Cukuplah jadi orang baik. Kita tak kacau sesiapa pun. Mungkin kita pernah mendengar ayat begini. Ya bukan mudah menjadi orang baik, ia memerlukan masa. Tapi tahukah, ada beza antara menjadi orang baik (soleh) dan penyeru kebaikan (muslih).
Orang baik biasanya dikaitkan dengan istilah soleh. Orang begini ialah orang yang sentiasa melakukan kebaikan untuk dirinya sahaja sedangkan orang muslih atau penyeru kebaikan ialah orang yang sentiasa mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan orang lain.
Selalunya, orang yang baik disayangi manusia sementara orang penyeru kebaikan akan dimusuhi manusia. Pelikkan?
Ads
Dirujuk kepada perjalanan hidup Rasulullah SAW semasa menyebarkan agama Islam. Sebelum Baginda diutus sebagai Nabi, Rasulullah disenangi kaumnya kerana Baginda baik. Namun ketika Allagh mengutuskan sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya termasuk menggelaranya tukang sihir, pendusta bahkan dituduh sebagai orang gila.
Kenapa orang Muslih diuji begitu?
Ads
Jawapannya kerana orang Penyeru Kebaikan akan “mengubah” sesuatu kebiasaan (orang biasa menurut hawa nafsu) dan orang muslih ini biasanya akan berusaha memperbaikinya dari menjadi lebih rosak. Teruk. Tapi biasanya Allah akan menjaga orang begini. Sekadar diberikan satu contoh. Mungkin kita pernah ingat kes Ustaz Ebit Lew “diserang” di media sosial suatu ketika dahulu kerana dikatakan menunjuk-nunjuk dalam menyampaikan sedekahnya kerana ramai beranggapan sedekah tak perlu dihebohkan. Tapi apa yang berlaku, Allah terus menjaga Ustaz Ebit dengan memberikan limpahan rezeki malah dan perniagaan dijalankannya turut maju malah semakin ramai sayang padanya baik orang muslim mahu pun bukan muslim. Ya inilah bezanya orang Muslih dan soleh kerana orang baik hanya berbuat kebaikan untuk dirinya sahaja.
“Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan..
”
Dari penjelasan di atas, hikmah yang dapat kita pelajari bahawa menjadi orang soleh tidak cukup bagi kita kerana kita hidup di dunia ini sendiri-sendiri sahaja. Maka lihatlah keadaan di sekeliling kita, Jadilah orang soleh penyeru kebaikan, jangan pernah merasa puas hanya menjadi orang baik saja. Wallahualam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Agungnya kasih seorang ayah. ‘Saya berkebun sebelah kubur kerana mahu dekat dengan arwah anak.’ Begitulah betapa kasihnya seorang ayah kepada anak bongsu yang telah pergi sebelumnya.
Biarpun sedih dengan pemergian dengan anak tercinta, namun apa yang dilakukan lelaki ini memberi impak dan manfaat kepada orang sekeliling.
“Saya berkebun setiap hari dari pagi hingga ke petang sejak enam tahun lalu kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan anak yang kuburnya hanya di sebelah kebun ini saja.
Setakat ini, saya menanam 450 pokok buah-buahan yang hasilnya diberi kepada orang ramai khasnya sukarelawan yang membantu saya,” kata warga emas, Yen Maseri Idris, 67.
Memetik laporan Harian Metro, kebun bandar yang letaknya berdekatan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini diusahakannya selepas setahun pemergian anak bongsu Yen Maseri, yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) dan dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Sebenarnya, mungkin disebabkan kepesatan kawasan itu, tiada siapa yang perasan kewujudan kebun bandar di atas tanah rizab terbiar milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 600 meter itu, melainkan ia kelihatan seperti kawasan hutan kecil seperti kawasan lain di sekitar ibu kota.
Jelas Yen Maseri, kematian anaknya pada 2016 yang ketika itu pelajar di London, memberi kesan sangat mendalam sehingga beliau berhenti kerja selepas 32 tahun berkhidmat di Unit Sumber Manusia sebuah syarikat dengan menghabiskan masa melawat kubur anaknya.
