Aspek baik daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian suami isteri, sumbang mahram serta penderaan. Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh ikutan terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan. Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah.
Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah (r.a) meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)
Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah (r.a) yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)
MENYANTUNI ISTERI
Ads
Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas (r.a) pernah mengatakan bahawa Baginda SAW akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.
Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata. Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.
Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah (r.a) yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.
Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu.
Ads
BAPA PENYAYANG
Rasulullah SAW adalah bapa penyayang. Acap kali apabila Baginda melihat puterinya Fatimah (r.a) masuk ke rumahnya, Baginda terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangan. Aisyah (r.a) pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab Baginda amat sayang kepada Fatimah (r.a).
Baginda menegaskan, “Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui mengenai Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia membenciku, dan sesiapa yang membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”
Ummu Salamah (r.a), isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa Fatimah (r.a) adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya. Selaku anak, Fatimah (r.a) mencintai ayahandanya lebih daripada cintanya kepada sesiapa pun. Selepas ibunya Khadijah (r.a) meninggal dunia, dia yang baru berusia enam tahun yang merawat Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya.
Ads
Justeru Rasulullah memanggilnya dengan jolokan Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya, kerana kasih sayang dan pengorbanan mulia yang dicurahkan kepada ayahandanya. Memiliki sebuah keluarga harmoni memerlukan ikatan yang mesra bukan sahaja dengan anak dan isteri, malah menantu juga. Demikianlah ditunjukkan Rasulullah SAW. Contoh paling baik ialah melalui kehidupan Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai menantu Baginda.
JADI CONTOH ANAK MENANTU
Sayyidina Ali sebagai menantu Rasulullah SAW turut sama menyingsing lengan membantu Fatimah (r.a) menggiling tepung di dapur. Usaha sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam mengambil hati seorang isteri yang saban hari bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga. Bukan Sayyidina Ali (r.a) tidak mahu menyediakan pembantu untuk isterinya itu, namun beliau tidak mampu berbuat demikian. Fatimah (r.a) amat memahami keadaan suaminya dan beliau sentiasa berusaha membahagiakan suaminya.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Contoh kasih sayang datuk terhadap cucunya boleh dilihat daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu kesayangan iaitu Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin, anak Fatimah (r.a) dan suaminya Sayyidina Ali (r.a). Rasulullah SAW bukan saja sentiasa membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah apabila cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Baginda juga apabila keluar rumah, selalu membawa cucunya bersama. Baginda selalu meriba mereka. Pernah ketika Baginda sedang sujud dalam solat, cucu Baginda duduk di atas belakang Baginda sehinggakan Baginda sujud agak lama. Baginda juga selalu bermain kuda-kuda dengan cucunya.
Demikianlah contoh terbaik yang Rasulullah SAW pamerkan untuk diikuti oleh semua umatnya. Baginda ialah manusia agung yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai ajen pembawa rahmat untuk sekalian alam. Oleh itu, marilah kita semua mencontohi ketinggian peribadi, kemuliaan akhlak dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Sumber kredit: JAKIM Cawangan Sabah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berubah ke arah kebaikan untuk menjadi insan yang lebih baik adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Manusia itu tidak sempurna dan tidak pernah terlepas melakukan kesilapan tetapi masih belum terlewat untuk bertaubat selagi masih bernyawa.
Bagi golongan selebriti selain menjadi tumpuan khalayak, di sisi lain, mereka juga seperti insan biasa. Di sebalik dunia gemerlapan, sebilangan mereka sama ada sebagai pelakon atau penyanyi, akan terdetik satu perasaan untuk berubah. Sudah ramai selebriti terkenal dan popular berhijrah kerana melalui sesuatu peristiwa atau diberi petunjuk untuk berubah.
Berikut lapan selebriti yang sudah pun berhijrah.
MIZZ NINA
Kisah penghijrahan Mizz Nina bermula selepas dia pulang mengerjakan haji pada 2013 bersama keluarganya. Mizz Nina juga mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya dalam dunia nyanyian. Ketika itu, Mizz Nina sudah pun berkahwin dengan Noh Hujan. Mizz Nina kini banyak menghadiri majlis ilmu selain melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan bersama-sama suaminya.
DIANA AMIR
Diana mula berhijrah selepas mendengar cerita rakannya yang baru berhijrah mengenai Rasulullah dan terus terdetik untuk menutup aurat kerana sayangkan ayahnya dan tidak mahu menyusahkannya di akhirat kelak.
IRMA HASMIE
Penghijrahan yang dilakukan oleh Irma lebih kepada kepada kesedaran dirinya sendiri. Dia juga merasakan sudah tiba waktu untuk dia berpakaian menutup aurat. Dia juga mengaku lebih tenang dan bahagia selepas penghijrahannya.
