Sejak semalam tular di media sosial berkaitan kenyataan Ustaz Muhaizad mengenai isu ikut Nabi atau ikut guru.
Dalam kenyataan ceramahnya, Ustaz Muhaizad ada memberikan penjelasan “Kalau Rasullullah SAW ke kanan Tok Guru ke kiri, nescaya ambo akan ikut Tok Guru ke kiri.” dan ia terus dibahaskan hingga hari ini. Ekoran itu pada 11 Februari ini dirinya telah dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan berhubung kenyataan darinya.
Dalam pada itu, Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dalam perkongsian di fbnya ada memberi penjelasan panjang lebar mengenai ikut Nabi atau ikut guru, satu pencerahan darinya.
Setiap fakta ilmu yang diungkap dalam Islam TIDAK hanya bersandar kepada kewujudan hadith semata-mata kerana semua hadith samada yang sahih, hasan ataupun da’if boleh membawa kepada kefahaman yang sesat JIKA TIDAK dibimbing oleh guru yang merupakan Ulama, dan Ulama adalah pewaris para Nabi.
Kekeliruan yang terjadi pada saat ini apabila ada pihak yang cuba memahami agama terus lompat kepada hadith tanpa melihat perbahasan Ulama mengenainya. Pihak ini menyangka bahawa jika boleh ikut Nabi terus, kenapa nak kena ikut Ulama.
Kepincangan ini terjadi lantaran kegagalan mereka memahami bahawasanya mengikut Ulama Muktabar adalah sebenarnya mengikut Nabi Muhammadﷺ.
Imam Sufyan bin ‘Uyaynah pernah berkata, “Hadith itu boleh menjadi sebab kesesatan melainkan ahli ilmu dalam bidangnya”. (al-Jami’ fi al-Sunan li Ibni Abi Zayd, ms.118).
Untuk mendapat kefahaman yang betul dalam keilmuan Islam, Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah mementingkan pengajian ilmu bersanad yang berperanan sebagai “security system” yang dapat menjadi pembenteng kepada kemurnian kefahaman dalam agama.
Tindakan mengajak masyarakat awam untuk terus lompat kepada kitab al-Qur’an dan kitab hadith adalah suatu tindakan yang bercanggah dengan metod sebenar dalam memahami fakta-fakta kebenaran dalam agama Islam.
Sekadar memiliki kitab-kitab hadith dan menela’ah hadith-hadith sahih belum melayakkan seseorang untuk mengeluarkan hukum daripadanya. Demikian adalah kerana interaksi terhadap hadith tidak hanya terhenti dengan sahih, hasan dan da’if semata-mata, dan tidak hanya tertumpu kepada maqbul dan mardud di sisi Muhaddithin sahaja.
Ads
Sesungguhnya kesahihan hadith tidak menjamin kefahaman seseorang itu tentang makna hadith tersebut adalah turut sahih atau serta merta ia menjadi sunnah. Kerana tidak semua hadith yang sahih sanadnya boleh terus diamalkan begitu sahaja tanpa perlu melihat kepada aspek-aspek yang lain. Hal itu telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Kathir dalam Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith bahawasanya kesahihan sanad tidak menjamin kesahihan matan.
Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata, “Walaupun seseorang memiliki kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith Nabi ﷺ serta pendapat para Sahabat dan Tabi’in, dia tidak boleh mengamalkan apa yang dia kehendaki atau memilih-milih (salah satu pendapat), lalu memutuskan dan beramal dengannya sebelum dia bertanya kepada ahli ilmu apa yang mesti diambil agar ia beramal dengan perkara yang benar”. (Ruj: I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin li Ibni Qayyim).
