Hari ini perlakuan maksiat semakin bebas kita lihat menerusi media sosial, tv mahupun depan mata. Jika suatu ketika dahulu orang sorok-sorok lakukan maksiat kerana malu tetapi hari ini perkara malu sudah semakin terhakis. Semuanya demi mengejar duit dan content.
Kita bebas melihat wanita tergelek-gelek. Bebas melihat lelaki perempuan bergaul tanpa segan. Bebas melihat aurat orang lain yang mana kita menegur tapi masih mengikut laman sosial individu berkenaan. Kita juga bebas bersuara termasuk dalam bab berpakaian di mana kata kita, ia pilihan masing-masing untuk memilih pakaian ketat atau tidak.
Tahukah, Islam amat mementingkan sifat malu kerana ia melibatkan pegangan akidah seorang muslim. Sabda Rasulullah SAW: "Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya." (Riwayat al-Hakim)
Malu juga seharusnya menutup pintu kemungkaran dan kemaksiatan. Apabila ada rasa malu ia akan menutup pintu nafsu manusia untuk melakukan maksiat. Setiap Muslim perlu menginsafi dirinya bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
Ads
Tanamkan rasa malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran kerana hakikatnya kita adalah hamba Allah SWT yang sentiasa mengharapkan belas ihsan daripada-Nya. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya." (Surah al-A'raf, ayat 56).
Ads
Ads
Dalam pada itu, di page penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menulis suatu pesanan yang deep sebagai ingatan kita semua.
Ustazah Asma’ Harun mengingatkan kita semua agar menjaga SOP dengan Allah. Tulisnya lagi, banyak perbuatan maksiat dan keji berleluasa di siaran tv, media sosial dan kehidupan realiti.
Bala dan musibah ini sedang memberitahu kita, banyak peraturan larangan Allah tak sungguh-sungguh dikuatkuasakan oleh pemerintah dan rakyat jelata, kongsinya. Moga kita semua mampu muhasabah diri kita. Perbetulkan niat kita dengan Allah taala, jaga solat, jaga diri semoga kita tidak tergolongan mereka yang kufur nikmat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan, dalam sesetengah negara, kudrat dan kelebihan kaum wanita memang akan dipinggrkan dan tidak begitu diperlukan dalam pelbagai aspek.
Namun berlainan pula di Arab Saudi kerana baru-baru ini telah melantik 10 wanita bagi memegang jawatan kanan di dua buah masjid paling suci di Makkah dan Madinah.
Menurut pihak berkuasa berkenaan berikutan pihak kerajaan berusaha meningkatkan bilangan kaum Hawa dalam bidang pekerjaan.
Pelantikan golongan perempuan menduduki jawatan kanan di institusi keagamaan jarang berlaku di negara beraja itu yang kini mengalami liberalisasi secara meluas dan dipelopori oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman.
Kesemua wanita itu dilantik memegang jawatan dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran dan teknikal, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Ia menyatakan, pelantikan tersebut adalah untuk memperkasakan golongan Hawa yang mempunyai kelayakan tinggi dan kemampuan di Arab Saudi.
Dua buah masjid itu sebelum ini melantik 41 wanita memegang jawatan kepimpinan pada tahun 2018, menurut media negara tersebut.
Putera Mohamed mahu meningkatkan pengambilan kaum Hawa dalam sektor pekerjaan sebagai sebahagian daripada rancangannya iaitu Misi 2030 yang bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan menamatkan kebergantungannya terhadap minyak.
Menurut Wawa megakui rezeki mereka sekeluarga lebih terbuka luas selepas dirinya mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami tersayang.
Malah Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin percaya mengutapakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan mereka berdua.
“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap. Sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aerin dan suka cari fasal.
“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan, Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.
“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, Insya-Allah rezeki murah,” katanya.
Tidak menafikan, rumahtangga mereka pernah diduga ketika di awal mendirikan masjid, namun keduanya sentiasa bersabar dan berpegang pada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan.
Aieril dan Wawa juga turut menyokong satu sama lain dan saling memaafkan satu sama lain.
Pasangan yang sering jadi perhatian masyarakat kerana sikap saling sayang menyayangi ini mendirikan rumahtangga pada 2013 dan kini bahagia dikurniakan tiga orang cahayamata.
Kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam, pemuda yang meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul pada November 2013 berjaya mencuri perhatian ramai. Selepas pemergiannya, Ammar begitu dikenali dan menjadi satu fenomena kerana berjaya menyentuh hati anak muda khususnya yang tidak mengenali Ammar.
Disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Ahmad Ammar dicemburui ramai kerana jasadnya disemadikan di tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang kenamaan di Turki.
Ikuti perkongsian oleh Muhammad Najmie Ruslan yang sempat menziarahi pusara Allahyarham Ahmad Ammar.
AHMAD AMMAR, KISAH SYAHID YANG TERTANGGUH
“Alhamdulilah saya sempat menziarahi Pusara Ahmad Ammar, seorang Anak Muda yang diberikan penghormatan oleh Kerajaan Turki untuk dikebumikan di Tanah perkuburan Ayub.
Apabila sampai di sana, sejuk mata memandang apabila melihat kubur pusara Ahmad Ammar penuh dengan bunga2 tulip yang hidup dengan suburnya.”
Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia semuda 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.
Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
PELAJAR CEMERLANG
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz.
Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC (Maktab Tentera Diraja) namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya
Juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali.
Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia.
Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.
Allahu Akbar!
GELARAN SYAHID YANG TERTANGGUH
Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.
Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.
Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan.
Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?
Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.
Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.
Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.
Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting.
RINDUKAN SYAHID
Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya, Tuan Haji Ahmad Azam, beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.
Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.
Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.
Masya Allah Tabarakallah!
Untuk insan yang istimewa ini —-> Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” -al-imran:185
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
Anak berlainan jantina memandikan jenazah ibu bapa sering menjadi persoalan. Ketahui hukum sebenar menurut Islam, pandangan ulama mazhab al-Syafi'i serta peranan anak dalam menguruskan jenazah.