaan semua nama malaikat, dengan berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Jarrad R.A:
صحبني رجل من مزينة فَأتى النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَأَنا مَعَه فَقَالَ يَا رَسُول الله ولد لي مَوْلُود فَمَا خير الْأَسْمَاء قَالَ إِن خير الْأَسْمَاء لكم الْحَارِث وَهَمَّام وَنعم الِاسْم عبد الله وَعبد الرَّحْمَن وتسموا بأسماء الْأَنْبِيَاء وَلَا تسموا بأسماء الْمَلَائِكَة قَالَ وباسمك قَالَ وباسمي وَلَا تكنوا بكنيتي
Maksudnya: Seorang lelaki dari Mazinah bersamaku, dan Nabi SAW datang sedang aku bersama rakanku itu, lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “apakah sebaik-baik nama?” Nabi SAW menjawab “sebaik-baik nama bagi kalian ialah al-Harith dan Hammam, dan dan seelok-elok nama ialah Abdullah dan Abdurrahman. Namakanlah anak-anak dengan nama para anbiyaa’, dan jangan namakan mereka dengan nama para malaikat. Kawanku bertanya lagi “bolehkah kami menggunakan nama kamu (wahai Rasulullah)? Nabi SAW menjawab “ya, kalian boleh menggunakan namaku, namun jangan kamu menggunakan kuniyah aku.”
Harus menamakan dengan nama malaikat kecuali 4 nama ini
Mengambil kira larangan bersifat makruh oleh sebahagian ulama daripada menggunakan nama-nama khusus bagi malaikat seperti Jibril dan Mikail, maka kami juga berpandangan bahawa nama-nama tersebut adalah khusus bagi malaikat dan makruh untuk kita menggunakannya. Lebih-lebih lagi kita dapati tiada dalam kalangan para sahabat R.Anhum yang menggunakan nama tersebut.
Kesimpulan menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama Malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Kuku hiasan dengan pelbagai warna dan corak, biasa dipakai oleh wanita bila mahu ke satu-satu acara atau majlis agar tampil lebih menarik.Malah Muslimah sendiri...