Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Pagi tadi ustaz di surau beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.
Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:
1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.
Ads
2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.
3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.
4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.
Ads
5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.
***
Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.
Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.
Ads
Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.
Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya menjadi rahsia Allah. Tiada siapa yang dapat mengetahui bila kita akan ‘dijemput’ olehNYA. Selagi ada peluang dan kesempatan, hargai dan limpahkanlah kasih sayang pada insan yang dicintai biar pun hanya seketika cuma.
Setiap yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti. Bagaimana keadaan dan bila akan dijemput pergi hanya DIA sahaja yang tahu. Begitu juga dengan jodoh. Dengan siapa dengan kita akan dijodohkan dan bila kita akan dijodohkan semuanya telah ditetapkan oleh DIA. Semuanya telah tertulis sejak dari azali lagi.
Kisah Fatin Nursyahirah Yusuf ini benar-benar meruntun jiwa. Inilah bukti cinta hingga ke syurga.
Kanser? Malas ambil pusing sebab tak kena batang hidung sendiri. Tahun 2017, di PPUM adikku yang kami panggil Kakak disahkan menghidap Kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) pada tahap ke-3!
Sekeluarga tergamam. Mama terus menangis. Abah kelu tak terkata. Seakan tidak percaya akan diuji sehebat ini. Tetapi Kakak yang kami sayangi nampak cukup kuat. Kami sekeluarga terus positif yang mengatakan Kakak boleh sembuh. Hidup bertukar 360 darjah. Segala aktiviti dan perhatian kami dikhususkan untuk Kakak.
September 2017, selesai pembedahan membuang kanser tersebut. Doktor memberi jaminan yang pembedahan berjaya dan insyaAllah kanser tidak akan menyerang lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Cuma follow up seperti biasa. Leganya perasaan kami sekeluarga. Difikirkan berakhir disitu, tetapi tidak.
Disember 2017, Kakak diuji lagi. Kanser datang kali ini dengan lebih agresif. Doktor juga tidak dapat mengenalpasti mengapa kanser ini begitu cepat membesar. Kami sekeluarga terus memberi semangat. Terus yakin. Terus berusaha. Terus bertawakal. Hanya kami dapat memberikan kekuatan psikologi yang amat diperlukan Kakak.
Februari 2018, Mama dan Abah terus setia menunggu di luar bilik bedah. Pembedahan kedua yang memakan masa lebih 15 jam selesai jam 2 pagi. Usai solat Subuh, Mama, Abah dan saya dah terjegat di Cardiacthoracic Intensive Care Unit (CICU) menunggu ulasan doktor mengenai pembedahan tadi. Doktor memaklumkan bahawa pembedahan tidak 100% berjaya. Sel kanser tak dapat dikeluarkan sepenuhnya disebabkan keadaan sudah terlalu rumit dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selesai mendengar ulasan doktor, kami keluar. Masing-masing diam membisu namun akhirnya kami sama-sama menangis. Tak kuat kami menahan air mata. Ya Allah! Sungguh hebat ujianMu kali ini…
Bermula daripada saat itu, kami sekeluarga mula menjadi doktor sendiri. Habis segala macam artikel berkaitan kanser kami baca. Habis segala petua kami cuba. Segala ceruk pelusuk negara kami teroka. Dengan hasrat mencari penawar buat Kakak tercinta. Kakak seperti biasa senyum tanpa luahkan sakit yang terseksa.
Hujung April 2018, kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor untuk Kakak menjalani sesi radioterapi. Maka berulang-aliklah kami setiap hari membawa Kakak ke PPUM. Selesai 30 sesi pada awal Jun 2018, hasil scan terbaru yang dijalankan, doktor memaklumkan yang tumor kanser sudah mengecut. Alhamdulillah. Leganya hati kami.
Namun, tiba-tiba doktor berkata lagi dalam nada yang cukup lembut.. “Tapi…., kanser tu dah merebak ke kawasan yang lain”. Saya dan kakak terbungkam! Pada ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini. Tidak lagi peduli pandangan orang disekitar ruang menunggu PPUM. Hanya kami merasai peritnya dugaan ini. Allah….
17 Jun 2018, Kakak dipinang seorang anak muda yang cukup ikhlas menerima Kakak seadanya. Keluarga pihak lelaki juga banyak membantu dalam proses mencari penawar buat Kakak daripada awal hingga sekarang. Mama dan Abah sangat bersyukur disebabkan keluarga pihak lelaki yang begitu bersungguh menerima Kakak walaupun dalam keadaan Kanser sekarang sudahpun di tahap 4.
Julai 2018. Kakak lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. Sekeluarga terkejut. Tidak kami sangka akan secepat ini. Kakak seperti biasa lebih banyak berdiam diri tentang sakitnya. Namun segala yang Kakak pinta, kami akan cuba usaha untuk jadikan kenyataan. Selang seminggu kemudian, kesihatan Kakak semakin merosot. Kakak mula sesak nafas. Kanser sudah menyerang paru-paru Kakak. Pihak hospital telah memberitahu tiada rawatan lagi untuk tahap ini. Yang ada hanyalah “Comfort Patient”. Fahamlah kami dengan maksud Doktor itu. Lantas Mama terus menangis. Abah cuba memendam rasa biarpun air mata sudah berlinang. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami…
Ogos 2018. Semangat baru buat Kakak. Azzam bersungguh untuk menerima Kakak sebagai isteri. Ikhlas hati Azzam hanya Allah yang tahu. Dalam keadaan Kakak seperti ini, tetap menerima Kakak seadanya. Keluarga Azzam juga begitu. Menyokong penuh hasrat Azzam. Telah menganggap Kakak seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah. Allah hantarkan sebuah keluarga yang cukup bersih hatinya yang sedia menerima Kakak dan berusaha bersama-sama mencari penawar dan memberi semangat.