Baginda ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu secara langsung daripada hati para hambaNya. Tetapi, Allah mengangkat ilmu dengan kewafatan para Ulama”. (al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadith ini, Baginda ﷺ tidak menyebut ilmu itu diangkat dengan dihilangkan kitab-kitab atau mushaf, akan tetapi dengan hilangnya para Ulama. Hal tersebut menunjukkan bahawa hakikat ilmu agama dan kefahamannya adalah terletak pada para Ulama bukan kepada kitab semata-mata, yakni kitab hanyalah sebagai pembantu atau penyokong kepada ilmu yang berada disisi jumhur Ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah yang membentuk al-Sawad al-A’zam.
Imam al-Shatibi dalam al-Muwafaqat (ms.53) ketika menghuraikan hadith di atas, katanya, “Sesunggguhnya ilmu berada di dada-dada guru, kemudian dipindahkan ilmu tersebut ke dalam kitab. Maka, kunci bagi ilmu tersebut tetap berada ditangan guru”.
Guru adalah kunci bagi ilmu kerana padanya terhimpun tiga ciri utama iaitu penggunaan rujukan-rujukan kitab yang benar, kefahaman ilmu yang benar secara bersanad dan mempunyai keahlian dengan penguasaan ilmu yang mantap. Guru yang mempunyai kriteria-kriteria tersebut adalah Ulama yang sebenar.
Ads
Di dalam Islam, ilmu itu institusinya bukan terletak pada bangunan atau binaan, mushaf atau kitab, akan tetapi para Ulama’-lah yang merupakan institusi ilmu itu sendiri. Hal tersebut sesuai dengan Firman Allah Ta’ala, “Maka tanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui” (al-Nahl:43), dalam ayat ini Allah Ta’ala tidak memerintahkan untuk bertanya kepada kitab, akan tetapi kepada ahli ilmu.
Perkara tersebut juga telah dijelaskan oleh Imam al-Awza’i rahimahuLlah, katanya, “Tidaklah hilang ilmu melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (pemikul ilmu agama tersebut)” (al-Tamhid, Imam Ibnu Abd al-Barr).
Hal tersebut turut diterangkan oleh anak murid beliau, Imam Malik rahimahuLlah yang berkata, “Hendaklah seorang penuntut ilmu itu hafazan ilmu agamanya adalah daripada para ulama, bukan sekadar dari lembaran kitab semata-mata” (al-Kifayah fi Ma’rifah Usul ‘Ilm al-Riwayah, Imam Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi).
Anak muridnya, Imam Shafi’i rahimahuLlah pula berkata, “Sesiapa yang cuba memahami ilmu agama melalui isi kandungan kitab semata-mata, maka dia akan mensia-siakan ahkam (kefahaman hukum-hakam yang sebenar)” (Tadhkirah al-Sami’ wa al-Mutakallim, Imam Badr al-Din Ibnu Jama’ah).
Berikutnya, Imam Ibnu Jama’ah rahimahuLlah berkata, “Sebesar-besar musibah adalah bergurukan lembaran-lembaran kitab. Hendaklah seorang penuntut ilmu tidak berguru dengan orang yang mengambil ilmu hanya dari dada-dada kertas dan tidak pula berdamping dengan para Ulama yang sempurna penguasaan ilmunya.
Ads
Dalam setiap disiplin ilmu penuntut ilmu hendaklah bergantung kepada seseorang yang mampu mengajar dengan baik, mengkaji dengan mendalam, dan terzahir pada dirinya manfaat ilmu tersebut, dan yang memiliki kepakaran untuk mengajar buku tersebut” (Tadhkirah al-Sami’ wa al-Mutakallim, Imam Badr al-Din Ibnu Jama’ah al-Kinani).
Sesungguhnya ilmu itu diwarisi kefahamannya secara bersanad oleh para Ulama sebagaimana sabdaan RasuluLlah SAW, “Ulama itu adalah pewaris para Nabi” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadith di atas, Imam Ibnu al-Salah dalam Adab al-Mufti wa al-Mustafti menyebutkan bahawa ia adalah dalil yang menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat oleh Ulama yang berotoriti adalah mewakili Allah dalam memberikan pengesahan hukum dari Allah (انها توقيع عن الله تبارك وتعالى). Keterlanjutan dari itu, Imam Ibnu al-Qayyim telah mengarang kitab yang berjudul I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin yang bermaksud “pemberitahuan kepada pengesahan dari Allah Ta’ala”.
Dalam kitabnya berjudul al-Ruh, Imam Ibnu Qayyim meyebutkan bahawa roh merupakan ciptaan yang berunsur cahaya. Meskipun fakta tersebut tidak terdapat dalam mana-mana hadith mahupun ayat al-Qur’an, akan tetapi kesimpulan tersebut dicapai adalah berdasarkan kefahaman para Ulama di atas penelitian mereka terhadap seluruh nas agama.
Dalam sebuah ayat al-Qur’an, apabila Allah Ta’ala berbicara mengenai pewarisan kitab, Allah menyebut bersama dengannya hamba-hamba yang dipilih oleh-Nya iaitu para ahli ilmu, iaitu Firman Allah:
ثُمَّ اَوْرَثْنَا الْكِتٰبَ الَّذِيْنَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَا دِنَا ۚ “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami” (al-Fatir:32).
Imam Ibnu Kathir menukilkan dari Imam Muhammad al-Baqir dan Imam Ahmad bin Hanbal bahawa maksud ‘hamba-hamba’ dalam ayat di atas ialah para Ulama dari kalangan umat Nabi Muhammadﷺ .
Sebagai penutup, saya menyeru diri saya sendiri dan sekalian pembaca untuk mengambil ilmu dari dada para Ulama yang jelas sanad keilmuannya. Bersimpuhlah dihadapan mereka dengan penuh adab dan hormat.
Sesungguhnya perbuatan mengikut Ulama adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi Muhammad ﷺ. Dengan kata lain, mengikut para Ulama yang muktabar adalah hakikatnya mengikuti Nabi Muhammad SAW. Dan barangsiapa yang taat kepada RasuluLlah ﷺ bermakna dia taat kepada Allah Ta’ala. Oleh: iqbal zain al-jauhari SILA SHARE DAN SEBARKAN
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Bacaan suami salah ketika solat jemaah, isteri tak boleh tegur direct.’ Begini cara yang betul agar solat tak terbatal dan terhenti di tengah jalan. Tular di media sosial sebuah video sepasang suami, isteri solat berjemaah.
Dalam video tersebut, sang suami kelihatan gagal untuk menyempurnakan bacaan surah Al-Kafirun dan terpaksa mengulang beberapa kali tapi sampai ke sudah dia tetap tak ingat.
Sang isteri yang hilang sabar barangkali, terus membacakan ayat yang suami terlupa. Tetapi suami seakan-akan tak mendengar dan tetap ulangi kesilapan yang sama. Jadi apakah kesudahan solah suami dan isteri.
Biarpun video ini nampak kelakar dan lucu tetapi ada sesuatu yang manarik perhatian Ustazah Asni Mansor dan hadam baik-baik pesanannya jika kita berdepan dengan situasi yang sama.
Ketika Solat Jemaah
Kongsinya :
Waze bagi jalan pusing-pusing, tak jumpa jalan keluar. Make my day…
Dua perkara kita boleh belajar…
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Isteri Tak Boleh Tegur Direct
Perkara pertama yang boleh kita lakukan jika terlupa ayat dalam solat apa nak buat? Adakah boleh terus rukuk?
1. Cuba ulang ayat dari pangkal ayat, salah satu cara untuk men gin gat baha gian atau ayat yanv kita lupa.
2. Kalau sudah ulang, tak dapat juga. Pilihan terbaik adalah tukar kepada surah yang lancar seperti Surah Al-Ikhlas (qulhuwallahu ahad)
3. Kemudian, barulah rukuk.
Begini Cara Yang Betul
Manakala cara kedua bagi mengatasi masalah ini terutamanya bagi perempuan atau isteri yang hendak tegur bacaan suami dalam solat.
