Malah, kedatangan Ramadan pada tahun ini memberikan kegembiraan berganda buat pelakon Amar Asyraf apabila menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada Sabtu lalu.
Bayi perempuan itu merupakan hasil perkongsian hidup Amar, 37, dengan isteri baharunya iaitu perkahwinan ketiga pelakon itu, Farhana Yusof.
Ads
Dalam hantaran Instagram, Amar berkongsi nama yang diberi kepada bayi perempuannya iaitu Ammara Fateema.
Asbab Bapa & Mommy Masuk Syurga
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT. Allah Maha Baik. Untuk pengetahuan rakan-rakan, pada 25 Mac 2023 bersamaan dengan 3 Ramadan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya, Ammara Fateema Amar Asyraf,” tulisnya.
Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Mama Papa Expres itu memuat naik gambar dia mendukung anaknya yang berbalut selimut berwarna hijau.
Hadiah Ramadan
Di samping itu, Amar sempat menitipkan doa agar permata hatinya itu kelak membesar sebagai anak yang solehah dan menjadi asbab untuknya dan isteri masuk ke dalam syurga.
Ads
“Semoga jadi anak yang soleh dan baik, asbab bapa dan mommy masuk syurga, insya-Allah. Terima kasih mommy, saya sangat cintakan awak, lillahitaala,” ujarnya lagi.
Amar Asyraf Dapat Anak
Untuk info, sekitar pertengahan Mei tahun lalu, Amar berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Farhana Yusof.
Sebelum itu, perkahwinan keduanya bersama Vivy Jeffry tergantung tak bertali selama hampir tiga tahun, namun rumah tangga dibina mereka akhirnya terlerai sekitar Mei tahun lalu selepas sah bercerai talak tiga.
Dua hari lalu, tular seorang pekebun atas nama Azhar Baling membuat pengumuman di fb, ingin menyedekahkan semua timun ditanamnya.
Dalam pengumuman dibuat itu, pemilik akaun memaklumkan sesiapa saja boleh datang termasuk membawa lori untuk mengambil lambakan timun tersebut.
Tulisnya:-
“Askm selamat petang sapa-sapa nak timun boleh datang kebun saya. Boleh bawak lori. Kita bagi free. Kalau ada sapa sapa berhajat memerlukan boleh hubungi 0176666091 sekarang atau secepat mungkin.
Ekoran itu, di ruangan komen ramai yang mengakui bersyukur dengan hal ini dan mengakui kalau dekat, mereka pasti datang ke kebunnya. Bahkan mendoakan agar pekebun ini dimurahkan rezeki. Difahamkan, hal ini dilakukan kerana pekebun berasa kecewa dengan harga ambilan di ladang iaitu RM0.30 sen sekilo.
.
Ekoran statusnya itu, hal ini mendapat perhatian dari Pejabat FAMA daerah Baling yang telah datang dan membuat perbincangan dengan pekebun ini.
Dalam satu hantaran terkini di fb Pejabat Fama memaklumkan akan membeli timun pada harga RM0.70 sekilo bagi membantu pekebun.
“Usahawan tersebut merupakan peserta Kontrak Pemasaran dan memang menghantar bekalan secara tetap kepada Fresh Mart Baling serta hantaran ke Pasar Borong Selayang melalui Fresh Mart. Dana untuk projek tanaman pun di perolehi daripada Fresh Mart.
“Difahamkan Fresh Mart menawarkan harga RM 0.30/kg. Usahawan tidak berpuas hati dan menularkan untuk beri percuma timun di Fb. Usahawan pun tidak memaklumkan apa-apa info lebihan pengeluaran kepada pihak FAMA Daerah.
“Susulan daripada isu tular ini mulai semalam, pihak FAMA telah berbincang dengan usahawan untuk membantu buat belian pada harga lantai iaitu RM 0.70 /kg.