“Semua rasa kegembiraan hilang selepas anak meninggal dunia. Setiap hari saya berkunjung ke kuburnya dan sanggup berkhidmat sebagai penggali kubur selama setahun di situ semata-mata mahu sentiasa dekat dengannya.
“Selepas setahun, saya melihat ada kawasan tanah rizab terbiar di belakang tanah perkuburan itu yang penuh semak samun dan menjadi kawasan pembiakan nyamuk.
“Jadi timbul idea untuk membersihkan kawasan itu dan menanam pokok yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang kerana saya faham ini tanah rizab, cuma saya ingin mentransformasi serta menjadikan kawasan itu tidak terbazir begitu saja.
“Pada masa sama, kegiatan saya ini masih membolehkan saya ‘dekat’ dengan arwah anak kerana setiap hari tetap datang melawat kuburnya,” katanya yang berulang alik sejauh 10 kilometer dari rumahnya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Betul Ke Haram Bunuh Semut:
Di samping itu, jelas Yen Maseri, dia tidak pernah terfikir menjadi seorang pekebun dan sejak mengusahakan kebun bandar itu selama enam tahun, hampir 450 batang pokok daripada 30 jenis pokok buah-buahan ditanamnya termasuk ciku hibrid, avacado, nangka, mangga harum manis, durian musang king dan rambutan.
“Banyak hasil sudah diperoleh dan ia tidak pernah dijual, sebaliknya berkongsi dengan kira-kira 150 ahli sukarela yang terbabit dalam projek kebun ini bagi memastikan usaha menghijaukan kawasan terbiar dengan sesuatu yang bermanfaat dapat diteruskan.
“Malah saya juga menjaga dan memberi makan ikan talapia bunga yang ada dalam longkang di sini yang dibersihkan sehingga jernih hingga boleh dilihat ikan berenang.
“Ikan talapia bunga ini sangat banyak dan seekor ikan dewasa dianggarkan seberat satu kilogram. Saya mengutip lebihan makanan di medan selera berdekatan dan memberikan daun pandan yang ditanam di sini kepada peniaga terbabit,” katanya yang setiap hari berada di kebun itu bermula 7.30 pagi hingga 7 petang.
Tambah Yen Maseri, tidak dinafikan sejak mengusahakan tanah ini daripada semak samun kepada satu ‘permata’ bernilai yang boleh dinikmati orang ramai secara terbuka, banyak cabaran dihadapinya termasuk sering diadu mengenai aktiviti perkebunannya kepada pihak berkuasa, selain dicerobohi orang luar.
“Saya faham ini tanah rizab dan mengalu-alukan sukarelawan berganding bahu menjadikan kawasan terbiar ini satu lokasi bermanfaat dan berkongsi ilmu kerana saya tiada pengalaman bertani sebelum ini.
“Malah saya juga berhubung dan memaklumkan aktiviti perkebunan di tanah milik JPS ini melakukan tindakan susulan lain untuk memastikan ia sentiasa dikemaskini kepada pihak berwajib.
“Bagi saya, setiap tumbuhan ditanam ini, jika hasilnya dikongsi bersama, buahnya juga akan sentiasa lebat dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya yang turut membaja pokok ini tiga bulan sekali dengan modal sendiri sekurang-kurangnya RM400.
Malah menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, anaknya turut memberi sokongan terhadap usahanya, malah anak perempuannya turut membantu menyiapkan kandungan media sosial perkembangan terkini kebun bandar untuk tatapan orang ramai.
“Kebun bandar menerima sumbangan, contohnya jika memerlukan sesuatu seperti memasang pagar dan sebagainya. Jadi saya perlu sentiasa mengemaskini perkembangannya supaya penyumbang tahu walaupun mereka tidak turun padang.
“Saya berharap usaha ini memberikan satu nilai positif, malah saya sedang mengusahakan satu laluan khas sepanjang 250 meter untuk dijadikan denai bagi memudahkan orang ramai datang ke sini untuk menikmati suasana kebun dalam bandar,” katanya.
Sebutan ‘Amin’ selepas baca surah al Fatihah sebenarnya ada maksud tersendiri. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Oleh itu memandangkan kita membaca surah ini setiap hari dalam solat maka penting untuk kita memahami maknanya.
