Diam tak diam sudah hampir sebulan perlaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jaringan wabak COVID-19.
Malah kerjasama dari rakyat yang menurut perintah itu membuahkan hasil apabila berlakunya penurunan kes positif yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun itu bukanlah alasan untuk kita melakukan pergerakan seperti biasa. Dan malam semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan PKP ini sehingga 12 Mei depan.
Ads
Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin. Foto: Bernama
Beliau berkata, berdasarkan data-data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan, usaha-usaha untuk membendung wabak Covid-19 masih perlu diteruskan.
Menurutnya, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.
Ads
“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
Ads
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial,” katanya dalam perutusan khas sempena Ramadan sebentar tadi.
Tak halalkan sedekah yang pernah diberi satu ketika dulu puncanya disebabkan berlakunya konflik antara kedua pihak.
Dari sudut hukum adakah perkara ini dibolehkan? Atau dalam hal ini perlu penerima wang membayar balik sedekah yang diterima satu etika dulu dan adakah makan minum yang digunakan dari wang tersebut jadi haram?
Dilema ini dihadapi oleh seorang lelaki yang kemudian mengajukan pertanyaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan dan berikut adalah penjelasan yang diberi dalam Irsyad Hukum Siri 897: Bolehkah Tidak Menghalalkan Pemberian Yang Sudah Diberi.
Pada asasnya, apabila suatu sedekah atau hibah telah diambil oleh penerima, ia telah menjadi hak milik penerima tersebut sepenuhnya dan dia boleh menggunakan harta itu sebagaimana yang dia mahu.
Pemberi pula sudah hilang hak pemilikannya terhadap wang yang diberi tersebut. Oleh itu, pemberi itu tiada kuasa untuk tidak menghalalkan pemberian tersebut, bahkan ia boleh dianggap seperti perbuatan meminta semula pemberian yang termasuk dalam sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu mereka yang meminta semula pemberian (hibah) samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.”
Dalam hadis lain pula disebut secara jelas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang lelaki memberi sesuatu pemberian kemudian dia memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya. Misalan bagi orang yang memberikan sesuatu pemberian dan memintanya semula adalah sama seperti seekor anjing yang makan hingga kenyang lalu ia muntah, kemudian ia memakan semula muntahnya itu.” Riwayat Abu Daud (3539) dan al-Tirmizi (2132)
Hadis ini menunjukkan pengharaman meminta semula pemberian sepertimana haram menelan semula minta dan ia merupakan sifat buruk yang bertentangan dengan akhlak seorang muslim
Di samping itu, kata-kata tersebut juga termasuk dalam perbuatan mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti perasaan penerimanya. Perbuatan ini haram dan boleh meluputkan pahala sedekah.
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu merosakkan (pahala amalan) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan penerimanya) seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riyak kepada manusia sedangkan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat. Maka orang itu diumpamakan seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian apabilah hujan lebat menimpa batu itu, lalu bersih dan licinlah kembali (tiada lagi tanah di atasnya). Mereka tidak memperoleh sesuatu atas apa-apa yang diusahakan oleh mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 264)
‘Kena tutup bukan balut.’ Trend baju lengan pendek pakai handsock, kalau ketat tetap dikira nampak aurat iya. Lagi-lagi handsock jenis nipis dan nampak setiap lekuk tangan kita.
Handsock atau stokin tangan adalah sarung tangan yang dipakai pada bahagian lengan tangan bagi menutup aurat dengan sempurna.
Islam sendiri mengajar kaum wanita muslim menutup aurat seluruh anggota badan kecuali bahagian muka dan telapak tangan.
Hakikatnya, tak semua wanita mampu berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mungkin mereka beranggapan dah pakai lengan panjang, kenapa nak kena pakai handsock?
Ikuti perkongsian Husna Ghani ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Sekarang, ramai anak muda yang pakai style baju t-shirt lengan pendek dengan handsocks ketat. Tapi boleh ke pakai macam tu?
Kalau sekali tengok, memang sudah tutup warna kulit. Kalau pakai depan mahram, memang tiada masalah.
Tapi kalau hendak pakai dekat luar, di depan ajnabi pula dan kemudian pakai untuk tujuan bergaya. Hukumnya jadi haram. Sebab lengan kita ini adalah aurat.
Tidak dinafikan, iya memang kita sudah tutup. Tapi still nampak lekuk dan pelipat tangan. Itu yang jadikan seseorang wanita nampak seksi seterusnya menarik perhatian lelaki ajnabi.
Bagi orang perempuan, setiap bahagian tubuh badan dia ada keindahan. Dan disebabkan itulah kita kena jaga betul-betul.
Ingat aurat ini bukan untuk balut, tapi kena tutup elok-elok. Kita boleh saja nak pakai handsock yang melekap elok dekat tangan macam itu, bila kita pakai baju yang lengan besar bukaan dia.
So bila angkat tangan tinggi ataupun buat aktiviti lasak atau angkat berat, lengan itu tidak akan terselak. Handsock itulah penyelamat.
Jadi, kalau memang baju memang berlengan pendek ada solusinya, pakai atau guna handsock jenis kain tshirt macam ni. Handsock sebegini jenis tebal dan longgar, itu yang paling penting.
Sepanjang mengandung, bakal ibu dinasihatkan membaca surah tertentu bagi memudahkan proses bersalin selain mendoakan anak yang dilahirkan nanti sihat dan membesar jadi anak soleh solehah.
Tapi lain ceritanya pada anak kelima yang baru dilahirkan isteri kepada pelakon drama bersiri. Gerek Khas, Mohd Zamri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Z Zamri.
Menurutnya di laman Instagram bayi kelima dilahirkan seberat 2.8 kg ini begitu mencuri perhatian apabila kedua-dua telinga bayi berkenaan mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah.
Dalam artikel di Harian Metro, Zamri memberitahu perkara unik ini disedari oleh isterinya Fazilawati sehari selepas permata hati ini dilahirkan.
Katanya, bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 21 Julai lalu dan diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Zamri pada awalnya dia mahupun isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.
Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata, sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengaamalkan surah al- Fatihah dan ayat Kursi. Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu memperdengarkan selawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat.
Taubat daripada mengumpat perlu dilakukan dengan betul. Perlukah kita mengaku dan meminta maaf jika orang yang diumpat langsung tidak tahu? Fahami perinciannya.