‘Semoga pahala mengalir berterusan.’ Berkat rezeki Tiara Candy, Achey beli MPV jadikan van jenazah. Siapa sangka dari hanya permintaan anak kecil akhirnya menjadikan perniagaan ini berjaya hingga mampu menginfak kepada golongan memerlukan.
Tindakan Achey cukup memberi inspirasi kepada warganet terutamanya di kalangan pengikut Tiara Candy. Ramai yang menyangka kenderaan yang dibeli adalah untuk mengembangkan perniagaan Tiara Candy, rupa-rupanya MPV yang dibeli untuk amal kebajikan.
Menerusi pengumuman Achey di akaun TikToknya, berkat rezeki daripada jualan gula-gula anaknya, Tiara Candy, dirinya membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk dijadikan van jenazah sebagai kegunaan secara percuma bagi pihak yang memerlukan.
Jelas Achey, MPV ini dibeli setelah mengambil kira pencapaian jualan perniagaan anak kesayangannya dengan hasil sokongan daripada warganet yang membeli. Umumnya:
Ads
“Ini adalah achievement anak bernama Nur Tiara Zinnirah dan anda yang menyokong Tiara Candy.
Berkat Rezeki Tiara Candy
“Semoga semua dapat merasa hasilnya,” tambah Achey yang berkongsi video memaparkan kenderaan berupa KIA Carnival berwarna hitam yang tertera ‘Van Jenazah’ dan ayat-ayat suci al-Quran.
Di samping itu, menurut Achey selain perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah tanpa sebarang bayaran kepada golongan kurang berkemampuan, pihaknya juga menyediakan set kain kafan percuma.
“Walaupun kenderaan terpakai, kami percaya ia membantu. Peti jenazah belum siap, jadi belum beroperasi lagi. Insyallah kami cuba secepat mungkin.
Ads
Achey Beli MPV Jadikan Van Jenazah
“Untuk cover perjalanan yang dekat, insyallah. Doakan kami dapat sediakan van jenazah lagi untuk kawasan-kawasan yang memerlukan,” ujar Achey.
Walaupun perniagaan Tiara Candy masih lagi baru dan belum sampai sebulan beroperasi, perniagaan menerusi platform TikTok Shop itu menunjukkan rekod jualan yang tinggi.
Malah sebelum ini, jualan Tiara Candy pernah mencatat 21 juta tanda suka dan 3,000 pek terjual dalam tempoh dua jam. Tahniah Achey dan Tiara Candy.
Sebenarnya ramai tak tahu bahawa untuk bangun di sepertiga malam mempunyai tip sendiri agar kita tak mengantuk di siang hari. Ikuti perkongsian ini:
Solat tahajud adalah salah satu solat sunat muakkadah yang sangat di tuntut dalam Islam. Kebaikan solat ini di jelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran .
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajud” padanya, sebagai solat tambahan bagi mu; semoga Tuhan mu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79)
Firman-Nya lagi yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18).
Begini petuanya untuk kita mengatur waktu tidur dan solat tahajud agar tidak mengantuk di siang hari seterusnya kekal segar:
Langkah pertama, selepas Isyak, elakkan perbualan dan aktiviti yang tidak berfaedah, cuba tidur secepat mungkin, melainkan ada kerja atau minat yang tidak boleh ditinggalkan.
Keduanya, jangan lupa set alarm untuk bangun di sepertiga malam, solat lebih kurang 30 minit. Lebih afdhal lakukan selepas tidur walaupun sekejap, tetapi untuk memenuhi keperluan badan, lebih baik rehat secukupnya.
Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya.
Sebaiknya sebelum tidur ambil wuduk atau membaca Al Quran serta amalkan adab-adab dan ikuti cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW.
Selain itu, dinasihatkan jangan makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.
Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud.
Lakukan zikir pagi, supaya Allah beri rasa semangat.
Rahsia untuk kita kekal segar walaupun bangun adalah curi masa untuk tidur sekejap pada waktu siang. Tetapi jangan terlalu lama, sekitar 15-30 minit.
Waktu yang disyorkan sebelum tengah hari adalah sekitar jam 11 pagi, tetapi jika tidak boleh kerana faktor kerja, boleh berehat pada waktu tengah hari. (Waktu yang dilarang tidur ialah selepas Subuh dan selepas Asar)⠀
Setiap kali solat tak pernah lupa untuk berdoa, tapi dek kerana mengejar waktu doa dibuat dalam tergesa-gesa. Hanya lafaz di mulut tapi tidak menghayatinya.
