Bapa seharusnya bersifat pelindung kepada anak-anaknya. Ditambah dunia yang terdedah sepenuhnya kepada teknologi tanpa sempadan, seharusnya sang ayah menjaga anak-anak terutama anak perempuan dari terjebak perkara tidak diingini.

Namun pendedahan dari Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ini pasti menakutkan kita kerana bapa yang diharap sebagai pelindung bertindak menjadi musang berbulu ayam apabila meratah anak kandung sendiri. Lebih menakutkan, bapa kandung menjadi pelaku tertinggi direkodkan menyumbang kepada kes jenayah sumbang mahram dalam negara ini.

Polis Dedah Bapa Kandung Paling Ramai Terlibat Kes Sumbang Mahram, Ini Doa Elak Terjebak Zina

Nauzibillah! Ternyata dunia sudah di akhir zaman.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, berdasarkan jumlah yang direkodkan sejak tahun 2019 hingga Februari 2021, sebanyak 169 kes dilaporkan melibatkan bapa kandung sebagai pelaku.

Menurutnya, jumlah itu diikuti oleh bapa tiri dengan 155 kes, bapa saudara (100 kes) dan abang kandung (55 kes).

“Sumbang mahram melibatkan pelaku dalam kalangan ahli keluarga terdekat kerana disebabkan suspek ada ‘kuasa’ dalam keluarga.

“Pelaku lazimnya ambil peluang ke atas anak yang lemah diikuti dengan faktor hilang kewarasan fikiran dan tanggungjawab. Dia (pelaku) sendiri tidak faham tanggungjawab pada dirinya. Kalau dia faham, dia tidak akan melakukan perkara keji itu.

“Selain itu, pelaku bertindak sedemikian disebabkan tiada pegangan agama yang kukuh atau tidak menghayati sepenuhnya nilai murni dan maksud tanggungjawab mereka sebagai manusia, bapa atau abang yang mana sepatutnya berperanan sebagai pelindung bukannya pemangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Kamsiah berkata, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat juga kes pelaku hilang kewarasan fikiran akibat terjebak dengan dadah atau mabuk, selain mahu mengeksploitasi anak bagi keseronokan sendiri kerana mempunyai pegangan yang terpesong.

“Rasa” anak sendiri sebelum orang lain rasa

“Ada yang menganggap kalau mereka ‘tak pakai’, suatu masa nanti ada orang lain yang ‘pakai’ dan ada yang jatuh cinta kepada anak sendiri,” kata beliau.

Jelas beliau, siasatan mendapati biasanya kes sumbang mahram bermula semasa mangsa berumur di bawah 12 tahun di mana kanak-kanak ini tidak mengetahui apa perlakuan itu.

“Mereka (kanak-kanak) tidak tahu bertindak. Hendak beritahu emak, takut kerana diugut suspek dan ini antara modus operandinya. Tidak dinafikan ada juga ibu mengetahui kejadian tetapi tidak berani menentang pelaku jenayah ini demi melindungi mangsa.

“Segelintir kes, kanak-kanak ini akan dipujuk, diberi upah dan sebagainya sebelum diperlakukan sedemikian,” katanya.

Polis Dedah Bapa Kandung Paling Ramai Terlibat Kes Sumbang Mahram, Ini Doa Elak Terjebak Zina

Kes mula terbongkar bila mangsa mula masuk sekolah menengah

Beliau berkata, jenayah itu akhirnya terbongkar apabila usia mangsa mencecah belasan tahun di mana sudah matang dan faham dengan sistem reproduktif dan berani berkongsi dengan orang lain bagi mencari jalan penyelesaian.

“Pendedahan kebanyakan dibuat selepas mangsa masuk ke sekolah menengah dan kebanyakan kes sumbang mahram berlaku sekurang-kurangnya lima tahun ke belakang sebelum terbongkar,” kata beliau.

Katanya, golongan pelaku ternyata cetek ilmu agama dan pegangan kepada suatu nilai yang murni hingga menyebabkan nafsu mengawal kewarasan akal mereka.
“Dari sudut agama, perbuatan ini adalah berdosa kerana sepatutnya golongan ini bertanggungjawab sebagai pelindung,” tegas beliau lagi.

Justeru, katanya, pihaknya menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian untuk melaporkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

INFO
Statistik kes sumbang mahram tahun 2019 hingga Februari 2021
169 kes – Pelaku bapa kandung
155 kes – Pelaku bapa tiri
100 kes – Pelaku bapa saudara
55 kes – Pelaku abang kandung

Doa terjebak zina

Syakal bin Humaid pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas ia meminta pada Baginda Rasulullah untuk mengajarkannya bacaan ta’awudz yang biasa ia gunakan ketika meminta perlindungan pada Allah.

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan do’a dengan Baginda memegang tangan Syakal lalu Baginda ajarkan, ucapkanlah,

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِى وَمِنْ شَرِّ بَصَرِى وَمِنْ شَرِّ لِسَانِى وَمِنْ شَرِّ قَلْبِى وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّى

“Allahumma inni a’udzu bika min syarri sam’ii, wa min syarri basharii, wa min syarri lisanii, wa min syarri qalbii, wa min syarri maniyyi”
(Ertinya: Ya Allah, aku meminta perlindungan pada-Mu dari kejelikan pada pendengaranku, dari kejelikan pada penglihatanku, dari kejelikan pada lisanku, dari kejelikan pada hatiku, serta dari kejelikan pada mani atau kemaluanku). (HR. An-Nasa’i, no. 5446; Abu Daud, no. 1551; Tirmidzi, no. 3492. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadits ini Hasan).
Moga kita dan keluarga kita dilindungi dari perkara sebegini.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI