Tidak ada hukum yang melarang suami isteri untuk melakukan hubungan suami isteri di bulan Ramadan asalkan ia tidak dilakukan sepanjang tempoh berpuasa iaitu di siang hari. Hubungan intim yang dilakukan di bulan Ramadan tidak akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu.
Jika Islam melarang hubungan batin di siang hari ketika menunaikan ibadah berpuasa, bagaimana pula dengan aktiviti berciuman dan ringan-ringan yang dilakukan pasangan suami isteri. Bolehkah berciuman dan ‘ringan-ringan’ dengan isteri?
Soalan: Bolehkah seseorang yang berpuasa berciuman dan bermesra dengan isterinya yang biasanya dilakukan sebelum persetubuhan tetapi tidak sampai bersetubuh?
Ads
Jawapan:
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan berciuman dan ‘kemesraan yang lain’.
Ads
2. Kata ‘Aishah:
يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ، وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لِإِرْبِهِ
“Nabi s.a.w mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya” (Riwayat al-Bukhari)
Ads
3. Kata Masruq:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ مِنَ امْرَأَتِهِ صَائِمًا؟ قَالَتْ: كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْجِمَاعَ
Aku pernah bertanya A’ishah: “Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa?”. Jawab ‘Aishah: “Semua perkara kecuali persetubuhan” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanad yang sahih).
Sumber: Dr.MAZA.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tak salah isteri berdikari tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab yang hakiki. Fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati apabila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.
Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya. Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar. Dan tentunya ia tidak ‘sihat’ untuk rumah tangga.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin mengenai topik ini.
Dilema seorang isteri…
Bila isteri terlalu berdikari, suami jadi tak bertanggungjawab…
“Awak, jap g ambik anak, saya blk lmbt, nk g main badminton jap…awk, nnt sya nk kluar jumpa kwn jap…awk, ujung minggu ni, sya dh janji dgn Ali, nk ikut dia g cari barang kereta dia…awk, beras dah nk hbis kan, sblum smpai umh, awk sggah beli…minggu depan cuti sekolah, klu awk nk blk kg, blk la dgn anak2”
Bila mana seorang isteri itu mampu menguruskan anak2 dgn sendirinya, mampu pergi ke mana2 dgn sendirinya, mampu beli itu ini dgn sendirinya…lama kelamaan, serba serbi dia kena buat SENDIRI…
Dlm rumahtangga, peratusan utk MEMBERI tu perlu seimbang…kita xbleh bagi all out, 100%…perlu simpan sedikit, mgkin memberi sekadar 50% sahaja, dan selebihnya 50% dari pasangan…atau 30% dr isteri, 70% dari suami…sama utk suami, suami xbleh buat semua sendiri, ada juga perkara yg perlu ajar dan suruh isteri utk buat, supaya kalau jadi sesuatu kpd diri kita, sekurang2nya isteri ada asas utk menapak meneruskan hidup…
Bila % lebih dari isteri, isteri yg byk memberi, lama kelamaan dia akan mengungkit disebabkan dia dah letih…terlalu byk yg dia dah sumbang dan buat utk rumah tangga tu sehinggakan suaminya menjadi selesa, lepas tgn dan menjadi tak bertanggungjawab…
Isteri berdikari utk kebaikan BERSAMA, bukan utk suaminya menjadi SELESA….
Sumber kredit: Facebook: Firdaus Shakirin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin sememangnya agak sinonim pada waktu musim cuti sekolah nanti. Pada ketika inilah banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan saudara mara.
Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Seperti perkongsian Dr Hapiz Kodiang mengapa pentingnya pengantin menjaga adab di majlis hari bersejarah mereka.
Gambar sekadar hiasan.
Jadilah Pengantin Beradab Pada Hari Perkahwinanmu
Pada musim cuti sekolah ini, akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin, diberkati Allah sehingga ke akhirat.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah dan bakal pengantin:
1. Hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.
2. Kepada jurugambar, jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yg keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah, terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa utk ditangkap gambar.
3. Lagi satu, pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yg terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu utk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah utk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yg boleh diulang semula. Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.
4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yg datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yg datang. Sebelah petang pula, pengantin “lesap” pergi ke tengah sawah, padang bola, pantai utk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung, amat tidak manis, pengantin hilang dari tempat kenduri.
5. Wahai pengantin, kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri, bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.
6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dgn tenang. Bukan mudah utk bertemu sekali sekala. Lagu yg dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam, tuan guru, dan alim ulama yg hadir. Perlahankan lagu.
7. Oh ya, sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua, pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yg lebih penting. Maka nasihat saya, jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!
Sumber kredit: FB: Dr Hapiz Kodiang
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tinggal lagi sehari sahaja lagi kita sebelum melangkah ke tahun baru. Dan salah satu azam selain mahu rajin kekalkan momentom bersolat awal waktu, pastinya bab kewangan juga perlu diambil kira.
Ini boleh juga dibuat persediaan untuk sambutan Ramadan/Syawal tahun ini atau percutian hujung tahun depan.
Tidak perlu menyimpan dengan banyak setiap hari, tetapi memadai dengan hanya serendah RM1 sehari.
Seperti perkongsian pengguna laman sosial di Facebook, yang menyimpan RM1 setiap hari dan dalam masa sebulan berjaya mendapat sehingga hampir RM500 sebulan. Sangat berbaloi dengan nilai simpanan yang kecil.
Yang penting ada tabbing & kalender.
Ayuh, ikuti tip yang dikongsi olehnya.
Tips simpan RM496 sebulan bermula dengan RM1.
Boleh buat dengan pasangan, adik-beradik atau member korang.
1. Amek balang kosong untuk simpan duit dan kalendar.
2. Pilih samada nak nombor genap atau ganjil. Korang boleh guna cara alternatif nak osom ker undi lambung duit kerr.
3. Okay! Katakan korang buat dengan suami. Kalau suami korang pilih nombor ganjil jadi korang dapat nombor genap lah. Masukkan duit dalam balang ikut nombor dalam kalendar.
Kena ada pasangan untuk lakukan tip menabung ini.
Pada 1hb setiap bulan suami korang masukkan RM1 dalam balang lepastu tanda pada tarikh tersebut.
Untuk 2hb pulak korang kena masukkan RM2 dalam balang lepastu tanda pada tarikh 2hb.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...