CATRIONA ROSS
Semuanya bermula apabila Catriona menemani rakannya ke sebuah butik tudung. Sambil menunggu rakannya. dia tergerak hati untuk mencuba tudung dan ketika melihat wajahnya di cermin, tiba-tiba datang satu perasaan pelik sehingga bergenang air mata dan mengambil keputusan untuk memakai tudung.
ABBY ABADI
Nekad memakai tudung semasa di Mekah, Abby berdoa semoga Allah menetapkan iman untuk dia istiqamah dalam penghijrahannya. Abby juga menceritakan tentang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan selepas menunaikan umrah.
YATT HAMZAH
Penghijrahannya bermula selepas mengikuti rakannnya menghadiri usrah. Ia telah berjaya menimbulkan keinsafan dalam dirinya kerana sering mengabaikan solat serta mendedahkan aurat. Katanya, setiba di rumah, dia terus menunaikan solat taubat dan pada rakaat terakhir, dia tidak dapat mengangkat kepalanya serta mengakui terlihat jelas keadaan wanita yang mendedahkan aurat diseksa di neraka. Dia kemudian terus sujud memohon keampunan sambil menangis.
WARDINA SAFIYYAH
Wardina pernah memberitahu bahawa dia merasakan sesuatu yang aneh sebaik sahaja melihat Kaabah dan bermula dari situ, dia mula melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Bermula dengan tidak meninggalkan solat wajib lima waktu dan kemudian menzahirkan keinginan untuk mula mengenakan hijab.
ABBY FANA
Sekembali menunaikan haji, Abby Fana mula berhijrah. Abby Fana atau nama sebenarnya Habsah Omar merupakan seorang yang sederhana. Dia memberitahu pernah mengalami kemurungan dan mendapat bantuan profesional yang mengingatkannya supaya mendekatkan diri kepada Allah serta mencari kebahagiaan ke arah pengisian rohani.
Sumber kredit: Sekkito.net
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Saya bernazar nak pakai tudung.’ Mona Allen berhijab selepas dikurniakan anak pertama. Alhamdulillah perubahan yang cukup baik.
Manisnya Mona Allen dengan imej barunya. Rupa-rupanya dalam diam selebriti ini menyimpan hasrat untuk mengenakan tudung jika Allah makbulkan permintaannya.
Terkini, Mona Allen, 37, menunaikan hajat dan tekadnya untuk bertudung selepas dikurniakan anak hasil perkahwinan dengan pelakon, Pekin Ibrahim.
Pelakon ini yang melahirkan anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu sebelum itu berhajat untuk bertudung sekiranya dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.
Mona Allen Berhijab
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.
“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat Pekin, Little Joe Mesra Car Air Freshener.
Selepas Dikurniakan Anak Pertama
Terdahulu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen mengundang perhatian umum apabila banyak berkongsi imej dirinya di Instagram dengan memakai tudung.
Walaupun sudah bertudung, Mona belum bersedia untuk mengatakan dirinya sudah bertudung sepenuhnya, sebaliknya mengakui dia masih dalam fasa memperbaiki penampilannya.
Mona juga memperlahankan aktiviti kariernya buat sementara waktu bagi memberi tumpuan membesarkan Petra.
Ketika anak seusia dengannya asyik bermain dengan rakan sepermainan atau leka dengan gajet tapi adik Haikal Firdaus berbeza. Pada usia 9 tahun dia sudahnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.
Mula menunjukkan minat menghafaz al Quran sejak usia 4 tahun, dia mendapat dorongan hebat daripada datuk dan nenek yang menjaganya.
Ikuti perkongsian yang sungguh inspirasi ini. Moga kita semua istiqomah dalam menjadi mukmin yang terbaik.
9 TAHUN 30 JUZ DALAM KEPALA
Adik ni bernama Haikal Firdaus. Berumur 9 Tahun dan Berasal dari negeri Johor. Kelebihan dia ialah 30 Juz Al-Quran dalam kepala.
Beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, sejak bila adik Haikal ni mula hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin hafal Quran?
Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal begitu inspirasi.
“Cucu saya mula menghafal al Quran sejak usia 4 tahun dan cucu saja juga perangainya lain dari kanak-kanak lain. Kami tak paksa di menghahafal tapi semua ini kehendak dia sendiri.”
“Bangun pada 5.00 pagi, ambil wudhuk dan solat, lepas solat dia baca al-Quran satu Juz hingga masuk waktu Subuh.
“Waktu pagi pergi ke sekolah agama lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40. Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz.”
Masya-Allah begitu hebat minat anak kecil ini kepada al-Quran. Semoga dia membesar jadi lelaki soleh.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...