Mungkin juga kerana perkara ini doa kita belum makbul. Hakikatnya ketika berdoa itu ada adabnya.
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Berikut adalah adab-adab yang perlu dititik beratkan ketika berdoa, moga doa kita dimakbulkan satu hari nanti.
Antara adab berdoa, seseorang itu perlulah meminta kepada Allah SWT dalam keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan. Demikian juga, seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap (agar doa dimustajabkan) dan juga perasaan takut (dari doa tertolak). Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya mereka itu (para Nabi) sentiasa bersegera dalam melakukan perkara kebaikan. Dan mereka berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh harap dan rasa takut. (Surah al-Anbiya’: 90)
Ayat di atas ini sebelumnya menceritakan berkenaan beberapa orang para Nabi dan juga permintaan yang mereka lakukan. Nabi Ayyub AS berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan kesembuhan kepada penyakit yang menimpanya, lalu Allah mustajabkan.
Nabi Yunus AS berdoa supaya diselamatkan dari musibah yang menimpa dirinya saat berada di dalam perut ikan Nun, kemudian Allah mustajabkan doanya. Berikutnya, Nabi Zakaria AS juga berdoa supaya dikurniakan zuriat, lalu Allah SWT memustajabkannya dengan mengurniakan Nabi Yahya sebagai anak.
Ketiga-tiga para Nabi ini dimustajabkan doa mereka kerana berdoa dalam keadaan penuh harap dan takut kepada Allah SWT.
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.
Riwayat al-Tirmizi (3479)
Antara adab dalam berdoa adalah dengan memuji Allah SWT sebelum meminta sebarang hajat. Sebagai contoh mudah adalah dengan melihat kepada bacaan surah al-fatihah yang dibacakan oleh seseorang.
Ia berdasarkan sebuah riwayat yang panjang daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menceritakan berkenaan bacaan al-Fatihah di dalam solat. Lalu Allah SWT membahagikan solat kepada dua bahagian, untuk diri-Nya dan untuk para hamba-Nya.
Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ke ayat yang ke lima kepada Allah SWT. Kemudian pada ayat yang keenam, ia diikuti dengan permintaan atau doa yang pertama iaitu:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Maksudnya: Berilah kami hidayah kepada jalan yang lurus. (Surah al-Fatihah: 6)
Demikian juga seperti yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang menceritakan berkenaan doa Nabi Ibrahim A.S, baginda memulakan dengan katanya:
Maksudnya: Dialah Tuhan yang telah menciptakan aku maka Dia jugalah yang memberikan petunjuk. Dialah Tuhan yang memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang memberikan kesembuhan. Dan Dialah Tuhan yang mematikan aku kemudian menghidupan semula (diriku). Dan Dia jugalah Tuhan yang sangat aku harapkan supaya Dia mengampunkan kesalahan-kesalahanku pada hari akhirat. (Surah al-Syu’ara: 78 – 82)
Kesemua ungkapan di atas ini, jika diteliti ia adalah suatu puji-pujian seorang hamba kepada Tuhannya. Maka Nabi Ibrahim AS tidak terhenti sekadar lima pujian ini, bahkan baginda menyambungnya dengan lima buah permintaan kepada Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: Tuhanku, berilah hikmah kepadaku dan golongkanlah diriku bersama dengan orang-orang yang soleh. Berilah kepadaku lisan yang benar buat orang-orang yang terkemudian. Dan jadikanlah aku di antara mereka yang mewarisi syurga al-na’im. Dan ampunkanlah bapaku, sesungguhnya dia tergolong dalam kalangan mereka yang tersesat. Dan janganlah Kau hinakan aku pada hari kebangkitan. Surah al-Syu’ara’ (83-87)
Justeru, dapat kita fahami bahawa petunjuk qurani di dalam berdoa adalah dengan memulakannya dengan ucapan pujian-pujian kepada Allah SWT.
Sebagai tambahan, cukuplah kami nyatakan di sini dua hadis untuk melengkapkan jawapan di atas.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan, maka hendaklah dia membanyakkan doa pada masa kemewahan dan kesenangan.” Riwayat al-Tirmizi (3382) dan Abu Ya’la
Daripada Abi Hurairah R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam hal keadaan kamu yakin dengan penerimaan Tuhan. Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak menerima doa daripada hati orang yang lalai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?