Maksud ‘Amin’ ini dikongsi oleh Bahagian Dakwah, JAKIM menerusi satu perkongsian di akaun media sosial.
Para ulama sepakat (ijma’) bahawa perkataan “Amin” (آمين) sebenarnya bukan dari mana-mana ayat al-Quran termasuklah surah al-Fatihah. Perkataan ini tidak akan dijumpa dalam helaian al-quran.
Tapi kenapa kita baca? Ini kerana “Amin” itu maksudnya: “Ya Allah, perkenankanlah (doa kami)”. Sama seperti ‘sign off’ selepas kita memohon sesuatu. Nak buat permohonan, mestilah ada penutup ayat yang padu. Contoh:
Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus.. Aaaaamin!”
Nabi SAW mengajar kita untuk membaca “Amin” lepas al-Fatihah, dan memanjangkan sedikit sebutannya (آمين) semasa solat.
Sahabat Nabi, Wail bin Hujr RA kata Nabi SAW baca panjang. Dalam satu hadis sahih; “Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu aminkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aminnya dengan amin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Satu perkataan saja, tapi Allah ampunkan dosa-dosa yang lepas! Rugi jika tak disebut.
Ada dua versi cara sebut:
-Pendek: Amin (أَمِين) ; atas wazan Fa’iil
-Panjang: Aaaamin (آمِين) ; atas wazan Faa’il
Kedua-duanya sah, ikut lidah dan loghat Arab. Tapi dalam solat, sunat sebutan dipanjangkan, ikut gaya Nabi SAW.
Selalu kita dengar bacaan doa dalam majlis, khutbah biasanya akan ditutup dengan “Amin”. Sebenarnya ia juga salah satu sunnah. Nabi SAW bersabda:
Khatamlah (doamu) dengan Aamin, dan terimalah berita gembira!” (Riwayat Abu Daud)
Dalam satu hadis, Nabi SAW bercerita tentang dua Nabi hebat; Musa dan Harun AS. Musa yang berdoa, Harun pula yang “amin” kan.
Tapi dalam al-Quran, Allah turut berfirman:
“Sesungguhnya doa kamu berdua telah diperkenankan..”(Surah Yunus, ayat 89)
Maknanya, orang yang mengaminkan juga dikira berdoa, sama seperti orang yang berdoa!
Jadi selepas ini, bila imam baca “wa ladh-dhaalliin..”, atau doa-doa di luar solat sekalipun, jawablah dengan penuh perasaan “Aaaaamin…”
Ajal maut jodoh pertemuan sudah ditulis sejak di luh mahfuz lagi. Siapa orangnya, itu semua rahsia Allah dan akan terjadi saatnya sudah sampai.
Di media sosial khususnya di negara seberang di kampung Arjawinangun, Daerah Cirebon, Jawa Barat viral apabila seorang gadis berusia 18 tahun dikenali sebagai Ava bertemu jodoh dengan lelaki empat kali ganda usianya. Sekitar 65 tahun.
Apa yang menariknya bukan saja usia begitu berbeza tapi maharnya buat ramai yang melongo.
Ini kerana, maharnya adalah Rp500 juta bersamaan RM150,000. Ava turut menerima sebuah rumah, sebiji kereta serta seisi keluarganya akan dibawa mengerjakan umrah. Inilah dikatakan rezeki selepas bernikah.
Kekayaan pihak lelaki iaitu, Sondani yang seorang taikun hartanah ditambah usianya sudah mencecah 65 tahun membuatkan ramai bercerita hal ini kerana usia isterinya baru 18 tahun.
Dikongsi dari posting fb, Happy-wedding Planner, pasangan ini baru saja bernikah.
Tulis posting ini:-
"Menikah itu nasib …
Mencintai itu takdir …
Kamu bisa berencana menikahi siapa …
Tapi tidak dapat kau rencanakan cintamu untuk siapa ???? …," tulis akun tersebut yang kini sudah ratusan orang dan ribuan kali dibagikan tersebut.
Inilah dikatakan rezeki bernikah, tak kisah beza usianya berapa tapi ia sudah tertulis di luh mahfuz. Raikanlah cinta kerana iaya milik Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.