Jika suami di dalam rumah, wanita disarankan bertasbih (subhanallah). Sebaliknya, jika dengan orang lain, yang bukan suami sekadar menepuk tangannya.
Merujuk kakak dalam video ini, disebabkan terlalu geram menden gar bacaan yan g salah, dia terus membaca ayat yan g yan g betul kerana tak mampu menahan.
Kesedaran kepentingan bersukan dan riadah nyata semakin meningkat di kalangan masyarakat kita hari ini; lelaki mahupun wanita. Lihat sahaja sambutan acara berbasikal dan larian, kedua-duanya memang mempunyai ramai pengikut tegar.
Mengamalkan gaya hidup sihat memang sangat digalakkan dalam Islam. Namun dalam keseronokan bersukan itu, ada perkara penting yang kita telah terlepas pandang. Pakaian sukan yang ketat!
Pakaian banyak bersangkutan dengan aurat, dan Islam memandang berat akan perakar ini dan tidak boleh dibuat main. Kita ikuti penjelasan dan huraian dari Ustaz Syed Shahridzanmelalui entri santainya di facebook beliau.
Menurut beliau, wanita yang minat sukan berbasikal dan aktiviti-aktiviti sukan yang lain sambil memakai pakaian ketat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) hukumnya jelas lagi nyata tanpa perlu kepada fatwa mufti.
Hukum Berpakaian Dalam Islam
Ini kerana ia termasuk dalam urusan agama yang ‘tidak boleh tidak’ mesti dan pasti diketahui hukumnya (المعلوم من الدين بالضرورة), tidak kira orang awam atau tidak, semuanya tahu hukumnya HARAM yang nyata.
Saya pernah ditanya tentang kenyataan para ulama Syafi’iyyah yang menyatakan wanita yang memakai pakaian ketat ketika solat hukumnya makruh. Adakah hukum makruh ini boleh dibawa di luar solat? Jawapan sudah tentu TIDAK.
Ini kerana jelas dalam kitab-kitab fiqh menjelaskan hukum itu dalam bab solat sahaja bukan situasi luar solat iaitu di hadapan lelaki ajnabi/bukan mahram.
Buktinya apabila fuqaha membicarakan tentang aurat lelaki mahupun perempuan, mereka memfatwakan berdasarkan situasi berbeza.
Contoh ulama syafi’iyyah menyatakan wajah wanita ketika solat tidak wajib ditutup, manakala di hadapan lelaki ajnabi mereka wajib menutup wajah mereka menurut pendapat muktamad (ada pendapat kedua dalam mazhab Syafi’ie wanita harus mendedahkan muka jika aman dari fitnah)
Sama juga perkara yang melibatkan aurat lelaki yang mana para fuqaha menyatakan bahawa aurat lelaki ketika solat paling minimum antara pusat dan lutut.
Namun apabila seorang lelaki berhadapan dengan wanita ajnabi maka lelaki itu wajib menutup tubuh badan mereka.
Dalam erti kata yang lain HARAM si lelaki berlengging (tidak berbaju) di hadapan wanita ajnabi. Jelas bukan? Fatwa berbeza berdasarkan situasi yang tak sama.
Dalam kitab al-Majmu’ (rujukan utama kitab fiqh Syafi’ie), imam Nawawi menjelaskan maksudnya perkataan نساء كاسيات عاريات (Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang) dalam hadis sahih adalah wanita yang menzahirkan kecantikan tubuh badan mereka meskipun berpakaian, wanita sebegini termasuk dalam dua golongan ahli nereka.
Maka jelas di sini menurut ulama wanita berpakaian ketat di hadapan lelaki ajnabi haram hukumnya. Yang makruh hanyalah ketika solat berseorangan atau bersama mahramnya.
Hukum lelaki memakai pakaian ketat termasuk pakaian sukan, dalam kitab fiqh menyatakan lelaki memakai pakaian ketat ketika solat hukumnya “Khilaf Awla” iaitu lebih afdal ditinggalkan.
Namun jelas apa yang dinyatakan ini berkait rapat ketika solat dan berbeza di luar solat terutama di hadapan wanita ajnabi.
Sepakat para ulama dari mana-mana mazhab pun bahawa apa jenis pakaian dan keterampilan lelaki yang boleh menimbulkan syahwat dari pihak wanita hukumnya HARAM.
Oleh itu tidak mustahil lelaki yang berbadan cantik, slim dan sado mampu menaikkan syahwat wanita yang melihatnya.
Jika tidak, mengapa Allah perintahkan wanita agar menjaga mata mereka seperti yang dinyatakan dalam surah al-Nur, ayat 31. Lelaki boroi yang berpakaian ketat pun ada wanita yang bersyahwat.
Konklusinya lelaki yang berpakaian ketat boleh jatuh haram kerana mendedahkan diri kepada fitnah yang berbahaya, oleh itu sewajarnya dielakkan. Bayangkan isteri orang boleh puji ‘kesadoan’ badan lelaki ajnabi.
Suami orang jangan cakaplah, lebih ramai yang puji dan terpikat dengan kecantikan tubuh badan wanita lain. Ini hakikat yang perlu diterima kerana kita kita hidup dalam persekitaran yang tidak sihat.
Orang yang dipuji akan berasa bangga tetapi sedarkah pujian itu hasil dari perbuatan dosa?
Akhir sekali segala keputusan dalam menentukan gaya hidup berada di tangan kita sendiri. Kita yang menentukan sama hidup kita ini tunduk pada syariat Allah atau tidak.
Tidak salah bersukan tetapi biarlah ia berlandaskan patuh syariah. Sebagai suami anda bertanggungjawab mendidik isteri anda sendiri ke jalan yang diredhai Allah ta’ala. Jangan pula suami berperanan sebagai ejen penyebaran perbuatan yang salah di sisi agama.
Selepas menziarahi kematian sering kali orang tua akan berpesan supaya kita mandi dan membersihkan diri. Salah satu sebabnya supaya tidak terkena badi mayat yang boleh membuatkan seseorang itu sakit atau pun teringat-ingat akan si mati.
Meskipun masih dipercayai hingga sekarang tapi dalam Islam adakah wujud ‘badi mayat’ ini. Soalan yang sama turut dikemukakan oleh seorang netizen yang kemudiannya mendapat pencerahan dari Mufti Selangor.
Saya terbaca hadis riwayat Imam Ahmad, bersanad dari Abu Hurairah r.a. tentang galakan mandi selepas memandikan jenazah. Hadis ini dinyatakan status sebagai hasan. Soalan saya, adakah ini menjadi dalil kepada kepercayaan badi mayat? Adakah badi mayat wujud? Jika tidak, adakah badi mayat dikira sebagai khurafat, dan apa dalil yang menentangnya? Sekian terima kasih, wallahu’alam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hadis tersebut tiada kaitannya dengan kepercayaan badi mayat. Ianya hanya anjuran Nabi SAW untuk membersihkan tubuh badan setelah menguruskan jenazah.
Hukum mandi tersebut adalah sunat. Ada pun badi mayat adalah kepercayaan karut masyarakat Melayu dahulu kala. Namun telah dikikis sedikit demi sedikit dengan datangnya agama Islam yang membawa manusia daripada jahil kepada manusia yang berilmu.
Walaupun al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang khurafat, namun sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT, mestilah percaya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi nikmat mahupun bala.
Berdasarkan kepada firman Allah SWT; Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. (at-Taubah : 51)
Sudah berpisah, namun bekas suami isteri terus berhubung dan berkawan baik demi anak. Ada masa keduanya juga bertemu malah da juga yang menghabiskan masa...