Setakat hari ini, bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia mencecah angka 1,862,187 orang dengan jumlah kematian 18,219 kes dilaporkan setakat semalam. Jelas ia satu angka yang cukup tinggi dan pastinya mendatangkan kesan emosi yang bukan sedikit kepada keluarga mangsa.
Ternyata, wabak Covid-19 ini sudah meragut banyak nyawa dan ia bukan satu pengalaman mudah bagi individu yang menguruskan jenazah mereka yang disahkan meninggal akibat wabak ini.
Namun pengalaman dikongsikan oleh Tokoh Mualaf Wilayah Persekutuan, Nurmaisarah Leong, 54, yang sudah menguruskan lebih 100 jenazah Covid-19 sudah cukup mengundang sebak.
Ikuti perkongsian Tokoh Mualaf ini seperti dikongsikan di Berita Harian.
“Saat diberitahu kami akan menguruskan jenazah dua bayi yang baru dilahirkan akibat dijangkiti COVID-19, rasa sayu menyelubungi hati.
“Meskipun jenazah bayi belum dibawa turun dan belum ada di depan mata kesedihan itu sudah mencengkam hati.
“Di saat menguruskan dua jenazah masing-masing bayi lelaki dan perempuan yang baru dilahirkan, berjujuran air mata, tetapi tugas perlu disempurnakan dengan cepat.
“Ternyata korban COVID-19 bukan main-main, sesiapa sahaja boleh dijangkiti. Ini membuatkan memori susah dilupuskan mengingati wajah comel bayi yang belum sempat mengenal dunia dan kedua-dua ibu bapanya,” katanya.
Nurmaisarah Leong sudah menguruskan lebih 100 jenazah Covid-19
Itu antara pengalaman dan perasaan dirasai Tokoh Mualaf Wilayah Persekutuan, Nurmaisarah Leong, 54, yang sudah mengurus lebih 100 jenazah COVID-19 sekali gus menginsafkan dirinya betapa penularan virus penyakit amat berbahaya.
Ads
Sejak menyertai pasukan sukarelawan dakwah inisiatif Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi pengurusan jenazah COVID-19 sejak Mac 2020, ia benar-benar memberikan pengalaman yang memerlukan keampuhan kudrat mental dan fizikal.
Beliau berkata, selain menguruskan jenazah bayi yang meninggal dunia akibat COVID-19, beliau juga pernah berdepan dengan saat menyedihkan apabila ditugaskan mengendalikan jenazah seorang ibu hamil berumur 35 tahun dengan kandungan berusia lima bulan.
“Urusan memandikan jenazah itu dilakukan di di Hospital Putrajaya. Selepas selesai memakai peralatan perlindungan diri (PPE), saya diberitahu jenazah adalah ibu mengandung dengan kandungan usia lima bulan.
“Kali pertama menguruskan jenazah ibu mengandung, hati saya sebak. Kini semakin ramai ibu mengandung yang terkesan dan meninggal dunia akibat positif COVID-19.
“Sama seperti jenazah lain yang meninggalkan dunia akibat COVID-19, hanya perlu melakukan proses tayamun dan solat jenazah sebelum menuju ke ‘perjalanan terakhir’ mereka,” katanya.
Ads
Ditanya lanjut mengenai cabarannya, Nurmaisarah berkata, ada kalanya merasa sesak nafas kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lebih lima jam, selain lelah namun dilakukan dengan tabah.
Ada ketika, beliau perlu menguruskan lebih 10 jenazah dalam satu masa bersama beberapa sukarelawan lain, selalunya antara tiga hingga empat orang.
“Jika rasa sesak nafas, saya cepat berselawat dan mengingatkan diri untuk menyempurnakan ibadah.
“Kita lakukan tayamun dan solat jenazah sebelum mereka dikebumikan.
Ads
“Situasi di bilik pengurusan jenazah menyayat hati dan menginsafkan apatah lagi ahli keluarga tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada si mati,” katanya.
Beliau pernah dilarang oleh rakan-rakan supaya tidak terbabit dengan pengurusan jenazah COVID-19, namun tidak pernah diendahkan kerana menganggap ia tugasan berbeza meskipun memahami pelbagai risiko dilalui termasuk kemungkinan dijangkiti virus itu.
Namun, dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang diperlu dipatuhi pasti ia mampu melindungi diri petugas barisan hadapan ini.
Beliau yakin dengan semangat untuk berbakti dan melakukan fardu kifayah terakhir untuk ‘saudara sesama Islam’ semua perasaan bimbang itu lenyap.
“Ada kawan melarang saya untuk menjadi sukarelawan pengurusan jenazah pelbagai lapisan usia dan latar belakang kerana takut dijangkiti wabak, tetapi saya faham mereka risau.
