Selain solat berjemaah, mengaji Al-Quran bersama pasangan juga membawa kepada hubungan harmoni dalam rumahtangga.
Betapa indahnya jika anda berdua dapat mengalunkan kalam ALLAH ini dengan baik.
Di samping itu, ajarkanlah al-Quran kepada anak-anak. Semaikan semangat cintakan al-Quran dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Jika boleh, biarlah al-Quran sentiasa ada dalam diri mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menghafaz al-Quran.
Ads
Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengaji al-Quran. Jika tidak mampu mengaji satu juzuk, mengajilah separuh juzuk.
Jika tidak mampu, 10 muka surat cukuplah. Jika tidak mampu juga, mengajilah satu muka surat. Jika tidak juga berkemampuan, mengajilah sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sehari. Begitulah pentingnya al-Quran dalam hidup kita.
Ads
Ads
Carilah masa. Masa paling sesuai ialah selepas mendirikan solat fardu maghrib. Selepas solat, duduk sebentar di atas sejadah dan bukalah al-Quran.
Mengajilah bersama pasangan anda. Anda pasti terasa harmoni dalam hati. Malah suasana kediaman anda juga pasti lebih tenang apabila penghuninya selalu mengaji al-Quran.
Tip mudah mengaji:
Jadikan mengaji sebagai amalan setiap hari. Jadi jika tidak mengaji anda akan rasa kekurangan.
Beli al-Quran kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Misalnya ke destinasi percutian. Jadi tiada alasan untuk tidak mengaji jika berada di luar rumah.
Beli al-Quran yang ada terjemahan supaya anda faham maksud ayat yang dibaca.
Beli al-Quran yang ada panduan tajwid supaya anda membaca mengikut tajwid yang betul.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tak jadi puasa nazar sebab datang haid, adakah wajib qada? Ada di antara kita memasang niat untuk berpuasa nazar apabila doa dan permintaan mereka dimakbulkan Allah.
Sesetengah orang mungkin bernazar secara umum dan ada pula bernazar secara spesifik pada sekian hari dan tarikh. Jadi apabila dia bernazar untuk berpuasa tetapi datang haid adakah seseorang itu perlu mengqada puasanya?
Ikuti penjelasan panjang lebar Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Definisi nazar menurut fiqh adalah keterikatan atau kewajipan yang ditetapkan seorang muslim mukalaf yang rasyid (bijak melaksanakan) untuk melakukan ibadat yang mendekatkan diri dengan Allah SWT, selagi mana ibadat tersebut bukan fardu ain dan termasuk dalam kategori ibadat sunat atau fardu kifayah.
Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang bernazar bahawa dia akan mentaati Allah SWT, hendaklah dia taat kepada-Nya. Sesiapa yang bernazar bahawa dia akan melakukan maksiat kepada-Nya, janganlah dia menderhakai-Nya.- (Riwayat al-Bukhari)
Merujuk kepada persoalan di atas, seorang wanita telah niat untuk berpuasa nazar pada hari yang ditentukan namun apabila tiba pada hari berkenaan dia telah didatangi haid.
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa sekiranya seseorang telah bernazar untuk berpuasa, maka dia disunatkan bersegera untuk melakukan nazarnya.
Akan tetapi, perbuatan menyegerakan puasa tersebut tidaklah diwajibkan bahkan dia bebas untuk memilih mana-mana hari yang diinginkan kecuali ketika bulan Ramadan.
Jika seseorang itu telah bernazar untuk berpuasa pada hari-hari tertentu namun tidak dinyatakan secara tepat, maka dia boleh memilih untuk berpuasa pada mana-mana hari seperti yang dinazarkan.
Contohnya, sekiranya seseorang bernazar untuk berpuasa pada hari khamis namun tidak dinyatakan dengan terperinci sama ada pada hari khamis minggu ini atau minggu hadapan, maka dia boleh memilih untuk berpuasa pada mana-mana hari khamis yang diinginkan.
Malahan jika telah berlalu hari khamis pada minggu ini dan dia masih belum menunaikan nazarnya, tuntutan kewajipan puasa itu masih kekal dalam tanggungannya sehinggalah dia meninggal dunia.
Berbeza pula keadaannya apabila puasa nazar itu telah ditentukan harinya secara tepat. Menurut jumhur ulama, tidak sah puasanya sebelum sampai pada hari yang dinazarkan seperti mana tidak sah solat sebelum masuk waktunya.
Begitu juga diharamkan jika dia sengaja melewatkan puasanya tanpa sebarang keuzuran syar’ie seperti musafir atau sakit. Puasanya setelah daripada waktu yang ditentukan adalah sah dan dianggap sebagai puasa qadha.