Pagi 3 Ogos 2018, Kakak dan Azzam selamat diijabkabulkan. Tiada majlis warna warni, tiada baju pengantin menambah seri. Tiada pelamin tanda raja sehari. Yang ada hanyalah pihak keluarga perempuan, pihak keluarga lelaki, tok kadi bersama saksi. Ketika akad sedang dilafaz, esakan tangisan keluarga menjadi muzik latar, menyaksikan penyatuan dua hati murni ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Semoga atas pernikahan ini, Allah kurniakan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat Kakak dan Azzam.
Namun, saat gembira itu tidak lama. Petangnya selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Disamping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.
Namun Allah lebih sayangkan Kakak dan Saat itu tiba juga.
Kakak pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, suaminya, Mak Besah serta saya.
Disaat ini, keluarga reda dengan ketentuan. Buat Azzam dan keluarganya, terima kasih atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan untuk Kakak, serta menunaikan impian Kakak biarpun cuma untuk seketika. Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya budi baik Azzam dan keluarganya.
Semoga Kakak di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Fatin Nursyahirah Binti Yusuf (1994-2018)
Sumber: Facebook Shukor Yusuf
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Semoga anakanda Kak KM kembali sembuh.’ Bila ada yang meminta, adabnya sesama muslim kita mendoakan. Bukannya memilih untuk mengungkit perkara-perkara lepas yang kurang enak untuk diingati.
Siapa pun kita berhak untuk minta didoakan, ingatlah kita bukanlah manusia sempurna. Semalam kita terlanjur berbuat salah, tidak bermakna selamanya kita mengulangi kesilapan yang sama.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun tentang adab kita semasa muslim, apalagi di saat orang lain berdepan kesusahan serta kesulitan.
Sekiranya ada yang meminta doa, maka adabnya sesama Muslim kita mendoakan.
“Semoga anakanda Kak KM akan kembali sembuh sepenuhnya, semoga ujian ini menjadi asbab Rahmat Allah buat Kak KM sekeluarga, menjadi sebuah keluarga yang diredhai Allah SWT”.
Hanya Allah yang Maha Menyembuhkan dan berkuasa atas sekalian MakhlukNya. Segala nikmat dunia tidak akan mampu menandingi besarnya nilai sihat yang selama ini Allah berikan secara percuma.
Kasih sayang Allah buat hamba-Nya begitu jelas, dengan segala nikmat yang tidak pernah putus, walau kita semua sentiasa melakukan kesilapan, melupakan dan menjauhkan diri daripada-Nya.
Tiba masanya pula kita membalas kebaikan Allah SWT dengan mentaatiNya dan meninggalkan laranganNya. Allah sangat menantikan kepulangan kita kembali padaNya saat hidup sebelum saat mati.
Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau menceritakan, apabila Rasulullah SAW menziarahi pesakit lantas memohon perlindungan kepada sebahagian mereka sambil menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa:
Maksudnya:
“Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.” (HR Bukhari, hadis sahih)
DOA PESAKIT ATAU AHLI KELUARGA PESAKIT :
Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus:
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menzalimi/menganiaya (dengan dosa) diri sendiri”.
Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. (HR Al-Tirmizi)
Janganlah pula kita menuliskan kata-kata yang menambahkan kesedihan orang yang ditimpa musibah, kerana kita semua juga ada kesilapan dan aib yang disembunyikan.
Berdoalah dalam sembunyi buat saudara kita, kerana ia adalah doa yang Mustajab dan akan didoakan kembali oleh Malaikat kepada kita.
Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita perlu muhasabah. Berfikiran waras bahawa ketentuan Allah mempunyai seribu satu sebab terkandung hikmah dan pengajaran. Setiapnya perlu dihadapi dengan bijak, tenang serta berserah tanpa kompromi.
Kisah perkahwinan pengantin baru, Muhammad Shaiful Azzam Mohamed yang tekad memperisterikan Allahyarham Fatin Nursyahirah walaupun mengetahui isterinya menghidap kanser sarcoma atau kanser tisu tahap empat begitu menyentuh jiwa. Keikhlasan cinta dan kesediaan Muhammad Shaiful Azzam menikahi arwah melambangkan begitu ikhlas cintanya terhadap Allahyarham Fatin Nursyahirah.
Menikahi individu yang diketahui akan meninggal dunia atau tidak dapat hidup lama kerana menderita penyakit tertentu adalah diharuskan dalam Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat bahawa ikatan pernikahan itu disifatkan sebagai perkara yang mulia dan mendapat ganjaran pahala jika disertai dengan niat yang baik serta ikhlas.
Perkahwinan ini juga adalah harus bahkan ia menjadi perkara mulia dan membahagiakan hidup pasangan walaupun hanya dalam tempoh yang singkat. Meksipun kematian dapat dijangkakan melalui jenis penyakit yang dideritai namun sesungguhnya ajal dan maut tetap menjadi ketentuan Allah.
Sebenarnya melalui sebuah ikatan perkahwinan, membolehkan hubungan seorang lelaki dan wanita menjadi halal. Dengan cara itu, suami atau isteri dapat menjaga pasangan masing-masing tanpa batasan terutama daripada segi aurat. Hanya dengan ikatan perkahwinan, kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita dapat ditumpahkan dengan landasan yang betul.
Sumber: Kosmo
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bahaya pergaulan bebas dalam kalangan anak muda semakin membimbangkan apabila rasa malu semakin hilang. Ketahui kesan, punca dan cara mengatasinya menurut perspektif Islam.