Dua hari lalu, di negara jiran dikejutkan dengan meletusnya Gunung Berapi Semeru yang terletak di barat Jawa, Indonesia.

Dalam video yang tular di media sosial, dapat dilihat penduduk bertempiran lari menyelamatkan diri apabila gunung ini mula memuntahkan debu dan asapnya sebelum lava-lava panas mengalir deras turun ke kawasan dihuni penduduk.

Bahkan saat gunung ini mula memuntahkan debu panasnya, kedengaran penduduk mengucapkan Allahuabar sambil bertempiran lari bagi menyelamatkan diri.

Lava panasnya yang mengalir umpama tsunami lava sekaligus memberikan berita duka kepada negara jiran. Apa yang menyedihkan, debu-debu panas yang mengalir ini menenggelamkan hampir keseluruhan rumah penduduk dan yang tinggal hanyalah atap sahaja.

Sekurang-kurangnya 11 kampung di daerah Lumajang, barat Jawa ditenggelami abu gunung berapi. Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal manakala mereka yang melecur akibat api lava ini juga mencecah 56 orang yang menyangka lahar panas itu adalah air banjir yang sering melanda kawasan pergunungan ini. Bahkan yang cedera juga agak ramai, mencecah hampir 100 orang.

IKLAN
Gunung Semeru di Barat Jawa ini sangat indah
Ribuan penduduk kehilangan rumah kerana diliputi debu panas gunung ini.
Penduduk menyelamatkan apa yang tertinggal sahaja

Dalam pada itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mengatakan setakat ini 14 mayat sudah ditemui dan usaha masih diteruskan. Amat menyedihkan dua darinya terdiri dari ibu dan anak yang ditemui berpelukan satu sama lain (ibu ini sedang menggendong anaknya semasa tragedi ini).

Menurut Ahmad Muhari ketua penyelaras BNPB, buat masa ini (setakat berita ditulis) 14 mayat sudah ditemui. Kebanyakannya terperangkap dalam trak termasuk mereka yang bekerja sebagai penggali pasir di daerah Pronojiwo yang turut terdedah kepada debu gunung berapi ini.

Masa yang sama lava panas yang belum sejuk sepenuhnya menyukarkan usaha menyelamat dilakukan sepantasnya.

IKLAN

Jurugambar kongsi detik akhir sebelum Gunung Semeru meletus

Dalam pada itu, seorang peminat fotografi berkongsi detik sebelum Gunung Semeru meletus.

IKLAN

@syaiful arieef berkata, dia mengambil gambar gunung yang sangat indah itu sebelah pagi di mana dapat dilihat kabus masih menyiputi puncak atas gunung ini. Dan sebelah petangnya ia mula mengeluarkan letusan bunyi-bunyian kecil sebelum memuntahkan lava panasnya dengan sangat deras.

Sangat menakutkan kerana lava panasnya umpama tsunami kerana memuntahkan begitu banyak lava berapinya sekaligus memberikan kerosakan bukan sedikit kepada penduduk terlibat.

Semoga Allah merahmati penduduk yang diuji dengan bencana menyedihkan ini. Sumber : Kompas Indonesia

@putra060788

#gunungsemeru #gunungsemerumeletus

♬ suara asli – yoga – yoga