“Tetapi jujurnya saya sering mengingatkan diri saya kematian itu pasti. Semua orang akan melaluinya.
“Adakah amalan dan bekalan saya cukup untuk ke fasa seterusnya? Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai Muslimah untuk saudara Islam walaupun tidak kenal antara satu sama lain,” katanya. Sumber :Berita Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika sebelum ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pasangan pengantin yang mahu berkahwin dibenarkan untuk bernikah secara online di rumah masing-masing.
Dan semalam menjadi berita gembira buat bakal pengantin apabila mereka diberi kelonggaran untuk mengadakan majlis akad nikah di masjid.
Gambar sekadar hiasan.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media semalam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Walau bagaimanapun, pihak JAWI akan mengeluarkan semula dengan mematuhi beberapa syarat yang bakal ditetapkan nanti.
Jadi kepada pasangan yang berhajat untuk berkahwin, bokeh teruskan niat denna mengambil keberkatan mengadakan akad nikah di masjid berhampiran.
Gambar sekadar hiasan.
Kashoorga: Kegembiraan jadi lebih berganda, apabila dapat menyediakan segala barangan perkahwinan di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jodoh itu rahsia Allah dan hanya Dia yang tahu. Tetapi kita boleh berusaha untuk membuat pilihan terbaik. Ada macam-macam kriteria mencari bakal Imam dan salah satu mereka yang berwajah seiras.
Dikatakan jika mempunyai jodoh dengan mereka yang punya wajah seiras ini, rumah tangga lebih bahagia dan kekal hingga ke jannah.
Gambar sekadar hiasan.
Perkongsian dari Pakar Psikiatri Dr Ahmad Rostam Md Zain ini menjelaskan lebih mendalam berhubungan fakta menarik mengapa pasangan kelihatan seiras.
Dia yang membuat thread di laman sosial twitter mendapat perhatian warganet hingga mendapat retweets lebih 18 ribu serta 13 ribu butang like.
1. Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri
2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yg mempunyai ciri fizikal & strata sosial yg setara
3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan & gaya yg sama yg menunjukkan ikatan emosi yang selesa & saling percaya
4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi xhairanlah jika seorang sakit, yg 1 lagi juga bakal xsihat
5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi & cabaran yg sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yg sama.
6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, > tinggi tahap kegembiraan & kebahagian yg dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan
Sweet, kan?
Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi. Jadi anda mahu #pilihsihat? Pilihlah untuk bahagia #MedTweetMY
Setiap dari kita pastinya melalui dan merasai zaman persekolahan yang sangat manis dan terindah setiap memori untuk dikenang.
Waktu itulah kita mula mengenal dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang sebaya.
Hubungan yang terjalin tidak lebih dari sebuah persahabatan dalam berkongsi ilmu sepanang menuntut ilmu. Jika ada pun sekadar cinta monyet yang hanya sekadar memori manis untuk dikenang.
Namun segala urusan jodoh dan rezeki itu terletak di tangan Allah. Siapa sangka jodoh bersama seseorang yang dulunya sekadar digelar cinta monyet.
Mula kenal sejak sekolah yang menjadi teman bermain dan akhirnya jadi peneman sehingga ke akhir hayat.
Menerusi perkongsian satu video dimuat naik seorang jurugambar Aizat Mustafa merakam sepasang pengantin yang begitu bahagia di hari perkahwinannya.
Dipercayai pasangan pengantin ini sudah kenal sejak 13 tahun lalu dan dalam satu temubual pengantin perempuan Farah Izzaty memberitahu mereka berkenalan ketika dia dan suaminya sewaktu masih di Tingkaran Tiga.
Namun dia tidak menyangka sama sekali hubungan rapat bersama rakan sekolahnya itu akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Kenal sejak bersekolah lagi.
Katanya lagi, hubungan jadi lebih rapat apabila masing-masing menunjukkan minat yang sama dalam pengurusan majlis.
Akhirnya jodoh mereka memang sudah diatur Allah. Tanggal 20 Disember menyaksikan keduanya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Majlis penuh gemilang ini berjalan lancar dengan diserikan kehadiran sanak saudara serta ahli keluarga di Jitra Kedah.
KASHOORGA: Semua yang berlaku itu sudah ditentukan perjalanannya oleh Allah SWT. Jagalah perhubungan yang cukup indah ini dengan baik dan mungkin dialah jodoh terbaik buat diri kita. Apa yang penting warnailah rumahtangga dibina dengan baik dan hiduplah berkasih sayang berlandaskan Al-Quran serta hadis dan sunnah Rasulullah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...