Wanita yang bernazar untuk melakukan puasa pada hari tertentu perlu merujuk kembali pada niatnya. Jika dia bernazar puasa pada hari tertentu tanpa memperincikan tarikhnya, maka dia bebas untuk memilih mana-mana hari seperti yang dinazarkan.
Manakala, jika wanita tersebut bernazar puasa dengan menyatakan secara tepat hari dan tarikhnya, maka dia wajib berpuasa pada hari berkenaan tanpa diawal atau dilewatkan.
Akan tetapi, sekiranya dia tidak mampu berpuasa disebabkan kedatangan haid justeru ia dimaafkan dan puasanya wajib diqada selepas ia suci daripada haid.
‘Dia bukan pergi, dia cuma berehat.’ Ramai sebak, pemuda ini baca talkin tanpa teks buat arwah nenek.
Biarpun kedengaran suaranya sebak, tetapi dia tetap menghabiskan talkin sebagai peringatan kepada semua yang hadir ketika pengebumian neneknya yang tercinta.
Dalam masa yang sama dia menegaskan nenek atau dia gelarkan “tok’ ini bukanlah “pergi” sebaliknya perpisahan yang terjadi ini adalah untuk neneknya berehat dari dunia yang sementara.
Ternyata video yang telah dimuatnaik di platform TikTok ini telah tular dan mendapat perhatian warganet. Ramai yang kagum dan ada juga yang tersentuh hati dengan talkin yang tulus dibaca oleh seorang cucu buat neneknya.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan seorang pemuda membacakan talkin tanpa teks semasa pengebumian allahyarhamah neneknya.
Rata-rata warganet memuji kebolehan lelaki itu. Malah memuji didikan ibu dan neneknya dalam membesarkan pemuda yang baik budinya ini.
Dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan tabah walaupun nada suaranya bergetar membacakan talkin di sisi ahli keluarga serta saudara terdekat sambil menahan daripada menitiskan air mata.
“Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini, talkin kepada kita semua.
“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.
“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong.
“Berapa ramai adik-beradik, yang bertelagah, berapa ramai adik beradik berpecah belah, sedangkan mereka tidak tahu esok mereka juga akan menghadap kepada Allah SWT. Seperti mana juga nenek kami, dan juga ibu kami, dia juga tidak tahu bahawasanya dia bakal pergi pada hari ini,” kata lelaki itu.
Video tular itu mendapat jumlah tontonan 4.2 juta selain mendapat komen yang positif serta pujian kerana menunjukkan contoh yang baik untuk anak muda.
khalifahkhalijah5:
Masyallah… Hebatnya kamu anak muda. Talkin itu sebenarnya mengingatkan kita yang hidup……
Ummu Abdul Rahman:
Masyallah.Bagus sungguh didikan orang tua mu dik. Anak atau cucu yang baik insyallah akan berkumpul semula di syurga Allah yang tak akan ada lagi perpisahan selepas itu.
abdulrahim8245:
Alhamdulillah… Itulah talkin dibacakan untuk kita yang bernyawa.. respect anak muda. Jangan pernah pandang serong, kita pun pernah muda..
mamillah5:
Masyallah, subhanallah. Cucu yang hebat, semoga Allah permudahkn segalanya buat arwah…
user4211425581460:
Allahhuakbar, rezeki kamu adik. Sebiji-biji keluar dari mulut kamu saat baca talkin tanpa perlu lihat buku. Hebatnya anugerah Allah bagi untuk kamu. Amin.
Kashoorga: Salam takziah, semoga Allah tenpat arwah di kalangan orang beriman.
Semalam merupakan Sambutan Maulidur Rasul untuk junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menititpkan ucapan dan berselawat kepada baginda Rasulullah.
Salah seorangnya adalah penyanyi Datin Alyah turul berkongsi tentang kebesaran Yang Maha Esa dan keperibadian baginda Rasulullah menerusi akaun Instagram miliknya.
“Membaca kisah Beliau Membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah swt.Insan yg terpuji dari segala pekara.
“Dialah utusan Allah swt & Dialah kekasih Allah swt…
“Terima kasih ya Allah swt kau kirimkan seorng insan yg sempurna cara hidupnya,Didikannya,Sunnahnya,tutur katanya dan segala galanya utk kita teladani juga menginsafi…
Akad jual beli dalam Islam menuntut ketelusan, harga yang jelas dan akad yang sah. Ketahui mengapa penggunaan istilah infak dalam jualan TikTok boleh menimbulkan isu gharar serta kekeliruan dalam urus niaga.