“Pada hari ini, Pengarah FAMa Negeri En Isa bin Hamzah dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kedah (Operasi) En Mohd Adib bin Yusoff telah melawat ladang di kawasan Kg Lalang, Baling. Susulan daripada itu, pihak Pusat Operasi Sungai Petani telah mengatur pasaran belian timun secara Forward Agreement Kontrak Pemasaran”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Masitah buta mata selepas kemalangan. ‘Bukan bala atau musibah, tapi ini hadiah dari Allah.’ Ternyata apa yang dilalui wanita hebat ini bukan sesuatu yang mudah ditelan.
Semangatnya sangat kuat. Walaupun kini dirinya tak mampu melihat, Masitah tidak pernah mengalah malah terus positif meneruskan hidup di sisi suami tercinta.
“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayang-Nya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.
Sebenarnya, dahulunya Masitah, 32, normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan.
Kejadian yang meragut penglihatannya membuatkan Masitah dirawat selama 24 hari di wad hospital namun apa yang berlaku tidak menyebabkannya dia bersedih lama-lama sebaliknya bertambah kuat menjalani hidup.
Malah, aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.
Mengimbas kembali tragedi tersebut, di hari kemalangan Masitah menaiki kereta dipandu oleh kakitangannya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tiada bersama kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.
“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.
“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.
“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.
“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.
“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat,” katanya.
Tidak dinafikan, seperti mana orang lain, Masitah tutur sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Berhubung kisahnya yang mendapat perhatian ramai, Masitah tidak menyangka video dimuat naik di TikTok membuka mata banyak pihak terhadapnya.
“Sebelum ini, saya lebih aktif di Facebook (FB) namun kakitangan yang syorkan muat naik di TikTok sebagai tanda kemunculan semula.
“Terkejut juga apabila video saya meraih tontonan tinggi bukan hanya dalam kalangan netizen tetapi juga pihak media kerana jujurnya pernah impikan untuk ditemubual cuma sedar diri tak hebat mana.
“Kini, Allah SWT kabulkan doa saya walaupun selepas saya sudah tidak dapat melihat.
“Jadi, bagi mereka yang senasib, marilah kita sangka baik dengan Allah SWT kerana ujianNya adalah untuk melihat bagaimana kita menerimanya sama ada suka, berlapang dada atau sebaliknya,” katanya.
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 207 juta kes setakat semalam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 36.7 juta kes. Ini diikuti India dengan 32.2 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.4 juta kes.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 4.36 juta kes, selepas lebih 20,000 kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 585,000 ribu kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 621,000 kes, India lebih 431, 000 kes dan Brazil lebih 569,000 kes.
Ternyata dari angka tercatat di atas, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah SWT dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi. Ia terjadi kerana mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada kita.
Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Dr. Nur Mohamad Hadi bin Zahalan, membuat perkongsian dari sudut pandangan Islam dan kitab-kitab muktabar untuk kita sebagai umat Islam bermuhasabah di atas kekuasaan Sang Pencipta atas apa yang berlaku.
Baginda Rasulullah SAW telah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. Sabda baginda Rasulullah SAW: Dari ‘Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:
1. Kematianku
2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis)
3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba
4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang)
5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya
6. Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. – [HR al-Bukhari 2940].
Jika kita merenung dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku maka kita akan mengetahui bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan perbuatan kezaliman kita sendiri. Baginda Rasulullah SAW pernah menyebut di dalam sebuah hadis mengenai azab yang Allah akan turunkan kepada umat manusia jika kita melakukan kerosakan itu. Sabda Rasulullah SAW: Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya.
1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.
2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan serta kezaliman penguasa atas mereka.
3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayarnya) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.
4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah SWT dan Rasul-Nya, kecuali Allah SWT akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.
5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.” – [HR Ibnu Majah 4009].
Justeru, musibah menerusi penyakit ialah sesuatu wabak dan penyakit yang membahayakan tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghapuskannya melainkan dengan izin Allah SWT.
Firman Allah SWT di dalam Surah Yunus ayat 107: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Nikah bulan Safar sering dikaitkan dengan kepercayaan membawa bala. Ketahui hukum sebenar menurut Islam, dalil hadis serta penjelasan ulama mengenai kepercayaan ini.