Kota Tarem yang terletak di Hadramaut, Yaman merupakan tempat bersejarah yang sangat terkenal. Dikenali sebagai kota seribu wali kerana merupakan tempat himpunan berkumpulnya wali Allah, masyarakat di sini sangat dikenali kerana memiliki keturunan Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW menceritakan berkenaan Yaman menerusi sabdanya yang bermaksud: “Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut-lembut hati dan selembut-lembut sifat, iman itu di Yaman dan fiqh itu di Yaman dan hikmah juga di Yaman.” (Hadis riwayat Muslim).

Di sebalik kisah Kota Seribu Wali ini pasti ramai tertanya-tanya bagaimana keadaan pelajar di sini.

Dikongsi dari fb milik Al Faqir Mustaffa Kamal, dirinya yang berhijrah ke Kota Tarem berkongsi keunikan di kota ini. Katanya, pelajar di sini, tidak disibukkan dengan cerita akhir zaman tapi diajar tentang ilmu selain mengamalkan zikir.

Pelajar Kongsi Diari Di Kota Tarem, Mereka Tidak Disibukkan Cerita Akhir Zaman Tapi Diajar Ilmu & Sentiasa Berzikir
Al Faqir Mustaffa Kamal bersama anak-anaknya

Diari seorang pelajar:-

Mestilah kena bangun sebelum Subuh, kemudian kejutkan anak-anak sebelum pergi ke Musalla Dar Musthofa. Di situ, kita berzikir beramai-ramai sehingga solat subuh berjemaah. Selepas itu kami akan membaca beramai-ramai Azkar pagi dari kitab Khalasoh Madad sambil bersalaman dengan Al Habib Omar dan para Habaib dan pelajar-pelajar yang lainnya.

IKLAN

Selesai bersalaman dan berzikir lalu masing-masing masuk dalam Halaqah pengajiannya, Al Faqir masuk halaqah bersama Allamah Habib Omar mendengar syarahan Kitab Muwattho’ Imam Malik.

Habis pengajian dengan Al Habib, halaqah kami akan membaca surah Yasin dan doa, kemudian masing-masing solat sunat dhuha, Al Habib Omar biasanya solat dhuha 8 rakaat dan dalam solatnya Al Habib membaca Al Quran dengan panjang. Istiqamah, khusyuk dan penuh tunduk kepada Allah. Semoga Allah panjangkan umur Al Habib dalam kebaikan.

Beginilah rutin kehidupan kami di Tarem setiap pagi. Waktu sebelum Subuh hingga terbit matahari adalah waktu yang paling utama kita beribadat. Pastikan permulaan kehidupan dengan ibadat dan jangan sampai hari kamu dimulakan dengan maksiat.

Orang Tarem bangun pagi, mula-mula yang dibaca adalah zikir, kemudian ilmu kemudian Al Quran dan begitulah sehingga masa makmur dengan ibadat. Wahai teman, ayuh kita ubah kehidupan kita dengan makmur dengan ibadat, tulisnya.

IKLAN
Pelajar Kongsi Diari Di Kota Tarem, Mereka Tidak Disibukkan Cerita Akhir Zaman Tapi Diajar Ilmu & Sentiasa Berzikir
Dari celik mata hingga matahari terbenam, masa mereka dipenuhi dengan belajar ilmu dan berzikir

Dalam pada itu, Al Faqir Mustaffa Kamal menjelaskan, mereka di sini tidak disibukkan dengan dengan cerita akhir zaman tetapi disibukkan dengan belajar ilmu dan berzikir, Habaib di sini (Tarem) menekankan 3 perkara asas iaitu :-

1- Belajar ilmu dan berzikir,
2- Beribadah dan berakhlak mulia
3- Berserah kepada Allah dalam semua usaha.

Al Faqir duduk di sini (Tarem) tidak pernah mendengar baik daripada Habaib atau Masyaikh mengkritik atau menjatuhkan satu sama lain. Yang Al Faqir lihat mereka saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Bahkan Allamah Habib Omar masih lagi duduk dalam majlis ilmu Habib Abu Bakar Balfaqeh di Suq.

IKLAN

Tarem bukan saja, kota ilmu, bahkan ia adalah kota adab dan akhlak. Ianya dapat dilihat daripada ulama-ulama di sini. Apa yang dapat kita belajar dari kota Tarem adalah:-

1.Para ulama atau pendakwah mestilah mengajak masyarakat kepada ilmu dan amal, tidak membawa cerita atau isu yang menakutkan orang ramai.

2- Masyarakat hendaklah disajikan ilmu yang membawa kepada taqwa, maksudnya ia menjuruskan kepada:-
a- Mengingatkan nikmat Allah dan Kebesaran Allah.
b- Membawa kepada beramal dan meninggalkan maksiat,
c- Berakhlak mulia sesama manusia.

3- Para ulama dan pendakwah hendaklah menjadi contoh kepada masyarakat agar ilmu yang disampaikan akan memberi kesan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI