Tahun ini Ramadan yang cukup bermakna kerana dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga di rumah.
Malah kita juga sentiasa ada bersama keluarga memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei depan.
Inilah masanya kita sebagai ketua keluarga menjadi contoh yang baik kepada ahli keluarga.
Boleh untuk mengajar anak-anak untuk mula belajar berpuasa kerana mereka tidak terlalu kepenatan seperti tahun sebelumnya kerana perlu pergi ke sekolah.
Namun begitu, janganlah hanya mengajar mereka berpuasa tanpa solat. Tiada gunanya berpuasa tetapi tidak solat.
Malah sebenarnya jangan paksa anak berpuasa jika mereka tidak mampu lakukannya terutama yang belum baligh. Lebih elok mengajar mereka bersolat sejak kecil lagi.
Perkongsian lelaki ini Dr Khairul Faizie yang berkongsi kisahnya tahun lalu di laman sosial Facebook yang boleh kita jadikan pengajaran dalam mendidik anak menjadi khalifah mulia.
Gambar sekadar hiasan.
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2- 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5 ( aku lupa ). Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah ( itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik, dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Ads
Beginilah..
Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini :
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure.Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Ads
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat?
Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat. Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul ( DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat. “
Gambar sekadar hiasan.
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH.
Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?
Ads
Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat.
Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat.
Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
” Kalau anak kita dah biasa dengan solat ( jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa.
Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perihal mengenai syurga ada disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 25.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”.
Matlamat akhir kehidupan manusia di dunia ialah memperoleh syurga berbanding neraka kerana neraka digambarkan suatu tempat yang menggerikan. Pasti ramai orang beriman dan beramal soleh ingin memasuki syurga kerana syurga digambarkan satu tempat yang sangat indah. Tapi tahukah kita, ada lima benda berasal dari syurga tapi ada di dunia ini.
Apakah lima barang berasal dari syurga namun ada di dunia ini?
1. Hajar Aswad
Sesiapa yang ke Makkah pasti menginginkan mencium hajarul aswad. “Kepayahan” mencapai ke penjuru terletaknya hajar aswad itu hanya mereka yang pernah merasainya faham apa diperkatakan kerana ribuan manusia berasak-asak mahu mencium batu tersebut.
Asal kejadian dikatakan ia dikatakan berwarna putih namun selepas dicium oleh manusia-manusia yang berdosa, ia bertukar menjadi warna hitam. Berdasarkan hadith, Hajar Aswad dibawa oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu membangunkan Kaabah.
Dari Abdullah bin Amru berkata, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kamu masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).
Menurut Ibn Ishaq dalam bukunya Sirah Rasul Allah SAW, diceritakan kisah pembinaan semula Ka'abah oleh kabilah – kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda keatas Ka'abah yang telah memusnahkan sebahagian strukturnya. Ketika itu, Hajarul Aswad telah dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Ka'abah. Setelah pembinaan semula siap, kabilah – kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ketempat asalnya didalam Ka'abah.
Kemudiannya, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Ka'abah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka. Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad bin Abdullah. Usia beliau ketika itu baru mencecah 35 tahun, iaitu 5 tahun sebelum beliau menerima wahyu keRasulan. Dengan kebijaksanaan baginda, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad di tengah – tengah kain tersebut. Setiap ketua daripada setiap kabilah Mekah itu diminta untuk bersama memegang tepian kain tersebut lalu mengangkatnya.
Akhirnya Nabi Muhammad SAW sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ketempat yang sepatutnya sedia ada, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil. Begitulah asalnya bagaimana Muhammad bin Abdullah mendapat gelaran "Al-Amin" atau "Orang Yang Dipercayai" dikalangan masyarakat Arab.
2. Batu Maqam Nabi Ibrahim
Sama seperti Hajar Aswad, batu Maqam Nabi Ibrahim ini terletak di sisi Kaabah. Ia dikatakan menjadi batu pemijak Nabi Ibrahim ketika membangunkan Kaabah. Dikisahkan, ketika Nabi Ibrahim perlu meletakkan batu-batuan dan tanah ke tempat yang lebih tinggim maka Nabi Ibrahim telah memijak batu ini yang mana batu ini terangkat dengan sendirinya (atas izin Allah taala).
Pada batu tersebut masih terdapat bekas tapak kaki Nabi ibrahim. Dahulunya batu ini dikatakan memancarkan cahaya putih seperti Hajar aswad, namun Allah telah memadamkan cahayanya kerana dipercayai cahaya itu masih ada, cahayanya apabila digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka ia akan menerangi seluruh bumi antara ufuk timur dan ufuk barat.
Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda, “Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari syurga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian nescaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.
3. Kayu Gaharu
Ramai pernah dengar kayu gaharukan. Ia banyak terdapat di Indonesia dan harganya mencecah ribuan ringgit sekilogram dan banyak dibuat minyak wangi. Satu hadis menyebut mengenai kayu gaharu. Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda “golongan penghuni syurga yang pertama kali masuk syurga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhari).
4. Cincin Nabi Sulaiman
Wahab bin Munabih mengatakan bahwa cincin Nabi Sulaiman dikenal dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman” yang diciptakan Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya berasal dari langit yang memiliki empat sisi di antara sisinya tertulis kata:
Pada sisi pertama tertulis “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” ertinya : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.
Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki ”
Pada sisi ketiga tertulis “Kullu syai’in haalikun illallah” ertinya : Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah. .
Dan pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” ertinya : Maha suci engkau wahai Tuahanku yang tidak ada sekutu bagimu.
Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan. Di mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai bala tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang buas sebagai pekerjanya dan para Malaikat sebagai utusannya.
Beliau pernah berdoa kepada Allah meminta kerajaan yang tidak pernah ada yang menyamai setelahnya. Sebagaimana firman Allah SWT : “Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35). Gambar : FB
5. Daun Tin
Ramai tahu kisah Nabi Adam yang melanggar perintah Allah selepas terpedaya dengan bisikan syaitan agar tidak memakan buah khuldi. Namun akhirnya Nabi Adam dan isteri yang menyesali perkara ini diturunkan ke bumi dan cuba mencapai dedaun yang ada di syurga namun dedaun menjauhi dirinya. Hanya daun Tin berasa sedih kepada Nabi Adam dan menutup tubuh Nabi Adam. Allah berikan kelebihan kepada daun tin berupa buahnya yang manis tanpa biji.Gambar buah tin (abahtani.com)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Doakan Ainul Mardiah kembali sihat. Inilah doa dipohon oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi berikutan keadaan terkini anaknya yang berada dalam situasi kritikal dan tenat. Dalam satu perkongsian, dirinya memaklumkan keadaan anaknya yang dijangkiti kuman di mana sebelum kritikal, anaknya itu alami muntah-muntah dan cirit birit.
Dalam satu perkongsian di ignya Nurul memaklumkan situasi terkini anaknya.
Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.
Ainul mula dengan muntah muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke Emergency. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul. Doakan ya semua.
Kisah anaknya mendapat perhatian ramai apabila ‘Germ Cell Tumour’ berjaya dibuang atas usaha Dr Amalina Bakri dengan sekumpulan doktor pakar di UK yang berjaya membuang cell kansernya.
Sebelum diuji situasi anaknya ini, Nurul Erwani berkongsi satu berita gembira dua minggu lalu bahawa urat di pipi anaknya tidak perlu dibedah lagi kerana elok dengan sendiri.
Alhamdulillah. Nampak tak muka Ainul dah sama pipi dia sebelah kanan dan sebelah kiri dia. Dulu waktu lepas operation nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. So doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa ALLAH, dah elok dengan sendirinya.
Moga Allah mengangkat semua kesakitan adik Ainul dan ganti dengan kesembuhan. Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Terkenal dengan sikap baik budi dan sentiasa ringan tangan membantu golongan susah, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau mesra disapa Uncle Kentang kini diuji dengan Covid-19 tahap 4.
Dalam perkongsian di fbnya, Uncle Kentang memaklumkan dirinya disahkan positif Covid tahap 4 dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang.
Walau diuji dengan kesakitan, dirinya masih berbuat kebajikan dengan memaklumkan, mana-mana individu susah yang memerlukan bantuan ambulan boleh menghubungi nombor diberikan iaitu untuk kes Covid hubungi 012-2423360. Untuk ambulan hubungi 011-550521488. Masa yang sama, dirinya memaklumkan pengoperasian pejabat ditutup empat hari termasuk talian hotlinenya kecuali bagi perkhidmatan ambulan.
Dirinya sempat menasihati orang ramai menjaga diri, tidak berpesta dan sentiasa menggunakan pelitup muka sentiasa.
Aktivis masyarakat ini sentiasa membantu golongan susah
Sebaik memaklumkan dirinya diuji dengan Covid-19, Uncle Kentang memaklumkan ada ribuan mesej masuk dan mendoakan kesejahteraanya.
“Terima kasih sungguh. Terharu saya. Beribu mesej masuk mendoakan saya sembuh. Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Love all of you”.
Sehari sebelum mengetahui dirinya diuji positif, Uncle Kentang memaklumkan kesibukan dirinya melakukan kerja-kerja amal dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Dirinya berkongsi makan malam diambil semalam di Hospital Serdang
Tulisnya :-
Mungkin penat. Tempoh hari bawa ambulan dari KLGH ke Palong 5 Felda Gemas, lepas itu terus shoot ke Kg Paum Jelebu untuk agih dana banjir dan terus shoot semula balik ke Puchong. 8 jam bawa ambulan pada kelajuan tinggi. Memang penat.
Semalam kena gerimis dan masuk bilik air con sejuk bukan kepalang. Aku mengigil. Lepas itu terus demam panas. Adui, aku order Laksa kari semalam, tibai. Terus kerongkong sakit dan bengkak. Adui. Down terus. Off semua phone.
Hari ini sakit kerongkong tiada. Demam pun dah reda. Mungkin Tuhan suruh rehat.
Pagi ini ada meeting bolasepak kompleks 3K Sunway. Lunch appointment lagi. Nak ke Nanding agih dana banjir. Nak lawat kubur buat kepuk dan batu nisan di Dengkil.
Nak tolong satu uncle India bayar bil letrik di Pandan Cahaya Ampang. Nak hantar kerusi roda untuk machik miskin di Selayang. Nak ke Seremban bagi modal untuk lelaki India berniaga. Nak ke Jenderam hantar makanan. Adui… adui…jadual padat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...